31 August 2013

Rumpai laut versi hijau

Rupa-rupanya bila ia kembang penuh sebesen .

Separuh saja dimasak dari jumlah ini.
Itu pun dah muat satu bekas besar.
Boleh tahan sebulan  dua.


Saya tak pernah jumpa rumpai laut yang  berwarna hijau lagi sebelum ini. 
Selalunya warna ungu dan kelabu.

Sudah dua kali saya merebus rumpai laut ini. 
Bila direbus ia akan larut dan menjadi seperti agar-agar.

Rumpai laut ini setelah larut ia berwarna hijau .
Rasanya juga kurang hanyir berbanding warna ungu yang saya buat sebelum ini.

Saya makan 2 kali sehari malam dan pagi kalau tak lupa.
Saya kongsi makan dengan mak.

setelah makan dan mengamalkannya beberapa lama , jeragat di wajah saya juga kian pudar.
Yang kendur pun semakin tegang .....ahww
Selain juga ia dapat menguruskan badan secara semulajadi.

Walaupun ada pendapat yang mengatakan ia bukanlah kolegen tapi hasil nya tetap 
 positif apa salahnya saya mengamalkannya.











Ulam daun kari muda


Google

Pernah makan berulam pucuk kari? Tak pernah? Cubalah sedap dicicah dengan sambal belacan.
Laju saja suap nasi  makan tengahari.

Selalu kita guna daun kari letak dalam gulai sajakan?

Rupa-rupanya selain penyedap rasa, pucuk kari ini boleh buang angin dari badan.

Tak lama lepas makan , mulalah angin bergelora nak keluar.

Banyak lagi khasiat daun kari ini sebenarnya. Antaranya menguatkan perut dan meningkatkan
 penghadaman .

Cubalah.




30 August 2013

31 Ogos




Selamat menyambut Hari Merdeka negara kita.

Semoga kekal bebas merdeka selamanya, aman makmur harmoni dalam berbilang bangsa.

Terus cemerlang dan gemilang seantero dunia.


28 August 2013

DAFTAR HAJI


Hari ini ke Tabung Haji simpan duit raya yang dapat.
Semua anak-anak dah ada buku simpanan masing-masing termasuklah si kecik Shauqi.

Selain duit raya , kami buat potongan gaji setiap bulan masuk ke akaun anak-anak. Tak banyak potongan bagi setiap sorang , tapi lama-lama terhimpun banyaklah nanti.

 Terlanjur sambil simpan duit raya , saya juga daftarkan haji sorang anak yang belum berdaftar.
Hati mak ini asyik teringat-ingat anak yang sorang ini tak didaftarkan lagi. Padahal 4 anak yang lain dah selamat berdaftar .

Bukan bermaksud nak pergi haji dalam masa terdekat ini, tapi duit simpanan dah cukup syarat , baiklah daftarkan saja.

Masa anak-anak yang lain mendaftar , dia tak mahu ikut.
Merajuklah ....macam-macam hal masa tu.
Kena tinggal di rumahlah jawapnya .

Tapi rupa-rupanya , tak payah bawa orangnya sekali pun tak apa.
Namun syaratnya RM 1500 mesti ada dalam akaun bolehlah mendaftar haji.


Yang tercicir

Hari ini semua anak mak dah daftar haji.


Termasuk yang kecik ini.

 Pendaftaran  haji Ahmad Aiman Wafi hari ini, tahun hajinya ialah 2064 nanti.
Orang yang masih muda tak ada  masalah , kalau orang tua macam manalah nak menunggu
gilirannya tiba.




27 August 2013

Ahmad Ikhwan Shauqi dah 5 tahun


Sebenarnya tarikh lahir Shauqi semalam ,26 Ogos.
Tapi hari ini baru update.

Tahun ini, Shauqi dapat 2  biji kek.

Kek  dari mak tok.
Makan kat rumah.


