23 November 2012

Entah le..

Lain yang nak lain yang dapat.

Perjuangan Belum selesai

Usaha belum berjaya sepenuhnya. Dah ikut step by step dari Blog Qaseh Haney  tentang TOTURIAL PICASA. Dah sampai kat hujung-hujung tapi belum berjaya .

Esok kena sambung  buat lagi dengan penuh sabar.


22 November 2012

Dah tahu ...dari blog Qaseh Haney totorial bila picasa penuh

Pagi tadi dah dapat cara-cara nak tambah keluasan picasa . Jumpa di blog Qaseh Haney . Klik link ini untuk ke blog beliau.

Rupa-rupanya ramai menghadapi masalah yang sama . Macam musim pula sekarang.
Tapi , itulah nak kena buat slow-slow . Kena faham betul-betul. Maklumlah enjin lama.

Mudah-mudahan dapatlah selesai dengan segera. Risau mak!


21 November 2012

Dah penuh?

Tadi baru terbaca FB  Kak Ina KL tentang blog dia dah tak boleh muat gambar  dan sekarang Cempaka Biru pula mengalami nasib yang sama.

Kena tambah storan pula .

Kena beli ? Oh tidak !



Demam pula

Habis musim hujan , musim demam pula kat rumah ni. berulang bawa anak ambil ubat.
Semalam bawa abang . Hari ni bawa adik pula. Berjangkit.Bengkak tonsil dua-dua orang ni.


Masing-masing demam dan muntah. Kesian tengok time muntah. Keluar habis isi dalam perut. Nasib baik abang cepat lega. Sekarang ganti adik pula.

 Si adik ni , dalam demam-demam dia nak juga tidur main ketiak mak dia.

Hai... tak tahan ni. Hobi dia  masa nak tidur. Tak main ketiak main siku.

Mak tahan saja la.
Geliiii.


20 November 2012

Eh! lupa .

Semalam sebelum tidut , time tu datang idea nak tulis entry. Tapi bila bangun dan pegang laptop idea semalam yang berkobar-kobar hilang . Tak namapak bayang pula.

Sebab tulah orang kata kalau datang idea , time tu kena karang. Nak-nak orang yang tulis lagu, novel , atau kata lain orang seni.Tak kira sedang buat apa. Tengah -tengah malam pun kena bangun . Dalam tandas pun kena KIV dulu.

Idea...oh idea.


BIG APPLE


Kalau nak beli Big Apple donat , suka yang ada kacang penuh kat atas dia.
Krup krap krup krap.




18 November 2012

30 ...tinggi tu.


Masa wedding Atiqah.

2, 3 hari lepas pergi melawat Atiqah yang baru bersalin . Dah dapat baby dia. Dulu ada entry pasal dia kahwin kat  SINI. Dah 20 hari dah umur baby tu. Atiqah ni anak sepupu ayah. Jadi kami ni 3 pupu .

Kalau zaman aruah tok ada , sepupu pun macam hubungan adik beradik. Selalu berkunjung ziarah menziarahi . Kalau nak berjumpa tak tunggu hari raya.

Kalau lama tak jumpa tok akan ajak ayah pergi melawat rumah pupu-pupu dia atau rumah adik-adik dia . Siap bawa kuih lagi. Kuih pula mesti yang buat sendiri bukan yang beli. Tapi sekarang tu memang tak boleh nak ikut macam masa tok ada. Kekangan masa atau apa tak tahulah. Orang dulu-dulu memang jaga hubungan adik beradik.

Baby Atiqah ni, masa lahir kena demam kuning. Tinggi bacaan dia . Sampai 30. Kena tahan di wadlah jawapnya. Tak pernah lagi dengar budak kena kuning tinggi macam tu. Kena pasang lampu atas bawah masa rawatan. Jadi hitam kulit dia. Tapi nak cepat lega kenalah hadapi juga.Masa saya pergi melawat pun masih gelap kulit dia. Padahal mak pak  dia cerah saja.

Kenapa sekarang ni kalau baby lahir mesti kena kuning? Pemakanan ibu masa mengandung ke atau sebab apa?


17 November 2012

Pau


Nak buat pau tak semestinya dengan tepung pau dari kedai bakery. Tepung gandum biasa pun boleh. Jadi juga tapi taklah putih macam pau Tanjung Malim yang femes tu.

Hari tu  buat pau dengan tepung gandum dan berintikan kelapa manis(masak dengan gula merah dulu). Bila doh dah sebati , tak perlu tunggu naik 2 kali ganda macam nak buat roti. Terus kita buat doh kecil-kecil dan sedia untuk masukkan inti.

Bila nak kukus ikut giliran yang mana doh yang siap dulu untuk kita kukus dulu. kukus pun tak boleh lama nanti pau overcook dah tak cantik pula.

