31 July 2011

SELAMAT BERPUASA DAN MENYAMBUT RAMADHAN.



Syukur dapat mengerjakan terawih berjemaah di surau berdekat. Dah lama sejak kahwin dan beranak kecik hanya dapat menunaikan solat terawih di rumah saja.

Semalam dek kerana Shauqi nak ikut ke surau , cik abang kata jom semua pergi anak beranak. Na sib baik dia baik-baik saja. Orang sembahyang dia pun sembahyang. Tapi tak penuhlah sebab dok main dengan budak sebelah. Akhirnya, walaupun hanya buat lapan rakaat dan tiga rakaat  witir tapi rasa sangat gembira.

Alhamdullillah.

29 July 2011

Mohd Ashraf Hafiz Gagal Tukar Nama Meninggal Dunia.



Sedap nama diberi oleh ibu dan bapa. 


Beliau meninggal dunia ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah, di Kuala Terengganu, 5 pagi tadi.


Beliau dimasukkan ke hospital itu 3 pagi semalam setelah mengalami masalah jantung dan tekanan darah rendah. 


Beliau memohon untuk menukar nama di dalam MyKadnya kepada Aleesha Farhana Abdul Aziz setelah beliau melakukan pembedahan menukar jantina di Thailand dua tahun lalu.

Permohonannya telah ditolak oleh mahkamah.

AlFatihah untuk arwah. 

28 July 2011

Cheese Tart



Pagi-pagi bersarapan dengan tart cheese dari Isma. Sedap. Akak sukalah Isma. Terasa cheese dan jem strawberry di dalamnya.

 Dekat nak berpuasa ada saja rezeki yang dibawa oleh kawan-kawan. Murah rezeki Isma.

HARI NI LAYAN SOTO PULA.

Sempena dah dekat nak berpuasa ni, kami pakat-pakat buat soto untuk makan hari. Bukan soto saja, ada puding berkuah kastad, puding jagung dan bengkang ubi.

Kenyang hari ni makan ramai-ramai.







*Jangan orang jauh terliur sudah!

27 July 2011

26 July 2011

MAJLIS PERPISAHAN / PERTUKARAN USTAZ MOHD YUSSOFF B NOH

Hari ni merupakan majlis perpisahan untuk guru di SK RTBK , Ustaz Mohd Yusoff (2005-2011) yang berpindah dari Sarawak. Ustaz Yusoff  telah dinaikkan pangkat sebagai  Penolong Kanan Ko-Kurikulum.

Salam terakhir.


 Murid-murid sedih Ustaz nak pindah.


Hadiah dari Kelab Guru.

Jual mahal pula , air mata sedang meleleh .

Baru dapat ambil gambar muka. Pandai dia nak sorok muka.






Hujan pun turun tak kala Ustaz Yusoff bertolak pulang.

Tiada lagi gurau senda, tiada lagi tukang buat tampal-tampal jika ada cuti peristiwa. Siapa pula yang rajin lepas ni?? Tiada lagi yang tukang perabis kat meja makan kita ..ha,ha . Jangan mare. Tapi kenangan selama Ustaz di sini menjadi memori indah untuk dikenang buat warga RTBK.

Kalau rindu rajin-rajinlah singgah di Chempaka Biru.

25 July 2011

Sophia Isabella yang ditunggu.






Comel macam mak dan bapanya. 


Apapun tahniah kepada Angkasawan negara yang dah bergelar ayah,dan ibu ,Dr Harlina. Sophea Isabella dilahirkan dengan kaedah water birth pada 21 Julai 2011 dengan berat 3.6 kg.



Mai Makan.

Pagi-pagi jangan risau , kalau ada rezeki mesti kenyang perut. Kat sini ramai yang bermurah hati.

Hari ini ada apam ais krim soda dari Isma untuk sarapan pagi.



Sarawa durian cicah roti dari Radziah.


Esok makan lagi , jamuan perpisahan untuk kawan yang naik pangkat, En Mohd Yusoff .

24 July 2011

TAk BOLEH MASUK BLOG RED MUMMY DAH !!!

