28 April 2011
Yang Ini Aje yg Ade.
Semalam baru dapat minyak Sri Murni. Tapi , yg 2 kg aje. Botol besar tak ada. Kecik pun kecik lah. Susah betul nak cari Sri Murni kat sini. Banyak kedai tak ada jual minyak ni . Tesco pun tak ada.
Sebelum jumpa yang besar , ambik ajelah yg kecik pun. Minyak masak kat rumah dah habis.
Selamat bercuti sempena 1 Mei.
26 April 2011
15 JENIS MAKANAN DILARANG DIJUAL DI KANTIN SEKOLAH
pix_gal0
Sudah semestinya 15 senarai makanan di atas tidak boleh dijual di kantin sekolah. Kebanyakkan makanan seperti burger, hotdog, nuget itulah makanan kegemaran kanak-kanak. Namun begitu, makanan itulah yang menyebabkan masalah obesiti di kalangan generasi muda bukan faktor nasi lemak semata. Lebihan minyak yang tak larut akan menyebabkan lemak berkumpul di dalam badan.
Manakala minuman berkarbonat pula yang mengandungi kandungan gula yang tinggi berupaya menyebabkan penyakit diabetis di kalangan generasi muda hari ini jika kawalan makanan tidak dijaga oleh ibu bapa.
Seperkara lagi ,jika diperhatikan  jurujual yang berada di luar pagar sekolah itu yang perlu dipantau .Selalunya mereka ini membawa makanan ringan yang banyak untuk menarik perhatian kanak-kanak sekolah sebelum ibu bapa belum tiba menjemput anak mereka.
25 April 2011
HARI NI ,PEREMPUAN KENA PANDAI PANDU KERETA , KALAU TAK...
Sekarang  kalau perempuan tak tahu pandu kereta memang rugi. Nak ke hulu ke hilir tak kan nak tunggu cik abang balik kerja. Setakat nak keluar shopping tak kisah lah. Kalau anak sakit , suami ada boleh bawa. Kut2 si suami sakit demam tengah malam buta , camno ha.Nak tunggu ambulans mai ambik atau nak panggil teksi, atau nak call jiran sebelah.Ha, kan susah.
Nak p kerja pun susah. Nak menumpang kawan. Kalau kawan tu cuti pulak. Macam mana pulak kita. Kalau setakat MC sehari bolehlah cover. Kalau member tu cuti 3 bulan, kita pulak nak cuti setahun.
Perempuan hari ni, bukan pelik ke sana kemari memandu sorang diri.Tapi yang pelik hari ni , perempuan yang tak tahu bawa kereta sorang diri. Memandu kereta satu keperluan untuk hidup. Kalau sehari tak pegang stereng ... bukan akulah.
Pedulikan suami Si Zizi Ezete tu cakap tentang wanita yang memandu cuai ke apa bala.
Ada bukti??
Angkara Dadah.
  Turun nak balik rumah pukul satu tadi, terlihat kelibat si kakak datang nak ambik adiknya yang dalam Tahun 1. Ada ada entry terdahulu, murid tak bayar yuran. Mereka 3 beradik, si kakak dalam Tingkatan 4. Si abang Tahun 6. Ketiga2 mereka tak bayar yuran. Jumaat lepas sekolah ada menyampaikan wang  zakat dari bank Rakyat bagi pelajar yang kurang mampu. Si abang dapatlah RM100, tetapi adik nya tak dapat.
Lebih kurang 45 orang dapat wang zakat ini. Ramai ibu bapa yang datang pada majlis tersebut. Bagi yang selesaikan yuran mereka kan dapat penuh, kalau belum dapatlah sikit setelah ditolak yuran.
Rupa2 nya  sikakak dah nak berhenti sekolah. Tiga minggu ponteng. sekarang kerja ambil adik dan hantar adik dengan motor. Lesen pun tak ada. Mak kerja di pasaraya . Balik rumah dalam pukul 8 malam. Ayah kerja ladang kelapa sawit.
Kisah budak ni selalu bermain difikiran. Kenapa keluarga ni tak boleh survive berbanding keluarga di ladang yang sama ada anak yang lebih ramai dan punca pendapatan dari si ayah sahaja berbanding mereka ini.
