30 September 2011

ALFATIHAH



Cerita ini saya dapat dari FB. Menitis air mata berderai-derai. Mari kita kongsi bersama. Panjang sikit tapi baca slow-slow ye.

Mak pandang jenazah abang yang terbaring kaku. Walaupun muka sembap, perut membusung, namun mak nampak ketenangan pada wajah abang.

Mak ambil pisau. Mak potong baju-T yang tersarung pada tubuh abang, baju terkahir yang abang pakai, Mak terpaksa potong kerana kerana baju itu tidak muat untuk melalui perut abang yang 'buncit'.


Tapi, mak akan simpan baju itu. Mak tak cuci, sesekali boleh mak cium baju itu, sekadar pengubat rindu di hati. Kemudian abah kendong tubuh abang ke pangkin yang telah disediakan. Lalu abah dan mak mendikan jenazah abang. Hanya kami berdua. Mak tak mahu orang lain. Biar tangan abah dan mak yang menjiruskanair buat kali terakhir pada tubuh kecil abang.

Mak nampak anak mata abah, berkaca-kaca, setitis dua air matanya tumpah, mengalir di pipi, tapi cepat-cepat abah sapu dengan lengan sasanya.

"Bang, jangan menangis. Kita selesaikan hingga ke titisan terkahir," begitulah kata mak pada abah.

Setelah abang dimandikan, mak bantu abah kapankan jenazah abang. Pun hanya kami berdua juga. biar tangan kami saja yang memakai dan membalutkan kain terakhir pada tubuh abang.

"Kakak, jangan menangis. tak baik buat abang macam tu!"

Itu pesan mak semasa kakak-kakak mahu mengucup dahi abang buat kali terakhir. Abah pula selepas mengucup dahi abang, cepat-cepat abah menjauh memalingkan muka.

Mak nampak air mata abah berjuntaian membasahi pipi. Dan buat kali terakhir itu juga, mak usap dahi abang. Mak senyum, lantas kucup dahi abang.

Mak bisikkan: "Abang tunggu mak di syurga ya!"

Akhirnya, wajah abang 'ditutup'. Kami sembahyangkan abang buat kali terakhir. Ramai betul jemaah yang turut serta. Setelah itu, kami bawa abang ke tanah perkuburan.

Abah masuk ke dalam liang lahad untuk menyambut jenazah abang. Alhamdulillah, semua kerja dipermudahkan. Abang sudah selamat di sana.

Bertubi-tubi mak terima ucapan takziah daripada tetamu yang datang. Abang nak tahu, ada satu soalan yang mereka tanyakan pada mak.

Soalan itu asyik terngiang-ngiang di telinga mak. Tanya mereka: "Kakak uruskan jenazah anak kandung sendiri, tapi setitis air mata tak jatuh ke pipi? Kenapa kakak tidak menangis?" Itulah soalan mereka.

Mereka hairan kenapa mak tidak menangis, sebaliknya bibir mak tidak lekang dengan senyuman. Kenapa mak masih mampu tersenyum di saat memangku sekujur tubuh yang pernah berada dalam rahim mak dulu? Empat tahun dua bulan mak membesarkan Abang. Mak selak helaian demi helaian paparan kertas dalam diari yang sedikit usang itu. Aduh! Banyak sungguh memori yang tercatat di dalamnya. Membacanya bagaikan meruntun jiwa mak kembali mengenangkan perjalanan derita Abang sejak lahir hingga menghembuskan nafas terakhir. Mata mak terpaku pada catatan peristiwa lebih kurang tiga bulan sebelum Abang pergi. Mak rasa, di sinilah terkandung jawapan yang mak cari-cari. Jawapan untuk soalan yang mereka tanya kenapa mak tidak menangis?

Mak akan bacakan sedikit rentetan diari ini supaya mereka tahu kenapa mak tidak menangis, sayang.

Januari 2011- Perut Abang semakin membusung kerana hati membengkak. kata doktor, semua organ dalaman Abang sudah rosak, sudah 'reput'. Tidak boleh diselamatkan lagi. Tidak mengapa. Hati mak berkata, cukuplah! Tidak akan ada lagi pembedahan untuk Abang.

26 Februari 2011- Hari ini ulang tahun ke-4 abang. Dua hari sebelum itu, mak tanya, abang nak kek apa? Abang jawab, nak kek lori sampah! Hah Hah.. Tergelak mak. Abang suka sangat melihat lori sampah yang lalu setiap pagi depan rumah. Sebab itu abang nak kek bentuk lori sampah, Puas mak dan abah melilau sekitar Kuala Lumpur , tetapi tak jumpa kek macam tu. Tak ada yang sanggup buat kek macam yang Abang minta. Mak kecewa! Selama ini, mak tunaikan apa saja permintaan Abang, tapi kali ini mak gagal. Mak belikan kek coklat strawberi sebagai pengganti. Dengan perut membusung, dada berombak kerana sukar bernafas, Abang masih tersenyum dan nampak ceria melayan rakan-rakan yang datang, sama-sama menyanyikan lagu hari jadi abang. Dan ketika itu, hati mak sudah terdetik, mungkin ini hari jadi abang yang terakhir.



7 Mac 2011- Keadaan abang semakin kritikal. Perut abang semakin membesar. Abang tidak mampu untuk bergerak dan lebih banyak terbaring serta asyik sesak nafas. Mak semakin tidak tahan melihatkan keadaan Abang sebegini rupa. Mak bawa Abang ke IJN, rumah 'kedua' abang sepanjang tempoh hayat Abang. Kata doktor, tiada apa yang boleh dilakukan lagi. Abang hanya menanti waktu. mak angguk perlahan-lahan. Mak redha dengan ketentuan ilahi. Dalam hati mak juga terdetik, masa Abang sudah tidak lama lagi. Para ibu di wad tersebut asyik bertanya pada mak, macam mana dengan keadaan Abang? Mak cuma mampu untuk jawab, "InsyaAllah, Abang akan sihat!" Mak terpaksa cakap begitu pada mereka, sebab mak tidak mahu mereka semua lemah semangat jika mereka tahu Abang sudah tiada harapan lagi. Mereka pun sedang bertarung dengan ujian Allah apabila anak-anak yang dikasihi ditimpa penyakit. jadi biarlah jawapan yang mak beri itu kedengaran manis pada telinga mereka. Pahitnya, biarlah mak sendiri yang telan.