Tapi  maknya dah berjanji nak bawa kek makan dengan kawan-kawan pra dia , maka kena order sebiji lagilah

Kek dah sampai.
Cikgu Shukinah bercuti  bersalin 3 bulan .
Bolehlah hantarkan kek sendiri.

Kek dihantar ke sekolah oleh Cikgu Shukinah. Owner Kek dan Pastri .
Selain hantar kek harijadi Shauqi dia juga bawakan kek coklat, kek keju dan marble.
Berebut orang membeli.
Kek keju dia sedap . Bertaburan parutan cheese atasnya. 
Terasa  lemon juga.

Rupa kek Shauqi tahun ini.

Dengan kawan Pra  sekolahnya.

Mesti Fahim ada di sebelah .
Best friend for everlah gayanya.

Selamat Hari ulang tahun untuk Shauqi .
Semoga menjadi anak yang baik dan mendengar kata.
Taat kepada agama dan ibu bapa.
Berjaya di dunia dan akhirat.



26 August 2013

Pulut durian.



Mengidam pulut mangga , dapat pulut durian.

Pulut durian pun aku belasah jugalah!


25 August 2013

Kibarkan Jalur Gemilang


Kempen Kibarkan Jalur Gemilang sudah dilancarkan di sekolah kami.
Gembira kanak-kanak ini menyanti lagu patriotik sambil mengibarkan bendera.


Harap-harap mereka tahu menghargai keamanan , kehormornian yang kita sedang
kita nikmati.

 
Kemerdekaan hari ini bukan senang. 
Terbina dari darah perwira dan susah payah datuk nenek moyang  generasi terdahulu membela negara.

Sayangi tanah air, jangan tergadai

Semarakkan semangat nasionalima  wahai golongan muda.





24 August 2013

Baju sulam



Google...tapi tak sangka  serupa pula.

Lawa baju akak kata dia.
Beli kat mana?

Bukit Tinggi.

Owh ...masa saya pergi tak jumpa pun kata dia lagi.

Bukit tinggi , Indonnesia Yang .

Patut pun, Bukit Tinggi yang saya pergi kat Pahang kata dia.

Dah agak dah .....hahahaa.



23 August 2013

SSPN

Tergerak hati nak buat akaun SSPN untuk anak. Almaklumlah ada duit raya sekupang dua bolehlah buat modal buka buku baru.

Kali pertama singgah di Bank 
Simpanan Nasional, bertanya kepada Pak gad nak borang untuk buka akaun SSPN. Kata dia"kak  pergi kat Maybank boleh terus online, kat sini lambat sikit . Borang pun habis".

Tak palah bila dia kata macam tu.  Malas dah nak pusing ke Maybank . Lepas tu terus balik rumah. Dalam hati dok kata " dia ni betul ka . Dulu masa bukak akaun si kakak buat kat BSNlah. Jangan-jangan dia dengar aku kata ASN kut".

Tak puas hati hari ini , singgah lagi.....tapi terus tanya kat kerani di kaunter.

Dia pun suruh pergi Maybank juga.

Tapi .....bila ke Maybank pintu dah tutup pula. Awalnya , tak samapi 4.30 petang pelanggan dah tak boleh masuk.

Nak kena pergi lagi minggu depan. Aih !malasnya nak ulang-ulang buat kerja yang tak siap ni.



21 August 2013

Kuih lama juga jadi pilihan

Biskut sarang semut

Resepi orang lama selalunya terbaik.
Nak buat senang saja tapi perlu ada parut (yang parut keju / sengkuang).
Parut kemudian isikan  dalam bekas plastik hitam .
Bakar.

Biskut Makmur

Biskut yang saya suka.
Ada orang konfius biskut arab antara biskut makmur.

Biskut Arab rasanya tak ada kacang . Biskut makmur ada inti selalunya letak kacang tanah sebiji.

