Buat Duit

Monday, January 31, 2011

LUAHAN HATI SEORANG GURU

Saya guru kelas Tahun 1 pada tahun ini. Tugas guru kelas biasalah sentiasa berurusan dengan ibu bapa murid-murid dibawah jagaannya. Awal tahun tugas guru kelas kutip yuran, lengkapkan maklumat murid , lengkapkan segala borang, kad 001, kad kesihatan , kad gigi, borang KWAMP, dan borang RMT .

N3 hari ni nak bercakap tentang yuran sekolah bagi murid-murid yang baru masuk ni. Semua murid  kelas Tahun1dah habis bayar  kecuali sorang ni saja. Hari pertama pendaftaran maknya datang.Ingat datang nak bayar yuran, rupanya datang nak minta pospon bayar yuran. Oklah saya faham , anda kerja kecik, gaji kecik. Dan... dia tak bayar walaupun sedikit untuk anaknya nak bersekolah tapi berjanji nak bayar minggu kedua persekolahan setelah terima gaji .Berjanji tu.

Selang tiga hari, datang pula si ayah nak bayar duit buku tulis dan Takaful. Saya dah bagi tahu jika tak bayar yuran, buku pun tak dapat atas arahan GB. Memang dia  hanya bayar RM 17++ dan Takaful RM 1.50 saja. Sehingga hari , tak berbayar lagi dalam baki RM 80 lebih.

Terfikir juga saya, kenapalah nak tunggu bulan tu anak nak sekolah,  gaji bulan tulah nak bayar yuran.Kenapa tak kumpul sikit-sikit. Awak bukan ada anak ramai 3 orang saja. Berbanding seorang lagi bapa yang ada anak enam tapi mampu bayar yuran untuk anak-anaknya. Kerja tempat sama. Rumah pun dalam  kawasan sama. Tapi parent ni dapat jelaskan yuran anaknya yang ramai tu.

Kalau berselisih kat luar pun macam tak nak jumpa. Tak boleh ke cakap elok2 tak boleh bayar lagi ke apa.Pandai tabur janji tapi tak tepati.

Terfikir juga , nak tolong bayarkan ke? Tapi tahun lepas, budak ni  yuran tertunggak  semasa di kelas Prasekolah. Itu pun, bayar RM 50 semasa hari Anugerah akhir tahun..Baki selebihnya tak selesai juga. Cuba bayangkan dekat nak tutup sekolah baru nak bayar. Macam mana pula makan-minum anak tu semasa dalam pra sepanjang tahun tu. .Ada ko kisah. Ada ko ingat.

Kalau macam ni punya perangai tak tahulah. Benda lain boleh beli. Hal sekolah anak tak ambil berat. Kalau cikgu yang tolong bayar, tahun depan cikgu Tahun 2 pula yang bayarkan.  Manja dan mua. Tak habis habis mengharap subsidi orang lain.

Maaf malam ni , nak luahkan perasaan terbuku dengan sikap ibu bapa yang lepas tangan.

Sunday, January 30, 2011

MACAM MACAM NAK MAKAN

Banyaknya resepi yang berada di dalam fikiran ni. Macam-macam nak makan. Saya teringin nak makan kek lapis prun. Prun pun dah beli. Tunggu masa yag sesuai nak buat. Kadang -kadang ikut mood. Kalau tengah rajin dua resepi boleh jadi dalam sehari. Macam hari tu, mula-mula buat donat , tapi donat lambat pula  naik . Masak pula puding karemel. Aisey , akhirnya donat makan sarapan pagi esok nun.

Tapi , bila masak-masak ni , time anak-anak ada semua baru best (2 orang anak tinggal di asrama). Tunggu cuti panjang baru mereka balik.




Kali pertama makan, masa pergi Bandung hujung tahun lepas. Tapi  prunnya kat  lapisan atas saja.

Saya suka nak buat sendiri, sebab memasak ni macam bereksperimen . Kadang jadi kadang tidak. Tapi kalau kita masak menjadi tu, seronok Tuhan saja yang tahu. Agaknya , macam orang memancing kut. Time mata kail kena tarik dengan ikan  tu , time tu yang syok habis.

Saya juga teringin nak buat kek pisang bercampur kekacang macam hazelnut, dan badam . Saya makan  dua minggu lepas masa birthday kawan kat sekolah. Sedap.



