31 October 2011

Biskut Strawbery Isma.



Jadilah dapat merasa Isma bawakan untuk kawan-kawan merasa di sekolah hari ini. Sedap dengan rasa rangup wafer stick perasa stawbery .Walau pun tak menang GA  Isma dapat rasa pun jadilah.

Hari ini juga dapat rasa cheese cake yang dibawa oleh Hulwani.

Alhamdullillah rezeki.

Naik feri

Bersama Kak Leha PK HEM kami dah nak pencen thn depan.

Kami masuk ke Pulau Pinang pagi tu naik jambatan . Melintasi lautan terus ke Akuarium Batu Maung. Masa nak ke Kedah di sebelah petang tu kami naik feri pula. Memberi peluang murid-murid sekolah ini merasa. Kan budak-budak suka naik feri.

 Lagi pun tak ada masalah kalau nak ke Tanah Besar dah tak payah bayar tambang. Masa masuk je kena bayar sama ada naik jambatan atau feri.Masa balik tak kena dah.

Bas turunkan kami di laluan masuk ke feri. Jauh juga nak berjalan ke dalam tu. Menapaklah kami semua.  Semua budak-budak dah masuk feri lain bersama guru-guru lelaki yang lain. Dah lepas masuk feri pun . Kami yang jalan kat belakang terlepas pula. Tinggallah 5,6 orang termasuk murid-murid 2 orang tu.Tunggu feri yang lain pula.


Masa  feri dah sampai seberang , si Shauqi ni lenalah pula. Mana taknya duduk kerusi kat depan sekali .Kena pula angin laut yang menderu-deru bertiup. Tak payah pakai penghawa dingin terus lena. Kenalah berdukung dia pula.Latih juga mak ni. Sampai beg tangan pun Kak Leha (tudung puple tu) yang tolong bawakan.

Nasib baik lena tak lama.Lepas tu dia jalan sendiri semula. Tak laratlah mak nak dukung budak besar tu. Sampai di seberang dekat Stesen bas Butterworth bas(bas naik jambatan ) pun dah sampai untuk bawa kami semua ke Alor Setar pula.

Tunggu kisah kat Kedah pula ya..

30 October 2011

Masuk Ga pun boleh membantu pageview naik.

Untuk seminggu ni banyak juga saya joint GA.Joint GA bukan susah mana, kecuali masa mula-mula jadi blogger dulu. Tak pandai lagi naik masukkan banner dan macam mana nak buat entry yang sesuai. Terketar kepala lulut bila nama kena taq dengan blogger lain.

Tak kena bayar duit, tak payah bayar stem . Cuma tekan-tekan keyboard saja. Kalau tak ada idea nak menulis entry baru , masuk GA pun boleh.

Perkara lain ia dapat meningkatkan sedikit kalau tak banyak jumlah pageview kita akan bertambah.
Tak percaya ?Cuba try.

Bila kita joint, tak secara langsung owner GA akan singgah kat blog kita tulis terima kasih joint ke atau apa-apalah. Kemudian bila blog kita tersenarai tentu ada orang nak tengok dan klik-klik.Kan dah dapat pageview kat situ.

Secara peribadi saya sangat suka blogger yang singgah dan tinggal jejak. Seronok sangat bila si dia menyapa.Kalau ada masa saya akan lawat balik ke blog dia. Selalunya saya terus singgah balas. Bukannya banyak sangat pun. Bolehlah buat macam tu. Kalau dah banyak tak laratlah pula kut.....

GA yang saya sertai:
Yana Yassin
Fantaghirolynn
Ila cheqsue
Pen Merah
Teka penyanyi -Deqlis
GA for lucky follower
GA senang menang
Mr Baiz -RM300 mesti dimenangi
LizaHanum contest
jOM GEGAR DUNIA BLOG

Ada yang tertinggal?

OLE-OLE KOREA GA BY YANA YASSIN



KLIK GA YANA YASSIN

Bila jumpa GA  yang nak bagi FM memang berpinar biji mata eh. Suka sangat. Kalau menang alangkah bahagianya diri. Sapa nak bagi FM dari Korea nun kan.

Kalau nak bercuti tak tahu nak kata nak ke mana. Siapa tak suka pergi melancongkan. Tapi  rasa-rasa nak ke Switzerland kut.

Orang kata kat sana sangatlah indah dengan pemandangan yang cantik dan memukau pandangan . Bukit bukau , bunga-bungaan, dan segalanya lah. Macam dalam lukisan. Betapa indahnya alam ciptaan tuhan Cuba imagin sat no..

Tentulah nak pergi dengan suami dan anak-anak. Tak gitu??

Akak tag

 Hidayati
Azatie
Khaty Tuah

Yang kena tag jangan marah.

