Buat Duit

Friday, September 17, 2010

Makan angin

Hari ni nak masukkan gambar semasa bercuti ke Indonesia tahun lepas. Kami ke Jakarta, Bandung, Puncak dan Bogor. Kalau ke Bogor singgahlah ke kedai barangan kulitnya . Harganya yang murah pasti rambang mata nak memilih.Beg tangan , kasut  tentu menjadi pilihan. Ke Pasar Baru yang tinggi bertingkat-tingkat tu , boleh tersesat dengan orang ramai beribu-ribu.
Peristiwa terpisah dengan ahli keluarga terjadi antara emak saya dan kami. Di sini , setelah membeli  kain telekung kami pun bergerak ke kedai yang lain, tiba-tiba emak saya tertinggal hilang dari pandangan. Puas kami melilau mencari tapi tak nampak. Rupa-rupanya dia berdiri di tangga nak turun sambil berdoa berjumpa dengan kami semula.

Dah kerja

Hari ni dah mula kerja, selepas bercuti panjang sempena hari raya. Malangnya ramai murid-murid yang masih dalam mood raya ramai yang tak datang sekolah. Murid-murid tahun 6 lagi beberapa hari nak menghadapi peperiksaan UPSR. Raya tak ada makna buat mereka. Selepas ni baru boleh merdeka sepenuhnya. Anyway selamat menghadapi UPSR dengan jayanya.

Tuesday, September 14, 2010

blog baru saya

Dah lama berangan nak ada blog sendiri. Asyik baca blog orang lain aje...Hari ini tercapailah impian sejak sekian lama itu. Bulan syawal yang mulia , maka ceritanya pun berkisar tentang Aidilfitri lah nampaknya.