13 Mac 2011- Hari ini merupakan hari Ahad. Mak pinta kebenaran doktor untuk bawa Abang pulang kerumah . Doktor izinkan. Biarlah Abang habiskan waktu-waktu terakhir bersama keluarga. Dan disaat-saat akhir ini, mak mahu tunaikan apa saja permintaan Abang. Di rumah, setiap hari mak akan tanya, "Abang nak apa harini?"

Mak masih ingat pada suatu pagi, abang menjawab, "Mak, Abang nak naik kereta bomba!"

Mak termenung dengar permintaan Abang. Bila abah pulang ke rumah, terus mak ajak abah keluar. Abah tanya pergi mana?

Mak jawab, "Balai bomba!"

Sampai di situ, mak meminta izin daripada pegawai bomba. Mak kata padanya, Abang teringin sangat nak merasa naik ke dalam trak bomba. Pegawai itu cuma garu-garu kepala, kemudiannya menggeleng-gelengkan kepala. Belum sempat pegawai bomba itu menjawab, lantas mak tarik baju Abang ke paras dada.

Separuh berbisik, mak beritahu pegawai itu, "Encik, ini anak bongsu saya dan hanya menanti masa untuk 'pergi'! Benarkan saya tunaikan impian terakhirnya ini!" Bila lihat perut Abang yang buncit dan dada dipenuhi kesan parut dan jahitan, pegawai itu tidak tunggu lama. Terus dicapainya kunci, dibuka pintu salah satu trak bomba itu. Lantas dia terus dukung Abang dan letakkan Abang ke atas tempat duduk bahagian pemandu. Abang nampak gembira sangat biarpun cuma 15 minit abang di dalam trak itu. Tetapi Abang tidak perasan, ketika itu mak palingkan muka selama lima saat. Sekadar mahu mengelap titisan air mata yang mula bertakung.

Hari lain, mak tanya lagi pada abang, "Abang nak apa?"

Abang pun jawab: "Abang nak naik lori sampah!" Mak dukung Abang, tunggu depan rumah. Bila lori sampah lalu pagi itu menjalankan rutinnya mengutip sampah, Mak tahan lori itu.

"Encik, anak saya teringin naik lori ni. Boleh izinkan sebentar?" Pekerja itu tertawa mendengar kata-kata mak. Kemudian, mak angkat baju Abang dan beritahu perkara sama. Terus berubah mimik wajah mereka. Segera mereka angkat Abang, letakkan di tempat duduk pemandu. Ada antara pekerja itu yang memalingkan muka, tak sangup untuk melihat Abang lama-lama. Sedih agaknya. Begitulah seterusnya. Setiap hari, mak akan tanya pertanyaan yang sama. Kalau Abang nak tengok gajah, mak akan bawa Abang pergi zoo. Walaupun abang tak larat jalan, tak apa.

Mak dan abah tidak kisah, kami silih berganti dukung Abang. Abang pinta nak tengok burung, mak bawa Abang ke taman burung. Abang nak main permainan robot, mak bawa ke kompleks beli-belah yang ada permainan seperti itu. Ke mana saja Abang nak pergi dan apa sahaja yang Abang inginkan, semuanya mak tunaikan! Setiap hari juga mak tanya Abang nak makan apa. Macam-macam Abang teringin nak makan. Murtabak, nasi paprik, milo ais, cendol, air tebu, air bandung , rojak dan macam-macam lagi, semuanya mak tunaikan walaupun makanan itu Abang pinta pada pukul 3.00 pagi.

Mak tahu dan faham, masa Abang bersama mak dan abah semakin suntuk!

27 Mac 2011- Abang semakin kritikal! Abang sudah tidak mampu untuk berkata-kata, apatah lagi untuk bergerak seperti biasa. Mata Abang kuyu dan Abang hanya mampu terbaring sambil memeluk Aina, anak patung kesayangan Abang. Mak segera pinta abah bawa Abang ke hospital.

"Kali ini kita bawa abang ke IJN, tapi kita mungkin akan keluar dengan tubuh abang yang sudah tidak bernafas!" Itulah kata-kata mak pada abah sebelum bertolak ke IJN. Mak mahu abah bersedia dan redha jika apa-apa berlaku. Sampai di IJN, abang terus ditempatkan di wad khas untuk pesakit kritikal.

5 April 2011- Mak telefon sekolah asrama Kakak sulung di Seremban. Mak minta pelepasan daripada cikgu untuk benarkan Kakak pulang.

"Adik tenat. Saya mahu kakak-kakaknya berada di sampingnya pada saat terakhir!" Mak pinta pada cikgu dan Kakak diizinkan pulang. Kemudian, Dr. Adura, doktor yang sinonim merawat abang juga datang melawat. Ketika itu mak ceritakan yang mak terkilan sangat tidak dapat tunaikan permintaan Abang yang mahukan kek berbentuk lori sampah.

