Buat Duit

Wednesday, October 31, 2012

Gunting Dapur


Bila dah biasa menggunakan gunting semasa beroperasi didapur , dah tak selesa nak guna pisau untuk menyiang  ikan, potong daging  dan sebagainya. Potong sayur (sawi dan sayur berdaun) pun guna gunting.Kalau kobis pun boleh juga tapi kena ceraikan sekeping-sekeping. Jika masih bulat lagi mesti guna pisau jugalah.

Bila kita guna gunting , kerja lebih cepat siap.
Gunting ni sangat tajam walau pun dah digunakan zaman berzaman. 
Kualiti buatannya bagus dan tak mudah tertanggal. Tak seperti gunting yang pemegangnya berwarna oren juga tu. 

Bestnya gunting inilah yang saya guna potong ayam dan ikan siakap yang besar 3-4 kilo yang suami pancing.
Memang putus . Tak payah guna pisau besar atau tukul besi pun.
Siakap ni , boleh buat kita brtpeluh ketiak masa nak siang dan potong badannya. 
Letih mak !

Klil Siakap di sini

Harga gunting  ini ialah  RM 30. Siapa berminat boleh tinggal pesan di cempaka_1002@yahoo.com


Tuesday, October 30, 2012

Besarnya ...

 Besar sungguh buah mangga ni. Bila ampu sebelah tangan terasa beratnya.
Bila dipotong separuh  isinya dah penuh sepinggan.
Tapi rasanya taklah segah bodynya yang besar.
Lebih manis buah mangga yang saiz kecil macam cikonan.
Mangga pemberian mertua.

 Boleh 2 kali makan selama 2 hari.

Lebih besar dari tipuware. 

Buah ni tak tahu nama. 
Bukan epal hijau ye.
Isinya putih dan berbiji besar di dalam macam biji buah plum.
Macam buah yang orang buat jeruk warna merah tu rasanya.
Buah ni, dibeli di Padang Besar.



Monday, October 29, 2012

Bagus juga ada cerita pocong ni

Masa ambil anak lelaki (Izzat dan Wafi) dari mengaji Quran tadi, mereka dua orang ni buat suspen pula.Mengaji lepas maghrib bila habis dah lepas Isyak tempat tu pula gelap sebab tak ada lampu jalan. Selalu naik basikal dengan anak jiran belakang rumah tu  , malam ni tak mau pula .  Rupa-rupanya ada kes.

Bila  masuk kereta si abang kata ,  sampai kat tracfic light baru nak bagi tau. Dalam hati mesti depa ni takutkan sesuatu sampai tak berani tidur dalam bilik sendiri malam ni .

Bila sampi tempat yang cerah berlampu  dia pun buka cerita. Rupa-rupanya heboh pasal pocong pula budak-budak ni. Kata dia , pocong ni suka dok dekat  simpang  jalan .Aktif selepas pukul 12 malam. Wah ! aktif yang disebutnya.  Kawan-kawan depa ni ada yang pernah jumpa dah. .Mak dengar  aje.

Yang baiknya,  bila suruh solat Isyak tak bertangguh dah . Laju je dua beradik ni sembahyang. Takut pocong mai menempek di tengah-tengah masa tidur malam nanti.

Gambar raya puasa 2012 - beraya di rumah mertua.

Tahu takut hero-hero mak ni!


Saturday, October 27, 2012

Tak ada swimming pool yang ni pun kira oklah.

Buku pun ada dalam timba. Masa bilalah nak  baca tu?
Nasib baik tak basah.


Berendam dalam ni pun boleh . 
Belasah sajalah.

Umur saya sekarang 4 tahun 3 bulan .

Chicken cheese dan makaroni

Kita rasa sedap , tapi mungkin orang lain  kata tidak.

Hari ni buat ayam cheese dan makan bersama dengan makaroni. Buat juga roti garlic sebab boleh cicah dengan ayam cheese tadi.

Awal pagi dah masuk dapur. Makaroni dah rendam siap-siap supaya tak lama kena rebus.

Anak-anak memanglah suka makan sampai bertambah-tambah. Tapi bila bagi mak saudara saya sorang ni rasa ......alahai jenuh nak habiskan semangkuk .



Friday, October 26, 2012

Cerita raya -yang pergi tak kembali.

Seperti biasa beraya di rumah mertua. Adik beradik yang lain tak balik pun. Keluarga kami saja yang baru sampai. Semua tunggu balik cuti bulan Disember nanti.