Dah banyak kali cuba masuk blog Red Mummy ni tapi tak boleh dah!!!Geram, geram .

Sebabnya

.
.
.
.
.
.
.

Malware Detacted dah jumpa kat sini.

Tak boleh baca story dia lagi. Kali akhir baca bab dia pergi bercuti di Australia anak beranak tu. Lepas tu tak dapat masuk dah.

Sapa tak kenal Red mummy yang income dari blognya sampai 5 angka setiap bulan?

 Nak tempek gambar dia pun dah tak  keluar .

Blog orang lain ada masalah  nak ke Blog Red Mummy tak ???

UPIN & IPIN

Dari google.




Salam semua.

Shauqi tengah layan cerita Upin dan Ipin .Bukan dia saja yang suka , abang dan kakak pun suka. Kadang-kadang mak dia pun suka . Tumpang sekaki  tengok Upin Ipin. Bukan saja di Malaysia terkenal di Jakarta pun popular juga.

Banyak barang -barang dari jenama Upin Ipin dijual. Ada tshirt, topi , kasut, bola, anak payung dan macam-macam lagi yang dikomersialkan di sana.

Yang syoknya siap berkirim salam lagi untuk kedua karektor tersebut.

Wah, cayalah Upin Ipin .Popularnya  sampai seberang lautan.

23 July 2011

X-SMDHH

Salam semua.



Pening masih berdenyut-denyut lagi bahana terhidu gas beracun daripada bahan cecair clorox semalam.Lain kali tak boleh buat dah. Lebih baik guna bahan pencuci biasa .

Petang tadi ada meeting akhir untuk menjayakan renion khas X SMDHH raya nanti. Majlis akan di adakan pada hari raya ketiga . Mengambil hari tersebut semoga dapat mengumpul ramai pelajar lepasan Sekolah Menengah Dato' Hj Hussein yang akan pulang beraya untuk bertemu setelah lebih 20 tahun tak berjumpa.

Dana berjaya dikutip selain mendapat sponsor-sponsor dari murid-murid yang bermurah hati menderma. Ada yang  bersedekah RM500, dan RM 1500 , sponsor banner, sate, lemang dan sebagainya. Murah rezeki mereka. Setakat nak buat makan-makan memang bajet dah cukup. Alhamdullillah.

Jadi warga X -SMDHH bolehlah menghadirkan diri nanti. Selain dari pelajar , bekas guru juga akan dijemput sama.

 Kelahiran sekolah ini ada  yang bekerja sebagai guru ( akulah tu),  bisnessman , pengurus bank, pilot, OCPD, toke kelisa ,pegawai kastam, jururawat,  jurutera, doktor, toke Petronas, wartawan ( Niezam Abdullah-wartawan hiburan Utusan dulu), askar ,pegawai KWSP, polis, antara beberapa yang dapat disebut di sini.

Semoga rancangan berjalan lancar.

21 July 2011

Clorox




Malam tadi terlebih rajin pula ,terasa hati nak cuci bilik air. Ada orang kata kalau nak kerja senang , letak clorox . Lepas tu pagi esok boleh berus . Bila semalaman macam ni kerja tak teruk dah.

Mata tak mengantuk lagi , so bangunlah ambil bahan pencuci tu jirus satu bilik air. Bila nak tidur , terasa sesak nafas. Bilik air tu sekali dalam bilik tidur jadi udara keluar masuk sampai kat hidung den .

Tak boleh jadi ni . Kena bangun dan terus cuci dan berus. Padahal ada je bathroom cleaner .Pakai yang ni pun ok. Daki habis keluar. Masuk dan terus berus, sambil pintu bilik air separuh terbuka. Aik, mata pula pedih. Dada semakin tersumbat.Buka semua paip air laju-laju .Tingkap kecil kat atas tu pun buka luas-luas.
Baru lega sikti rasa sesak dada.

Bahaya. Lain kali tak boleh buat lagi.  Nasib baik Shauqi yang tengah tidur  tak apa-apa.

JANGAN KENA TIPU !!

Salam Semua.

Hari ni sms masuk banyak pula. Dalam banyak-banyak tu, ada satu yang rasa pelik....

