Buat Duit

Tuesday, February 15, 2011

CONTEST REVIEW BLOG KAK INAKL.DOT.COM

Teringin juga nak cuba contest Kak ina buat kali ini. Kut-kut ada rezeki dan dapat hadiah. Saya blogger baru kadang-kadang  tak pandai nak masuk contest yang rasa susah  dan kena ambik masa. Contest kak Ina kali ni rasa ok juga. Jadi saya onlah. Lagi pun hadiah pun menarik.

Saya dah mula ikut blog kak ina dah lama. Sampai saya letak dalam bloglist saya. Blog kak Ina semua ada. Kalau nak cari resepi ada, jalan2  makan angin pun ada, cerita artis dan hiburan pun ada (kadang-kadang kena baca cerita santai macam ni untuk ringankan otak). Lagi pun kak ina selalu up to date N3nya. Betul tak kak Ina?? Bukan nak bodek ya.

Yang layak ialah rakyat Malaysia dan mesti mempunyai blog.Apa yang perlu dilakukan? Mudah sahaja.
 

1. Buat satu N3 tentang/review blog akak. Macam apa yang tak perlu di kekalkan dan perlu di buang kat blog ini. Bukan cerita mengenai akak tau.

Tajuk mestilah sama macam tajuk diatas. Bagilah pendapat yang bernas yer.

2. Sila salin dan tampal ayat di bawah dalam satu entri di blog anda. Nak letak gambar tu boleh, tak nak letak pun boleh. Suka hatilah labu.

kakinakl.com sedang mengadakan contest. Jomlah join...hadiah
 menarik menanti anda.

3. Setelah siap sila tinggalkan link N3 anda di dalam ruangan komen sebagai penyertaan. 
 
 
Marilah kita mencuba ramai-ramai . Kut-kut rezeki kita ya tak??

Monday, February 14, 2011

KERABU MANGGA MUDA

Tetiba saja mak suruh buatkan kerabu mangga tengahari ni.  2,3 hari lepas dah buat tapi ada lagi lebih mangga muda yang tak habis. Sedap juga makan dengan nasi panas-panas. Boleh potong darah tinggi kalau sapa yang ada darah tinggi tu.



Bahan:

Mangga muda
udang kepai (udang halus)
cili kecil
bawang besar
garam dan gula
jus limau nipis

Caranya:
Cincang  mangga nipis -nipis. Potong bawang , cili, masukkan udang kecil, gula, garam ,perah limau dan gaul sebati. Perapkan sekejap bagi rasa sebati sebelum makan.

ANGGURKU DAH BERBUAH!!





Wah, pokok anggur depan rumah keluar buah! Buah anggur hijau nampaknya. Tak tahulah  kut-kut besar nanti tukar jadi merah atau hitam pulak. Ada 3, 4 tangkai. Kalau ada rezeki boleh petik anggur depan rumah sendiri.

Pokok anggur ni ditanam oleh suamiku. Siap buat tempat pokok tu menjalar dai besi . Apa lagi bila tengok buah anggur dah keluar  senyum sampai ke telingga. Seronok sangat.

Sebenarnya pokok ni dah tanam dekat 2 tahun tapi tak pernah lagi keluar hasilnya.Inilah hasil sulungnya. Selalu orang dok tanya pokok anggur ke? Pokok anggur la. Tapi lepas mak letak baja dari ayah mertuaku bagi terus menjadi. Elok sungguh baja ni.Tak tahu cap apa, dari Peladang kut.

Meh petik  anggur.

Sunday, February 13, 2011

Kelisa Goreng Lemak



Hari masak Kelisa  Goreng Lemak.. Ada jiran beri ulam ni. Teringin pulak nak buat goreng. Selalu makan mentah dan jadi ulam cicah sambal belacan.

Potong serong, tumis bersama bawang , cili kecil (saya suka pedas), santan pekat 1/2 cawan, garam. Dah masak angkat. Sedap juga.Jarang-jarang jumpa jadi makan nasi pun laju  ja.

Saturday, February 12, 2011

ANAK SEDARAKU JATUH MOTOR

Malam ni , dapat berita dari jiran di kampung. Anak sedaraku jatuh motor. Selalunya , kalau ada apa-apa hal jiran ni  dia terus telepon mak aku.  Budak ni baru 13 tahun. Nasib baik tak patah ke apa. Cuma luka-luka sikit. Helmet pun tak pakai.

Mak pula tak boleh terkejut. Jadi aku bagi tahu suami suruh pergi tengok kat hospital  senyap-senyap.Patutlah mak rasa nak balik  saja dr KL. Baru sampai rumah petang semalam. Rupa-rupanya ada kes. Selalu macam ni , ada petanda kalau apa2 nak jadi. Nalurinya kuat.