Lepas balik solat sunat raya ,dalam pukul 9.30 pagi  adik saya telepon. Suara  putus-putus. Line tak berapa clear . Kalau Celcom tak ada problem . Maxis agaknya.  Dengar dia   kata **** dah tak ada. . Tak tahu sapa. Bunyi sedu sedan saja.

Bila dapat dengar barulah tahu , tok saudara kami dah meninggal. Kami panggil Toksu Bidi ( Tn Hj Zabidi) Dari dia kita datang kepada Dia kita kembali.

Lepas tu gopoh-gopoh siap kain baju , barang-barang segala balik ke Sungai Bayor.  Masa kami sampai , jenazah dah dikafankan dan  nak bawa sembahyang ke  masjid dah. Nasib baik sempat lagi.

Teringat masa hayatnya, orangnya ramah dan  orang kuat kampung . Hilang sorang orang lama .Giliran kita bila pula?

Semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang beriman.


Wednesday, October 24, 2012

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Ramai dah mengucapkan selamat raya aidil adha. Saya pun tak mahu ketinggalan.




Jom posa!

Jom kita berpuasa sunat Zulhijjah esok.

Puasa di Hari Asyura menghapuskan dosa setahun. Ini adalah diantara anugerah Allah swt kepada manusia yang memang lumrah terdedah kepada kesilapan dan kelemahan. Allah swt menjadikan hari tersebut sebagai sebab untuk pengampunan dosa dan taubat.


Klik sini untuk mengetahui fadilat -fadilat berpuasa 10 Zulhijjah .

Selamat menyambut Hari Raya Korban buat semua rakan blogger dan yang singgah di sini.

Monday, October 22, 2012

Biskut Cap ping Pong


Gambar Google

Tadi singgah kedai , beli biskut empat segi sebungkus. Terasa sedap benar bila cicah dengan teh atau kopi panas. Nak pula bila time hujan-hujan ni.

Pilihan hati mesti biskut cap ping pong. Kalau yang lain kurang sikit. Biskut ni kalau cicah teh terasa rangup, lemak dan masin bersatu . Tak sedar suku ( bukan satu ) bungkus boleh habis makan sorang.

Jangan pandang lekeh. Biskut kering ni pun kenyang tau.

Tapi yang tak bestnya masa saya beli harganya RM 3.70 tapi bila singgah kat kedai satu lagi (rajin hari ni singgah merata) harganya RM 3.16 saja.

Rugi-rugi.

Sunday, October 21, 2012

Sukan Tadika Islam Shauqi

 Kumpulan rumah Hijau  dan Kuning.

 selepas dibahgikan mengikut nama rumah.
 Shauqi rumah Hujau.

 Bersiap sedia nak membuat lintas hormat


 Shauqi bersedia dengan kumpulannya untuk pertandingan isi air dalam botol.
Kumpulan dia dapat nombor satu.
Dia yang paling rendah  , budak umur 4 tahun.

Berkenan dengan sepanduk ni, sepanduk rumah kuning.

Kenangan buat Shauqi pertama kali menyertai pertandingan sukan setelah 4 bulan masuk sekolah. 

Saturday, October 20, 2012

Bukan kaki bola

Musim bola, tapi saya  bukan kaki bola.Tak tahu nak komen apa. FB berlambak-lambak orang bagi komen.
Tak tengok pun bola semalam.



Gambar dari google



Saya baca novel  2 x5  masa pertandingan berlansung. Dah khatam pun.

Tahniah pada pasukan yang menang.


Wednesday, October 17, 2012

Resepi Roti dan tunjuk cara .

Kak Ni  kata kalau masak-masak tempek lah gambar dalam blog.
Kebetulan hari ni meroti, jadi rotilah yang masuk blog.


 Bun kacang merah.
Selalu buat doh bulat saja . hari ni try pesen ni pula.

Caranya
.
.
.
.
.
.

 Mula-mula ambil adunan dan isilkan inti kacang merah. Inti belisiap dikedai baking saja.
Kemudian leperkan dan potong tapi jangan putus. 
Tinggalkan sebahagian lagi , dan gulung . Mulakan dari bahagian atas (bahagian rata).
Bengkokkan sikit adunan tersebut.

