31 January 2012

Umrah 2012


Sedang mendengar ceramah tentang umrah di dalam masjid bersama  tetamu-tetamu Allah
yang lain. Ada seramai 3 buah bas akan bergerak pada bulan Mac nanti ke KLIA.  Bertuah sungguh mereka yang terpilih.

30 January 2012

KEK PISANG COKLAT RICE BERBADAM

Semalam masa melayan AJL ,  terjumpa resepi ini di  Masam Manis blog Azlita. Biasalahlah kalau sesiapa yang singgah sini memang terpegun dengan gambar dan dekorasi masakannya. Boleh ralit kat sini. Lepas satu-satu rasa nak tengok. Bukan saja resepi terbaru, resepi yang lama-lama pun tak jemu nak selongkar balik.

Memang dok mengidam nak buat kek ini.Sekarang pun dah masak. Berasap-asap lagi .Tapi saya tukar dengan badam untuk tabur di atasnya. Berbanding Azlita yang menggunakan pistachios. Hasilnya memang best. Kek gebu dan lembut serta berbau wangi.

                                       Kek sebelum dibakar. Badam yang ditumbuk sebagai topping.

                                        Dah masak tapi terpotong . Terlupa kena interfrem dulu.

                                                                 Masih panas berasap.
                                    
Terima kasih pada Azlita dan Kak Umi yang berkongsi resepi. 
Memang terbaik punya kek ini.
Tak rugi mencuba.

29 January 2012

Tepung Roti

Semalam beli tepung roti di sebuah kedai bakeri di Kamunting. Baru buka saja. Dulu Isma blogger sifu kek dah bagi tahu kat kedai ni  harga lebih murah dari kedai yang selalu kami beli. Cuma belum berkesempatan nak singgah.

Jadi semalam terus singgah . Hanya beli tepung kek dan bread softener. Memang lebih murah. Hanya RM 2.80 saja berbanding harga sebelum ini RM 3.20 yang selalu saya beli.

Semasa nak bayar pula , saya terkurang duit  10 sen. Dia halalkan saja daripada saya keluarkan duit not merah.
Wah! Rasa berbaloilah. Walau pun 10 sen ....jarang ada taukeh kedai yang boleh kata tak apa sekarang ini. Tambahan kalau bangsa asing.

Lain kali boleh beli kat sini lagi.

27 January 2012

Hari Bertemu Waris 27.1.12

Hari ini mak saya ke Imigresen untuk buat pasport .Dia berhajat nak buat umrah pada bulan 3 nanti.  Bila sampai orang dah penuh. Ikut nombor pukul 3 petang nanti  baru dapat selesai. Di sebabkan hari ini hari Jumaat , kaunter ditutup awal untuk urusan solat Jumaat. Datang balik pukul 2 petang tiket pun dah habis. Kesian . Kena pergi balik di hari lain.

Punyalah ramai orang nak ke luar negara. Sesungguhnya rakyat Malaysia memang banyak duit.

.........................................................................................................................................................

Kisah kedua.

Hari ini RTBK mengadakan Majlis Bertemu Waris bagi murid Tahun 6.  Semua program dan agenda sepanjang tahun ini khas untuk peningkatan UPSR telah dibentangkan kepada ibu bapa.

Hari ini juga murid Tahun 6 telah menerima ibu bapa angkat dari guru-guru untuk memantau perkembangan pendidikan mereka. Sebenarnya program ini  telah diadakan pada tahun lepas lagi.


Pn. Zuliha ( PK HEM) sedang menerima anak angkatnya - Hisyam.


Ibu bapa yang hadir.


Pn. Waahida dan anak angkatnya Amyra . Bapa Amyra disebelah.


Anakanda Izzat dan Abahnya. Anak angkat Pn. Ratana.

Jangan main-main Izzat, Cikgu Ratana ni cheqee. Betul ke eja tu?

Harapan ibu bapa dan sekolah sangat besar .
Jangan hampakan kami  anak didik semua.

24 January 2012

LAYAN GAMBAR KAHWIN ATIQAH DAN TAUFIQ

Meja santapan pengantin

Kek pun  warna ungu.

Bahagian depan kerusi santapan pengantin.

Atiqah - Raja Sehari di bilik pengantin.

Pelamin.

Diiringi dengan paluan kompang.

