Salam untuk semua blogger.
Hari ni dan semalam aku berkursus untuk mata pelajaran Matematik Tahun 1 bagi tahun depan. Wah penat juga berulang selama 2 hari ni. Totally untuk tahun depan bagi murid Tahun 1 berubah 100%. Pengantar semua dalam Bahasa Melayu (Matematik dan Sains) yang sebelum ini menggunakan Bahasa Inggeris. Tajuk juga ada perubahan . Pengajaran Abacus juga mulai tahun depan termasuk dalam P&P. Kalau cikgu yang tak cekap Arbacus , camne ye...
25 November 2010
22 November 2010
Donat
Salam untuk semua .
Pagi tadi bersarapan dengan donat. Senang aja. Buat adunan , dalam sejam boleh goreng dah.
Bahan-bahan.
1/2 kilo (1/2 kampit )tepung gandum
1/2 plastik mauripan
2 sudu besar susu pekat
2 sudu besar margerin
2 sudu besar gula kasar
2 cawan air paip (untuk satukan adunan)
gula kaster untuk salut
Cara.
1. Satukan margerin, gula , susu pekat (gaul hujung cari ) dengan tepung- sekadar rata sahaja.
2. Bancuh mauripan dengan air sejuk.
3. Tuang ke dalam adunan tepung. Uli menjadi doh.
4.Tunggu adunan naik sekali ganda.
5. Bahagi kepada beberapa bahagian kecil dan lubangkan ia. Tunggu dia kembang sedikit, kemudian goreng.
6. Salut dengan gula kaster bahagian luarnya.
Bolehlah mencuba. Resepi ni saya dapat dari jiran saya dulu , Noriah . Selalunya resepi ni menjadilah, berbanding dengan resepi saya sebelum ini. Terima kasih untuk Noriah.

21 November 2010
Tips Kewangan dari Dr. Irfan Khairi
Tips Kewangan dr Dr Irfan Khairi
Adakah anda semua pernah dengar mengenai irfan khairi, kawan saya telah meminjamkan buku dari dr irfan khairi sebanyak sedikit banyak yang saya pelajari dari sini antaranya adalah tips kewangan yang ingin saya berkongsi bersama antaranya adalah :-
- Try to eat in, kurangkan makan di luar. selalunya kalau makan kat luar 3x ganda harga kosnya. Contoh, nak buat burger di rumah, kos hanya RM1.00. kalau beli kat gerai RM3.00. kalau pergi kerja bawa bekal, pergi keluar makan dulu siap2 di rumah, pergi mana saja, kalau makan luar cuba fikir kosnya adalah 1/3 dari harga. Amalkan tabiat berjimat- sikit2, lama2 jadi bukit
- PERTAMA; harta kekayaan boleh melalaikan, menggelapkan hati dan jadikan seseorang itu sombong & riak. KEDUA; harta kekayaan boleh membantu mereka yang susah, membangunkan agama & negara, serta menjadikan kita lebih bersyukur dgn segala kurniaan-Nya. “HARTA” tidak salah. Tetapi, ianya adalah PILIHAN & KEPU…TUSAN manusia untuk tidak memilih yang PERTAMA dan memilih yg KEDUA!
- Pada hari Jumaat dijadikan ada saat mustajab; tiada seorang berdoa bertepatan dengan saat itu pasti doa diterima selagi tidak berdoa untuk kejahatan / memutuskan hubungan keluarga. Jadi amalkan surah al-Waqiah. Riwayat Ibn Mardawaih: “Surah al-Waqiah adalah surah kekayaan. Hendaklah kamu membacanya dan aj…arkanlah ia kepada anak-anak kamu.”
- sebelum melaburkan atau menyimpan wang di mana-mana, pastikan kita tiada hutang seperti kad kredit. ini kerana, tiada gunanya melabur dan memperolehi katakan 10% dan pada waktu yang sama kita terpaksa membayar interest kad kredit 18%. budak-budak pun tahu kita sedang kerugian 8%. tak masuk akan bukan?