Saya juga teringin nak buat pancake. Sebabnya saya tak pernah buat pancake . Tengok orang punya cantik dan gebuss membuatkan hati meronta-ronta nak cuba sendiri.




Aik , pancake pun jadi isu....

Harap pancake saya nanti menjadi macam ni...

Thursday, January 27, 2011

Perhatian : Berita Benar

Berita ni  saya dapat dari Blog Mat...... Mat dapat dari Ben. Saya c&p aje lah yer.

PERHATIAN: Sila sebarkan sekiranya ternmpk MYVi PUtih No. Plat: WUS948 yang dipercayai dipandu oleh seorang lelaki berambut pjg atau wanita bertudung sila hubungi En. Rashid 0196267828. Suspek telah melarikan seorang bayi berusia setahun yg ade didalam kereta ketika pemilik kereta menghantar ank ke nursery baru sebentar tadi diarea Puchong..keprihatinan anda amat dihargai ni berita benar..sila sebarkan

JIKA ITU JODOH MU.

Seandainya  kuatnya jodoh Nora Danish dan bekas suami , aku doakan mereka bersatu semula.

nd jejai

Gambar ini mentafsirkan kebahagian mereka. Beruntunglag Nora disayangi oleh mertua dan ipar  -duainya. Kasihan si kecil , semoga mereka bersatu semula sebagai sebuah keluarga.

Cerita dari Beutiful Nara.

Wednesday, January 26, 2011

Masak Air Betik Muda


Hari tu dah janji nak masukkan resepi masak betik ni. Jadi hari ni nak tunaikan janjilah kiranya. Bukanlah tahap diva pun, tapi ok juga bertukar selera sekali sekala. Resepi ni tak ada kolestrol, tak berminyak & berlemak.

Cari betik yang dekat-dekat nak masak  supaya isi tak lecur bila masak.

Kupas betik  dan potong kecil. Masukkan ke dalam periuk bersama air . Rebus dengan cili kecil -ikut suka nak pedas banyakkan bilangannya (lebih khaw), bawang besar potong panjang, garam, udang kering (tak letak pun tak apa ,secubit belacan -larutkan. Rebus sampai mendidih. Siap hidangkan  dan makan dengan nasi.

Tuesday, January 25, 2011

AKU PULA YANG TERKENA.

.

Hari tu orang lain yang terkena, hari ni giliran aku pula. Jangan haraplah nak tolong topup. Kirim salam jo.

Masak Pedas Kicap Siakap

Sebenarnya resepi ni resepi hari Ahad  lalu . Tak sempat nak masuk. Konfius ingatkan modem terbakar kena kilat. Rupanya tersilap tekan suis . Siap orang TM datang rumah lagi bawa modem baru .Ayoyo banyak malu ooo.., malu.

Hari tu masak Siakap Pedas, Sayur Kobis lemak dan Masak Pedas Air Betik. Dah selalu masak 3 rasa, dan stim . Tukar pula menu hari ni masak serba ringkas ni.






Resepi Siakap Pedas Kicap.

Siakap Goreng dulu (Kunyit, Garam , tepung beras)

Bahan lain:
6 biji cili kecil -ikut suka kalau nak pedas tambah lagi
1 labu Bawang besar
4-5 ulas bawang putih
1 inci halia
kicap pekat
1 sudu kecil gula
1 sk garam
1 sb air asam jawa

Caranya :
Blend bawang  besar , bawang putih, halia  dan cili kecil. Panaskan minyak , tumis bahan yang dah di blend .
Dah garing , masuk gula, garam ,air asam jawa.  Masuk ikan yang dah siap goreng.Potong bawang besar , sebagai eksesori dalam masakan. Boleh tabur hirisan cili dan daun bawang. Siap boleh makan.
Sempoi aja. Tapi anak-anak dan suami  suka makan.

Resepi betik tu nanti entry lain pulak.

Sunday, January 23, 2011

Kopi Tenom Yang Mengacam.

Pertama kali mencuba kopi Tenom ni dah jatuh cinta. Kopi yang dibawa dari Sabah oleh Pak Long Naim dan isteri tempohari memang benar-benar terangkat. Aromanya yang wangi dan halus tak payah ditapis pun
boleh terus diminum.