 Pengantin baru sampai.

23 January 2012

KENDURI KAHWIN ATIQAH & TAUFIQ

Comel.

Cuti CNY , berblog pun cuti. Setiap hari melayan kenduri kahwin bermula Sabtu hingga semalam. Banyak sungguh orang kahwin. Dalam sehari ada 2,3 majlis serentak. Memang cuti memasak minggu ni.  Eh ... tapi  sarapan pagi kena buat . Kalau tak masak meloponglah anak-anak.

Atiqah dan Taufiq tempoh bertunang mereka tak lama. Baru saja majlis bertunang sekarang dah jadi suami isteri. Klik DISINI. Masa saya kahwin Atiqah  masih kanak-kanak. Hari ini dah jadi isteri orang.

Meriah sungguh majlis semalam. Anak perempuan sulung bertemu jodoh . Ada kompang segala.

Nanti saya masukkan gambar yang lain di entry selepas ini sebagai kenangan 
dan tatapan di kemudian hari.


19 January 2012

Gara -gara GAji SBPA semalam



Nampak kenaikan melonjak tinggi walau tak tinggi mana. Semua orang mengharapkan kenaikan gaji seperti yang dijanjikan.
Mungkin sebab itulah berlaku sedikit lonjakan .

Selamat bercuti dan  Gong Xi Fa Cai.

18 January 2012

Gaji baru SBPA

Berangan tak ingat nak dapat gaji baru. 

Terbaru berita mengatakan tunggu lagi sekurang-kurangnya 2 bulan lagi . Nak baca klik sini.

17 January 2012

Orkid Si Liza

Orkid putih di rumah Liza , Melaka.

Liza , adik ipar di Melaka siap buat rumah orkid . Sanggup berabis suami isteri bila tang orkid. Selepas hampir sepurnama masih ada kah lagi kembang orkid ini di sana?

Biji cempedak rebus.


Kamera ini kadang-kadang tak faham juga . Hari ni rasa gambarnya  terang dan jelas. Kadang-kadang kelabu asap saja. Lepas jatuh pada raya puasa dulu, lensnya mungkin tak sebaik dulu lagi. Itu nasib boleh guna balik. Hari tu , dah jem sekejap . Tak boleh keluar masuk benda alah tu.

Oklah...sebenarnya nak cerita pasal biji cempedak. Selalu orang goreng buahnya. Saya pun suka makan  yang digoreng. Tapi kalau dah goreng bijinya tak sesuai lagi nak direbus. Biji cempedak rebus rasa macam kacang . Lemak-lemak  dan gebu sikit. Masak gulai lemak dengan ikan pun sedap.

Siapa pernah cuba? Tak cuba tak tahu. Nanti jatuh cinta pula.

15 January 2012

MAJLIS PERPISAHAN / PERTUKARAN EN. MOHD JAMIL B. YANG

Pada hari ini pihak sekolah telah mengadakan majlis perpisahan @ pertukaran Cikgu Jamil ke SK Kampung Boyan , Taiping sebagai Guru Kanan Hal Ehwal Murid.   Cikgu Jamil telah bertugas sema 17 tahun lebih di sini sejak beliau praktikum di sini dan terus diserap sebagai guru tetap di sini.

Jangka masa yang panjang tentu banyak kenangan pahit manis beliau di RTBK. Dari zaman bujang hingga dah berkeluarga bermula di sini. Dari guru biasa kepada guru Kanan sekolah.  Namun biarlah kenangan manis-manis dibawa bersama.

Cikgu Jamil diapit oleh GB dan NYDP PIBG.

Menerima hadiah dari murid-murid.

Dari kacamata biasa dah jadi kacamata hitam. Kenapa ? 
Nak cover muka yang tengah sebak.

Ramai sungguh murid yang nak beri hadiah pada Cikgu Jamil.
Bukan dari murid saja , dari ibu bapa, guru-guru dan pihak sekolah.

Mengalahkan hadiah orang kawin.

Yang ni pun ada.

Kata cikgu Jamil , Hari Guru pun tak dapat banyak macam ni. 

Apa-apa pun semoga Cikgu Jamil terus cemerlang walau di mana pun berada.