7 April 2011- Pagi ini Dr. Adura datang melawat Abang lagi. Kemudian Dr. Adura beritahu ada surprise untuk Abang tengah hari ini. Rupa-rupanya, tengah hari itu tetamu yang juga rakan-rakan alam maya Dr. Adura datang membawa kek lori sampah yang Abang mahukan sebelum ini. Ada dua kek mereka bawa. Mak tak sangka, Dr Adura rajin menulis mengenai kisah abang didalam blognya dan ramai yang menawarkan diri untuk menyediakan kek yang abang pinta. Para tetamu bersama jururawat dan doktor menyanyikan lagu selamat ulang tahun untuk Abang. Tetapi abang kurang ceria, wajah Abang tampak letih dan nafas abang turun naik.

8 April 2011- Tengah hari ini, masih ada lagi tetamu datang membawa kek berbentuk lori warna pink untuk abang. Tetapi abang sangat lemah. Abang sekadar terbaring merenung kek itu. Malam itu, semasa jururawat mengambil tekanan darah Abang, bacaanya meningkat naik. Tetapi hati mak dapat merasakan yang Abang sekadar mahu meredakan keresahan hati mak. Malam itu, hanya mak berdua dengan Abang berada di dalam bilik. Mak pandang sayu wajah abang yang semakin lesu dan pucat. Mak duduk di sebelah Abang, mak peluk dan usap rambut Abang. Mak menangis teresak-esak bagai anak kecil.

Dalam tangis itu, mak katakan pada Abang, "Mak tahu Abang nak senangkan hati mak. Abang tak perlu buat macam tu. Mak tahu Abang nak pergi. Jangan tahan-tahan Abang. Pergilah menghadap Ilahi. Mak sudah sedia. Mak redha segalanya. Mak puas dapat sempurnakan apa sahaja hajat yang Abang pinta. Mak juga bangga kerana Allah hadirkan Abang dalam hidup mak walaupun seketika."

Abang hanya diam, memandang mak dengan pandangan lesu. Dan ketika itu mak menangis sepuas-puasnya. Mak juga berjanji bahwa mak tidak akan menangis lagi selepas itu! Ya, mak tidak akan menangis lagi biarpun abang sudah tiada lagi di dunia.

9 April 2011- Pagi itu mak pesan pada abah agar bawa semua anak-anak datang ke hospital. Masa Abang dah dekat sangat. Mak lihat Abang sudah kritikal. Wajah Abang sudah tampak biru, lebam! Dada Abang berombak, tercungap-cungap menarik nafas.

Abang sudah tidak mahu makan dan minum lagi sejak malam tadi. Pukul 8.00 pagi, abah dan kakak-kakak sampai. Mak suruh Kak Long bacakan Yaasin di sebelah Abang. Mak suruh abah baca juga, tapi bacaan abah tersekat-sekat kerana cuba menahan tangisnya.

Pukul 3.00 petang, Abang semakin lesu. Lantas mak ajak Abang keluar berjalan-jalan.

"Abang, abang nak tengok matahari tak? Jom kita turun kantin minum sambil tengok matahari!"

Abang hanya mengangguk lemah. Mak dukung Abang dan kita satu keluarga turun ke kantin. Abang mahu minum air coklat. Tapi Abang hanya minum seteguk. Kemudian, Abang lentukkan kepala pada bahu mak.

"Abang, tu tengok kat luar tu? nampak tak sinar matahari tu? Cantikkan?" Mak tunjuk pada abang sinar matahari yang kelihatan di celah-celah rintik hujan yang turun waktu itu. Abang angkat kepala melihat ke arah matahari itu. kemudian, abang menguap.

"Abang ngantuk!" Itu kata Abang dan kemudian abang terlentuk semula pada bahu mak. Tiba-tiba jantung mak berdegup kencang. "Bang, jom naik. Abang nak 'tidur'! Mak terus ajak abah dan kakak-kakak naik semula ke wad walaupun mereka belum sempat jamah makanan di atas meja.

Sampai sahaja di wad, mak terus baringkan Abang di atas katil.

Dan Abang terus merintih dalam nada yang lemah, "Makkk..sakit perut..!"

Suara Abang amat perlahan dan amat sayu bunyinya. Lantas mak letak tapak tangan mak atas dahi Abang.

"Abang, hari ini, waktu ini, mak redhakan Abang pergi. Mak halalkan segala makan minum Abang. Mak halalkan air susu mak untuk Abang. Pergilah Abang. Mak izinkan Abang pergi!" Mak ucapkan kata-kata itu sambil merenung jauh ke dalam mata Abang yang semakin kuyu. Saat Abang sedang nazak itu, mak panggil kakak-kakak agar mengucup Abang selagi Abang masih bernafas. Mereka kucup pipi Abang bertalu-talu dan mula meraung dan menangis.

"Kakak! kalau kamu semua nak menangis, keluar dari bilik ini. Mak tak mahu Abang dengar kamu menangis! Jangan seksa Abang dengan tangisan kamu semua!" Mak marah mereka. Mak tidak mahu Abang lihat kami menangisi pemergian Abang. Mak tahu, Abang akan jadi lebih sedih dan berat hati untuk pergi bila melihat kami menangis di saat akhir sakaratulmaut menjemput Abang. Mak tidak mahu tambahkan lagi kesedihan Abang untuk meninggalkan kami. Abah pula hanya berdiri di penjuru bilik, meraup wajah menahan suara tangisannya. Jururawat yang ada dalam bilik juga menangis, mak suruh jururawat keluar dan tutup tirai bilik itu. Mak tak mahu orang luar lihat. Mak tak mahu ada orang menangis di saat Abang akan pergi. Setitis dua mengalir juga air mata mak. Tapi mak masih mampu tersenyum.

"Pergilah Abang. Mak izinkan. Mak izinkan.. pergilah.."

Dan perlahan-lahan mata abang yang layu tertutup rapat, genggaman tangan Abang pada jari mak semakin lemah dan akhirnya terlepas...

Pukul 3.50 petang, akhirnya Abang meninggalkan dunia fana ini. Innalillahiwainnailahirajiun.