Tapi masa kecil-kecil dulu,  saya makan inti kismis dan kacang tanah yang dimasak dulu dan digentel-gentel seperti inti tat nenas dan di dalam kuih makmur ini. 
Gabungan kismis dan kacang ............alamak sedapnya.

Dah habis.



Biskut semprit

Ini pun resepi orang lama. 
Tapi bila masuk mulut ...cair.
Gebu, lemak semua ada.

Biskut ini pun dah habis.



20 August 2013

Kasut Indon


Inilah kasut spare yang ada bawah kerusi pemandu. Kasut yang dibeli di Surabaya cuti bulan Mac lepas.
3 pasang saya borong  sebab harganya sangatlah murah bagi kasut kulit sepertinya.

Murah dan tahan lama.

Nasib baik ada sepasang  bawah kerusi, walhal baru saja keluarkan sepasang lagi masuk dalam gobok kasut.

Masa kejadian , ingat-ingat lupa ada tak lagi tersimpan kasut bawah seat kereta?
Nasib baik ada.

Cerita kasut bersepai di sini.

Sebenarnya ada dua pasang yang dibeli sama pesen tapi warna berbeza. Satu lagi berwarna hitam. Dah pakai lama .

Baru keluarkan warna putih ini pula.....beberapa bulan yang lalu.

Ada sepasang lagi yang jarang-jarang pakai warna hitam  juga. Hitam kan senang nak match dengan semua warna baju.

Tapi kalau lama tak pakai pun rosak juga.
Macam kasut yang bersepai hari  tu.







Tsunami Air Dari Arab

Jambu batu, buah-buahan campuran, peach, (tak tau buah apa) dan lobak dan oren.

Ada orang menjual adalah orang yang nak membeli.

Bukan sebotol tapi semua diborong sebab rasa yang berbeza.
Semua nak rasa.

Senang cerita beli semua perasa yang ada.



19 August 2013

Cerek lekrik pula kong...

Minggu ni minggu barang rosak kut....cerek lektrik tiba-tiba tak boleh menyala pula.
Alahai, agaknya masak air banyak sangat kut semalam.

Rasa-rasa  dah 3,4 biji cerek lektrik di dapur saya berganti .



Lebih kurang macam ni rupanya cerek  yang dibeli baru.

Masak air untuk buat air masak.  Anak-anak ini suka minum air kosong.
Untuk buat susu Shauqi juga.

Dulu pakai penuras air, tak gaduh sangat kalau air tak sempat masak.

 Bila lama tak berganti alat di dalamnya takut pula nak guna. Nanti lagi banyak  benda mikro di dalam yang kita tak nampak masuk dalam perut.









18 August 2013

Kasut dah bersepai.


Pagi sebelum keluar terasa nak pakai kasut ini.
Masa dalam kereta , ok lagi sebab tak ada bergerak mana pun . Tekan minyak tekan brek saja.

Bila dah sampai tempat yang dituju dan berjaan keluar dari kereta baru terasa  apakehallah kasut aku ni?

Alamak ! tapak kasut pula tercabut.

Terasa cengkamannya longgar. Berjalan pun tak boleh angkat kaki.

Tak boleh jadi ni. Pusing balik ke kereta nak tukar kasut. Nasib baik ada sepasang lagi bawah kerusi pemandu tu.


Dah lama tak pakai  kasut ni...... reput sendiri dalam gobok kasut.




15 August 2013

Kasut raya beli lepas raya

Tak sesuai pakai high heel , sakit kaki dah ....huhuhu

Bila dah tua-tua , semangat nak beli kasut raya dah kurang. Banyak tahun tak  beli  kasut  raya.

Tahun ini  terasa pula nak beli , tapi beli lepas raya.

Oklah boleh pakai pergi kerja.

Sebenarnya, dah lama juga tak beli kasut atau sandal.......di Malaysia.
Last beli , bulan Mac dulu di Surabaya. 