14 January 2012

PUSAT SAINS WILAYAH UTARA

Ini adalah enrty tertangguh. Ada entry lain yang dah potong quee.....hihi. Lawatan ini semasa kami mengadakan laswatan ke Alor Setar dulu. Sebetulnya  saya tak tahu wujudnya tempat lawatan ini. Sangka saya Pusat Sains hanya ada di ibu negara saja. Oh ! kesian betul.

Lokasi betul-betul terletak bersebelah dengan muzium padi. Kami hanya pergi berjalan kaki melalui jalan rentas yang berbumbung melalui jalan belakang ke sana. Tapi bila nak balik rasa penat sikit untuk ke bas sebab banyak aktiviti yang boleh dilakukan di sana. Lebih baik suruh driver bas tunggu kat situ lain kali. Kalau dengan kereta sendiri senanglah.

Meh layan gambar okeh.

                                                                         Dunia dinosour.

Di  bahagian ini dibahagikan kepada beberapa kategori perubahan  fasa- fasa bumi iaitu dari zaman dinosour , zaman orang batu dan seterusnya.

    Murid-muris diberi penerangan
 si setiap  lokasi pameran.

Cikgu pun nak try.

Model kereta Proton Saga keluaran negara.

Tengah merasa angin yang keluar dari bahan pameran tu. Berbaju kuning tu ialah 
staff yang memberi 
penerangan tentang setiap pameran. 

Bahagian lain pula . Murid-murid dapat mencuba pelbagai aktiviti.

Sebenarnya banyak benda yang boleh diteroka di sini . Murid-murid dapat mengenal dunia fizik, momentom dan sebagainya. 

Terdapat satu rumah kecil yang boleh dimasuki oleh pelawat untuk merasa keadaan gempa bumi yang berlaku apabila menekan butang .Rumah akan terhuyung - hayang,. Siap dengan bunyi gempa lagi. Si Shauqi pun seronok masuk sampai terjatuh-jatuh di dalam rumah tu. 

Tak rugi meneroka di sini. Lain kali ke Kedah boleh singgah lagi.


13 January 2012

NAjib ke SElama.

Sah!Empat pemain RTBK layak mewakili Pasukan Bola Tampar ke Peringkat Daerah pada Isnin ini. Begitu cepat masa dalam 3 hari nak masuk ke Daerah pula. Harap budak-budak ni semua memberi persembahan yang  cemerlang.

Sepatutnya latihan  Bola Tampar di SK Bagan Baharu hari ini sampai pukul 5 petang tetapi terpaksa dihabiskan sampai tengahari saja. Memandangankan lokasi sekolah dengan padang rakyat adalah  berdekatan. Maka latihan dipendekkan.Lokasi itu akan sesak bila petang nanti.

Mereka terpaksa berlatih di sana sebab SK Bagan Baharu menjadi Johan  jadi  pasukan  Naib Johan ke sana pula. Tak semua pemain di serap hanya yang terbaik terpilih. Harap selepas ini mereka terus maju ke peringkat Negeri pula. Tahun lepas boleh tahun ini pun mesti boleh. Cerita tahun lepas ada DISINI

Padang itu akan menjadi tempat mendarat helikopter yang membawa Perdana Menteri kita dalam rangka lawatan ke Daerah  Selama. Dari situ rombongan PM akan ke Felda Ijok pula.

Lepas masak bolehlah bersantai depan lappy. Masa siakap panggang bercili dan lepat pisang sekali  untuk makan petang.

Beresh untuk hari ini.

Terima Kasih YUS

Selepas entry WV tak reti nak buang, Yus empunya blog   kat sini ada tinggal komen . Sebenarnya saya sangat gembira dan berbesar hati  bahawa bahagian komen sekarang lebih efisien.


Terima kasih kepada Yus yang prihatin. Sekarang komen saya dah bertukar corak kepada lebih menarik dan yang penting tak ada dah VW tu.


Hanya klik reply sahaja. Automatik komen keluar. 


Sukaaaaaaaaaaa.
  1. MOH KEMBARAJan 11, 2012 07:26 PM
    Salam,

    He he it comes in a package, kot.
    Reply
  2. ~ yus ~Jan 12, 2012 02:10 AM
    ooo, akak tak tahu nak buang WV tu rupanya...hehe

    akak pegi ke Dashboard >> Settings>> Comments

    pas tu scroll ke bawah sampai akak nampak Show word verification for comments?
    kat situ jangan lupa klik No ya, kalau Yes memang adalah...

