Bila dah biasa menggunakan gunting semasa beroperasi didapur , dah tak selesa nak guna pisau untuk menyiang ikan, potong daging dan sebagainya. Potong sayur (sawi dan sayur berdaun) pun guna gunting.Kalau kobis pun boleh juga tapi kena ceraikan sekeping-sekeping. Jika masih bulat lagi mesti guna pisau jugalah.
Bila kita guna gunting , kerja lebih cepat siap.
Gunting ni sangat tajam walau pun dah digunakan zaman berzaman.
Kualiti buatannya bagus dan tak mudah tertanggal. Tak seperti gunting yang pemegangnya berwarna oren juga tu.
Bestnya gunting inilah yang saya guna potong ayam dan ikan siakap yang besar 3-4 kilo yang suami pancing.
Memang putus . Tak payah guna pisau besar atau tukul besi pun.
Siakap ni , boleh buat kita brtpeluh ketiak masa nak siang dan potong badannya.
Letih mak !
Klil Siakap di sini
Harga gunting ini ialah RM 30. Siapa berminat boleh tinggal pesan di cempaka_1002@yahoo.com