Buat Duit

Monday, April 30, 2012

Bercuti 1 Mei




Selamat hari pekerja untuk semua.


Mengambil peluang  cuti hari ini, saya memanjangkan langkah mencari resepi nak buat roti petang ini.

Saya teringin nak buat roti blueberi tapi yang nampak sikit-sikit dalam roti. Macam mana nak cakap ni?
Ada juga orang buat letak kacang merah selain letak bluberi . Macam -macam sebenarnya boleh letak ikut selera masing-masing ....tapi bukan letak kat dalam macam pau tu. Kelihatan macam disapukan pada permukaan roti tapi bukan kat atas. Aih ..lagi pening nak terangkan

Google kat Youtube pun tak jumpa.

Tapi saya jumpa resepi dari Ros Jintan Manis. Dah pernah buat ikut resepi dia. Walau pun resepi beliau tak guna 100 persen tepung roti tapi rotinya jadi gebu dan lembut.

Resepi roti RJM boleh klik sini.




Sunday, April 29, 2012

Keris Emas Pengakap

Pagi tadi semasa perhimpunan rasmi hari ini, Ahmad Izzat Hakimi calon tunggal sekolah ini telah menerim sijil  dan rambu pengakapnya bagi peringkat Keris Emas .Anugerah tertinggi bagi sekolah rendah .

Bagi mendapatkan tauliah ini , dia bersama-sama  lebih kurang  700 pelajar lain dari seluruh Perak telah berkampung di MRSM Lenggong baru-baru ini.

Mudah-mudahan tahun hadapan ramai lagi calon Tahun 6 dari sekolah ini  akan berusaha untuk mendapatkan pencapaian berprestij Pengakap ini.




Tengah dipakaikan rambu oleh GB dan PK Pentadbiran.


Selendang dia pun dah bertukar warna bila dapat Keris Emas.

Sijil ...penting ni.






Saturday, April 28, 2012

Bijak Sifir dengan Sifu Taj

Pagi tadi bersama pelajar daerah  Selama mempelajari kaedah Bijak Sifir Sifu Taj. Seramai 14 buah sekolah sekitar Selama telah menghantar wakil. Lebih kurang 130 murid telah hadir  di SK Selama.


Hari ini selain  murid-murid , guru-guru juga dapat menambahkan ilmu-cepat sifir. Kalau kita tahu formula sangat mudah mendapat jawapan dalam soalan sifir@darab ni.

Contohnya bagi sifir 11 :

13 x 11=  ?

Kita masukkan nombor  = 1__ 3. 
Untuk tempat kosong itu ialah 1+3 =4
Jawapannya ialah 13 x 11=143

33 x 11 = 363
iaitu 3 nombor pertama di masukkan sebagai digit pertama . Manakala 3 nombor kedua dijadikan digit ketiga. Bagi nombor ditengah iaitu angka 6 pula hasil dari 3+3.
Faham tak? Cuba pelan-pelan  pasti dapat.

Namun setiap sifir mempunyai kaedah atau formula yang tidak sama. Contohnya, bagi sifir 5, kaedah terbaik  ialah menggunakan kaedah  jam.

clock1.jpg
Google.

Dari belakang , kusyuk mendengar penjelasan Sifu Taj .

Serba sedikit latar belakang Sifu Taj. Taj ialah singkatan Muhamad Tajudin Mustafa. Seorang kauselor di sebuah sekolah menengah di Ipoh. Beliau mempunyai syarikat sendiri yang menguruskan Bijak sifir bersama isteri yang bertindak sebagai Pengurus Qulhaq Consultancy di Bandar Meru , Ipoh. Boleh dilawati  www.qulhaq .com. 

Pusat operasi  Bijak Sifir.

Bersama isteri Che Nurul  Khairunnisa bt Che Kadir.
Respek la, depa ni muda-muda dah ada syarikat sendiri.

Sifu dari dekat.
Ketaq pula.

Bersama dari pelajar SK RTBK. 

Tanda mata dari Sifu.

Semoga ilmu ini dapat membantu anak didik yang dikasihi semua  dalam  
pembelajaran Matematik.



Friday, April 27, 2012

FRASER'S HILL GIVEAWAY @ JEMARI ASMARA




Tiba-tiba terasa nak joint GA dari Jejari Asmara. Entah kenapa semangat nak berGA datang semula bila nampak hadiahnya FM. Kut-kut ada rezeki dapat tambah koleksi FM di rumah. Terima kasih pada tuan punya blog yang bermurah  hati . Semoga dimurahkan rezeki lagi di masa hadapan.

