30 June 2012

Wowww saya memang dah berangan!

Saya dah mula pasang angan-angan nak menang hadiah yang banyak dan mahal-mahal kat SINI.


Yang ni pun best juga.


Bila tengok mug yang tersusun cantik di rumah Pak Haji ni, teringin pula mug besar ni. Jangan marah  ye, saya panggil Pak Haji.

Bagi yang gila barangan Tupperware, kalau dapat yang ni memang senyum sampai telinga.




Yang  ini pun lawa juga.


Banyak lagi hadiah yang ada . Kalau nak tau klik SINI TAU.
Masih ada masa sampai 2 Julai ni.



29 June 2012

mAKARONI pIE DAN pIE mAKER dari 1001 Resepi

mAKARONI PIe dari blog 1001 Resepi

Teliur pula bila tengok makaroni pie ni yang berselirat dengan keji mozerella. tengok pun dah nampak sedap. 

Caranya pun senang nak buat sebab makaroni ini menggunakan  My Chef Beef Kemma Masala.Tak payah menumis bakai daging cincang yang selalu saya dok buat  bila nak makan dengan makaroni ni.

Kalau lambat keluar dari peti sejuk, jenuh dok menunggu daging jadi lembut pula.Ini dah ambil masa pula.

sesiapa teringin nak masak makroni atau spaggeti boleh ke  SINI untuk  lihat resepi.


28 June 2012

Dulu kata tak best , la ni mesti mau


Mula-mula minum  kopi  Vietnam rasa biasa-biasa saja.  Buat kopi O saja.

Sekarang ubah selera, kopi tambah susu.

Semua nak....termasuk si kecik.

Sedap.




WOWWW 1001 GIVEAWAY



Klik  link ini WOWWW 1001 GIVEAWAY jika NAK JOINT joint GA yang sangat , sangat , sangat rugi kalau tak joint. 

Dengan hadiah yang berlambak-lambak dan best-best. 

Dah lama saya tak joint GA , tapi bila singgah ke blog ini ....maka tak mampu lepaskan begitu saja.

Tarikh tutup sekarang hingga malam Selasa 10 Julai 2012. 

Sempat lagi nak try kut-kut ada rezeki. 

Kalau ada rezeki hadiah yang hebat itu akan jadi milik kita. Tapi kena usaha dulu.
Mana tahu murah rezeki nanti.


27 June 2012

FM dari Isma


Ole-ole FM  dari Isma yang baru balik balik dari Penang minggu lepas.
Koleksi Fm terus bertambah.

Terima kasih pada Isma yang ingat kat akak.

26 June 2012

Terima kasih

Terima kasih kepada  yang singgah dan meninggalkan komen semalam , Hanis ,
Acik Erna, Kathy Tuah, Mak Encik , Nadiah Sidek dan Asmara.

Surat tawaran pula datang mengejut dan tarikh daftar pun semalam  juga. Nak  berkongsi cerita dengan  suami pula , dia tertinggal telefon di rumah.

Memang buntu nak pilih . Namun si puteri dah buat keputusan ,dia nak teruskan perjuangan di F6. Kami hanya mendoakan yang terbaik untuk dia.

Matrik ke Form 6?

Mana satu pilihan hati? 
Surat  tawaran baru terima hari ini. 
Tarikh daftar 2 hari lagi.

Si puteri dah pergi  mengaji. 
Nun sekolah kat  Smk KE . 
Sayang nak tinggal F6.
Matrik pula baru dapat tadi.

Tak tahu nak buat pilihan ni....


25 June 2012

Berhujung minggu dalam kebun kelapa sawit

Beruntung jadi Fatin Liyana , blogger popular. Walau pun sekali sekala entry keluar , tapi mak aih.....ramainya yang singgah. 
Beratus-ratus orang yang sedang baca blog dia.


Cari lokasi untuk memancing. Dahaga betul ....jungle trackking ni!
Peluh dah banyak keluar.

 Posing sekejap.

 Minum lagi.


Perjalanan diteruskan.

 Nak melintas batang kayu ni...macam-macam gaya. Ada yang dah menangis takut tak lepas.
Yang ni siap merangkak.



Berselisih dengan toke kelapa sawit. Penuh muatan. 
Berapa harga buah sekarang?