Kalau boleh nak lagi.Ngehhhhhh.

Friday, January 21, 2011

JIKA HATI ANDA SEDANG BERSEDIH.


Seandainya anda senang berdukacita, bergundah-gulana, bermuram-durja cubalah terapi diri ini. Pandanlah pada alam di sekeliling anda. Lihat ciptaan Tuhan.

 Pandanglah langit yang membiru , awan putih yang sedang bergerak ditiup bayu, lautan luas seperti tiada penghujung, Ombak yang menderu-deru, dengarlah kicauan burung yang berlagu merdu, Bukit-bukau nun yang menghijau ,rumput menghijau dan semua yang sealiran dengannya.

Segala-galanya akan menjadikan hati anda tenang dan damai semula. Insyaallah.

Lihatlah panorama indah ini.































Ikhsan dari Google la...

ZAKUAN DAN AYU RAUDAH SELAMAT DIIIJAB KABULKAN.

Jang Hyuk Tak Tercabar Dengan Bintang K-Pop


ALOR SETAR, 21 JANUARI 2011: Dengan sekali lafaz, pasangan popular Mohd Zaquan Adha Abd Razak, 23 dan Raudhah Abu Bakar,25, atau lebih dikenali sebagai Ayu Raudhah akhirnya sah bergelar suami isteri, sekitar jam 4 petang tadi.
Bersaksikan ahli keluarga dari kedua belah pihak, sahabat handai, rakan media dan peminat, majlis akad nikah yang berlangsung di Masjid Sultanah Bahiyyah, di sini telah menjadi bukti penyatuan dua sejoli yang menjalin cinta lebih dua tahun lamanya.
Zaquan dan Ayu Raudhah telah selamat dinikahkan oleh Imam Masjid Sultanah Bahiyyah, Tuan Haji Mustafa Kamil Abdul Jamil dengan mas kahwin bernilai RM1,888.
Pihak pengantin lelaki telah memberikan 7 dulang hantaran berbalas 9 dulang hantaran dari pihak pengantin perempuan, manakala jumlah wang hantaran masih dirahsiakan.
Zaquan yang ditemui selepas majlis akad nikah memberitahu, dia masih merasakan debarannya bagaimanapun gembira apabila segala yang diimpikannya kini telah menjadi kenyataan.
"Perasaan saya bercampur aduk, masih berdebar tapi pada masa yang sama gembira. Selama ini pun, perasaan saya ketika beraksi di atas padang sentiasa berdebar, namun debaran yang saya rasakan kali ini sangat berlainan dan impaknya lebih.
"Kegembiraan juga berlainan seperti ketika menjaringkan gol. Kegembiraan saya sekarang adalah ibarat satu kejayaan paling indah dalam hidup saya untuk bergelar suami," jelas penyerang pasukan bola sepak Negeri Sembilan ini.
Sementara itu jelas Ayu Raudhah pula, tiada yang lebih gembira selain dapat bergelar isteri kepada bintang bola sepak kebangsaan yang dicintainya itu.
"Alhamdulillah semuanya sudah selesai, saya harap dengan perkahwinan ini dapat membimbing untuk menjadi seorang perempuan yang lebih bertanggungjawab dan menjadikan saya seorang isteri yang solehah.
Turut hadir dalam majlis akad nikah ini ialah kakak pengantin perempuan, aktres Rozita Che Wan serta abang ipar Ayu, Mazlan Pet Pet.
Sementara Zaquan ditemani kedua ibu bapa serta kembarnya, Aidil Zafuan. Aidil bagaimanapun datang sendirian tanpa ditemani isteri, Rita Rudaini.
Majlis resepsi sebelah perempuan akan diadakan pada malam ini, di Taman Mawar, Alor Setar Kedah manakala bagi pihak sebelah lelaki pada 30 Januari ini di Paroi, Negeri Sembilan.
Portal murai.com.my ingin mengucapkan selamat pengantin baru kepada kedua-dua merpelai, semoga berbahagia ke akhir hayat.