Sebagai orang Perak saya cadangkan tempat yang menarik untiuk dilawati iaitu  Bukit Larut yang merupakan Tanah Tinggi berhampiran bandar Taiping. Sambil tu boleh singgah di Zoo Taiping melawat Safari malamnya. Jangan lupa juga bersantai  sambil menikmati keindahan pemandangan di Taman Tasik Taiping yang berada di kaki Bukit Larut.

Jom ramai-ramai sertai GA yang mudah ini. Masih  ada masa lagi. Jangan berlenggah lagi. Percuma tak rugi kan.  Untuk sertai anda boleh ke JEJARI ASMARA.



Tupperware...dah mula dah.

Bulan ni tergoda dengan Tupperware.Bentuknya bulat . Boleh simpan gula sure tak masuk semut. Tapi sesuai  juga dibawa berkelah atau bekal makanan ke sekolah.

 Sekian lama tak membeli Tupperware , bulan ni dah mula balik. Tergoda  dengan tawaran Beli 1  percuma 1 (Setiap set ada enam biji). Tapi saya membeli berkongsi dengan 2 orang kawan yang lain. Harga pula dapat harga ahli . Siapa tak ingin kan?

Jadi dalam 12 biji tupperware , bila berkongsi dapatlah sorang 4 biji - 2 besar dan 2 lagi kecil sikit. Ada 6 warna berlainan pulak tu. Itu yang buat tergoda. Bestnya, kalau rosak atau pecah kecuali kena api atau gigit dengan tikus kita akan dapat garenti balik. Jangan dibuang , kalau pecah tudung atau sebagainya . Pergi saja ke stokis berhampiran untuk dapatkan yang baru.

Kalau sesiapa yang menggunakan jenama ini walaupun mahal tapi berbaloi.

Berbanding zaman dulu-dulu, Tupperware tiada warna. Sekarang ada macam -macam warna dan bentuk pula.
Buat orang rambang mata sungguh.

Monday, April 23, 2012

Aduhai e-penyata

Hari ni saja nak tengok penyata gaji dalam e-penyata . Aduhai punyalah lembab dia nak keluar . Maklumlah bulan ni masuk banyak sikit dengan tunggakan dan gaji baru.

Kalau nak tengok gaji baru anda boleh taip e-penyata . Gaji tak masuk lagi tapi penyata dah boleh tengok.
Tapi kena bersabarlah , ambil masa sikit dia nak keluar.
Sempat lagi BW dulu.

Friday, April 20, 2012

Majlis Bertandang diiringi Tarian Lembu


Terima kasih pada yang singgah  Kak Zai, Zefa, Amie, Gadis Bunga, Mulut Payau , Hanis yang jauh  di Jepun , Kak Halima (Moh Kembara) dan Karukord hari ini di enrtry Amplang.  Kesian Hanis ,  teringin pula  pembawa budak ni. 
Camno .. kat  Perak  tak ada pula Amplang.

Amplang ialah keropok  yang banyak dari Sabah. Kalau pergi Sabah tak bawa balik Amplang tak sah.

Nak sambung cerita tarian Lembu yang di war-warkan sebelum ni.  Kelibat manusia dalam gambar ini adalah pemain -pemain tarian lembu yang mengikut rombongan pengantin lelaki. Kebetulan semasa kami nak ke Vila malam kedua cerita DISINI , kami bertembung dengan mereka yang menuju rumah pengantin perempuan yang berdekatan lokasi vila yang kami sewa.


Pengikut yang ramai-ramai tu  , ada yang bertopeng. Yang jadi lembu tu berkelubung dengan kain hitam sambil pegang kepala lembu. Kalau kat Malaysia ala-ala Tarian Singa. Mereka ini dah tak ingat (macam orang main kuda kepang) . 

Aksi macam lembulah kalau tak mau jalan kena bedal dengan tali belati yang panjamg sampai 2 meter. Piap,piap bunyi tali tu. Saya pun tak berani nak dekat kut diri sendiri terkena tali sekali. Gerun juga. Orang Indonesia pun tak berani dok dekat inikan pula kita yang datang dari jauh.

Pengantin dan rombongan ada dibelakang sambil membawa hantaran dan bunga manggar. Bunga manggar yang mereka bawa macam kat Malaysia juga tapi ada digantung keropok -keropok Cikedis sekali. Untuk budak-budak kut.

Dah sampai rumah pengantin perempuan.


Orang yang ikut belakang pun ramai.

Lembu ni dah pengsan. Nampak tak kepala dah dok kat tanah. 
Mereka juga diiringi dengan kompang.
Di sini betul-betul depan rumah kami bermalam.

Tak berani buka pintu .

Tangan sapa tu?