Balik dari sini baru rasa sakit kaki . Pakai selipar jepun saja. 
Tersiat  kulit sikit. 

24 June 2012

Keris Gangsa di SK RTBK Pondok Tanjong

Sabtu dan Ahad lepas budak-budak Pengakap dari Zon larut Matang dan Selama  berkampung di sekolah kami. Seramai lebih kurang 100 pelajar lelaki dan perempuan diuji untuk mendapatkan tauliah Keris Gangsa.

Meh la layan gambar.


Kena letak gambar penghulu dulu, baru berkat.


Cikgu Jamil dan anak murid.


Sentiasa dikurumuni.


Seriousnya muka !


Taklimat dari Cikgu Nahrawi.


Apa tu?


Lawalah gambar ni.






Lencana-lencana pengakap di belakang.


Kenangan-kenangan .

Terima kasih Cikgu Aziz Aljaffari . Semua gambar ni dari dia.

21 June 2012

Masjid Kristal....gambar sikit .


ala..sikit je ke gambar?

Menjawab pertanyaan Nadiah yang jauh di sana.

Kesian entry semalam setakat dua keping gambar saja yang dapat publishkan.
Mana tak nya, bila keluar dalam catatan gambar tak setting elok. Walaupun dah ubah kedudukan gambar yang terbalik dan terpusing sebelumnya. Tapi keluar tetap macam asal.



Maka , akhirnya dapatlah dua keping tu.

Gambar yang terpusing walau dah betulkan namun macam ni juga . Huwaa........



 Yang ini pun ...sila pusingkan lappy anda ya.


Candeliar yang besar.


Layankan lah yer..

20 June 2012

Masjid Kristal

Tempat wajib lawat kalau ke Kuala Terengganu.
Percuma , tiada bayaran yang dikenakan.

Lokasi di Pulau Wan Man, Losong. Sepupu saya , membawa ikut jalan kampung, celah-celah rumah   orang. Tau-tau dah nampak pintu gerbang ke sini.

Masa tu cuti sekolah , ramailah dengan orang yang melawatnya. Kami singgah sekejap tapi sempatlah pekena cendol kat tepi Masjid Kristal tu.
Segelas rm 1.50  ke RM 2.
Lupa dah berapa harganya.

Masa tu sangat panas, terasa nyaman tekak bila minum cendol .





Boleh buat solat sunat di sini. Yang perempuan di bahagian yang berdinding putih. Ada pintu sebelah luar. Tapi ....saya tak nampak . Saya tibai bersolat kat belakang sekali di bahagian lawatan ni.



Duha


Balik dari pasar pagi  Marang singgah kat sini. Rata-rata kat Terengganu masjid sungguh banyak dan besar-besar pula. Cantik pula tu.



Bila sampai kat sini ada satu keluarga tengah bersiap-siap , baru sampai kut di Terengganu ni. Depa baru lepas mandi dengan segala beg pakaian ada.

Mengambil  peluang singgah di sini buat sunat Duha . Untuk tinggal jejak di masjid yang indah ini.

19 June 2012

Sutera oh sutera !

 Ini bukan toke batik ye, ini Mira anak sepupu saya yang rajin tolong pilih batik sutera.
Dah banyak tak reti pula nak pilih.
Semua nampak lawa.
Lokasi Desa Murni yang Erra Fazira jadi duta tu.

 Mak-mak dok memilih anak-anak dok kung fu pula dah.


Di kedai Desa Murni lagi

Masa ni kat kedai Payang. Batik kat sini siap ada batu kat kain.
Dia letak harga RM 250. Tapi kami tak beli kat sini.

Batik ini , warna pink beli kat Desa Murni , yang kuning merak tu beli kat Kedai Payang. 
Yang kuning  tu penuh dengan batu. Lip lap lip lap.
Yang pasti bukan saya punya der...

Nak parking susah juga untuk ke Kedai Payang. Banyak sungguh kereta. Dua kali kami keluar masuk . Lalu kut kawasan China Town ni.

Kawasan Kedai Payang ni, rupanya dah cantik dengan view tepi lautnya . tapi saya tak ambil gambar. Siap ada pokok berlampu lagi. Kalau malam mesti cantik.  Nak bersantai pun mesti best kena angin laut yang bertiup.