    Selesai semua jangan lupa tekan save...selesai...:)
    Reply

    Replies

    1. aNIeJan 12, 2012 03:17 AM
      Betul kata Yus tu...akak pun malas nak buat word verification... jadi nak tinggal komen

12 January 2012

TAHNIAH PASUKAN BOLA TAMPAR SEKOLAH

Tahniah menang tempat kedua walaupun mendapat makluman pertandingan  hanya petang semalam . Pagi tadi tentu kecoh tanpa persiapan rapi nak kena hantar pemain.

Tahun lepas Pasukan sekolah adalah Johan Zon , Daerah dan pemain -pemain dari SK RTBK terpilih ke peringkat Negeri. Jadi kemenangan itu sangat besar bagi RTBK. Walaupun tergesa-gesa pagi tadi berjaya juga ke menjadi Naib Johan.

Harap-harap ada pemain RTBK terselit untuk ke peringkat Daerah pula. Jangan ada yang sabotaj sudah .

11 January 2012

Nak buang WORD VERIFICATION.

Semalam buat entry pasal WV.   Rasa ambil masa pula nak hantar komen tapi ada pula kena soal selidik. Tapi tak tahu blog sendiri pun ada juga huhu..

Nak minta tolong sesiapa yang tahu cara nak buang benda ni?

10 January 2012

Word Verifiation

Visual verification

 Listen and type the numbers you hear 
Type the characters you see in the picture above.




Masalah betul kalau kita nak post komen tapi kena taip dulu perkataan HIJAU tu . Kalau betul sekali taip dah boleh keluar tapi kalau salah  kena buat lagi sampai betul.

Nasib baik kat kotak komen Cempaka Biru tak ada macam ni. Bila taip komen terus dapat sent terus.
Bukan apa cuma kita perlu lebih masa untuk menghantar komen sebaris dua. Leceh kalau ambil masa .

Nanti nak ke BW ke blog lain pula kan?

09 January 2012

Hari tu jadi ....hari ni tak jadi pula.

Projek kek karemel tak jadi.  Memang betullah kata Azlita dari blog Masam Manis. Susah betul nak buat kek ni. Silap sikit memang tak jadi. Sikit je ...semalam bila satu warna yang nak buat tu nak pakai campur-campur warna oleh co-pilot dapur -Alia .

Dia nak campur warna jadi ungu. Hasilnya warna ni tenggelam dalam karemel. Warna lain terapung . Bila nampak warna ni dah tenggelam , sahlah dia ak akan jadi cantiklah jawabnya.Oh !sedihnya.

08 January 2012

ANGRY BIRD


Nasib baik nak beli angry bird  RM5 saja. 


Si angry bird pun dah lena.

07 January 2012

giveaway souvenir dari Hong Kong

Ada GA dari blog superzetymarlia  menarik yang mesti joint. Hadiah yang best dah mudah untuk sertai. 
Tema GA ini ialah " HONG KONG BEST" .


Sesiapa yang nak joint sekali boleh klik SINI!


1. FM dari HONG KONG


atau 2. FM dari HK DISNEYLAND

atau 3. Charm bracelet


syarat-syaratnye:

1. tiada paksaan utk jadi follower blog nih, mane2 dan sape2 pon boleh asalkan pembaca blog :)

2. cume tulis komen jelah dlm entri ni , " hong kong best!" *ayat2 lain klu saje nk tmbh pon sukehati lah ye

3.
 pas tulis ayat tu tulis sekalilah email masing2 ya..senang nk kontek2 klu dpt adiah tu ;)

4. cabutan melalui random okay :D

5. tarikh tutup pada 14 JANUARI 2012 (SABTU)

05 January 2012

Apa ada di Melaka?




Kalau ke Melaka  mesti singgah sini. Rombongan sekolah kalau ke KL merti pakej dengan Melaka sekali. Betul tak? Perjalanan yang hanya beberapa jam dari KL menyebabkan Melaka mesti menjadi pilihan wajib singgah. Apatah lagi Melaka merupakan kota sejarah.

Jualan cenderahati di atas Bukit A'Farmosa

Masa ni ada pelancong dari Indonesia sedang membeli cenderahati di sini. 
Cantik piring yang dilukis tangan tu.