Roti sosej

Hari minggu layan roti sosej. Tapi apalah silap hari ni.Pukul 7 pagi mengguli pukul 7 malam baru boleh bakar. Baru roti ni naik dengan cantik. Selalu buat sekejap saja uli , dah naik penuh besen.

Bila anak dara balik dari asrama, maknya macam-macam nak masak. Semalam yang sulung tu minta buatkan cheese cake. Memandangkan ada slice cheese saja kat rumah, kami buat Slice Cheese Cake ikut resepi Kak Nor Secubit garam.Resepi kat sini.

Sebelum tu dah buat kek batik .Ada biskut marie lebih sikit dulu.Kek batik ni sekejap ja licin.Budak-budak suka rasa coklat tu.

Ni roti sosej yang lambat naik.

Tak comel . Dalam tak cun ni pun diam2 si Izzat dah habiskan 6 biji sorang-sorang.

Sosej menunjukkan diri.

Roti ini hanya di buat dibuat bentuk oval dan dipaipkan mayonis di atasnya.kalau letak 1000 island lagi sedap rasanya. Ini saja bentuk yang mudah yang boleh saya buat.


Berkelah di Pantai Maimi

Makan ramai -ramai di tepi pantai. Kat atas nun Hotel Miami Beach.

Makanan bekal semua di bawa dari rumah. Pakat masak sorang setupperware.


Pantai ni selain tempat berkelah ada juga orang berkhemah.
Pantai ini juga yang musnah dilanda tsunami dulu. 

Nasib baik siakap sweet sour akak jumpa. Tersorok dalam bas. 
Kalau tak membazir je bawa jauh-jauh .

Cikgu-cikgi pun dah setengah bas.

Selepas tsunami dulu, pantai-pantai di sini  sudah sedia menunggu pengunjung. Orang ramai berkunjung bersama keluarga untuk mandi-manda ,berkelah atau sekadar berehat  dan cuci mata.







29 October 2011

BUKIT BENDERA

Terowong  ..wajib lalu.

Keretapi sedang berselisih.

Dalam terowong.
Ada dua laluan sebenarnya. Kalau nak berselisih tak de hal lah.

Pandangan dari dalam keretapi.

Pandangan dari atas.

Tambang naik ke puncak ialah RM8 untuk dewasa , RM4 untuk kanak-kanak /warga mas.Keretapi berhawa dingin dan sangat laju jika berbanding dulu. Tapi penumpangnya macam naik bas mini pink zaman dulu-dulu kat KL. Berhimpit. Hanya ada dua baris saja bangku (kanan dan kiri), di tengah-tengah lapang.

 Jadi kalau tak dapat duduk tu terpaksa berdiri sambil menjamu mata melihat pandangan kiri dan kanan laluan. Best juga.

Hari ni dan semalam tibai masuk GA punyalah banyak. Belasah ja labu.

1st GA Anniversary Ila _CheqSue



Klik banner untuk ke sana


SYARAT-SYARAT :
- GA ni khas untuk BLOGGER MASAKAN SAHAJA
- kalau ada 2 blog pun (peribadi & GA) sila sertai melalui blog peribadi 
- cuma buat satu n3 tentang GA ni dan dalam n3 tu perlu ada
"Saya rekemenkan cheq sue untuk cuba ................... " 
apa2 resepi dalam blog korang tu, dan sertakan link resepi tersebut
- jangan lupe masukkan gambar kat atas tu
- kemudian masukkan link n3 korang tu kat komen box ni

TARIKH TUTUP :
30 Oktober 2011 - Midnite

Saya rekemenkan cheq Sue untuk cuba BINGKA ROTI  BERLAUK


28 October 2011

25 THINGS PEN MERAH RANDOM GA

anigif penmerah 25 Things Random Giveaway by Penmerah.com

Satu lagi GA yang meriah untuk disertai. Banyak hadiah yang perlu direbut. Semua menarik untuk dimiliki.Memang best. Kalau tak joint memang rugi.

Macam mana nak join:
1. Buat entri dengan ”25 Things Random Giveaway by Penmerah.com”
2. Kena la follow blog Penmerah.com. Muahahahaaa.
3. Copy banner comel tu dan letak dalam entri untuk join Random Giveaway.
4. Tag kawan – kawan minimum 3 orang aje. Nak tag ramai pun boleh takde masalah.
5. Dah siap entri, tinggalkan link entri tu kat ruangan komen bawah nanti. Semoga tuah menjadi milik korang ye!

Tempoh Kontes : 21 Oktober – 10 November 2011



Akak Tag :

1. NazaIsma
2.JajaZ
3.Cik Nat

FANTAGHIROLYNN GIVEAWAY

Klik  SINI ke blog GA Lynn.