"TAHNIAH"No simcard anda menang PROMOSI RM 17 000
From Coco-Cola ,Sila call office :011 1265 1267 Mhmd NASIR BIN ISMAIL


Lama dah tak beli coco-cola. Minum apa tah lagi. Ni menang pula. Berpinar bijik mata tengok RM ribu-ribu.
Tapi kata hati jangan percaya. Nanti kena lelong.
Salam Semua.

Hari ni sms masuk banyak pula. Dalam banyak-banyak tu, ada satu yang rasa pelik....

"TAHNIAH"No simcard anda menang PROMOSI RM 17 000
From Coco-Cola ,Sila call office :011 1265 1267 Mhmd NASIR BIN ISMAIL


Lama dah tak beli coco-cola. Minum apa tah lagi. Ni menang pula. Berpinar bijik mata tengok RM ribu-ribu.
Tapi kata hati jangan percaya. Nanti kena lelong.

19 July 2011

SILAP HARI.

Hari ini set baju batik. Bila sampai sekolah berselisih dengan Waahida , jelingan matanya menyatakan sesuatu yang tak kena hari ini. 

CB: Kenapa Waahida , jeling semacam ni??
Waahida: Tu pakai baju batik mimpi apa pulak?
CB: La, rasa dah hari Khamis  dah sebab tu pakai batik.


Sebelum ni memang selalu tersilap, tapi sempat tukar sebelum pakai. Cepat-cepat teringat bukan hari Khamis. Pakai baju biasa semula.

Selalunya , pakaian untuk dipakai akan dikeluarkan dari almari awal sebelah  malam .Pepagi tak payah fikir-fikir  . Terus sarung saja . Hujung minggu siap seterika pakaian untuk seminggu. Untuaja kat almari sebelah dia punya. Nanti dia pun pakai saja.

Hari ni tersilap pula. Tak palah, kata Kak Leha kata . Jangan tak pakai baju sudah!!!

SILAP HARI.

Hari set baju batik. Bila sampai sekolah berselisih dengan Waahida , jelingan matanya menyatakan sesuatu yang tak kena hari ini. 

CB: Kenapa Waahida , jeling semacam ni??
Waahida: Tu pakai baju batik mimpi apa pulak?
CB: La, rasa dah hari Khamis  dah sebab tu pakai batik.


Sebelum ni memang selalu tersilap, tapi sempat tukar sebelum pakai. Cepat-cepat teringat bukan hari Khamis. Pakai baju biasa semula.

Selalunya , pakaian untuk dipakai akan dikeluarkan dari almari awal sebelah  malam .Pepagi tak payah fikir-fikir  . Terus sarung saja . Hujung minggu siap seterika pakaian untuk seminggu. Untuaja kat almari sebelah dia punya. Nanti dia pun pakai saja.

Hari ni tersilap pula. Tak palah, kata Kak Leha kata . Jangan tak pakai baju sudah!!!

17 July 2011

BERKONGSI GAMBAR NURUL SHUHADAH DAN RAJA AMIR

gambar pernikahan nurul syuhada

gambar pernikahan nurul syuhada

gambar pernikahan nurul syuhada


gambar perkahwinan nurul syuhada

gambar perkahwinan nurul syuhada

gambar perkahwinan nurul syuhada

gambar perkahwinan nurul syuhada

gambar perkahwinan nurul syuhada

gambar perkahwinan nurul syuhada

Suka tengok gambar Nurul ni. Hati sedang berbahagia. Mereka telah pun selamat diijabkabul pada 17.7.2011 di Binjai On The Park, KLCC dengan wang hantaran sebanyak RM20,111 dan mas kahwin RM777.

Kredit gambar kepada The Photografer Studio.



OLAHRAGA DAN BALAPAN DI SK RTBK



































Majlis olahraga dan Balapan selesai dengan jayanya semalam. Ada yang murah rezeki menang dengan hamper dan hadiah lain. Balik rumah  ada yang di bawa sekali sebagai buah tangan  .

Oleh kerana majlis diadakan hari Ahad, guru dan murid bercuti sehari pada hari ini.