 

Wednesday, January 19, 2011

Tahniah Khas buat Luna dan Nadiah-KPLI 2011

Keputusan KPLI dah keluar . Sekarang tengah sibuk buat persiapan nak masuk maktab. Bukan senang nak terpilih .Dah dapat bersyukur sangat-sangatkan. Kenapa aku rajin sangat nak buat entry khas untuk depa dua orang ni ha?? Sebabnya Aku pun pernah merasa apa yang depa rasa.

Dulu nak jadi cikgu, temuduga dah banyak kali . Tapi  dapat dak juga. Mohon masa anak dara sampai dah jadi bini orang barulah dapat. Itu pun mungkin rezeki anak sulung kut (masa tu mengandung anak sulung 3 bulan). Maka pergilah aku mendaftar nun di MPIK , KL. Jauh meninggalkan suami tercinta .Terpaksalah sebab itu yg nak sangat. Tapi setiap minggu cik suami akan berkunjung ke KL jumpa isteri.

Arwah  Nenda aku bukan suka aku kerja lain. Dia  suruh jadi cikgu jugak2.  Kerja lain tak bagi punya. Maklumlah cucu dia dua orang saja, aku dan adik aku. Dua -dua pompuan. Wah , jadi cucu kesayangan pulak. Ini memang fakta. Ecehhh.  Kamilah intan payung mereka. Ayah pula anak tunggal. Tak ada harapan lah nak ada  cucu yang lain.

Kawan-kawan seangkatan semua dah dapat masuk maktab . Tinggal aku aja sorang2 tak lepas lagi. Dah tu dok tunggu apa lagi. Nak  pula ada org masuk minang,  kawin dulu. Nasib baik dapat juga jadi cikgu.

Oleh sebab  dok KL dekat dengan Kementerian , jadi mudahlah kami pergi berurusan tukar maktab. Tapi selepas bersalinlah . Lepas ada anak kecik , aku pun bertukar ke MPPP.

Tentu Luna dan Nadiah tengah happy sekarang. Harapan dah  menjadi nyata. Lagi pun setahun tak lama. Lepas tu dah keluar kerja. Semoga mereka berdua akan suksess mengejar ilmu sebagai guru yang cemerlang dan terbilang untuk mendidik anak bangsa tercinta.

Tuesday, January 18, 2011

Tak sangka sungguh dia dah mati!!

Baru-baru ni aku bertemu dengan bapa bekas anak muridku secara kebetulan. Sebenarnya aku taklah kenal sangat dengan pakcik ni.Tapi rasa macam pernah tengok.

Tak sangka sungguh , anaknya NurHafiza  telah meninggal dunia beberapa minggu yang lepas. Anaknya  dah bertunang (23 tahun) menunggu masa utk diijab kabulkan sahaja. Namun ajal maut tak siapa yang tahu. Pergilah dia meninggalkan ibu bapa dan tunangan tersayang.Meninggal kerana kenser usus.

 Aruah merupakan anak murid batch pertama  yang aku ajar selepas keluar posting 14 tahun yg lalu . Masa tu dia dalam thn 4. Terkejut juga anak murid pergi dulu meninggalkan kita yang lebih tua (cikgunya ).

Patutlah badannya kurus saja. Tak berisi. Rupanya dia berpenyakit. Penyakitnya pun lambat dikesan. Tahu-tahu  dah peringkat serius.

Alfatihah untuknya. Semoga dia aman di sana.

Monday, January 17, 2011

Hobi Saya .

Kalau jejalan , tak lupa nak membeli pelekat magnet kat peti sejuk. Tak tahulah sejak bila mula mengumpul, sedar-sedar dah banyak melekat kat peti sejuk tu.

Mula-mula suka beli bentuk buah-buah ke , lepas tu rasa macam tak best pulak. Macam boleh dapat kat mana-mana. Kat kedai depan rumah pun boleh dapatkan. Terfikirlah pulak nak yang ada value sikit.  Misalnya , boleh mengingatkan kita  dan memberi kenangan, kita dah sampai tempat ni. Macam yang ada nama negara yang dilawati. Sabah , Sarawak , Langkawi ke atau mana-mana tempat kita dah sampai. Itu rasa ok sikitla pada aku. Bila tengok nanti, tempat ni dah sampai. Macam tu lah lebih kurangkan.