Peluang melihat perarakan pengantin ini merupa satu bonus  bagi kami pada hari itu. Sebab ia hanya kebetulan dan tiba pada masa yang sesuai pula. Melihat budaya orang yang berbeza dengan kita merupa 
satu kenangan bermakna di tempat orang.


Thursday, April 19, 2012

Amplang


Keropok ni saya tak tahu nama. Tapi bentuk dan rupa ada iras amplang. Bila dirasa memang rasa amplang sebijik.

Setiap kedai makan di Surabaya ada menyediakan keropok di atas meja. Ada juga buah gajus yang dipek kecil-kecil. Ada juga keropok merah macam Kak Zai suka makan  Keropok Palembang. Tapi kat sana tak berwarna dan saiznya kecil  sahaja.

Tapi saya tak ambil bij gajus tu. Mungkin masa tu kenyang lagi. Kalau kat sini mahal. Rugi pula tak makan sebab mungkin harga di sana murah sikit.

Salam Jumaat untuk semua.

Tuesday, April 17, 2012

Malam kedua di Surabaya Part 10


Pemandangan dari beranda vila . Masa ini selepas Subuh tapi jam menunjukkan pukul 5 pagi.
Angin pagi menderu-deru . Nyaman sekali. Seperti keadaan bermalam di Puncak, Bogor.

Kelihatan di belakang , adalah vila tempat kami bermalam. Di kawasan ini memang banyak rumah / banglo untuk disewa kepada pelancong. Sebenarnya vila ini hanya setingkat saja. Kami terpaksa mendaki tangga untuk sampai ke atas.  Dari pintu masuk boleh melihat sekitar kawasan dengan jelas kerana berada di tempat tinggi.

Rombongan kami menyewa 2 buah rumah. Sebuah lagi untuk 3 keluarga lagi. Tapi kami sempat juga saling melawat antara satu sama lain walau pun hanya tidur semalam di situ.


Ini bilik sayalah. Vila ini ada 3 bilik siap dengan bilik air di dalamnya. Bila nak mandi alamak sejuknya air macam mandi dengan air ais pula. Tapi syok. Tak ada disediakan pemanas pula. 

Ruang tamu . Anak-anak yang besar tidur kat luar saja. Bergelimpangan dengan 
sepupu-sepupu. 

Mural di dinding bahagian luar rumah. Ada kolam ikan lagi. Tiang pun bercat tapi sekali pandang macam tiang dari marmar pula.

Ini dapurnya. Ada meja makan dan peti sejuk. Termos-termos tu siap dah ada air panas sebelum kami sampai dah siap. Ada teh  dan gula. Tapi gulanya tak berapa putih macam di Malaysia. Kuning-kuning sikit macam bercampur dengan gula perang.

Tapi suami dah beli teh dan gula , mee segera, roti untuk makan-makan   di Indomart. 
Ceritanya  Indomart ada DI SINI.


Rata-rata rumah di sini mesti ada parabola besar ini.


Inilah tuan rumahnya. Bukan yang berkacamata ye..yang itu abang ipar saya . Bapak ini ada anak 2 orang sedang belajar di Amerika. Rumahnya hanya di sebelah  saja. Pagi-pagi dah masuk rumah kami untuk bersihkan dapur. Kebetulan pagi tu tak ada air sebab hujan lebat sebelah malamnya jadi bekalan terputus. Jenuh dia usahakan juga  sambung paip air untuk ke rumah kami.
Akhirnya , dapatlah kami mandi dengan selesa. 

Pemandangan dari balkoni bila cerah sikit . Lihatlah rumah-rumah di situ, agak besar  . Awan -awan yang bergerak rasa dekat saja dengan kepala.

Kelihatan kereta antik di belakang budak-budak tu. 

Semua dah siap untuk balik ke Kota Surabaya pagi ni.
Sepatutnya dah bertolak awal lagi. Tapi ada pula yang nak naik kereta kuda. Tunggu punya tunggu tak sampai-sampai  akhirnya kami blah .


Bersidai tunggu kereta kuda tak mai-mai.
Baju kotak-kotak tu pemandu pelancong kami -Pak Supri.
Pemandu van kami yang pakai baju putih jalur tu. 
Mereka berdua kalau bercakap memang kami tak faham, cakap bahasa Jawa pekat betul.

Semasa kami menuju di sini semalam , bertembung dengan rombongan pengantin . Ada tarian lembu.
Tarian lembu?

Sebenarnya ada lagi entry nak publish tentang Surabaya . Jangan marah ye.. 
Nak baca lagi tak?? 


Monday, April 16, 2012

KOIR RTBK masuk Peringkat Daerah

Budak-budak koir dah siap dengan bow pink.