Syarat Penyertaan :

1. Follow Blog INI.
2. Buat simple entry mengenai GA ini.
3. Letak banner di entry dan linkback.
4. Tak perlu letak banner di sidebar.
5. Tinggalkan url link anda di entry ini.
6. Tarikh tutup adalah pada 1 November 2011.

Hadiah menarik yang disediakan membuatkan saya terus rasa nak joint.
Jom ramai-ramai hantar penyertaan. Syarat pun tak susah.

Jom.


Teka Penyanyi GA Deqlis

Teka penyanyi yang akan membuat persembahan di FFM 24.



GIVEAWAY TEKA PENYANYI


Siapa ye?


1. Faizal Tahir
2.Erra Fazira
3. Hujan


Tarikh tutup : 5 November 2011

Ga FOR LUCKY FOLLOWER

Contest senang menang


Tarikh tutup?

1st GA Mr Baiz -Rm 300 untuk dimenangi !!!!



CARA-CARA NAK MENYERTAI GIVEAWAY NI : 
  • letak banner seperti di atas buat 1 entri yang bertajuk "1ST GIVEAWAY MR BAIZ ~ RM300 untuk di Menangi!!!" dan link kan ke entri ini..
  • Follow blog Mr Baiz dan blog penaja di SINI  untuk update sepanjang giveaway..
  • kalau tak keberatan Like SINI sekali..*ecececeh...pomot sikit..hihi..jangan marah yer..
  • nak tag kawan-kawan lain pun amat digalakkan...lagi ramai lagi meriah..
  • 3 pemenang akan di tentukan dengan Random.Org.
  • tinggalkan link post anda di entry ini.
  • tarikh tutup penyertaan : 31 Oktober 2011

Give Away 2nd Anniversary Sweet Lizahanum



Nak joint juga . Terpikat dengan buku yang menjadi hadiah GA. Syarat pun tak susah.

Tahniah untuk ulang tahun ke2 . Semoga terus sukses dalam dunia blogger. Saya doakan juga kesihatan Liza bertambah baik, sejahtera, panjang umur dan murah rezeki.

Jom meriahkan GA Lizahanum.

Tarikh Tutup: 5 November 2011 / 12 malam.

JOM GEGAR DUNIA BLOGGER



Alahai mak-mak pun nak joint juga ni. Tarikh tutup dah dekat dah. Pukul 11 malam sat  lagi.hu,hu baru terjumpa .
Apa yang nak gegar? Cuma berharap blog Cempaka Biru dapat memeriahkan dunia blogging. Secara tak langsung dapat menambahkan follower dan sahabat di alam maya. Dengan itu jumlah trafic pun meningkat. Itu terapi minda mak ye. Hari-hari asyik klik tengok statistik.

JOM GEGAR DUNIA BLOGGER !!

JADUAL SPM 2011

Di sini boleh semak jadual SPM 2011 untuk rujukan ibu bapa ,pengawas SPM, guru-guru dan calon SPM 2011.KLIK SINI.

Selamat berjuang anak ku  NUR ALIA BT AHMAD AZHAR dan semua calon SPM 2011.

27 October 2011

Aquarium Batu Maung, Penang.

Kredit to Google

Admission fees:
RM5 for adults, RM2 for kids 7 to 12 years and RM1.50 for school groups. There is no charge for kids below 7 years.
Phone: +60-4-626 3925 and Fax: +60-4-626 2210.


Besarnya aquarium ni.

Duduk kat sini macam dalam panggung wayang. Padahal untuk tengok aquarium yang besar tu.
Berehat sekejap lepas ronda-ronda tengok ikan.

Salah satu tempat lawatan jika ke Pulau Pinang. Berbaloi jika bawa anak-anak meneroka hidupan bawah air ini. Cantik dan bayaran masuk pun murah. Tapi tak tahannya kedai jualan cenderahati kat luar tu. FM kat Bukit Bendera lagi murah.

AUTUMN 2011



Sekali ku pandang hati
 berkata-kata
cantik sungguh 
tak tahu nak memilih yang mana
banyak sekali
berbagai kategori 
pilih dan klik saja
semua akan terpapar

Apa ke hal pula malam ni. Lain macam je.

Kredit kat Khaty Tuah sebab dia yang bagi tau gambar-gambar kat sini cantik-cantik.

26 October 2011

BERHUJUNG MINGGU DI TELUK BATIK RESORT, LUMUT.


Teluk Batik Resort
Kredit to Google

Bilik 1

Bilik 2

Ruang tamu yang dilengapi dengan tv.

Dapur -ada peti sejuk, meja makan,  heater, dan 4 bungkus kopi 3 in 1.