- Wang bukan segala-galanya. Tetapi, Kurangnya wang akan mengakibatkan stress yang tinggi. Kurangnya wang adalah antara sebab tertinggi berlaku perselisihan faham suami isteri. Kurangnya wang menyukarkan mendapat perubatan & pendidikan terbaik untuk keluarga. Walaupun wang bukan segala-galanya, tetapi wang …adalah amat-amat penting dalam hidup!
Semoga ia memberi manfaat kepada kita semua.
Seronoknya.
Salam untuk semua.
Seronoknya bila tengok pembaca blog datang dari pelbagai negeri. Jumlah pembaca pun dah semakin meningkat dari sehari ke sehari.
Kalau macam blog orang lain yang lebih popular yang mendapat jumlah pembaca yang ribu-ribu tentu lagi happykan. Macam aku ni pun dah rasa seronok sebab ada yang sudi menjengah.
Blog ini adalah sebagai buku catatan harian yang tak hilang kalau dicari... Kalau buku tu mungkin tersorok sikit dah tak nampak.
Catatan di alam maya ni tekan aja www insyaallah dapat lah jejaknya. Mungkin boleh jadi kenangan pada anak cucu nanti.

20 November 2010
Tukar gambar.Salam
Salam untuk semua.
Petang tadi pergi ambil gambar si Kecik untuk pasport antarabangsanya. Hari itu dah buat dah, tapi konfiuslah pulak gambar tu gambar tahun lepas. Takut la juga nanti tak lepas pemeriksaan imigresen pula. Nanti tak pasal-pasal kena tinggal kapal terbang .
Sebenarnya dah banyak kali pergi kedai nak ambil gambar dia, tapi tak jadi sebab dia punyalah menangis tak makan saman dah. Bukan sebuah kedai yang kami pergi , 2,3 buah kedai juga kami masuk. Gamaknya , dia ingat nak gunting rambut kut. Kalau nak gunting rambut , sampai kena naik atas kerusi dengan dia sekalilah jawabnya. Dua orang pegang baru boleh gunting rambut dia.
Umpan coklat pun tak jalan. Tapi , hari ini , alhamdullillah .Gambarnya berjaya diambil. Lega.
Gambar ini yang baru di ambil petang tadi. Tak menangis ,dah boleh tersenyum lagi. Ok lah kalau pose macam ni . Kalu tak, masuk kedai pun dah berbunyi. Rahsianya ialah hari ini kami bacakan ayat seribu dinar sambil berdoa segala dipermudahkan olehNya.
Ini gambar yang diambil tahun lepas bagi pasport antarabangsanya. Tahun lepas boleh buat ramai ramai-ramai (in group) . Harganya murah bolehkongsi ramai-ramai. Tahun ni dah tak boleh . Jadi untuk budak besar ini untuk pasport selama lima tahun harganya RM 150 . Orang dewasa RM 300 selama 5 tahun.
Esok nak pergi tukar gambar untuk pasportnya. Minggu depan makan angin pulak .
Insyaallah.

19 November 2010
Korban
Salam Aidil Adha. Sempena musim korban ini , sekolah kami telah menumbangkan seekor lembu sebagai korban pada raya tahun ini. Kami berkongsi seramai tujuh orang untuk menyempurnakan hajat kami .Ada yang buat korban ada yang buat aqiqah.
Kutipan hanya di buat saat-saat akhir sahaja. Tadi tetap jadi seperti yang dirancang. Alhamdullillah kenduri dan agihan daging dapat disempurnakan dengan selamat.
Ada rezeki tahun depan boleh pakat -pakat buat lagi.Insyaallah.

13 November 2010
x ada gambar.
Alahai, baru nak masukkan entry ke Sabah tahun lepas. Tapi baru perasan gambar semua dah delete. Maklumlah masa tu tak ada lagi blog sendiri lagi. Jadi lepas htr kedai buang aja lah. Bukan gambar ke Sabah saja, tapi semua gambar yang dah diambil tapi rasa tak mahu cuci semua kena buang. Takut menyemakkan memory kamera tu. Tapi bila dah ada blog ni sayang pulak. Kalau tak, boleh masukkan banyak lagi gambar dan ceritanya.