Mereka inilah pelancong dari Indon.

Singgah sini juga .  

Dulu lokasi jualan bukan di sini. Sekarang di tengah bandar  berhadapan
 dengan bahtera  besar.



03 January 2012

First Day Sekolah dan Ke Bukit Mahkota , Nilai.

Hari ini hari pertama sekolah. Bangun dengan semangat baru nak memulakan kerja tahun ni. Maklumlah ada kasut baru ...haha. Jangan marah.

Masih guru kelas Tahun 1 KSSR bagi tahun ini. Tapi jangan terkejut murid setakat hari pertama hanya berdaftar seramai 6 orang saja. 2 murid lelaki dan 4 murid perempuan.

Tahun 1 di sekolah sekitar  sini sampai sesak kelas tapi di RTBK kurang murid pula. Faktor utama di sini ialah di Tanah Rancangan ini generasi kurang proaktif . Yang tinggal dah berusia . Kalau ada pun cucu -cucu saja yang ke sekolah. Anak-anak dah habis belajar .




Meh tengok Shauqi nak ajar masak-masak pula.  Seronoklah budak ni bila jumpa dapur mainan yang sama besar dengan saiz badannya. Main tak henggat.

Masa ini kami singgah di rumah sepupu mak  - Acik Azimah di Bukit Makkota , Nilai semasa perjalanan balik dari Melaka hari tu.Masa orang memasak di dapur Shauqi sibuk memasak di ruang tamu. Kami makan tengahari ni di sini.

Acik Azimah dan suami serta my mak.

Walau pun sepupu tetapi hubungan mereka sangat rapat. Sebab kata my mak , masa kecil-kecil dulu selalu berkumpul  ramai-ramai bila tiba musim cuti sekolah di rumah nenek mereka.   


02 January 2012

Tanjung Dawai cari belacan


Dari Restoren  Mendy , lepas makan nasi arab kami terus ke Tajung Dawai. Dari Sungai Petani dalam 45 minit boleh sampai  ke sana. Sungai Petani sekarang terus pesat membangun . Nampak susun atur bandarnya yang cantik dengan bangunan perniagaan yang besar dan gah.
 Hebat!


Sebelum singgah di Arked Tanjung Dawai kami terus ke tepi laut . Berdekatan dengan Masjid Tanjung Dawai. Ambil angin sekejap di situ dan lepas tu ke masjid  pula.

Laluan masuk ke masjid .Di bawahnya boleh tengok hidupan seperti ikan belacak,  anak ketam ,ular pun ada di dalam selut kat bawah tu. Agaknya kaau air pasang, air laut boleh sampai kat sini. Bunti bot yang lalu lalang  terdengar sampai ke masjid.

Jemaah yang singgah bersolat pun ramai  orang luar. Ada yang datang menghantar anak  balik asrama. kat sini   
ada MRSM .Semalam di Kedah mula kerja . Murid-murid pun ada yang ke sekolah dah.  

 Benda apa tah? Anak ketam ?


Pemborong dok tawar menawar.
Ada mamat sebelah ni pun dok ambil gambar.


Kami singgah tengok ikan-ikan sampai di jeti. Masa ni tengah sibuk ikan dibawa naik . Peraih ikan dok pakat tunggu dah. Tapi ikan semua kecik-kecik tak ada pun yang bersaiz besar.Kempunan budak-budak ni nak tengok ikan Jaws.


Mana ada ikan besar. Semua ikan kecil-kecil.

Kalau datang ke Tanjung Dawai tak sah kalau tak beli belacan dan ikan kering . Boleh beli di Arked Tanjung Dawai. Dua tingkat  bangunannya. Di bahagian atas tempat jualan belacan dan  hasil laut. Bawah pula ada jual baju dan cenderamata.

Semua gerai menjual benda  yang sama. Tapi kena rajin tengok harga. Ada harga tak sama walau dok sebelah menyelah. Sampai kat sini nak beli juga sikit sebagai tanda kenangan dah sampai ke Tanjung Dawai.Orang kata belacan Tanjung Dawai sedap. Belacan tumbuk pun ada.
 Handmade dari orang kampung. RM7 sebuku. 
Kalau yang kilang buat sebuku RM4. 3 buku RM 10. 
Iklan belacan pula!