Fahaman saya tentang cara buat pau selama ni salah. Rupa-rupanya tak payah tunggu doh naik.

Sukatannya :
Sekilo tepung
1 paket yis
2 sudu minyak masak
2 sudu susu pekat
sedikit garam

Caranya:
Masukkan semua bahan dan uli hingga sebati. Bila tepung dah tak melekat di tangan buat doh kecil-kecil. Masukkan inti dan sedia untuk dikukus.



Silap sampul

Bila baca entry Wahida tentang duit raya anaknya ,teringat kisah duit raya anak saya. Saya suka letak dalam sampul dan tulis nama anak-anak. Selalunya saya jaga  duit raya  anak lelaki yang  3 orang   Izzat ,Wafi dan Shauqi . Lagi 2 orang yang dah besar mereka pegang sendiri.

Sampul duit tu pula kebetulannya hari tu saya simpan dalam beg tangan. Nak jadi cerita masa saya pergi melawat kawan yang baru bersalin saya pun bagi sampul duit tu. Sebelum pergi dah masukkan duit siap-siap dalam sampul dan  letak dalam beg tangan juga. Masih tak perasan duit anak sendiri yang diberi walau pun dah sampai rumah.

Esoknya kawan saya telefon .Kenapalah bagi banyak sangat duit kat anak dia yang baru bersalin katanya. Time tu baru tersedar  tersilap sampul rupanya.

Lain kali kena hati-hati jangan letak banyak sampul sekali gus dalam beg tangan .






16 November 2012

Nak renew pasport antarabangsa

Untuk renew pasport antarabangsa kita perlukan 2 keping gambar, kad pengenalan , bawa pasport lama bersama dan isi borang yang diberi . Mudah . Dan siap duit saja .

Untuk tempoh 2 tahun bayaran RM 100 dan tempoh 5 tahun bayarannya RM 300.
Bagi kanak-kanak di bawah 12 tahun  bayaran RM 150 bagi tempoh 5 tahun. Kalau 2 tahun (RM 100 )pun boleh tapi rugilah sikit.


dari google

Bila dah siap diproses , pasport kita akan digunting seperti di dalam gambar di atas.

Di pejabat imigresen Taiping proses ini hanya selesai beberapa jam sahaja. Kalau kita datang awal cepatlah siapnya. Kalau tak kena tunggu giliran juga. Musim cuti ramainya orang   berurusan .


Selamat bercuti!



2 tahun vs 5 tahun

Pagi tadi .... tak pagi juga dah pukul 10 dah baru sampai ke Imegresen Taiping. Tekan lift naik tingkat 1 , orang dah beratur sampai ke pintu. Tapi saya dah siap segala borang dan gambar. Tunggu nak ambil nombor giliran saja.

Dalam 30 minit beratur , saya dapat nombor 1182. Padahal di dinding dah ada memo nombor giliran 1121 hari ini akan dilayan selepas 2.45 petang. Maka bersedialah kena tunggu sampai ke petang.

Masa tu dalam 10. 45 pagi, kami pun terpaksa keluar dulu ronda-ronda kat Taiping  sebelum 2.45 petang. Lepas ronda-ronda pun masih banyak masa lagi nak tunggu tambahan pula hari ni hari Jumaat cik abang nak solat Jumaat pula , langsung balik ke rumah.Minggu depan pula kut sekali lagi  ke sana.

Kenapa orang ramai?

1.Mungkin musim cuti sekolah orang pakat ramai-ramai ambil masa ni nak buat pasport.
2. Dah tengahari baru nak pergi. Sepatutnya kalau nak buat sebelah pagi kena pergi awal-awal . Tunggu pejabat buka pun tak apa. Macam saya buat untuk anak-anak dulu. Pukul 7 dah bertolak dari rumah. masa sampai di sana pegawai pun baru nak masuk kerja.
3. Hari Jumaat pejabat terpaksa berhenti  awal berbanding hari biasa untuk olat Jumaat dan masuk pun lewat.
4. Orang memang ramai nak ke luar negarai sebab cuti sekolah.

Musykil pula ?
Untung buat pasport 2 tahun atau 5 tahun.
2 tahun bayar RM 100  @ 5 tahun bayar RM 300. Tapi  6 bulan sebelum tarikh tamat dah tak boleh guna dah pasport tu.



13 November 2012

Kek kukus panca warna

 Empat warna utama.

 Tukang "kacau"

 Tukang rasa .....suka hati.

 Walaupun masih panas dah kena potong.

Bila letak coklat banyak , peminat pun ramai . Sekejap saja dah jadi macam ni.


Si adik tukang angkut makan dengan abang-abangnya.

Resepinya macam Apam Betawi.