Macam gambar binatang kat Safari Indonesia, kalau tak dibuangDulu rasa gambar haiwan-haiwan tu macam tak komersial aja . sebab tu kena buang. Sekarang baru menyesal. Lain kali kena simpan dalam pen drive. Kalau tak boleh juga di gunakan kemudian.
Muzium Negara ,KL.
Walaupun banyak yang hendak diceritakan tentang perjalanan ke Sabah, tapi tak syok la pulak sebab tak ada gambar. Jadi layan jer gamabar rombongan sekolah ke KL ni ya.
Oleh itu, aku nak masuk kan entry yang ada gambarlah.Lawatan ke Kuala Lumpur. Ikut rombongan sekolah memang berbaloilah. Sebab biasanya , harga nak masuk ke satu-satu tempat mesti dapat potongan. Kalau nak harap pergi sendiri tak tahulah bila ? Kadang-kadang tak dapat nak pergi sebab kesuntukan masa. Selalu kalau kami pergi KL, terus ke Melaka, rumah adik sebelah suami. Kat KL jalan rumah adik-beradik ja.Nak kata nak melawat Muzium ke, Planeterium ke, Zoo ke, tak nampak jalan lagilah. Jalan -jalan untuk dapatkan ilmu kena pergi dengan rombongan sekolah. Kalau dengan suami dan anak -beranak jalan "ala-ala cari makan".
Pusat Sains
Banyak lagi tempat lawatannya, antaranya Planeterium, Masjid Negara (terus makan dan bersolat), Pusat Sains Negara, Taman Burung, dan Pusat Islam.
Lawatan sehari ini kira ok lah sebab banyak juga tempat yang kami sampai.
Sampai kat sekolah ibu bapa dah tunggu. Sampai kat rumah rasa-rasanya dekat pukul 11 malam. Cikgunya suami tungggu. Kalau tak takut nak balik rumah.
Macam gambar binatang kat Safari Indonesia, kalau tak dibuangDulu rasa gambar haiwan-haiwan tu macam tak komersial aja . sebab tu kena buang. Sekarang baru menyesal. Lain kali kena simpan dalam pen drive. Kalau tak boleh juga di gunakan kemudian.
Muzium Negara ,KL.
Walaupun banyak yang hendak diceritakan tentang perjalanan ke Sabah, tapi tak syok la pulak sebab tak ada gambar. Jadi layan jer gamabar rombongan sekolah ke KL ni ya.
Muzium Polis
Pusat Sains
Banyak lagi tempat lawatannya, antaranya Planeterium, Masjid Negara (terus makan dan bersolat), Pusat Sains Negara, Taman Burung, dan Pusat Islam.
Lawatan sehari ini kira ok lah sebab banyak juga tempat yang kami sampai.
Sampai kat sekolah ibu bapa dah tunggu. Sampai kat rumah rasa-rasanya dekat pukul 11 malam. Cikgunya suami tungggu. Kalau tak takut nak balik rumah.
11 November 2010
Jakarta, Bandung , Bogor, Puncak .
Masa ni si kecik tu baru setahun lebih. Ini adalah perjalanan pertama ke luar negara. Yang mampu pun naik Air Asialah, tapi sempit mengalahkan bas express. Perjalanan mengambil masa selama dua jam dari LCCT ke Jakarta. Bertolak 9.30 malam , time si kecik tidurlah. Sejam pertama ok. Siap menegur dengan orang yang sama-sama beratur nak naik fligt sekali. Tapi , masuk jam kedua, dia dah mula gelisah dan start menangis. Satu kapal terbang boleh dengar. Tak boleh pujuk-pujuk dah .Menangis sampai dekat -dekat kapal terbang nak mendarat, terus terena dalam sedu-sedannya. Lepas tu, bila nak naik kapal terbang mak dia dah jadi fobia. Takut anak menangis tahap gaban macam tu lagi. Mungkin dia letih dan penat travel dari Selama terus ke LCCT . Dalam kereta pun tak berapa tidur juga.
Masa ni ok lagi.
Pagi Pertama di Hotel Sriwijaya.