Sikakak dah kena interview dgn PK koko , dan 2 orang cikgu lain. Dia ni pun bekas murid sekolah kami.Cikgu2 ni sanggup bayar yurannya dan tambang bas. Tapi si kakak tetap tak mahu sekolah.Walau diberi nasihat dia tetap mengelengkan kepala.Dengan lelehan air mata dia memberitahu ayahnya menagih semula. Ayahnya pernah kena  tahan beberapa tahun, baru dibebaskan tahun lepas akibat dadah.
Sebab tu duit gaji tak berapa cukup mungkin digunakan membeli dadah. Si anak selalu tak datang sekolah dengan alasan tak ada duit. Untuk adik yang berada di tahun 1, prestasi  sangatlah baik. Atas apa alasan si kakak tak mahu sekolah hanya dia yang tahu.mungkin semangat dah jatuh melihat perangai ayah. Kesian anak2 yang menjadi mangsa keadaan.
24 April 2011
Dua Orang Yang Berbeza
Ini citer anak bujang ku 2 beradik . Sorang TAhun 4 . Sorang lagi Tahun 5. Siabang kurang gemar makan nasi, tapi kalau jumpa roti..... dari pagi ke malam makan roti pun tak apa.  Macam semalam buat roti sosej, dok layan roti sosej sepanjang hari. Kalau dapat roti Gardenia buku  , dia makan roti dgn Milo. Setengah buku boleh habis dia makan sorang.
Si adik pulak , sangat suka makan nasi. Balik sekolah, mandi dan tukar baju  meja makanlah ditujunya.Semua yang mak dia masak semuanya sedap. Mesti bertambah nasi 2x.Si adik dah naik badan. Tambah2 lepas dah bersunat. Seluar jeans dah tak muat . Kena beli yang pakai getah keliling pinggang. Susah juga nak cari pesen ni.Hari tu dapat Kikilala. Kikilala tu je sehelai yg boleh pakai hingga kini.
Mak dah pening nak beli seluar baru. Pakai tracksuit lah nampak gayanya. Tadi pun beli Tracksuit Cheetah kat dia.
23 April 2011
Kopi pun Tak Halal.
Dalam minggu ni kita  dikejutkan dengan kopi tak halal. Kopi segera atau  kopi yang dijual di kedaimakan , cafe dan seumpamanya. Aku pun suka minum kopi. Sekarang dah was2 dengan kopi. Tambah2 yang kopi  segera yang dlm 3 in 1 dan sebagainya. Tanda halal yang dicop di luar plastik pun boleh ditiru. Lagi menambah kekofiusan aku.
Tapi tadi masa jalan2 di blog kekawan, terjumpa yang kopi dimaksudkan ialah kopi KLUANG HIGHWAY.Nasib baik tak pernah p try. Kalau tak naya.
22 April 2011
Fully Booking To Indonesia.
Syukur sangat, 2 minggu lepas pendaftaran ke Indonesia (Jakarta, Bandung , Bogor dan Puncak ) telah ditutup. Tiket pun dah selamat dibooking. Tempoh masa promosi yang pendek membuatkan hati berdebar2 . Dapat sambutan ke idak? Maklumlah selepas balik bercuti pada bulan 12 tahun lepas terus merancang trip ini yg akan terbang pada 5 Jun nanti. Selalu makan masa 10 bulan atau lebih untuk sesuatu trip.
Trip ini yang ke 3 dan yang paling ramai.Penuh satu bas.
Dalam masa hanya 3 bulan peserta mencukupi malah masih ada yang bertanya nak ikut serta tetapi dah tak ada kerusi. Tunggulah trip yg akan datang pula.Insyaallah  tahun depan. Mungkin ke  Veitnam atau Siamreip pulak ke?
Mau p mana pulak ya??
21 April 2011
Berkongsi ilmu.
http://ahmadzaki.files.wordpress.com/2008/06/potongkuku25.jpg 
RASULULLAH S.A.W bersabda yang ertinya:
Barang siapa yang mengerat kukunya pada : 
Hari Sabtu:Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit.
Hari Ahad :Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan.
Hari Isnin :Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat
Hari Selasa:Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit
Hari Rabu :Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.
Hari Khamis :Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.
Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.
 Sekadar rasa ingin berkongsi sedikit ilmu .
19 April 2011
ANGIN MEROTI DAH SAMPAI.