Bermalam di sini atas sebab Hari Keluarga SEKUGA klik sini.
Ada banyak apartmen yang diberi nama mengikut bunga Cempaka, teratai , orkid .Ada lagi tapi tak ingat.Kami menginap di Cempaka tingkat 3. Tak usah nak panjat tangga sebab ada lif untuk memudahkan kita. Setiap satu ada  5 paras. Kita boleh bersantai dibalkoni sambil melihat sekeliling dari pandangan atas.

Bilik yang kami inap ini ada 2 bilik. Selasa kalau ramai. Kalau nak bilik biasa pun ada. Harga pun kurang sikit.Semua bilik berhawa dingin.

Selepas makan pagi semua terjun kolam. Kolam sebelah dewan makan.
 Makanan pun boleh bawa ke situ. Berendam sampai biru.

Sarapan pagi yang disediakan ok macam hotel lain juga. Bolehlah buat lapik perut .Ada mee goreng , nasi goreng, sosej, telur 1/2 masak , bubur nasi, bijirin, roti dan jem, kek buah, dan kopi ,dan air teh dia memang mengancam. Best! 

Mandi laut pun boleh.




25 October 2011

KUKIS KAK INA KL DAH SAMPAI.

Tak berapa sharp tulisannya. Kamera murah..

Barang yang ditunggu dah sampai. Walaupun lama dalam perjalanannya tapi tiba dengan selamat  akhirnya. Terima kasih pada Kak Ina  yang mengotakan janjinya dengan segera.Tak payah tunggu lama-lama kukis dia dah dapat kami merasa anak-beranak. 

 Kukis Kak Ina kaya dengan rasa coklat dan kacang yang melimpah ruah. Kacang yang banyak tu buat saya suka. Hari ni ada sikit lagi  tinggal sekeping dua dihadap oleh anak-anak.

Kotak dari England ke Kak Ina??

Kaya dengan kacang ...I like.

Rm30 dulu awal-awal kak Ina dan bankin. Duit  pun dah selamat beli kain ela sebagai kenangan. Kain ni nak tengok klik kat sini.

Respek Kak Ina yang respon untuk pemenang GA sangat cepat dan pantas.Terima kasih banyak-banyak.
Kak Ina the best..



24 October 2011

Jeruk kat Cowrasta,Penang.


Kalau pergi Penang, tak beli jeruk tak sah. Belilah sikut untuk buah tangan jiran tetangga. Dulu hanya oarang cina yang berniaga jeruk di Pasar Cowrasta. Tetapi sekarang dah ramai peniga Melayu di luar Cowrasta.

Ada kedai jeruk Aishah, Kedai Nasir dan satu lagi tak ingat nama. Sesiapa yang membeli jeruk boleh lah ke sini. Ada jeruk salak, mangga, pala , betik, amra dan banyak lagi.
Ada jeruk basah dan kering.

Namun jeruk ni bukan lah baik sangat untuk kita makan selalu. Ingat , basuh dulu dan buang airnya sebelum ngapp.



Pasar Cowrasta ini berhampiran dengan Mydin Mall dan Palai Polis Penang. Di situ jga ada cendol dan buah berangan goreng yang dijual di tepi jalan. Berangannya sangatlah besar dan boleh makan panas-panas.

Buah berangan

Sapa mengidam boleh cari berangan kat sini.

Kopi Luwak .....sanggupkah kita minum?



Kopi yang paling mahal di dunia. Secawan boleh mencecah ratusan ringgit. Kenapa kopi ini terkenal dan mahal?

Kopi yang terhasil dari pembuangan najis musang atau luwak (Indonesia). Biji kopi ini tidak terhadam. Maka keluarlah berbiji-biji semasa pencernaan tetapi warna merah kulitnya sudah hilang. Musang ini hanya memilih untuk dimakan biji kopi yang segar dan matang sahaja sebagai sajiannya.

Setelah  melalui proses pembersihan dan dipanggang supaya rasanya yang kompleks tidak terjejas seterusnya di jadikan minuman .Permintaan yang tinggi dari US dan Jepun membuatkan Indonesia terkenal sebagai pengeluar kopi Luwak.

Anda sanggup minum kopi luwak ini @ kopi taik musang?

23 October 2011

HARI KELUARGA SEKUGA



Hujung minggu lepas , berkumpul warga SEKUGA tempat suami bekerja untuk hari keluarga mereka selama 2 hari 1 malam . Kami menginap di Teluk Batik Resort.

Berbagai aktiviti di jalankan bagi memeriahkan aktiviti. Banyak hadiah dan hamper disediakan. Kereta penuh dengan hamper untuk dibawa ke sana.

Ramai yang turut serta lebih kurang 70 orang yang hadir bersama anak-anak dan keluarga.
Tahun depan merancang ke Langkawi pula.