Masa jatuh tu, antara pukul  8-9 malam. Maknya suruh pegi beli topup. Kedai tu tak jauh  dri rumah. Ayahnya tak ada di rumah, balik kampung di Kedah. Line telepon rosak selepas satu kebakaran kedai di Pekan SB tahun lepas. Jadi orang kampung kat situ terpaksa guna h/pon .

Kisahnya , dia bawa motor agak jauh dari kedai topup tu sebab nampak ayahnya panggil. Meyuruh bawa laju ke arahnya.Padahal , objek  tu semakin jauh ke depan. Dia nampak si ayah tu pakai baju putih melambai-lambai ke arahnya. Sebenarnya , ayah tu tak balik lagi.  Sekarang  (masa n3 ini ditulis) baru dalam perjalanan balik dari sana.

Semasa aku menaip ni, meremang bulu roma. Harap Hazirah tak apa2.Malam ni kena stay kat hospital semalam. Xtray pun tak nampak patah ke apa. Semoga ini jadi pengajaran .

Wednesday, February 9, 2011

Sempat Tak nak joint Contest.

Minggu ni sibuk sekali. Tak sempat nak belek lama-lama blog ni.
Hari ni , buka blog kena tag dengan Hidayati , blogger dari Sabah.hidayatimohamed.blogspot.com.
Kalau sempat boleh lah masuk contest tu . Teringin juga nak dapatkan RM 100. Tapi tak tahu barang apa yang menjadi impian dalam harga RM100 tu yek . Ada idea???






 


Nak cari jam keluar jem .kih,kih,kih.

Atau yang ini pun jadi lah!!




Boleh????

Monday, February 7, 2011

Kebun Mak Tok.

Hai dah lebih seminggu mak tok menghilangkan diri. Menziarah kaum keluarganya dan merangkap makan kenduri sekali di KL. Mak tak rindu ke pokok dan sayur belakang rumah ni? Tapi pokok -pokok dan sayur ni pulak yang rindukan tuannya. Yalah, sekarang ni musim panas. Selalu mak tok yang rajin siram dan belai tanamannya tu.

Ada serba sikit yang ditanam . Bolehlah lepas duit ke pasar. Cili kecil belakang rumah ni ,dah lama  tak  beli. Tak habislah  pulak . Dapat bagi kat jiran tetangga. Sesak-sesak nak buat nasi goreng  ke apa -apa , petik aje. Siap nasi goreng.




Selain pokok cili ada lagi tanaman lain yang ditanam . Ada bendi, kangkung, betik , rosselle, daun kesum, pandan ,dan serai . Musim rosselle berbuah ranum, paling jauh kat Bentong buah tu sampai .Rumah adik ipar. Sedap buat sirap rosselle. Banyak khasiat pula tu.

                                                



Asalnya pokok betik ni satu pun  tak ada  kat rumah kami. Sebab selalu sangat beli betik  , Mak tok ni pun taman betik dari biji  dari buah yang dibeli tulah. Sekarang tak yah beli dah.



                    Kangkung ni bolehlah buat sayur kalau bekalan dalam peti sejuk dah kepupusan.

Saturday, February 5, 2011

Home made Pizza.



Bila dah ramai kat rumah macam -macam nak makan. Anak dah besar -besar bolehlah tolong kat dapur. Cuti yang lalu buat pizza . Macam -macam bentuk piza ikut citarasa tukang masaknya. Adunan untuk buat piza , ikut bahan seperti nak buat donat saja. Tepung , susu tepung atau susu pekat , gula , mauripan , dan mentega. Telur tak guna. Toping ikut . Kali ni guna sosej dan sayur campur, paip dengan mayonis dan sos cili. Kalau inti daging kisar  atau tuna pun sedap juga.











 Sampai kat luar bawa tudung periuk tu!!
Jemput makan.

Thursday, February 3, 2011

Hari Raya Cina


Hari ni meriah sekali.  Jalan raya sibuk dengan deruan kereta hilir mudik. Macam kita pulak raya. Sempena cuti raya ni ramai juga yang mengambil kesempatan untuk mengadakan kenduri kahwin.  Sepanjang jalan tadi ke rumah kenduri ,kelihatan 2,3 group  kereta berkonvoi mungkin rombongan kenduri . Ayat macam tak betul aja kereta berkonvoi. Hentam ajala Labu.


Balik makan kenduri , teringat la pulak misi nak buat kek prune. Buat la pula kek untuk mencapai misi.


Tengok tu tak sempat nak snap, ada tangan kecik dah ambik satu.

Prunenya tak banyak dah kena cilok dengan anak-anak.

Kek ni resepi kukus. Tapi tengak dok nak didihkan air.Tup2 api dapur padam. Aik , baru ja beli  gas tak kan dah habis kut. Tapi disebabkan tengah nak buat kek, adunan pun dah siap . Terpaksa la p beli tong gas baru. Balik pasang,  api tak nyala. Apa pula silap ni???