Petang tadi teringin pulak nak buat roti, tapi blur lagi nak buat roti apa? Macam nak buat sosej roll, tapi sosej pun out of stok. Nak keluar beli tak rajin la pulak. Kelapa parut ada banyak lagi dalam fridge buat ajalah inti.
Sebenarnya tepung roti dah beli dah dekat sebulan .Nak buat tak buat2 juga. Hari ni angin apa pulak ,jadi pulak roti. Lembut dan gebu. Satu dulang dah habis makan panas2. Bukan nak masuk bakul pulak. Betul.
Pakai uli dengan tangan je.  Buat water roux pun on the spot . Tunggu sejuk terus buat.Alhamdullillah jadi . Seronok bila buat roti jadi dengan elok mengikut piawainya. 
Resepi ni saya dapat dari Cik Ann dari Ann Bakers. Saya dah ikut kelas meroti darinya, tapi inilah first time buat lepas habis kelas.  Terima kasih banyak2 untuk Cik Ann.
Bahan:
400 gm tpg roti
3 sudu besar susu tepung
80 gm gula castor
11 gm yis kering
1 bj telur
100ml air ais
100 gm water roux
1/2 sk garam
30 gm shotening
30 gm mentega
6 gm pengemulsi
1 sk bread softener
1 sk bread improver
Caranya.
1. Campur semua bahan seperi tepung  roti, susu tepung, gula kastor, yis kering, bread softener,improver, mentega. Gaul rata semua bahan . Masukkan garam.
2.  Masukkan telur yang telah dikocok2. Tinggal sedikit untuk disapu atas roti .Uli hinggal kenyal dan tak melekat pada tangan.
3 Perap hingga doh jadi 2x naik. Tutup dgn plastik hitam.
4. Bahagikan doh kepada beberapa bahagian . Isi doh dgn inti. Perap lagi sehingga naik 2 x ganda. Sapu doh dengan telur.
5. Bakar dalam suhu 180 C lebih kurang 15 minit. Bila roti masak sapu pula dengan mentega supaya berkilat.
Cubalah. Sure jadi.
18 April 2011
Bangga Jadi Anak Perak.
http://3.bp.blogspot.com/-1Isb0MZuLsA/Tav3_0TxO2I/AAAAAAAAEBs/ZmRHdbe0GU0/s1600/azlan.gif
Hari ni semua orang Perak dok bercuti  kat rumah sempena Hari Keputeraan Sultan Perak, DYMM Sultan Azlan Shah.
Jangan Jeles ye...
BUAT HAL PULAK.
Sentap juga semalam, nak keluar kereta tak boleh hidup. Apasal pulak ? Kereta kira baru lagi . Baru renew roadtax sekali. Tak kan rosak pulak. Otak dah fikir kut2 bateri kereta kong ke pulak. Ni lah nasib  kalau En. Suami tak ada di rumah. Kalau dekat2 bolehlah telepon ke apa. Ni ha, kena tunggu kapalterbang nak balik.
Dalam masa terdekat tu kena fikir2 sendiri apa tindakan yang mesti diambil. Hari Senin dah nak kerja. Tak ada kereta macam patah kaki pulak.Mana nak  hantar anak tuisyen, anak ke rumah pengasuh, mengaji . Tak ada kereta habislah.
Telepon mak, nasib  baik adik ipar tolong call pomen. Pomen dtg rumah sekali stat dah hidup. Rupa2 enjin sejuk. Lepas basuh kereta semalam , enjin tak panaskan. Lepas tu petangnya hujan lebat. Sejuklah dia.
Nasib baik dah ok. Kena RM 10 aja.
15 April 2011
Cempaka Biru.
Ada ke bunga cempaka berwarna biru? Selalu nampak  warna putih, merah dan   kuning air aja. Biru ? Biar betul! Itulah nama yang dipilih untuk blog tercintaku ini.
Kenapa pilih nama ni. Sebenarnya Cempaka Biru , diambil dari nama email aku. Senang tak payah dok reka nama lain , automatik je bagi nama tu.
Tapi tak sangka juga , rupa2nya ada lagi blog yang bernama Cempaka Biru disini .Selain tu memang ada blog sama nama  dah singgah blog ini. Spellingnya - Chempaka Aziz  (pakai nama sebenar). Terima kasih kepada dua orang sahabatku ini yang dah follow blog Cempaka Biru. Dah pun jadi  follower mereka.