Bengkokkan  macam ni.

 ini roti dandan .Di atasnya ada taburan gula , parutan keju dan sedikit daun pasley (tak nampakkan?)
Gentelkan  3 adunan panjang dan mula mendandan. Macam dandan rambut. Kemudian sambungkan hujungnya.

 Dari doh yang sama juga saya bulat-bulatkan. Bun kosong itu berisi dengan kacang merah dan 
satu lagi hanya parutan keju , pasley dan gula di atasnya.Macam yang dandan tadi.

Hasilnya macam-macam ada.

Resepi Roti dari Ros Jintan Manis . Saya guna resepi ini butterolls.Nanti kalau lupa boleh cari kat sini. 

Dulu dah hilang resepi roti yang selalu buat sure jadi.Gelabah mencari resepi  balik.

Selamat mencuba.

Tuesday, October 16, 2012

Ganu Kite

Berhujung minggu dengan rumah dikunjungi  saudara dari Terengganu. Kakak sepupu dan anaknya datang sekeluarga bermalam di rumah kami.

Kalau orang Terengganu datang apalagi mesti bawa kerepok kering dan kerepok lekor. Stok lama pun ada lagi dan semakin bertambahlah keropok kering di rumah. Rezeki, rezeki.

 Shauqi cukup geram kat baby ni.



Sebelum balik bergambar dulu .

Asyik nak meriba si baby ni.

Orang Tereganu balik hari Ahad, hari Isnin sepupu mak dari Bukit Mahkota , Bangi  sampai pula.
Jadi kerjanya , masak-masak , masak  sahaja minggu ni. 
Cuti blogging 2,3 hari.

Sunday, October 14, 2012

Mangga



Aik ? Nak tunjuk gambar pokok mangga yang kena takek saja hari. Berkali - kali nak submit tapi gambar tak masuk. Nak letak 3 keping yang lekat satu saja. Last-last masuk juga. Lega. Bercerita tanpa gambar tak berseri entry kan?

Pokok mangga ni sedang ramah berbuah. Banyak sungguh. Bertongkol-tongkol. Pernah  dulu dah berbuah sekali. Kemudian tak berbuah-buah lagi hinggalah ke hari ni.



Sebelum tu, dia dah kena takek dengan tuan dia. Berbuahnya tidak , tapi dahan dan daun lebat sungguh. Jadi sebahagian yang menghalang lalu lalang pun kena potong . Tup-tup tak lama kemudian nampak bunga dah mula keluar . Dan sekarang tuan punya pokok mangga menunggu mangga masak saja. Mangga ni jenis cikonan. 

Benih ni suami beli RM 10 sepokok.

Pagi tadi nampak jatuh kat sini atau orang tolong letak celah dahan? Bagus punya mangga jatuh kat dahan saja.


Betul juga kata orang tua-tua, kalau pokok mangga tak berbuah buat macam ni. Nanti berbuahlah dia.Tapi asalnya bukan nak merajuk dengan dia sampai kena takek .Tapi secara kebetulan saja.

Alhamdullillah lepas tu baru nampak hasil..


Thursday, October 11, 2012

Icity

Cantiknya lampu berwarna -warni.


Icty ni boleh dikatakan terbahagi kepada dua bahagian.
Bahagian pertama  yang jumpa tempat rumah ais , Skrin besar  dan tempat lapang yang 
berbumbung. Masa kami pergi tu , kami dah lepak kat situ tengok budak-budak main papan beroda kat situ.
 Dah penat nak merayau-rayau . tapi bila ada geng yang call suruh naik ke atas  lagi kami pun bergerak. Sebenarnya seorang guru kena jaga 4-5 orang pelajar.

Yang dimaksudkan kami di sini ialah akak dan 4 orang muridlah. Ahli rombongan lain  masing-masing dah berpecah . Sekali dengan anak-anak sendiri pun tak nampak sebab ikut cikgu lain.



Untuk ke bahagian yang lebih happening itu lalu kut bahagian ini , yang ada tanglung.
Bahagian sebelah sini ada banyak mainan dan boleh naik (apatah orang panggil)benda alah  yang bergerak di atas. Kena bayar . Kebanyakkan permaianan dikenakan RM 5 -RM 10. 



 Budak-budak nilah yang ikut ke hulur kehilir.
Sepatutnya dapat 5 orang . Seorang tarik diri sebab ayah tengah sakit.
Ayah dia dah meninggal minggu lepas. Alfatihah......Tn Hj Madali .