Mak kucup dahi Abang. Mak bisikkan di telinga Abang, "Tenanglah Abang di sana . Suatu hari nanti, mak juga pasti akan turuti jejak Abang. Abang... tunggu mak di sana ya! Di syurga!"

Abang, sekarang mak sudah dapat jawapanya. Mengapa mak tidak menangis? Pertama, Abang telah di takdirkan menjadi ahli syurga yang akan membantu mak di sana nanti. Kedua, apa saja keinginan Abang semasa hayat abang telah mak tunaikan. Tiada lagi rasa terkilan di hati mak. Ketiga, segala hutang sebagai seorang ibu telah mak langsaikan semasa hayat Abang. Mak telah sunatkan dan buat akikah untuk Abang. Keempat, mak telah menjalankan tanggungjawab sepenuhnya, sentiasa berada di sisi Abang dan menggembirakan Abang setiap saat dan waktu. Kelima, mak rasa istimewa dipilih Allah untuk mendapat anak seperti Abang. Mak jadi 'kaya' dengan kehadiran Abang. Kaya kesabaran, kaya tawadhuk, kaya keredhaan , kaya keimanan, kaya kawan, kaya ilmu, dan kaya pengetahuan. Mak telah beri segalan-galanya melebihi seratus peratus untuk Abang. Mak telah beri yang terbaik dan mak telah berusaha hingga ke garisan penamat. Sebab itu mak tidak perlu menangis lagi.

Abang.. biarpun kini hidup mak dan abah terasa sunyi dan kosong tanpa Abang tapi... mak akan sentiasa tersenyum mengenangkan saat-saat terindah kehadiran Abang dalam hidup kami biarpun cuma sebentar. Abang dalam kisah ini adalah adik Iqbal Fahreen Hamdan, anak bongsu daripada lima beradik. Abang masuk hospital seawal usia dua minggu akibat menghidapi lima jenis kompilasi jantung termasuklah kekurangan injap, jantung berlubang dan saluran sempit. Abang telah menjalani pelbagai siri pembedahan seawal usia dua bulan dan ada antara pembedahannya yang gagal, malah abang pernah disahkan 'mati' apabila jantungnya berhenti berdenyut. Walaupun pada awalnya doktor mengjangkakan hayat abang tidak lama selepas lahir ke dunia, namun ternyata anak kecil ini mampu bertahan sehingga usia empat tahun untuk meninggalkan kenangan terindah dalam hidup Jamilah (ibu) dan Hamdan (bapa).





Al-Fatihah buat Allahyarham adik Iqbal Fahreen.


Sebuah kisah benar menyayat hati yang melambangkan kasih sayang seorang ibu kepada anaknya.

TABUNG HAJI



Sebelum musim haji bermula, Tabung  Haji dah menghantar para staff dan warga yang terlibat dalam musim haji tahun ini terlebih dahulu. Sejak seminggu lalu mereka sudah berlepas ke Tanah Suci.

Alangkah bahagia mereka yang terpilih ke sana. Sambil bertugas dapat mengerjakan haji secara percuma. Rezeki masing-masing . Rezeki sendiri tak tahu lagi .

Saudara sekampung ini telah berkali-kali ditugaskan ke sana bila musim haji. Dah merasa haji sampai empat kali.. Bertuahnya badan. Itu kelebihan bertugas  dengan Tabung Haji Malaysia.

Pada 29 September lalu , terkejut bila selak akbar Utusan bahagian MEGA terpampang wajahnya di muka depan.Berpakaian ikhram untuk berlepas ke sana.

Semoga Tuan Haji Yuhanis b . Awang Kechik  mendapat haji yang mabrur sekali lagi.Tuan Haji Yuhanis tidak berkacamata.Nak tengok klik  DI SINI.

Meroti le lagi

Nak makan apa petang ni? Buat roti lagi la nampaknya. Tepung roti ada lagi sebungkus , selagi tak habis tepung makan rotilah memanjang jawabnya . Apa nak gaduh,tak dan nak berpeluh ketiak roti dah naik. Maklumlah breadmarker boleh tolong uli.

Doh tengah uli tepung.


Dah naik dah ni..

Inti daging untuk roti ban atau piza?

Roti tak jadi lagi . Entry dah masuk blog. Apa cerita?


29 September 2011

KELI HARAM ATAU HARAM?

Saya ingin berkongsi info menarik ini yang saya dapat dar FB.

Ikan keli memang disukai oleh anak-anak saya terutama kalau dimasak cabai. Goreng pun sedap.

Sebenarnya hati dah lama  tertanya -tanya  tentang ikan keli ini, yang mana halal yang mana tidak? Desus-desus tentang itu sudah terdengar tak berapa lama dulu.

Sekarang dah tahu kena berhati -hati memilih keli untuk dimakan. Benda yang halal pun dah susah nak makan bila proses dari awal tak dijaga.



Pada tahun 1986 sewaktu Tok Wan sedang gila memelihara ikan air tawar ada ler satu kolam tu Tok piara ikan keli. Oleh kerana ikan keli menggunakan bahagian dasar kolam maka kolam tersebut Tok kongsikan dengan ikan Rohu serta Tilaphia sebab Tilaphia duduk dibahagian atas sementara Rohu bahagian tengah.

Seorang rakan memberitahu pada Tok bahawa ikan keli ada 2 jenis bagi menandakan yang halal dan yang haram. Pada mulanya Tok sendiri tak percaya. Mana boleh ada keli halal atau haram (masa tu belum ada Logo Halal JAKIM lagi). Namun selepas Tok sendiri selidik ikan keli yang dipelihara oleh rakan berbangsa Tionghua dikolam dekat Batu Kong (sekarang flat ATM Desa Tun Razak) nyata cerita itu benar.