Tertarik juga novel dari AINA EMIR -BUNGA-BUNGA KEMBOJA. Memang syok novel ni.Kemboja dan cempaka kan bunga sama. Novel terbitan Karnadya. Siapa nak tahu boleh klik disini. Novel darinya akan membawa kita mengembara ke merata dunia sambil asyik dengan cerita yang syahdu. Macam cerita ni, penulis membawa kita ke Cambodia. Bahasa yang mudah dan plot2 menarik menjadikan novelnya lain dari yang lain.
Dah buat promosi pulak. Sebenarnya terkenang En. suami yg ke Cambodia sbb tu hari ni entry nya saling berkait.
Bunga-Bunga Kemboja
* Hari ni En Suami dah terbang Ke Cambodia 7.oo pg  tadi dan selamat mendarat di sana pada pukul 9.15 pg waktu tempatan. Semoga  pergi dan kembali dengan selamat hendaknya.
Caiyuk cikgu.
Bercerita tentang nak  dicerap, maka semalam selamatlah cikgu Tahun1 ni kena cerap. Oleh kerana waktu matematik ni selepas waktu rehat, maka bolehlah membuat  persiapan terakhir dengan lebih baik. Oleh kerana diminta menggunakan kemudahan ICT maka cikgu ni menggunakan kemudahan internet untuk mendapatkan bahan berkaitan. Tahun ni tidak dibekalkan kemudahan CD seperti zaman PPSMI dulu yang mewah dengan CD untuk setiap matapelajaran.
Murid2 enjoy belajar menggunakan bahan matematik dari Maths is Fun. Gambar yang dipaparkan berwarna -warni menjadikan sesi pembelajaran berjalan lancar. Selain itu bahan maujud yang lain ada disediakan juga bagi menambah  kefahaman murid. Cikgu juga tak lupa menyelit pengajaran menggunakan arbacus.  Arbacus wajib diajar utk murid Tahun 1. Setakat ni budak-budak kelas aku dah tahu mengguna arbacus untuk mengira. Kita sebut aja angka mereka dah boleh tunjuk pada papan arbacus tu.
Murid enjoy , cikgu pun suka . Puas hati dengan markah diberi.
JANGAN MINUM BERDIRI.
Dalam adab orang Melayu , minum berdiri dikira tidak sopan. Islam sendiri melarang umatnya minum sambil berdiri. Apabila dilarang kita membuat sesuatu perkara itu , maka sebenarnya ada perkara yang tidak baik yang perlu dielakkan. 
Sebenarnya , minum berdiri juga tidak elok di segi kesihatan.
Islam menetapkan adab bagi umatnya dalam melakukan sesuatu kegiatan bagi kesejahteraannya.
Islam melarang umatnya minum secara sekali gus atau terus-menerus air dalam satu tempat air, sebaliknya sunat membaca Bismillah dan mengucapkan Alhamdulillah dan hendaklah diminum dengan dua atau tiga teguk.
Islam juga menasihatkan umatnya daripada meminum air dalam tempat simpan seperti teko atau cerek dan sebagainya. Makruh meniup ke dalam air yang akan diminum sama ada air itu panas atau sebagainya.
Ini menunjukkan Islam mementingkan kesihatan bagi umatnya dan mengajar supaya mereka tidak tergopoh-gapah minum sehingga tiada kesabaran menunggu dan menanti air itu sejuk terlebih dulu.
Minum berdiri bagi wanita boleh menyebabkan saluran kencingnya menjadi longgar. Apabila terbatuk atau terbersin wanita tersebut akan mudah terkencing. Tindakan ini tidak dapat dikawal. Ia terjadi secara semulajadi. Perbuatan minum sambil berdiri akan menyebabkan jumlah air yang diminum terus menuju ke rahim wanita tersebut berbanding jika minum dalam keadaan duduk, air akan disaring terlebih dahulu. Jadi kandungan air yang banyak di situ akan menyebabkan ia mudah dikeluarkan semula.
Sesungguhnya setiap larangan itu akan membawa  keberkatan dalam hidup. Sebagai contoh Rozita  pelakon tu, beliau amat berpegang kepada adat dan larangan orang tua untuk mengekalkan kesihatan dan kejelitaannya.
@ Sekadar berkongsi info.