Kalau ke Terengganu tak beli batik sutera tak sah le. Beli juga selai buat kenangan.





Lotihnya!!

Sibuknya hari ni sampai ke petang....namun siap juga bun kacang untuk makan petang. Aduh sekarang baru rasa penatnya badan.

Guru Besar sedang berucap.

Tetamu yang hadir.

Kat sekolah ada hari Konsultansi dengan ibu bapa di  sebelah pagi hari ni  . Kemudian pukul 2 petang kena ganti tempat Wani untuk taklimat  EMIS pula.

                                                             

Semua pelajar yang berjaya diberi hadiah pada hari ini di hadapan ibu bapa yang hadir.
Hadiah tempat pertama, kedua , ketiga. Hadiah murid dapat 5A dan murid yang mendapat 100 % markah dalah peperiksaan semester yang lalu.



Juga upacara menyemat lencana  UPSR 5A Yakin Boleh untuk semua pelajar Tahun 6 sebagai penyuntik semangat oleh  Guru Besar.


Hari yang best , tak sangka Kelas Tahun 1  dapat hadiah penghargaan sebab 100% lulus , RM 50. Bolehlah buat apa-apa  dengan budak-budak tu nanti.

Untungnya ada BM, sementara saya ke Taklimat Emis , dia dok uli doh roti kat rumah. Bila sampai rumah , doh dah naik sampai kena cermin kat atasnya.Nasib baik tak melimpah keluar.

Terima kasih untuk Teacher Isma export gambar-gambar ni.

18 June 2012

Pasar pagi di Marang


Jenuh cari parking , sampai kat sini baru ada.  Menapaklah kami ke pasar Marang. Kelihatan Menara tinjau.Boleh namapak Pulau Kapas dari sini.





Pagi Sabtu, pagi pagi terus bersiap laki bini nak pergi ke Pasar pagi di Marang . Bukan apa cik abang saya ni nak cari nasi dagang. Pedahal tuan rumah dah siapkan  nasi dagang kat rumah. Nak makan di kedai  syok sikit sambil jamu mata cara orang Trengganu bersarapang pagi.


Pasar Bandar Marang

Kami makan di kedai depan pasar ini. Puas meninjau lepas satu ke satu kedai, tak ada jual nasi dagang rupanya. Yang ada roti canai, pulut, nasi minyak(nasi kuning), dan laksam. Antara menu yang sempat saya nampak.

Dek kerana tak ada nasi dagang di kedai makan yang kami duduk, saya pun berjalan kaki ke Pasar Bandar Marang tu. Dapatlah beli nasi dagang yang diidamkan.  Suami saya dah cop meja. Alih-alih bila sampai penuh dengan kaum kerabat ni ,tengah menjamu selera. Mereka ni dari KL nak candat sotong. Lalu , duduklah kami bersarapan sekali .

Sebabnya meja  lain semua penuh dengan manusia. Maklumlah cuti...orang Terengganu sendiri pun suka minum pagi kat luar.Campur dengan orang luar yang singgah bertambah-tambahlah ramainya.

Entah dapat ke tidak sotong budak-budak ni...

 View ini di hadapan kedai makan tadi. Cantik....

Saya beli kat makcik ni...sebungkus  2 rial.
Laksam serial.
Saya tibai sebungkus nasi dagang dan sebungkus laksam.

Suami saya , makan lagi sepinggan nasi dagang bila balik dari pasar ni kat rumah sepupu saya.
Berbaloi-baloi .

17 June 2012

Background baru

Susah betul nak pilih background FREE  kat sini. Dah berpuluh-puluh kali edit. Dah masuk edit lagi dan lagi.  Semua cantik-cantik sampai rambang mata nak pilih.

Banyak pilihan dan kategori  dan paling best free.

Sesiapa rasa nak tukar background blog bolehlah jalan-jalan ke SINI. Sesekali  bertukar selera tak apa kan.

16 June 2012

Meroti lagi- bun bluebery


Roti ini lagi..........



Kek pisang berbadam .


Dah rasmi acuan baru beli semalam.

Acuan ini  datang sekali dengan alas yang berlubang . 
Sesuai untuk kek chifon atau bengkang.
Beli satu dapat dua. 

Part ni yang mak suka.