Perbezaan ikan keli memakan bahan haram dan halal

Haram (Ikan yang diternak orang bukan Melayu diberi makan perut ayam, bahan buangan, bangkai dan organ dalaman babi. Semua benda itu tidak halal untuk umat Islam)
· Kepala berbentuk 'V'
· Bentuk badan mirip torpedo
· Badan berwarna hitam berkilat
· Bahagian bawah badan berwarna putih melepak
· Bahagian antara bawah kepala dan badan berwarna kuning
· Apabila digoreng akan meletup kerana banyak lemak


Halal (diberi makan palet halal iaitu campuran beras hancur, tepung ikan, kepala ikan bilis, minyak sawit, bahan buangan kelapa sawit, kiambang dan vitamin)
· Kepala berbentuk 'U'
· Bentuk badan tirus
· Berwarna hitam kelabu dan tidak berkilat
· Bahagian bawah badan berwarna putih kelabu
· Tiada warna kuning kelihatan di bahagian antara bawah kepala dan badan
· Digoreng tidak meletup

Jadi info ini mungkin berguna sewaktu anda hendak membeli ikan keli dipasar. 

ANGGURKU BERBUAH SEMULA.

Alahai , hari ni orang dah tutup opis baru dapat buka blog. Rumah saya menjadi transit bertemuan antara ayah mertua dan sepupu saya . Ecece macam bahasa sekolah pula.

Sebenarnya mereka nak ke Taiping rumah Maksu untuk bertolak ke Terengganu bagi urusan meminang pada esok pagi.

Semasa menghantar ke kereta mereka tadi terpandanglah pokok anggur di tepi pagar tu. Berbuah semula setelah buah yang dulu dikebas sang monyet durjana. Ada entry tentang anggur yang tak sempat besar tu kat sini.

Hari ini baru  perasan bila Kak Nab sepupu saya tunjuk. Kita tuan rumah tak nampak pun walau  hari-hari dok lalu lalang kat situ.

Saiznya lebih besar dari yang dulu . Maknanya dia mula berbuah dah lama.

Bila dipotong dahan-dahannya baru nak keluar buah. 
Tapi kena bubuh baja juga kalau tak jangan haraplah .

Sebenarnya anggur ni masih kecik lagi   tak sesuai untuk dipetik  . 
Kena tunggu biar besar sikit lagi.  Saiznya hari ini kecil sikit dari duit 5 sen.

Sedang dok snap-snap gambar anggur, lalulah pula kapal terbang ni haa..
Kawasan rumah saya memang jadi laluan kapal terbang terutama Air Asia.
Nampak je warna merah kat body k/terbang tu.

Hai anggur, tak tahulah menjadi rezeki siapa pula lepas ni. Tuan tanah atau kera durjana lagi.

28 September 2011

SHAUQI DAN SEPUPU DI HARI RAYA






















Syawal dah nak habis kan. Teringat kenangan berkumpul ramai-ramai di hari raya yang lalu. Sampai penuh tidur  anak cucu dari hujung ke hujung di rumah ayah mertua.

Abang ipar yang kena beraya di rumah mertuanya di Senawang  pun cepat-cepat balik kampung. Takut tertinggal trip beraya ramai-ramai .

Selalu 5 beradik bergerak sekali ziarah raya dari rumah ke rumah saudara mara. Tahun ni kami terus makan angin ke Pulau Pinang pula. Tahun lepas ke Ipoh , rumah nenda di Pasir Putih.
Tahun depan ada yang tak balik tak meriahlah pula.

Opps. Siapa yang tak habis puasa Syawal cepat-cepat. Nanti tak cukup 6 hari pula.Merangkap ganti  puasa wajib pun boleh juga.

Ujrah

Dah selamat permohonan pembayaran Ujrah diposkan petang tadi. Masa tersangatlah suntuk sebab tarikh tutup Ujrah pada  30 September ini. Hari nilah nak matikan stem hasil segala. Nasib baik prosesnya sekejap saja. Maklumlah orang tak ramai. Terus pos pakai Pos Laju. Harapan dapat sampai dengan selamat.

Sesiapa berhajat nak ke laman wen PTPTN boleh klik sini.Masih ada masa lagi pertukaran 3% ke 1% pembayaran balik PTPTN.

27 September 2011

Bila Shauqi tak balik lagi...

Time macam sekarang mak dia tengah sedap berblogwalking le jawabnya. Selalu Shauqi balik lewat . Kekerapan balik selepas pukul 2 petang dah biasa.  Shauqi si bungsu saya dijaga oleh Ummi ( panggilan Shauqi kepada pengasuhnya) .

Selalunya sms masuk pukul 1 tengahari.Mungkin sebab dah dekat nak balik sekolah.
Hari ini , ummi sms , Kami kat Taiping. maknanya lambat lagilah sampai rumah. Hari ini mak dia BW sampai kat New Zealand. Blog orang Kedah  ni .Dah masuk bloglist dah pong.

Kalau bab berjalan memang  mak dia suka. Jadi bolehlah cuci mata dulu apa ada kat NZ tu.

Tunggu nak makan...

25 September 2011

SEMEMEH PULAK

Semalam rasa nak berdating pula. Selepas hantar anak ke asramanya , kami tiga beranak dengan Shauqi pergi minum-minum kat Taiping dulu sebelum balik.

Singgah di  satu kedai. . Minuman kami order  milo panas, teh o panas, Lai Chee Kang panas (semua panas-panas sebab masa tu hujan) dan air kasturi asam boi sejuk.

Shauqi pula asyik sebut  nak makan nugget bila tengok nugget kakak dia.



Milo tu khas untuk Shauqi tapi dia minum habis air limau kasturi asam boi mak dia sampai habis. Tapi memang air kasturinya best .