13 April 2011
Nak kena Esok
.Minggu ni semua kawan-kawan nak kena cerap dgn org atas. Orang atas tu GB, dan PK di sekolah. Tadi Wani  dah kena 1 jam dgn big boss. Tapi tak apa dapat markah tinggi2.  Masing-masing dah buat temujanji untuk dicerap.
Giliran saya .............esok pula. Siaplah apa yang patut. Dah nak kena tengok perlulah ada sikit bahan. Tak bolehlah lenggang -kangkung masuk kelas. Nanti dapat markah sikit pulak.
BILA CIKGU RAJIN DAH SILAP KIRA..
Jadi guru kelas tahun satu ni memang kena rajin dan pantas. Kalau tak  macam mana nak siapkan fail KSSR untuk kelasnya. Kalau murid sikit tak pa lah. Kalau 30-40  orang macam mana?  Sistem KSSR tahun ni kena siapkan fail untuk setiap murid .  Kalau 20 orang murid maka jawabnya 20 buah fail lah. Fail ini pula akan dibawa sehingga murid ini tamat Tahun 6.
Isi kandungan perlu ialah semua mata pelajaran yang diajar di dazlam kelas termasuk Muzik , Seni dan PJK.Kalau subjek teras apa lagi mesti mantap beb.
Nak jadi cerita ,cikgu  Tahun 1 tu  kena siapkan fail2 yang banyak tu. Fail ring weh!! Tebal 4 inci lagi.  Boss dah belikan kertas pembalut yang kiut-miut. Nak kena balut cantik2 sebab nak pakai sampai 6 tahun. Balutlah cikgu ni dgn bersemangat sekali. Sehari dah siap .Tapi ada 5 buah fail lagi tak cukup kertas bunga2 tu. Maka cikgu ni pun bergegas memberitahu Boss yg kertas tak cukup. Boss cakap ,'' Saya dah beli cukup2 dah pasal apa cukup pula ?". Heran bin ajaib.
Cikgu ni pun balik semula mengira kut2 dia tersilap ke apa. Betul lah 5 lagi tak cukup  pembalut. Nasib baik  kakak pekerja pejabat datang .Memanglah yang 5 buah lagi tu utk kegunaan pejabat memang dibeli lebih pun, bukan utk KSSR Tahun 1.
Baru cikgu Tahun 1 faham. Gamaknya kalau kertas bunga tu ada lagi mesti fail tu dah kena balut juga.
12 April 2011
MINYAK MASAK DAH HABIS STOK DI KEDAI!!
Untuk bulan ni belum beli minyak masak lagi, sebab stok minyak yang bulan lepas ada setengah botol lagi (botol paling besar 3 ke 5 ml  ye?)Eh!  Boleh lupa pulak . Jadi masa beli barang dapur hari tu KIV dulu. Sekarang minyak tu dah nak habis . Kiv tu pun sebab jenama kegemaran tak ada di pasaraya besar tu. Asyik jenama keluaran sendiri saja yang berderet. Jenama Cap Buruh, Cap Helang  adalah. Tapi minta maaf lah itu bukan pilihan.
Saya mencari brand Sri Murni atau Vesawit. Selalu beli Sri Murnilah. Minyak dia cantik kuningnya walau pun dah goreng 2,3 kali. Tak macam minyak lain bila kali ke2 dah nampak perang.
Petang semalam singgah kat kedai kawasan tempat tinggal. Pun tak ada , jenama pilihan. Cap buruh , cap Helang. Minyak jagung adalah. Minyak jagung pelbagai jenama ni baik sangat kalau kita guna tapi mahal lah sikit. Stok ni ada juga kat rumah tapi botol kecil aja.
Agaknya  berlaku krisis minyak masak lagi ke ??
11 April 2011
AMBIL DARAH.
Jumaat lepas ada temujanji di hospital. Sekarang ni mmg ada tarikh yang kena pergi hospital samada jumpa doktor atau ambil darah untuk dihantar ke makmal. Keadaan ni berlaku selepas bersalin si kecik pada 2008. Semasa mengandung keadaan kesihatan amatlah baik . Tiada masalah kencing manis atau darah tinggi. Tetapi selepas saja bersalin aku dikesan ada penyakit darah tinggi .
Semasa membawa baby (umur dlm seminggu) yang disyaki ada kuning ke hospital, aku pula ditahan kerana tekanan darah naik 160/100 . Tidurlah kami dua beranak diwad 4,5 hari. Anak dah ok, mak pulak tak turun2 tekanan darah. Sejak hari tu aku dah ada buku hospital.
