28 August 2011

JOm CUTi.


June 12, 2011 Slideshow: Hasnidar’s trip from Ipoh, Perak, Malaysia to Puncak, Indonesia was created by TripAdvisor. See another Puncak slideshow. Create your own stunning free slideshow from your travel photos.


Secara tak segaja masa BW terjumpa benda alah ni. Ikut step dia , keluarlah gambar-gambar masa bercuti dulu. Mungkin yang selalu singgah kat sini dah tengok tapi syok pula dipersembahkan cara slide show pula.

Layan ajalah. 

Salam Aidil Fitri



Ramadan hampir ke penghujungnya. Setahun lagi baru bertemu semula. Sayu pula bila Ramadan semakin ke penghujung.Bulan yang penuh keberkatan akan berakhir tak lama lagi.

Tentu ramai dah sibuk membuat persiapan raya. Rebus ketupat, masak rendang dan sebagainya. Anak-anak yang jauh diperantauan tentu dah sampai ke kampung halaman. Mood raya semakin terasa.

Di kesempatan ini saya mengambil kesempatan memohon maaf zahir dan batin di atas salah silap kepada semua sahabat dan kenalan di alam maya atau pun nyata. SELAMAT HARI RAYA AIDUL FITRI kepada semua yang singgah di sini tak kira di mana anda berada.

Jumpa lagi .

27 August 2011

DAH 3 TAHUN.

Dah 3 tahun putera kami Ahmad Ikhwan Shuaqi . Tarikh  26. 8.2008 dalam bulan Ramadan. Seminggu baru Ramadan bermula. Jenuh mak dia nak qada puasa.

Dilahirkan dalam jarak yang jauh dengan abangnya yang atas , hampir lapan tahun. Kelahirannya ditunggu oleh abang dan kakak . Jadi penghibur seisi rumah. Dialah intan dialah payung. . Dialah madu dialah segala.



Semoga membesar menjadi  anak yang soleh . Berjaya dalam pelajaran , dunia dan akhirat. Patuh bersolat dan agama.Membesar dengan sihat dan sempurna tubuh badan.
Generasi baru pemangkin negara. Insyaallah.

Amin.

25 August 2011

Sekolah dah mula cuti hari ini!



Kiranya hari ini last sekolah bagi negeri Perak dan sekutunya dan sekolah dibuka semula pada 5 September 2011.

Manakala bagi negeri Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu dah mula bercuti awal sehari.

Sesiapa yang nak balik kampung beraya tentu dah siap bag baju segala. Tentu tak sabar nak beraya bersama kaum keluarga.





Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf zahir dan Batin buat semua kenalan dan sahabat blogger yang singgah di sini.

HARI -HARI HUJAN

Cuaca dekat-dekat nak raya , selalu saja  hujan.



Suasana jadi sejuk dan muram.

Seperti diriku, hari ni tak tahu nak masak apa pula buat menu berbuka .

Sebenarnya tak ada idea nak buat entry !!

24 August 2011

PENCIPTA BENDERA MALAYSIA



Allahyarham Mohamed Hamzah, pencipta bendera Malaysia yang kini dikenali sebagai Jalur Gemilang. Bendera Malaysia dicipta pada 1947.



Beliau ialah Allahyarham Mohamed bin Hamzah. Berasal dari Johor Bahru dan bertugas sebagai kakitangan Jabatan Kerja Raya (JKR) Johor.Beliau menamatkan persekolahan di English College (kini Maktab Sultan Abu Bakar) dan amat berbakat dalam bidang seni lukis. Beliau menyertai pertandingan merekacipta bendera Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1947 yang diadakan oleh pemerintah pada masa itu. Ketika itu beliau berusia 29 tahun.Beliau meninggal dunia pada 19 Februari 1993, kira-kira 14 hari sebelum usianya 75 tahun di rumah keluarga beliau di Jalan Stulang Baru, Kampung Melayu Majidee. Walaupun beliau sudah tiada lagi, namun jasanya tetap dikenang hingga akhir zaman.