Setelah mendarat bas dah menunggu untuk mengambil kami ke hotel. Sebelum sampai di hotel kami singgah dulu makan malam di sebuah kedai masakan padang. Lauknya penuh satu meja. Jam dah pukul 12 malam . Tapi perut lapar sebab tak sempat makan dari petang. Hotel ni menyediakan sarapan pagi yang dikira ok juga. Ada roti , cereal, nasi goreng , air oren, kopi, teh dan buah-buahan pun ada. Isi perut penuh - penuh . Lepas ni nak ke Bogor pula.
Berhampiran hotel ini , terletak masjid yang terbesar di Indonesia yang boleh memuatkan 10,000 jemaah dalam satu masa. Mempunyai 10 buah tingkat kesemuanya. Ruang solat terbuka tanpa menggunakan kipas angin dan ia tidak dipisahkan antara muslimin dan muslimat . Sama juga tandas dan tempat berwuduk. Aku terpaksa melintas tempat kencing lelaki yang terbuka (yang pakai mangkuk tu) untuk ke tandas / bilik air . Wah, ngeri gitu. Baunya juga semerbak menusuk hidung. Pada masa itu juga ada lelaki yang sedang melepaskan hajatnya. Aku terpaksa lalu juga untuk memandikan si kecik.
Istana Presiden Indonesia. Dua pengawal mengawal di pintul pagar kediaman ini. Memakai topi macam topi
askar England. Memegang sepucuk senapang, berdiri tegak macam patung gitu di kiri dan kanan pintu masuk utama.
Makan tengah hari di restoren Padang lagi.
Kali ini makan besar, siap dengan ada penyanyi menghiburkan kami semasa bersantap.Air buah-buahan, udang besar, pencuci mulut (agar-agar gula merah campur santan), buah mangga segar, lauk yang tip top.
Di sana , memang wajib hidangan nasi bersama air teh O gelas besar kurang manis. Semua kedai memang begitu. Last-last , kena bayar dekat RM 700 . Tak tahu dah terkena ke apa. Ini kedai yang paling mahal kami makan. Yang makan tu dalam 25 orang termasuk kanak-kanak dari 3, 4 keluarga.
Naik keretapi di Safari Indonesia.
Safari Indonesia ini yang bestnya , pelawat boleh memandu terus ke dalam untuk melihat binatang yang tidak dikurung. Biatang itu bebas berkeliaran seperi harimau, singa , zirafah, unta ,llama, badak , babi hutan,gajah, macam-macam lagilah .Semua hidup bebas.Kita boleh melihat dengan dekat dari dalam kenderaan kita. Seronok kan. Selain itu , aad disediakan , kereta kabel, pertunjukan gajah cerdik, bergambar dengan kuda, cafe dan kedai cenderamata.
Safari Indonesia - Bergambar dengan Kuda Padi
Taman Mini Indonesia
Ala-ala Taman Mini Melaka yang menempatkan rumah-rumah mengikut negeri. Di sini juga mempunyai rumah mengikut masyarakatnya.Tetapi ia dibina besar-besar.Mungkinkah memeng begitu sebenarnya? Cuba lihat rumah di belakang kami itu , besarkan.
Tunggu akhir bulan ini , sekali lagi aku akan ke sana lagi. Kali ini , lebih banyak foto akan diambil.Insyaallah.
09 November 2010
Lost World pula.
Di hadapan pintu masuk LOst WorLd, Tambun.
Makanan tengah dibahagikan kepada murid-murid. Rm8 nasi ayam, ayam seketul,air kosong dan agar-agar merah.
Lepas mandi dan berendam memang lapar . Terdapat dua tempat
mandi- manda , untuk orang dewasa dan satu lagi untuk kanak-kanak.
Marry Go Round.
Bahtera jongkang-jongket. Semua nak try. Bila lagikan? Bila turun perut rasa nak loya . Mungkin pertama kali mencuba. Pengalaman pertama. Mula-mula hayun slow aje. Bila dah lama sikit barulah laju. Hai rasa nak tercabut isi perut.