Ceritanya , sehari sebelum bersalain , aku mengidam makan ikan kedera masin(tak tahulah ikan ni org panggil ikan apa). Sedapnya makan nasi tengahari tu. Dok esok masuk hospital turun tanda. Masa tu , dah dapat kesan tekanan darah tak berapa ok. Tapi doktor cakap tak ada masalah. Bersalin normal sekejap saja baby dah keluar. Tapi selepas itu tekanan darah tak normal lagi. Adakah kerana kedera masin tu??
Sekarang dah ok sebab sentiasa dipantau oleh doktor. Ubat pun diambil ikut peraturan. Tekanan darah dah normal tapi ubat tak boleh berhenti. Bagus juga kita selalu buat post mortem penyakit kita. Kita tahu tekanan darah terkawal, tahap kolestrol ok ke tak, ada diabetes ke tidak. Cuba bayangkan kalau kita tak pantau tahap kesihatan kita, tiba2 kena serangan jantung ke apa. Minta jauhkan lah.
Akhir  sekali kita kena kawal cara pemakanan kita , kurangkan minyak, lemak, gula dan sebagainya dan banyakkan buah-buahan dan sayur-sayuran . Pastikan minum air kosong dalam kuantiti yang betul. Sayangi diri kita untuk hidup  lebih bermakna.
10 April 2011
Kek Pisang Marble di hujung Minggu
Tak habis lagi dengan pisang. Sepanjang minggu ni makan pisang saja. Hari ni kek pisang marble pula. Walaupun tak berapa nak marble sebab stok  coco kat rumah dah tinggal ciput aja. Resepi kek ini yang sukat pakai cawan tu yang membuatkan kek ni jadi dengan cepat. Tukang masak ni suka yg cepat2 aja. Kalau tukang masak pro tahu tentu dah kena bambu.
Bahannya
4 biji telur
1 1/2 cawan gula pasir
2 sb coco
3 cawan tepung gandum
2 st soda bikarbonat
2 1/2 cawan pisang lenyek
sedikit esen
1 cawan minyak masak
Caranya.
1. Pukul telur dengan gula  hingga kembang. Kemudian masukkan minyak. Campur esen sedikit.
2. Masukkan pisang yang dah dilenyek (saya guna pisang emas dlm 11 biji).
3. Masukkan tepung gandum yang dah diayak bersama soda. Gaul sebati.
4.Bahagi kepada 2 bahagian. Satu bahagian dicampur dengan serbuk coco.
5. Tuang selang seli ke dalam acuan untuk menghasilkan corak belang-belang.
Adunan ni saya dapat 2 biji kek kalau  guna acuan yang 7 x4 cm.
Selamat mencuba.
09 April 2011
Majlis Perpisahan Boss Lama Dan Meraikan Boss Baru
Alamak panjang la pulak tajuk ni. Tak kisahlah , petang tadi dah selamat satu  agenda  SK RTBK Pondok Tanjong. Majlis kami adakan di Restoren Kamunting Timur. Guru Besar lama, Pn. Hamisah bertukar ke kampungnya di Kuala Kangsar. Pengganti YM Raja Zainal Hafiz menjadi boss baru kami pulak. Dalam majlis yang sama juga kami meraikan juga Pn. Zaliza guru Prasekolah yang bertukar ke SK taman Panglima. tak mau citer panjang2 layan gambar ajelah...
Hadiah daripada Cikgu Zaliza utk staf RTBK.
Kerapu 3 Rasa
 Tomyam dan fresh oren
 Kangkung goreng Belacan
Cikgu Zaliza yang diraikan
Bertukar hadiah dengan boss baru -YM Raja Zainal Hafiz
Tetamu yang hadir termasuk Exco PIBG 
Datang dan pergi dah jadi lumrah alam pekerjaan. Yang baik jadi kenangan yang buruk jadi sempadan.
07 April 2011
Sehari dapat 2 kuih.
Mata dah mengantuk tapi gagah juga nak tengok blog. Lepas makan ubat batuk ,mata dah layu  macam nak tongkat mata dengan galah panjang. Sejak 2,3 hari lepas badan rasa tak berapa sihat. Mula dengan rasa sakit tekak . Itu tanda mula-mula nak demam. Lepas tu datang pulak selsema dan sakit kepala. Perubahan cuaca kut.