Yang tak bestnya cawan Milo terlekat kesan lipstik orang lain. Cawan ni tak dicuci bersih. Nak kata lipstik sendiri , memang tak pakai.. Saya memang jarang guna lipstik. Kalau pakai Shauqi memang heran. Bibir mak merah pakai apa?

24 September 2011

Budak sekarang pandai minta macam-macam hadiah harijadi.


Chocklate Fudge dari SR

Budak serang memang pandai . Macam-macam diorang minta untuk hadiah harijadi. Paling lekeh hadiah sebiji kek Secret Recipe. Sebiji kek SR dah berapa ? Sebiji boleh sampai ratus-ratus.

Zaman dulu, budak-budak minta kotak pencil ke, baju baru , kasut atau beg sekolah baru. Zaman sekarang jangan harap. Sekarang PS, handphone terkini, iphone, komputer .

Sebab tu mak bapa sekarang kerja dari pagi sampai malam baru sampai rumah. Kesian mak bapa hari ni. Anak -anak pandai demand dah!

22 September 2011

BAJET 2012



Ramai orang yang bercakap tentang bonus . Padahal belum lagi Bajet 2012 dibentangkan keluar.

Seandainya diberi pilihan BONUS atau KENAIKAN GAJI  kepada kakitangan awam tentulah saya pilih kenaikan gaji. Kalau bonus sekali dapat seminggu , sebulan boleh habis. Biasalah duit. Dalam kenaikan harga barangan di pasaran tak terlawan kita.

Kenaikan gaji akan lebih memberi manfaat ke atas keseluruhan warga kerja dalam jangkamasa panjang. Cuba kita ingat bila tarikh akhir gaji kita dinaikan? Setiap tahun . Berapa sangat paradigma yang naik tu?Cukup?

Ada orang yang mengeluh . Sara hidup tinggi masa kini.

Seandainya ada kenaikan gaji tahun ini dalam bajet 2012 alangkah bahagianya kita.

Lanjut boleh baca kat sini  klik BAJET 2012

JOM LAYAN slideshow

December 4, 2010 Slideshow: Hasnidar’s trip from Ipoh, Perak, Malaysia to Jakarta, Indonesia was created by TripAdvisor. See another Jakarta slideshow. Create a free slideshow with music from your travel photos.
Pukul 10 malam baru boleh layan blog. Apa yang sibuk sangat hari ini?Pertukaran jadual waktu di sekolah salah satu penyebabnya. Dari Matematik nak kena ajar BM pula.

Terkial-kial nak buat lesson plan.Dah 5 tahun tinggal mata pelajaran ni , nak kena warm up balik.

Petang tadi layan roti. Tapi bagi BM menguli tepung. Boleh rilex sat. Dapatlah tiga  citarasa. Ban kismis, Roti dandan dan Ban inti kelapa dari satu adunan asas.



Sibuk pun mesti happy. Ye dak??

21 September 2011

CUTI 2012

Bila Air Asia buat promosi kelam kabut cari kalender. Kalender kuda tak dapat lagi. Saya suka tengok kalender kuda sebab namapak jelas dan terang . Nak mudah cari dalam internet. Itu pun datangnya merayap.

Jadi sesiapa yang nak rancang cuti ke mana-mana boleh tengok di bawah ini sebagai rujukan.


1/1/2012  – TAHUN BARU 2012
23/1/2012 – 24/1/2011  – TAHUN BARU CINA
5/2/2012  – MAULIDURRASUL
7/2/2012  – THAIPUSAM
1/5/2012  – HARI BURUH
17/5/2012  – HARI WESAK
2/6/2012  – HARI KEPUTERAAN YDPA
17/6/2012  – ISRAK MIKRAJ
21/7/2012  – AWAL RAMADHAN
6/8/2012  – NUZUL AL-QURAN
19/8/2012 – 20/8/2012  – HARI RAYA PUASA


31/8/2012 – HARI MERDEKA
16/9/2012 – HARI MALAYSIA
26/10/2012  – HARI RAYA HAJI
11/11/2012  – DEEPAVALI
15/11/2012 -  AWAL MUHARAM
25/12/2012  – HARI KRISMAS

SENARAI CUTI SEKOLAH

KUMPULAN A: KEDAH, KELANTAN DAN TERENGGANU

Cuti Pertengahan Penggal 1 :
9/3/2012 – 17/3/2012  (9 Hari)
Cuti Pertengahan Tahun :
25/5/2012 – 9/6/2012 (16 Hari)
Cuti Pertengahan Penggal 2 :
17/8/2012 – 25/8/2012 (9 Hari)
Cuti Akhir Tahun:
9/11/2012 – 31/12/2012 (53 Hari)

KUMPULAN B: PERLIS, PULAU PINANG, PERAK, SELANGOR, NEGERI SEMBILAN, MELAKA, JOHOR, PAHANG, SABAH, SARAWAK, WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR, LABUAN DAN PUTRAJAYA.

Cuti Pertengahan Penggal 1 :
10/3/2012 – 18/3/2012  (9 Hari)
Cuti Pertengahan Tahun :
26/5/2012 – 10/6/2012 (16 Hari)
Cuti Pertengahan Penggal 2 :
18/8/2012 – 26/8/2012 (9 Hari)
Cuti Akhir Tahun:
10/11/2012 – 1/1/2013 (53 Hari)

20 September 2011

Nak sos topup tak reti la pula



Alahai , dapat call dari suami AirAsia ada offer. Suruh pilih negara dan harga tiket. Tapi nak call balik tak cukup duit. Nak buat SOS topup tak reti lah pulak.

Siapa-siapa pandai boleh tolong ajarkan.