Ini pun aku cuba. Maklumlah datang solo.
Boleh kata keseluruhan Lost world dah terokai , Crystal Spa , Zoo , Harimau yang besar, tapi satu aje yang aku heran kenapa tandas tak berdinding di bahagian belakangnya. Orang boleh jengguk kita. Itulah kenangan sehari rombongan ke Ipoh. Orang Perak , tak tentu dapat sampai ke semua tempat dalam Perak.
07 November 2010
Gua Tempurung
Pada tahun ini sekolah aku telah merancang lawatan ke Gua Tempurung dan Lost World , Ipoh. Lalu bertolaklah kami satu bas murid -murid dan guru-gurunya pada 6 November yang lalu. Sempena cuti Deepavali sama, ramailah pelawat dan pelancong semasa kami tiba di sana.
Mengikut juru pandu ekspidisi Gua Tempurung, En Fadzil , Gua ini sudah wujud sejak 400 juta tahun dahulu lagi. Sezaman dengan dinasour kut. Gua ini juga menjadi markas komunis pada zamannya serta masih terdapat alatan menggali bijih timah tertinggal(memang ditinggalkan untuk tatapan pelawat) .
Namun bagi zaman moden sekarang, Gua ini menjadi lokasi pengambaraan filem CicakMan 2 serta set Maya Karin berlakon.Wah , serba boleh juga gua ni ya!
Di dalam Gua terdapat kesan-kesan tindak balas air, udara dan masa yang terhasil di dinding Gua. Ada bentuk seperti kepala gajah, obor-obor raksasa yang tergantung, lelaki cowboy, monyet yang membawa kereta, harimau, wanita mengandung, kupu-kupu dan sebagainya.
Mengikut juru pandu ekspidisi Gua Tempurung, En Fadzil , Gua ini sudah wujud sejak 400 juta tahun dahulu lagi. Sezaman dengan dinasour kut. Gua ini juga menjadi markas komunis pada zamannya serta masih terdapat alatan menggali bijih timah tertinggal(memang ditinggalkan untuk tatapan pelawat) .
Tengah beratur nak masuk ke dalam Gua.
Di dalam Gua terdapat kesan-kesan tindak balas air, udara dan masa yang terhasil di dinding Gua. Ada bentuk seperti kepala gajah, obor-obor raksasa yang tergantung, lelaki cowboy, monyet yang membawa kereta, harimau, wanita mengandung, kupu-kupu dan sebagainya.
Laluan masuk ke Gua.
Kelihatan di tepi titi terdapat aliran sungai kecil. Sungai itu bersambung dari dalam gua lagi.
En. Fadzil sedang memberi maklumat tentang Gua Tempurung. Suaranya power tak payah pakai mikro phone.
Lawatan ke dalam Gua ini terdapat empat pakej. Ada pakej kering dan pakej basah. Kami memilih pakej TOW ( tag kuning) iaitu ekpspedisi pakai tangga. Terdapat 1200 anak tangga yang menghubungkan ke semua kawasan di dalam gua. Sakit juga kaki semasa mendaki . Ada tangga yang menganjur 90 darjah kedudukannya.
Terdapat di dalamnya yang mempunyai aircornd semulajadi . Sejuk dan nyaman. Ini disebabkan terdapat lubang udara yang tersembunyi membawa angin masuk ke dalam. Kelihatan kain tudung ditiup melambai-lambai.
Pemandangan dinding gua.
Pada permukaan dinding gua terdapat warna hitam menandakan aliran najis kelawar yang turun apabila dibawa air. Kelawar-kelawar yang mati akan dimakan oleh ular sawa putih yang tinggal di dalam gua ini.
Pada musim tengkujuh (bulan 12) terdapat aliran air terjun yang turun dari atas dan kapasiti air sungai pun menjadi dalam dan laju.
Setelah penat mengembara di dalam gua , badan berpeluh perut pun dah lapar . Kami pun makan tengah hari di luar kawasan gua yang lapang. Selepas itu , singgah solat zuhur di masjid berhampiran dan terus ke Lost World. Nanti gambar dan cerita Lost World yang menyusul kemudian.