Cara kedua , masak kek pakai oven cara stim la. Letak dalam dulang berisi air macam nak buat kek karemel. Akhirnya jadi juga kek seperti dalam gambar di atas. Lapisnya tak berapa nak jadi sebab tukang masak tengah blur dapur tak berasap................Walaupun tak berlapis dengan elok tapi sedap.

Resepinya:
5 bj telur gred A sejuk dr peti sejuk (saya letak 4 sj)
225 gm gula halus
220 gm t. gandum
1 sk baking powder
1 sb ovellette
150 ml susu cair
garam
100 ml minyak
1 sk esen vanilla
pewarna ikut suka
prun / asam manis

Caranya
Pukul telur dan gula. Masuk mtepung yang diayak dgn baking powder. Masuk semua bahan  satu persatu . Gaul sebati. Bila dan rata semua nya  bahagi ikut warna kesukaan. Lapis dgn diselang seli prun. Kukus sampai masak.

Selamat mencuba.



Wednesday, February 2, 2011

MINYAK NAIK LAGI!!!

Hai, minyak , minyak. Baru naik  sekarang naik lagi.



Hari tu kecoh pasal minyak masak kurang di pasaran. Sekarang minyak kereta juga. Aiyaa. .. Apa dah jadi  ni  asyik naik saja. Maintain tak boleh ke?????

CIRI-CIRI ANAK PINTAR CERDAS



Ciri-ciri positif dari aspek fizikal, psikologi dan tingkahlaku kanak-kanak pintar cerdas:
Pengamatan tinggi
Menyedari sesuatu dengan lebih teliti berbanding dengan kanak-kanak yang sebaya dengannya yang mungkin akan terlepas pandang
Keinginan untuk tahu tinggi
Ingin mengetahui semua hal seperti objek, idea, keadaan situasi atau sesuatu acara
Minat mendalam
Mungkin akan menfokus sesuatu perkara yang diminati dalam jangka masa sebulan atau mungkin setahun serta akan menjadi terlampau dalam hal tersebut
Menerima infomasi dengan pantas
Selalu diandaikan seperti span,menyerap segala maklumat dengan cepat dan banyak
Ingatan yang tinggi
Selalu dikatakan mempunyai ruang simpanan memori yang luas untuk pelbagai topik serta mampu mengingati semula dengan cepat
Mungkin dapat membaca lebih awal
Kebanyakannya dapat membaca sebelum umur 5 tahun
Kerap membaca serta meluas
Suka membaca bacaan yang meluas dan pelbagai subjek serta membaca dengan pantas

Tatabahasa yang tinggi
Memiliki penggunaan tatabahasa yang canggah serta banyak dan suka menggunakan perkataan yang baru dan unik
Tahap penumpuan yang lama
Berbanding kanak-kanak normal mereka ini dapat memberi tumpuan yang lebih lama dalam sesuatu perkara kecuali aktiviti tersebut tidak menggunakan daya pemikiran

Kebolehan menyelesaikan masalah
Kanak-kanak pintar cerdas ini mampu untuk menyelesaikan masalah yang sukar untuk ditafsirkan serta memiliki kemahiran berfikir yang tinggi


Keupayaan imaginasi yang tinggi
Mampu untuk membayangkan sesuatu samada baik atau buruk dan boleh mencipta cerita yang bagus serta boleh menyatakan segala kebimbangannya

Tuesday, February 1, 2011

KEK PISANG BERKISMIS


Semalam buat kek pisang campur kismis. Asalnya nak letak buah-buahan kering .Tak ado ,
 kismis jo yg ado. 
Pisang ada lebih  4-5 biji lagi. Tapi ada chef kecik membantu . Masa nak sukat tepung ,dia pun nak buat, kita pukul telur dia pun nak pukul telur. Kita nak letak kismis dia yang banyak sapu. Last-last gula lupa  nak campur. Fulamak , kek dah masuk oven. 
 Cepat-cepat bawa keluar .Masukkan gula walaupun  kek dah mula nasak bahagian tepinya. Kacau balik rata-rata. Kalau tak jadi  kek pisang tawarlah jawabnya.
Kek ni terlebih masak. Garing sikit kat tepi tu. Lain kali boleh kurangkan masa bakar.

Bahan:
200 gm pisang emas lenyek
15o gm gula kastor
4 biji  telur
10 gm ovelette
230 gm tepung gandum
1 st baking powder
1 st soda bikarbonat
125 susu cair
100ml minyak masak
sedikit garam
1 st esen vanilla

Caranya:

Pukul telur dan gula hingga kembang. Masukkan tepung , soda +baking powder yang telah diayak bersama ke dlm adunan telur tersebut.Tambah susu cair ,esen ,garam, ovellete, pisang dan minyak masak gaul hingga rata dan sebati. Panaskan 0ven 180 darjah C dan bakar hingga masak.


Chef Kecik yang lupa nak campur gula dalam kek pisangnya.