12 November 2012

http://umiyumi2.blogspot.com/2012/11/9th-giveaway-ga

9th GIVEAWAY (GA)!!!

Klik GA UMIYUMI   jika nak joint.

Tarikh tutup 25 November 2012.


Terma dan syarat:

1) Penyertaaan dibuka kepada semua.

2) Tinggalkan address blog anda beserta email address di ruangan komen post ini. Kalau tak ada blog, cuma letakkanemail address anda sahaja.

3) Tarikh tamat GA ialah: tepat jam 12 tgh malam pada 25 November 2012. Pemenang akan diumumkan pada
 26 November 2012.

4) Pemenang akan dipilih secara rawak melalui www.random.org. Pemenang yang berjaya akan dihubungi melalui email. Sekiranya pemenang yang terpilih tidak menjawab email dalam masa tiga (3) hari, kemenangan adalah terbatal dan undian akan dibuat sekali lagi.

Makan -makan di akhir tahun - Hotel Warisan Taiping.


Majlis akhir tahun kami di Hotel warisan di tengah-tengah bandar Taiping. 
Hotel baru lagi dibuka. Berhampiran Masjid Taiping dan paling dekat dengan nya ialah Sek. Convent Kota. 
Senang sangat nak cari. 
Hari tu rombongan dari  Terengganu bermalam di situ untuk majlis bertunang esoknya.


Hadiah yang dapat hari tu. Hadiah tukar-tukar semua dapat sorang satu.
Abaikan Big Apple kat atas.
Yang tu beli sendiri makan sendiri.

Penuh meja dengan makanan

Menu nasi putih dan lauk pauk Melayu. Ada juga kuih-muih pencuci mulut seta cendol.

Hamper pun dapat juga. Sorang satu juga. Semua dapat. 
Masa balik tak cukup tangan nak bawa hadiah.

 Ini pun dapat juga .
Tapi bila sampai rumah relai habis dikerjakan anak-anak sebab nak ambil patung dan gula-gula  tu.

Tahun depan di mana pula?

Selamat bercuti dan Happy Divali.

MY VERY 1ST GA TELEKUNG INDONESIA


GA TELEKUNG DARI INDONESIA

Berkenan dengan telekung sulam yang cantik ini , saya mengagahkan diri untuk joint sekali kut-kut ada rezeki nak dapat telekung lawa ni.

Sesiapa nak mencuba boleh klik DI SINI . Sangat mudah syarat penyertaannya. Anda juga boleh ke blog INI untuk memilih dan membeli sendiri. Semua cantik-cantik dengan sulam yang tebal dan berwarna -warni. Namun jika suka yang bersulam putih bersih pun ada.

Mai-mai pilih dan klik saja.


Rambut sapa lagi kembang?

Pertama kali lihat rambut mamat ni, rasanya rambut dia dah tebal. Boleh kalah David Arumugam Malaysia.
Dia ni mamat Indonesia yang jual barang di Masjid Altaawun, Puncak.
Kisahnya ada DI SINI.



Tapi yang ini lagi tebal dan kembang.........
.
.
.
.




















Gambar dari FB

11 November 2012

Tukar lagi.

SassyDotscopy




Entah kali ke berapa wajah blog Cempaka Biru bertukar wajah.Kali ini dot dot pula. Boleh klik sini untuk mencari paparan baru. Hanya dihujung jari . Pilih corak ,copy dan paste .Semestinya percuma.


10 November 2012

Pizza Hut- sesekali layan juga

 Sudu garpu

 Sea food chesse

 Kek Coklat dengan aiskrim ....apa ke nama tah?
Tak habis pun . Bungkus bawa balik.

Set yang ni free sebab ada kanak-kanak . Shauqi le tu....

Sekarang tak ada salad yang makan dengan  honey dew, kacang merah , kacang kuda.Macam 
tak ada seri pula, sebab saya suka. 
Sedap .
Semangkuk pun dah kenyang.
Roti yang cicah dengan sup cendawan pun dah lain macam . Tak macam yang mula-mula dulu. Roti garlicnya sangat sedap.




09 November 2012

Budak sekolah dah mula bercuti

Masih cerita di SERATAS. Tengahari tadi , bila kursus sesi pagi berhenti rehat untuk makan dan solat, di laluan utama keluar masuk SERATAS jem pula. Masa tu pula hujan lebat.

Hari ini di sekolah berasrama penuh itu dikunjungi dengan ibu bapa  yang menjemput anak-anak balik bercuti. Ditambah pula dengan guru-guru (lebih 200 orang )yang sedang berkursus di situ.kemudian ada 2 buah bas yang masuk untuk menjemput pelajar-pelajar lelaki SERATAS  untuk solat Jumaat. Lama juga menunggu akhirnya terpaksalah saya berehat di surau sekolah tersebut sahaja.
masa tu pula hujan sangatlah lebatnya.Jalan terbaik jangan pergi mana-mana sementara tunggu sesi petang pula.