19 September 2011

SAMBUTAN RAYA DI RTBK


Perbagai juadah dibawa untuk jamuan sambutan raya. Banyaknya pilihan makanan sampai tak tahu nak makan apa dulu. Ada lemang dan ketupat, rendang hitam (memang sedap) di atas tu dibawa jauh dari Pahang oleh tukang masak terkenal di sana.

Ada mee kari,lontong dan nasi impit , puding, koktail, kuih raya, ice blend ,piza ,dan kek.

Semua murid dapat merasa ice blend yang ditaja oleh Cikgu Hamdan.


Murid beratur untuk dapatkan ice blend.

Kuih raya




LAMANYA MENANTI.

Hari ini baru En. Suami akan pulang dari Tanah Seberang. Tiba-tiba terasa nak menelepon dia yang masih di sana.

Try tekan nombor yang sudah tersedia . Tot....tot ....tot masih menunggu. Tiba-tiba dia menjawab. Ini panggilan pertama yang berjaya  ke luar negara . Terutama semasa dia  di mana-mana destinasi luar . Tak pernah lagi saya call dan berjaya . Selalunya suami yang akan call ke rumah.

Kali pertama tadi dia tengah bersiap-siap dengan bagasinya untuk checkin di Lapangan Terbang Bandung. Sekejap saja bercakap dalam 33 saat . Tak sampai 50 sen. Kali kedua dia dah jalan nak masuk  ke kapal terbang . Lama sikit bercakap . 130 saat dalam 90 sen. Shauqi pun sempat sembang dengan abahnya.

Tapi nak sampai rumah nun tengah malam nanti.

SAMBUTAN MERDEKA RAYA 1







Hari ini adalah majlis Penutup Sambutan Bulan Kemerdekaan merangkap sambutan Raya sekali. Gambar-gambar di atas ialah semasa murid-murid menyanyikan lagu patriotik.

Ada pertandingan lagu-lagu patrotik dari  Tahun 1 -6 dan penyampaian hadiah sepanjang Bulan Kemerdekaan berlangsung serta membaca perutusan Kemerdekaan.

Paling best ada kategori Murid pakaian paling cantik dan kemas .Dimenangi oleh pelajar Tahun 1 Mohamad Haikal Alif. Tapi gambar tak snap pulak.

17 September 2011

Angin meroti datang balik.


Google.

Hari ini matahari cerah sekali. Menandakan hari yang ceria.Insyaallah.

En. Suami talipon tadi. Mereka berkeretapi dari Semarang ke Kota  Bandung. 7.30pagi waktu Malaysia sama  6.30 pagi Indonesia , tapi tentunya sudah cerah di sana.

Hari ni angin meroti datang balik setelah sekian lama tak meroti. Tepung roti dah beli Jumaat lepas. Sekali singgah kedai rembat dua bungkus sekali.

Sekarang tengah  tunggu doh roti naik. Sempat buka blog sekejap.

Selamat  berhari minggu.

Contest Bulan Raya

Kali ini banyak pula contest yang saya joint dalam satu bulan . Terlebih dari satu kira banyaklah tu. Selalunya nak joint satu contest pun susah.

Tarikh tutup masih jauh lagi ,sesiapa nak joint boleh lagi mencuba nasib.

Untuk ingatan diri sendiri, saya dah joint contest dari Asmara Life Blogspot.

1)



2) Kak Ina KL Blogspot.com


Contest "Masak @ Persiapan Apa Untuk Raya"?

by kak ina kl on Rabu, September 14, 2011

16 September 2011

Mata dah mengantuk , harus tidur dulu.

Baby is dreaming wallpaper

Kalau dah pegang lappy tak sedat berjam-jam masa berlalu tak terasa. Nak pula si Shauqi dah lena kat sebelah. Lagi syok mak dia merayau-rayau (Blogwalkinglah) di tengah malam ini.

Tup-tup lappy mati sendiri. Bateri dah habis daa.............

Selamat malam.

JEPARA WITH LOVE.


Google saja

Suami and the gang dah selamat mendarat di Lapangan Terbang Solo. Tiket pukul 10.00 pagi . Berlepas  hampir  12.00 tengahari. Lewat kerana kapal terbang tiada air . Biar betul !!

Apa-apa pun dah selamat sampai di sana. Semoga selamat kembali ke tanah air semula .

15 September 2011

MERDEKA ...........BUDAK-BUDAK TAHUN 6.



Hari ni hari akhir untuk UPSR exam. Dalam  sehari hayun 4 paper sekali gus hari ini. Sampai ke petang budak-budak ni mengadap soalan. Bukan budak , cikgu pun sama. Tapi hari ni  mereka ni dah mula senyum bila nak masuk paper kedua.

Budak-budak ni stat hari pertama muka serius gila. Kami pun faham , hari ni dah last. Merdekalah mereka sebulan dua sebelum naik sekolah menengah .

Dalam dok boring , tunggu exam berjalan mata liar dok perati rumah India jiran sebelah sekolah. Sekolah ini kira dalam Kampung Baru bagi penempatan Cina dan India. Orang Melayu pun ada juga.

Rumah India ini biasa saja macam rumah di penempatan Kampung Baru yang lain. Tapi ada Vios hitam  baru.
Shauni kata masa dia jaga UPSR tahun lepas Vios tak ada lagi. Vios pun terdedah tengah panas sebab garage tak ada lagi.

Makcik India ni setiap pagi kutip bunga raya. Semalam kutip pakai besen plastik . Hari ni ni pakai talam tin pula. Lepas tu siap jemur atas Vios pula. Bila si anak bujang balik , nampak bunga berjemur atas Vios dia pun ubah tempat lain . Yalah nanti ada tindakbalas kimia pada Vios pula.

Depan sikit dari situ  ada rumah orang Cina tempat beli getah serkrap. Tahu tak getah sekrap??Getah buku tu lah. Semalam punya ramai orang datang jual. Tapi hari ni kurang pula mungkin sebab hujan semalam kut.