Sarawak II
Jika sesiapa telah membaca siri cerita Sarawak , ada gambar yang telah dipostkan terlebih dahulu. Ini adalah sebahagian lagi gambar yang tertinggal.
Kami berada di hadapan Muzium Kucing.
Muzium kucing ialah muzium yang menghimpunkan semua khazanah tentang kucing.Pakaian , gambar kucing, buku cerita , sajak, puisi, gambar pemimpin bersama kucing, key chain kucing,kedai cenderamata tentang kucing, malah kubur kucing pun ada.Malah segala-galanya tentang kucing ada di sini.
Muzium Kucing terletak di atas bukit. Jadi bila berada di atasnya kita dapat melihat bandar sekitar di bawahnya. Senibina bangunan ini mempunyai struktur yang sama seperti topi salah satu masyarakat peribuminya. Sama seperti bangunan yang terdapat di pinggir Sungai Sarawak.
Anak beranak di Tasik Biru.
Masih di Muzium Sarawak.
Di hadapan Muzium Kucing,pinggir bukit.
Sayang sekali trade mark Sarawak saya tak ambil gambarnya. Apa lagi kalau bukan kek lapis dan terubuk masinnya. Bukan apa masa kami tiba di premis keknya kami, dihidangkan penuh meja dengan pelbagai jenis kek lapis. Berbagai warna dan corak. Boronglah kami barang sekotak dua( sekotak dalam sepuluh free satu). Buah tangan untuk sahabat handai di Semenanjung.
Satu lagi yang saya suka di Sarawak ialah ais kacangnya. Enak dan sedap sampai teringat -ingat.
04 November 2010
Layannnn Gambar Sarawak
Ini gambar semasa nak ke Sarawak pada cuti bulan 6 , 2010 .Sebelum bertolak ke airport sempat berposing.
Gambar ini aialah di Pasar Serikin , ala-ala Pasar minggu di Semenanjung atau pun Pasar Minggu di Sungai Bayor yang sentiasa meriah. Kat sini kita boleh membeli berbagai barang, pinggan mangkuk , tikar Sarawak, kain baju, kain lace, jeans pelbagai jenama, payung, topi, cermin mata, ikan , sotong dan udang kering dan macam-macam lagi. Aku singgah di gerai ini untuk membeli sotong dan udang kering . Sedap masak nasi goreng kampung.Murah dan masih baru lagi. Kebanyakkan barangannya datang dari Indonesia. Kalau kita berjalan sehingga ke hujungnya kelihatan beberapa anggota tentera yang menjaga border untuk masuk ke sempadan Indonesia. Di hujung pasar itu juga terdapat pasar basah yang menjual sayur dan tanaman yang tak pernah kita lihat. Tapi tak boleh beli sebab nak balik nanti naik belon.
Di Tasik Biru yang menelan sebuah bas dengan murid-murid sekolah.
Cuba bayangkan kedalaman air tasik ini.
Anak-anak dan bapa di Tasik Biru.
Di tepi Sungai Sarawak.
Kelihatan bangunan itu seperti topi masyarakat Sarawak. Tak tahu suku apa.
Di hadapan Muzium Sarawak.
Itu antara gambar semasa di Sarawak. Gambar-gambar lawatan yang lain nanti akan dimasukkan kemudian.
Sesungguhnya percutian akan menjadikan jiwa gembira setelah penat bekerja. Cuti-cuti Malaysia.
03 November 2010
Alamak!
Murid Tahun 6 mengisi masa mereka di PSS selepas UPSR.
Tarikh pemantauan dah lepas. Bahkan dah tiga kali tarikh pemantauan dibuat tapi tak jadi pun. Hari ini , memang sibuk .Asyik sangat nak siapkan minit mesyuarat PIBG dan surat jemputan untuk Korban nanti sampai tak dan naik naik PSS .Naik juga tapi tak dan nak berlama-lama kat situ.
Murid murid sedang membaca 10 minit sebelum kelas bermula setiap pagi.
Buku skrap yang dihasilkan oleh murid-murid.
Subscribe to:
Posts (Atom)