Wafi  ni ikut mak sekejap sebab nak cari tandas.
Lepas tu hilang ikut cikgu dia.

Kami tak masuk pun rumah salji. 
Tak rasa terkilan sangat , hari tu dah masuk kat Hadyai.
Jadilah sekali. Lagi pun boleh nampak suasananya dari luar. 
Cermin transperen.



Wednesday, October 10, 2012

Hantu Kucing

Budak ni bila dapat kucing , tak boleh berenggang. 
Bangun pagi, itu yang ditanya. 
Mana kucing?

 Kakak bawa kucing balik rumah a nak kucing terbiar yang dikutip tengah jalan.



Mata biru.

  Empat ekor semuanya.



Eeee...geramnya aku!


Tuesday, October 9, 2012

Pejabat Pos

Hari ni ke pejabat pos . Bila sampai , ambil nombor 145. Tengok angka giliran 134. Lambat lagi .Ada tempat kosong duduk dulu.

Mak aih lama juga menunggu. Ramai pula pelanggan yang datang nak renew roadtax dan insuran .Ada sorang awek tu bawa berkeping-keping gran kereta ( betul ke?) . Pekerja kedai insuran kereta motor kut.
Akak balik dia tak selesai lagi.

Tapi bila nombor naik 142, baru perasan sampul surat tak bergam elok.  Masa ni baru kalut. Bila ke meja kat tepi untuk tambah gam  baru terpandang ada borang pos laju di situ.

Hajat hati nak guna pos laju. Maklumlah surat  penting.

Aish ! tak isi lagi. Barulah gabra. Isi cepat-cepat.Masa menulis ,baru  tengok pada ruang penerima kena letak no telepon . Bertulis merah lagi dan ada perkataan wajib.

Hati dah gabra Mana nak ingat semua maklumat dah masuk sampul dan baru tambah gam pula tu. Tak boleh buka dah. Kalau nak keluar beli sampul baru  pukul berapa nak balik ni?

Akhirnya , mak pasrah. Pos juga tanpa no telepon. Kerani tu kata tak apa, sebab ke pejabat  bukan kepada individu.


Monday, October 8, 2012

Pesanan Dr. Fadzilah Kamsah.






Pakai deodarant pun boleh menjana minda. Baru tahu hari ni. Sebab tu Nabi suka

berwangi-wangian.


Semua anak-anak yang menduduki PMR yang bermula hari ini semoga dipermudahkan

urusan. Tenang menjawab soalan  dan semoga beroleh kejayaan  yang cemerlang.

Teruja dah sampai kat sini.

 Melintasi ....ronda-ronda kat atas jejambat tu di paras 86 tingkat.Dua kali bertukar lif. Kali pertama berhenti di aras 84 dan sambung lagi ke aras 86.
Setiap tingkat , lif bergerak  1 minit. Lajukan?

 Beratur sebelum masuk. Kami dibahagikan  kepada dua kumpulan.
Tak muat lif kut. Tapi jumpa juga kat atas sana.


Bergambar dengan anak sendiri Wafi.
Si abang  (izzat ) jual mahal pula.
Mak kemain beria nak bergambar anak beranak.

 Sebelum masuk kami diberi penerangan dulu.
Kelihatan gambar jejantas  dari pancaran laser.No skrin ye...

Pandangan dari jejantas 

Puji abang baju hitam ni ( staff kat sini). Mesra dan ramah.

 Blur sikit....abang baju hitam tu tolong ambil.
Siap suruh senyum nampak gigi.
Masa ni  group perempuan tak sampai lagi.

Wafi jadi model mak sajalah.


Budak-budak  seronok explore tiket masuk kat lcd di  sini.


 Teropong dari sini, sampai ke Menara KL nampak macam dok sebelah saja. Nampak di pelancar Menara orang sedang nak terjun. Ingat nak bunuh diri.Hahahha...gelak diri sendiri.Ke situ pula .
Kata staff di KLCC ni dah 2 hari mereka dok standby kat situ. Tak terjun-terjun juga. 
Tak tahu apa ceritanya. 
Terjun ke tak?


 Bangga ada bangunan hebat ni di Malaysia.
Ramai pelancung asing melawat sama dengan kami, India , orang putih, Surabaya pun ada.
Orang Surabaya ni datang sekeluarga . Orang berduit kut.
Selepas Malaysia  mereka terus ke Singapura pula.