Sibuk mata melihat dan membuat tafsiran sendiri.

Bangun duduk , bangun duduk , jalan , berdiri , tengok sana , tengok sini. Menunggu masa budak -budak tu habis menjawab.

Hipotesis  hari ini : Pengawas UPSR 2011.

p/s: SELAMAT HARI MALAYSIA. SEMOGA MALAYSIA AMAN MAKMUR SEJAHTERA. BERBANGGA JADI ANAK MALAYSIA.Tak sukalah gaduh-gaduh.

14 September 2011

Anniversary Giveaway AzatieSayang.




Masa blogwalking jumpa GA yang rasa-rasa senang dan mudah ini. Biasalah mesti pilih yang tak pening nak joint. Tertarik nak mencuba. Terus buat entry seperti yang disyaratkan.



Syarat-syaratnya:

1.Mesti mempunyai Blog
2.Mempunyai alamat di MALAYSIA(yg dok luar negara kot2 nk join!)
3.Trpulang samada nk FOLLOW/TAK...(ikut suker la)
4.Sila buat 1 n3 yg ringkas ttg GA nie...buat la ucapan sikit sempena Anniversary atie & HB
5.Tinggalkn link n3 korang di bawah n3 ini SAHAJA.
6.Pemenang akan di pilih melalui cabutan/random....lom pasti lg!
7.Tarikh tutup 30/9..Kul 12 mlm.

GA dari Azatie ni sempena ulang tahun perkahwin beliau dan suami tercinta. Semoga perkahwinan mereka kekal bahagia hendaknya. Diserikan dengan kehadiran cahayamata yang comel dan bijaksana dapat menceriakan hidup berumahtangga. 

Sesiapa yang nak joint boleh ke blog Azatie Sayang.


Suka Baca JJCM blog orang

Mesti buka tengok blog 2,3 kali sehari walaupun tak update cerita baru. Bila jumpa blog orang pergi makan angin dengan gambar cantik, itu yg paling best nak terjah. Suka baca story yang santai-santai supaya otak pun fresh balik.

Jarang baca blog yang berat  yang terpaksa membaca dengan dahi berkerut 3,4 lapis.Itu bukan saya.Saya berblog hanya sebagai terapi minda.

13 September 2011

LETIH WALAU PUN JAGA 4 ORANG

Keluar dari rumah 6.20 pagi . Tunggu ketua Pengawas Lim Shuni ambil saya . Terus ke Bilik Kebal ambil kertas soalan . Sampai di sana dah ada cikgu-cikgu lain yang menunggu untuk tujuan yang sama.



Selesai di  situ terus ke Pusat Peperiksaaan  SJKC Redang Panjang . 8.00 pagi exam akan bermula.Walau tak bercakap banyak berbanding masa mengajar, penat juga. Hanya seorang murid Cina dan 3 murid Melayu.  Bila Shuni  memberi arahan dalam bahasa  cina masing-masing anguk faham. Saya sorang yang tak faham. Respek kat budak-budak tu.

Pukul 11 pagi baru dapat makan nasi goreng yang ditapau dari kedai makan Melayu depan sekolah  untuk kami. Air teh dia memang terbaik. Teringat -ingat hingga kini.

3 hari bertugas tak akan tukar air lain dah. Setiap hari teh panas satu !

11 September 2011

UPSR DAH MENJELANG

Murid -murid Tahun 6 akan menghadapi Peperiksaan besar mereka bermula esok sehingga Khamis. Lepas itu mereka akan merdekalah jawabnya dari menghadap buku sebulan dua sebelum naik sekolah menengah.

Kepada anak didik , semoga semua mereka beroleh kejayaan yang cemerlang dan gemilang. Semoga  keputusan tahun ini akan membuatkan RTBK meletup. 

Kejayaan mereka bukan bermula ketika  mereka di  Tahun 6 sahaja malah bermula sejak pertama kali mereka menjejak kaki ke sekolah.Dari  semasa  mereka di Prasekolah lagi. Setiap tahun bertukar guru. Hasil kejayaan mereka atas usaha sendiri selain dari tunjuk ajar dari guru-guru.

 
Semua orang mahukan 5A. Seandainya ada antara anda yang tidak berjaya . Usah kecewa. Ini hanya satu anak tangga untuk didaki. Ada lagi di depan yang menanti usaha gigih anda .

Tidak semestinya tidak berjaya  mengenggam 5A punah harapan. Masa depan anda masih terbentang luas menanti.



10 September 2011

MAKAN ANGIN KE GHONGZHOU, CHINA.







Gambar tak berapa banyak. Biasalah suami saya kalau berjalan tak nak bawa kamera. Takut hilang katanya. Alasang saja tu!!

Sebenarnya , dia  orang yang paling malas nak bergambar.

BELAJAR MEROTI

Hari tu saya dan Waahida belajar buat roti dengan Cikgu N. Banyak jenis roti yang kami belajar , dari pukul 10 pagi sampai pukul 5 petang baru habis. Berpeluh juga nak menguli tepung. Tapi berbaloi bila tengok roti menjadi.

Perlu diingat ye, sesiapa yang ada darah rendah (masa mengandung) jaga-jaga . Si Waahida (tudung biru) ni terpengsan sekejap sebab tak boleh bau ibu roti. Masa tu pula panas. Mungkin udara tak cukup.

Bila dah tau asas nak buat roti seronok juga buat roti sendiri di rumah.Kat rumah ini memang ramai yang minat makan roti. Nak pulak yang ada sosej atau inti kelapa. Cepat je habis makan panas-panas.




Tengah dok tengok mesin  penguli menguli tepung.













Kami berlima pelajar hari itu telah di beri sijil PENGHARGAAN oleh Cikgu Noraini.