Perjalanan kami seramai 33orang murid dan 3 orang guru bertolak dengan bas ke SK Palma , Kamunting . Senang sikit , tak payah cikgu lain bawa dengan kereta memasing. 33 orang murid berapa buah kereta boleh muat  ?

Dapat naik bas sukanya budak-budak ni. Jangan zaman saya dulu, senang naik bas susahnya nak merasa naik kereta. Kalau offer anak-anak zaman sekarang nak naik bas vs kereta sure ada yang nak naik bas  punya.


Tang makeup ni tok sah nak katalah...lenguhnya tangan cikgu dok sapu bedak segala. 33 orang nak kena bubuh lipstik  tolak yang lelaki 19 orang. Tu pun kena juga calik sikit bedak kat muka bagi naik seri.

Guru Besar tengah bagi amanat sebelum naik pentas.


Dah start dah , giliran nombor 4.


Diiringi alunan muzik dari Guru Besar kami -YM Raja Zainal Hafiz b Raja Adnan.

Kumpulan tarian. 

Hari ini bukan koir sahaja yang bertanding tapi ada kompang formasi , rekorder, tarian 
 diadakan serentak. Sekolah yang bertanding hari ini adalah mewakili 
zon masing-masing.

Inilah yang ditunggu oleh murid-murid RTBK. Sebab selepas majlis tamat kami terus menuju ke Zoo Taiping untuk bersantap.

Pintu masuk utama Zoo Taiping.

Terowong dari tempat parking ke Zoo.

Sesiapa yang awa ank-anak kecil leih selamat melalui jalan ini , sebab tak payah nak lintas jalan. Tapi bila lalu kut bawah ini bau busuk pula. Mungkin dari air bertakung atau longkang? 

Tengok apa yang ditunjuk tu? Budak-budak kalau pekena KFC senyum sampai telinga.

Sekotak penuh untuk semua termasuk cikgu-cikgi juga.
Selepas makan dan solat zuhur di sini kami pun balik dalam hujan lebat.
Budak-budak ni menang ke kalah ke seronok saja. Bergembira dalam bas sampai selamat sampai ke sekolah semula.


Kumpulan dot, dot dapat tempat pertama dari SKJ (C).


Tahun depan cuba lagi.




Sunday, April 15, 2012

FM dari CITH dah sampai..

Saya  gemar menyelongkar cerita orang pergi makan angin. Boleh duduk berjam-jam dengan lappy membaca satu dan satu dan satu lagi. Tak jemu-jemu . Tambahan pula kalau ayat yang ditulis sempoi dan santai , lagi saya suka berlama-lama di situ. Saya akan korek sampai cerita yang lama-lama pun habis saya akan khatamkan juga. Apa lagi kalau ada gambar cantik-cantik. Bestnya....

Saya baru habis baca cerita Azian ke Kashmir dan sentiasa menanti sambungan kisah-kisahnya di sana. nak baca boleh KE SINI.

Bila berjalan-jalan ni,  kita kan ada  beli sesuatu untuk kenangan. Selalunya FM sebab murah , ringan dan mudah nak bawa balik. Sumbat kat tepi-tepi beg pun boleh.

CITH  dari Chempaka Aziz blogspot ajak tukar FM . Nasib baik fm ada lagi sikit. Kalau tak kempunan Chempaka kita ni. Tahun lepas dah sekali pos . Masa tu FM dari Bandung. Tapi....tak sampai pula.  Tapi masa tu guna pos biasa saja maklumlah FM tu ringan saja yang dibuat dari getah. Saya kira ok  rupa-rupanya tak ok. Kali ni guna Pos Laju .Mujur sampai.

Saya dapat kiriman dari CITH pada hari Sabtu.  Ada 3 FM - dari Korea, Dubai dan Menara KL . Memang akak sukaaaa. Nak harap kita ke sana hentahkan bila?


Menara KL tu , nasib baik tengok. Rupa-rupanya dok sebelah belakang FM Korea tu. Terima kasih kepada Chempaka yang sudi tukar-tukar FM ni. Dah bertambah lagi FM akak ni.
Seronoknya.



Wednesday, April 11, 2012

Koir Peringkat Daerah


Raptai penuh hari ini untuk pertandingan koir peringkat Daerah di SK Palma hari Sabtu depan.
34 orang murid ,muat satu bas dengan guru-guru pengiring lagi.

Konduktor -Ahmad Izzat Hakimi .
Opps .......gelap pula.

YM Raja Zainal Hafiz b Raja Adnan
Paling mahal ...mana nak dapat.
GB orang penting yang mainkan keyboard masa persembahan.


Dua lagu dipertaruhkan .Lagu wajib Selamat Pergi Pahlawanku dan Lagu Kedua - Berdua Bersatu kumpulan Fourteen.

Buat baik baik ye anak-anak.