Esok ada lagi untuk sesi terakhir.

Saya belum cuti..... tapi anak -anak semua  dah berkumpul di rumah.



08 November 2012

Semalam berisi sekarang dah tinggal tulang



Dulu

..
.
.
.
.
..

.

.
.
.
.
Pandai sungguh orang yang masak tu, sampai tinggal tulang..... hehehe.

Letih dan penat hari ni , tapi sempat juga buka blog. Bermula semalam hingga Sabtu depan berulang alik ke SERATAS, Taiping untuk kursus KSSR bagi tahun depan.

Maaf jika tidak berkesempatan menjengah blog kawan-kawan sehari dua ni.

Tahniah juga untuk Aiman Wafi bagi kejayaannya dalam peperiksaan akhir (tempat ketiga di dalam kelasnya) dan mata pelajaran terbaik untuk kertas Bahasa Melayu Tahun 5.
Maaf , mak terlupa nak tulis semalam dengan cerita abang Tokoh Kokurikulum tu.
Letih ....nak cepat  siap taip entry .
Malam baru sempat buka lappy.
Mak dan abah gembira melihat pencapaian  Aiman.


Usaha lagi Aiman  .
Aiman boleh!

07 November 2012

Tokoh kokurikulum 2012

 Masa persembahan anak-anak  , terutama murid-murid pra, ibu bapa dan tetamu yang lain sangatlah teruja. Masing-masing datang ke depan untuk merakam gelagat budak-budak comel sedang bertwist.

 Kemuncak acara ialah pengumuman tokoh-tokoh bagi tahun ini.
Tokoh kokurikulum jatuh kepada anakanda saya Ahmad Izzat Hakimi.
Tahniah Izzat.

 Hadiah disampaikan oleh wakil Pegawai Pendidikan Daerah En Ridzuan b Mohamad.

 Barisan pemenang tokoh-tokoh pada tahun ini bersama  En Riszuan dan YM Raja Zainal Hafiz b raja Adnan  (Guru Besar ).

 Abadi kenangan bersama Guru Besar.

 Ahmad Izzat Hakimi b Ahmad Azhar

Dua beradik Izzat dan Wafi.


Tahniah kepada semua pelajar yang beroleh kejayaan cemerlang pada tahun ini. Cuba lagi di tahun depan dengan kejayaan yang lebih gemilang.

06 November 2012

Hari Anugerah 2012

Antara penyanyi koir sekolah


 Tengah makeup. Semua tadah muka ....hahahah
 Tunggu giliran

 Barisan makeup  artis sedang bertugas .
Jangan marah aaa...

 Persembahan pertama . sedang menunggu arahan dari konduktor

 Tarian Endang dari murid pra sekolah.

 Twist Saloma . Dari murid pra lagi.


Twists, twist lagi.


05 November 2012

Tapai pulut

Wah ! lagi beberapa hari cuti sekolah akan bermula. Rasa sekejap sungguh masa berlalu. Makin ke hujung tahun makin sibuk pula rasanya.

Hari sukan sekolah pun baru lepas minggu lalu, sekarang nak raikan Hari Anugerah pula di minggu terakhir. Markah exam pun baru nak  dapat. Namun serba pantaslah warga sekolah semua. Yang nak siapkan sijil lagilah kena teliti betul-betul ejaan nama dan nombor surat beranak serta kategorinya. Semua untuk anak murid tercinta.

Bila sebut Hari Anugerah kena juga halwa telinga dan santapan mata untuk ibu bapa yang hadir. Kena latih budak-budak buat persembahan pula . Dari murid pra hingga ke Tahun 6. Semua kena ada.

Dalam sibuk-sibuk ni, sempat juga nak menapai. Tapai pulu susu dari Kelantan. Kalau guna pulut susu ,tapai cantik putih jadinya.




Hanya guna bekas-bekas tipuware sahaja . Pakai boh . Tak sempat nak cari daun getah macam orang selalu buat.  Manalah nak cari daun getah? Hujan pula hari -hari.

Tunggu 2 hari @ 48 jam mudah-mudahan jadi.





04 November 2012

Siakap hujung minggu

Sekor siakap.
Tak tahan dah ni ,berat sangat..... huhuhuu

 Dua ekor lagilah tak daya budak kecik ni nak pegangkan.
Gambar dah gegar. Sebelah tangan pegang kamera  . Sebelah tangan lagi pegang ikan.

Mak tolong pegangkan sementara nak shot gambar.

Last-last dua-dua ekor jatuh ke lantai .....hehehe.