Ramai yang demam minggu ni. Sekarang ni kalau panas memang panas betul. Kalau hujan  pula datang dengan angin ribut menderu-deru. Dengan bunyi kilat sekali.
Cerita pisang semalam, memang jadi lepat hari ni. Bukan satu menu tapi dua pulak. Satu lagi apam pisang. Apam ni buat dalam satu  acuan  kecil .  Buat kuih ni bukan pakai sukat. Pakai hayun semua bahan saja. Nasib jadi.
Apam pisang
6 biji pisang emas (lenyek)
2 sudu besar  gula pasir ( pisang emas dah manis)
1.5  cawan tepung gandum
sedikit garam
1  biji telur
2 sb minyak masak / santan
1,5 sk soda bikarbonat
Caranya
1. Leyek pisang. Masukan gula , santan , tepung , Gaul sebati.
2, Masukkan soda .(ayak dengan penapis teh) .
3, Masukkan garam.
4. Kukus selama 25 minit atau sehingga masak.
Resepi ni apam jadi lembut dan gebu.Resepi ni saya dapat dari blog Yatie Memories. Terima kasih Yatie kerana berkomgsi resepi. Oleh sebab, adunan sikit, saya hanya agak2 saja.
06 April 2011
Pisang
Sukanya hati kalau ada pisang kat rumah. Setiap minggu mesti ada stok  pisang . Pisang ni boleh pelbagaikan masakan. Boleh buat kek, pisang goreng, apam pisang , pisang rebus(makan dengan kelapa parut), lepat pisang dan paling koman boleh buat cokodoklah.
Suami suka makan lepat pisang. Kalau buat lepat mesti terangkatlah. Boleh ulang pagi petang. Letak sikit kelapa parut kat tengah lepat tu. Mengacam  sangatlah.
Sekarang tengah fikir nak buat apa dengan pisang emas yang cantik kat dapur tu. Nak buat lepat dah malam. Letih pula hari , balik dari rumah adik bawa mak mengurut petang tadi. Sampai dah maghrib kat rumah. Esoklah projek pisang ni. Daun pisang dah ambil . Kelapa parut pun dah ada.
 Lepat ke???
05 April 2011
Tak nak warna PINK ok!
Tak habis2 masalah timbul blog aku mula berblog. Hari tu kisah 3 kali tukar dari EE, ke Mozilla sekarang ke Google pula, Ini pun tak tahulah pulak boleh tahan . Sejak 2 hari lepas talian internet pulak buat pasal. Not conected berpanjang sampai ke hari ni. Ini pun lepas guna talian hayat baru ok. Bolehlah hantar entry baru. Kalau kirim salam ajalah.
''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''
Alkisah , anak aku si Wafi ni ,dah hilang satu pensil case di sekolah. Habis serba maknika isi dalamnya let go. Tak tahulah sapa pula yang sapu atau tercicir kat mana2. Dia ni balik sekolah p letak bag sekolah kat kereta. Sebab kereta kena lock maka dia tinggalkan beg di tepi tempat parking, dekat dengan keretalah. Masalahnya, dia tak letak pencil case dalam beg sekolah . Dia letak atas beg dengan Tupperware bekal. Bila aku nak balik aku ambil beg dia (tuan beg dah hilang) dan masuk dalam kereta. Tak nampak pulak ada pencil case di kat luar tu.
Bila time nak pergi tuisyen baru kalut cari barang2 tu. Siap merajuk tak mahu p tuisyen. Salahkan maknya tak ambil. Nak ambil apa kebendanya , barang tak ada. Orang letak dalam beg , dia letak kat luar. Sekarang da hilang. Macam orang bnak pergi motong hilang pisau getahlah budak ni.
Sekarang bising nak pencil baru, serba serbi baru. Belilah maknya petang tadi. Pencil tekan 3 batang , mata pencil tekan , 2 pemadam dan kotak pencil baru. Siap dipesan tak mahu warna PINK kotak pencil tu , jadi belilah yang warna hitam ada gambar gula2 . Haik, tak suka juga macam pompuan . Banyak songeh budak ni!!!
04 April 2011
DOMPETKU HILANG.