Dekat -dekat nak merdeka ni tiba-tiba rasa nak buat entry patriotik.

HARI MERDEKA PUN DAH DEKAT.



Tahun ini kita menyambut MERDEKARAYA kerana sambutan raya jatuh dalam bulan merdeka.Ulang tahun ke 54 tahun sangat bererti kepada rakyat Malaysia.



Dalam sibuk membuat persiapan raya , janganlah lupa sambutan merdeka. Sekurang-kurangnya kibarkan
bendera di  rumah atau pada kereta.

Generasi baru, tak tahu betapa susah nenek moyang mereka hidup dalam zaman penjajah. Dalam darah dan air mata. Mereka lahir selepas merdeka , negara aman makmur , kepayahan orang dulu-dulu nak mendapat kemerdekaan tak dapat dirasa. Mereka kurang menghargai kemerdekaan negara.

Zaman kanak-kanak dulu arwah nenek rajin bercerita hidup dalam zaman penjajah . Masa tu zaman Jepun. Susah nak makan , pisang dan ubi jadi makanan ruji. Salah sikit kena pancung. Ada satu tempat kat kampung kami jadi mahkamah tentera Jepun. Kat situ tempat orang salah dihukum. Semua orang salah dari semua daerah  dibawa ke situ dihukum. Ada kena pancung, minum air sabun sampai buncit kemudian pijak perut. Air akan keluar dari hidung, mulut , dan semua lubang yang ada dibadan kita.

Satu lagi sumber maklumat, dari Cik gu Yahaya b Darus . Cikgu Sejarah masa tingkatan 2.Beliau menanam semangat patriotik dalam diri kami .Mengajar sebutan betul untuk Jose Rizal -pejuang negara Filipina. Semoga cikgu masih sihat dan sejahtera. Jasa cikgu mengajar kami sangat saya hargai.




23 August 2011

KAD RAYA

Banyak juga dapat kad raya pada tahun ini. Selain kad raya yang boleh dipegang-pegang , kad raya mayalah popular . Senang tak payah nak keluar duit stem, tak payah pergi pejabat pos , tak payah pergi kedai beli, kerja posmen pun kurang nak menghantarnya.



Kad raya dulu-dulu. Zaman sekolah dulu rajin menghantar kad sebegini. Hantar kat PM(Mantan Tun Dr Mahadhir), Sultan , guru-guru dan  kawan-kawan. Saat paling seronok bila dapat balasan.Asyik menayang sama kawan-kawan. Idea ni sebenarnya datang dari guru Sejarah pada masa tu  Cikgu Yahya b Darus  (sekarang dah pencen).

Sekarang pakai klik-klik saja. Pilih saja yang mana suka. Nak bertweet pun boleh . Segalanya mudah sekarang.








BERCANDA DI LUAR NEGARA






Tengok tajuk macam gempak saja.Tak jauh pun  di negara jiran tetangga. 

Budak berdua ni bila kayuh basikal twin macam ni tak hinggat dah. Berdesup-desup. Punyalah laju.

Layan ajalah.Kat rumah tak ada basikal pesen ni.


Tukang kasut tua

Percaya atau tidak imej tukang kasut tua yang di google ini memang wujud berhampiran dengan pekan kediaman saya. Mula-mula tengok tak percaya, tapi memang dia.






Dia sudang bertukang sudah berkurun-kurun di kedai belakang itu. Dari  zaman saya  kanak-kanak lagi dia sudah berniaga. Cara dia membuat kerja , begitulah seperti imej yang dipaparkan.Kaki berlunjur dengan semak barang di bahagian belakang melatari pandangan.

Jumlah kasut tetap ada. Kalau nak cepat tunggu sahaja. Pelanggan sentiasa ada.Yang pasti apek tua ini semakin dimamah usia.

Kudratnya banyak berjasa.

Dah banyak juga kasut saya yang dihantar ke sini untuk memanjangkan hayatnya.Dipaku, digam segala.
Tiada generasi baru nak meneruskan kerja sepertinya.Cuma dia satu-satunya di sini.

Sampai bila dia mampu bertahan??