Antara yang aku dah ada, magnet dari Sabah, Sarawak, Pangkor, Thailand, Langkawi, China (Tembok Besar),Indonesia, Perlis , Vietnam , Pusat Sains Negara, Cameron Hingland, Melaka, Trengganu dan pelbagai bentuk buah-buahan .

Ada yang kawan hadiahkan. Maklumlah dah tahu kite suka kumpul benda ni. Atau suami yang beli jika dia berpergian. Untuk isteri yg kena tinggal kan,kan, kan.

Ada yang mahal , ada yang murah. Paling mahal aku beli di Jakarta dulu .Beli 2 pelekat magnet ni dekat 70 rupiah. Ambil juga masa tu dah kat airport , nak balik Malaysia. Nak habiskan rupiah yang masih ada .

Masa jalan2  kat sana ada jumpa , 4 keping dlm 50 rph. Rasa mahal ,  nak cari yg murah sikit.  Last -last dapat kat airport tu jugak....

Kumpul jangan tak kumpul..

Saturday, January 15, 2011

Nak Up trafic blog kite.

Saya pun nak cuba nak upkan trafik bacaan blog. Saya dapat link trafik berangkai ni dr blog Bicaramataku.   cuba2 aje la.. Apa yg perlu anda buat ialah...

1. Tulis posting artikel seperti posting ini, atau copy-paste artikel ini. Kemudian beri tajuk yg menarik.
2. Anda hanya cuma meletakkan Link URL di bawah ini untuk artikel yang anda tuliskan dalam blog / web anda.


15.www.cempakabiru-nieda.blogspot.com

1. Sebelum anda meletakkan web-web di atas di komuniti Link URL ke posting web / blog anda, sila hapuskan link nombor 1.
Selepas itu pindahkan Link no.2 menjadi no.1,
yang No.3 jadi No.2,
yang No.4 jadi No.3
dan seterusnya.
Setelah itu masukkan link anda di urutan bawah (No.15).
2. INGAT!! Jangan Ubah urutan daftar link itu.Jika setiap blogger mengikuti formula tersebut, maka bakal menghasilkan backlink seperti berikut:

Bila posisi anda pada no.15, jumlah backlink = 1
Posisi no.14, Jumlah backlink = 5
Posisi no.13, Jumlah backlink = 25
Posisi no.12, Jumlah backlink = 125
Posisi no.11, Jumlah backlink = 625
Posisi no.10, Jumlah backlink = 3,125
Posisi no.9, Jumlah backlink = 15,625
Posisi no.8, Jumlah backlink = 78,125
Posisi no.7, Jumlah backlink = 390,625
Posisi no.6, Jumlah backlink = 1,953,125
Posisi no.5, Jumlah backlink = 9,765,625
Posisi no.4, Jumlah backlink = 48,828,125
Posisi no.3, Jumlah backlink = 244,140,625
Posisi no.2, Jumlah backlink = 1,220,703,125
Posisi no.1, Jumlah backlink = 6,103,515,625


Read more: sekadar coretan: Up trafik cara berangkai? http://bicaramataku.blogspot.com/2011/01/up-trafik-cara-berangkai.html#ixzz1B7II88Jo

Tuesday, January 11, 2011

Rombongan P Indonesia.

Kenapa ya, asyik keluar entry Indon saja ni. Tak habis-habis Indon. Jangan jemu ye. Ini kerana satu trip lagi akan ke Indonesia pada bulan Jun nanti (musim cuti sekolah ).

Jadi sesiapa yang ingin ke Indonesia,( Jakarta, Bandung, Bogor dan Puncak) bolehlah bagi nama dan no IC. Tambang RM 1500 termasuk flight , makan, hotel , pengangkutan di sana , lawatan berbayar seperti Safari Indonesia dan lain-lain adalah termasuk dalam pakej. Mengambil masa selama 4 hari 3 malam.Anda cuma bawa duit membeli belah sahaja.

Syok gila, kerana pertukaran duit kita  adalah tinggi. Jadi  kita jadi jutawan pula sekejap.

Di sini saya sertakan gambar -gambar menarik di sana ya untuk tatapan tuan-puan semua. Selain itu anda boleh pergi ke post2 yang terdahulu tentang cerita di Indon yang dah saya paparkan.








































Sesiapa yang berminat boleh hubungi saya 0175719395/013-5528468.

Jom Bercuti!!!