Belum pernah lagi aku kehilangan dompet. Tapi hari Ahad lepas dompetku dah hilang. Dalam dompet tu serba serbi ada. Lesen memandu, IC, kad bank, kad minyak , kad Cosway , 1001 kad lagi. Tapi yang bestnya duit hanya ada dalam RM 10  saja. Nasib baik tak sumbat duit ribu -riban dalam dompet tu.
Kisahnya baru sedar bila sampai kat asrama anak petang tu. Tengok2 dah tak ada. Patut handbag ringan saja. Punyalah risau, kat manalah hilang. Sebab sebelum tu dah singgah TESCO beli kasut anak sekolah anak kat Bata di situ. Masalahnya duit tak ambil dari dompet , duit simpana tempat berzip dalam handbag. Jadi tak sedar lagi dompet tak ada.
Duit tak berapa nak ada dalam dompet tu sebab tu kira tak berapa nak kepoh. Tapi kad2 tu yg buat masalah pulak.
First time telepon kat mak di rumah, dia kata tak ada terjatuh ke apa. nak makan KFC cik abang belanja pun tak lalu. Dok berkira nak buat report kat polis dah.
Tiba2 mak telepon jumpa pulak . Si Wafi anak aku yang jumpa duduk bawah meja.Lega. Nasib baik tak report Polis lagi , kalu tak....
02 April 2011
KENAPA AKU SUKA BERBLOGWALKING?
Bila pegang lappy ni sedar tak sedar boleh sampai 3,4 jam. Jalan2 sampai ke luar negara.
               1. Tengok apa yang ada di tempat orang. Nak pergi tak sampai lagi. Cara murah dengan BWlah.
               2.  BW juga dapat tahu gosip panas-panas. Yang tak ada kat tv dan paper , lepas tu baru keluar .    
                    Contoh - Fasha  Sandha di Bali hari tu. Kwang, kwang kwang.
               3. Dapat berita lebih awal . Cth :  Kematian Faizal (bekas suami Nana).Esok baru keluar dalam  
                   paper tapi kita tak tahu.
               4. Dafne Iking peluk Islam dan kahwin dengan lelaki Melayu. Dapat tengok gambar lagi. (Dari blog
                   kak Ina KL ).
               5. Dapat tengok video , orang nak bunuh diri di KB Mall. Minta dijauhkan kejadian ni berulang
                   lagi.Mati kafir sah-sah tak masuk surga. Takut. Nasib baik dia panjang umur lagi.
              6. Dapat belajar masak-masak percuma. Boleh buat roti, kek ,kuih  dan 1001 macam resepi lagi
                 dalam blog.
             7. Relise tension.
             8. Menambah kenalan jauh dan dekat . Ada yang melangkaui benua you. Best . Bila tengok feedjit  
                 macam satu terapi pula yang masuk dari negara -negara luar.
             9. Dapat tahu tips / tempat pelancongan menarik yang mesti singgah - . Banyak dalam blog si Azim.
                 Akak selalu baca.
            10. Dapat duit la. Dari Nuffnang dan iklan yang lain-lain.  Tapi aku tak letak2 lagi.
Banyak faedah yang boleh kita dapat , jika kita tahu mengambil kesempatan atas kemudahan yang ada.
01 April 2011
Kenapa harga minyak selalu naik??
Rugi, rugi tadi petang dah lalu depan stesyen minyak. Kenapalah tak singgah ?Sekarang minyak dah naik RM2.70 segelen untuk Ron 97. Tahun ni saja dah berapa kali naik  harga . Mesti lepas ni RM30 dah tak sampai  3 bar.
Tensen, tensen.
Dah 3 kali bertukar.
Sepanjang 2 bulan pertama tahun ni, sudah 3 kali bertukar enjin carian . Mula2 gunakan EE. Kemudian , ada masalah dgn EE mcm  blog   tak boleh buka dan FB pun tak nampak apa. Tukar ke Mozilla pula . (Betul ke perkataan enjin carian tu ye? )
 Dalam 2,3 minggu guna Mozilla , timbul masalah lagi . Proxy ....conected apa ke benda pula. Blog tak boleh buka juga. Sekarang kali ke 3 , guna Chrome pula. Kadang2 dia tak terus keluar apa yang kita minta. Dia keluar notepad pula.hu,hu,hu . Sedihnya.
Masalah komputer ke tuan komputer yang tak reti??