Berhenti di kedai kulit mereka , borong 2,3 pasang kasut kulit.
Walaupun murah tapi tahan lama.
Pakai sampai jemu tapi tak rosak-rosak.

Faktor-faktor inilah yang menyebabkan saya dah lama tak beli kasut.
Setakat beli kasut kat anak-anak saja adalah.

Sebelum ke Surabaya , stok kasut kulit yang dibeli di Jakarta / Bandung dulu pun ada lagi.

Bukan nak berbangga dengan kasut -kasut Indonesia ini tapi selain 
tahan lama harganya jauh lebih murah.

Malah , kasut yang saya pilih lebih murah dari sandal berjenama di Malaysia.
Harganya kurang dari RM 50 rasanya.












Penangan Nescafe


Tak perlu nescafe tarik, nescafe biasa pun ok dah.


Beraya di rumah mertua, setiap pagi ada 3 minuman masa sarapan. ada teh 'o', teh panas dan nescafe. Air yang keruh-keruh ini cepat habis berbanding teh'o'.

Anak menantu dengan cucu -cucu berkumpul mesti sediakan 3 teko besar baru cukup  untuk semua yang ada.

Sedapnya minum nescafe panas. Bukan secawan tapi lebih secawan. Di rumah memang tak ada nescafe pun. Sebabnya , selalu pening kalau minum nescafe ni. Dulu-dulu tak pula  sejak dua mejak  pening dan sakit kepala pula. Faktor usia agaknya.

Tapi masa nak minum tak ingat pening dah. Belasah saja.

Bila balik rumah , terasa badan seram sejuk. Suara pun jadi lain dan kepala pun dan pusing. Demam dua hari.

Penangan nescafekah?

14 August 2013

Buah Jentik

Buah jentik.

Buah jentik sejenis buah hutan. Banyak terdapat di kawasan utara.
Buah ini dibeli oleh adik saya yang ke Kedah semasa mereka beraya di sana.

Seikat dijual RM 3.



Rasanya seperti buah rambai.
Ada manis dan masam sikit.


Saiz nya separuh daripada buah mata kucing.
Kecil saja buahnya. Tak kenyang pun . 
Setakat nak rasa dan kenal apa salahnya kan?


Cara nak kupas kulitnya sangat mudah , jentik saja terbukalah ia.
Tapi tak kuasa saya nak jentik  setiap kali nak makan.

Cuma tekan macam kita makan buah duku, terus terbuka kulitnya.
Mudah sekali.




13 August 2013

Biskut mazola faberet anak bujangku


Seminggu kita berpuasa , dia dah tanya "mak buat tak biskut tu?" Nama biskut  pun tak tahu,
 tapi mak faham apa  yang anak mahu.

Tak sempat masuk balang raya, malah  tak sempat sampai malam raya pun...

Dia makan lepas berbuka  atau pun lepas balik terawih.
Makan  sambil tengok tv .

Kalau tak anak, abah pun usung juga.

Nak resepi ?




12 August 2013

Gambar raya 2013

Hanya gambar hero saja yang ada tahun ini...huhuhuh.


Shauqi dengan pak njang.

Gambar mak gelap pula.....shauqi yang ambilkan .

Beraya di rumah mak su.
Dah terlentang budak tu....

Shoot ke 2

Layaan bunga api.

Beraya di Taiping dengan keluarga maksu sebelah suami.

Raya tahun ni , adik beradik balik tak sekali maka acara berkonvoi tak meriah macam selalu.


08 August 2013

Shauqi and fahim

Shauqi dan Fahim.

Dua orang sahabat yang sangat rapat  dalam kelas Pra sekolah.
Seorang 5 tahun dan seorang 6 tahun.

Minum air berkongsi straw, makan ais krim sebatang kongsi berdua.
Main mesti main sama-sama.

Tak tahu macam mana boleh rapat ...tiba-tiba nampak sangat akrab.
Shauqi baru saja mendaftar  di Pra sekolah mulai bulan Mac lepas.

Sebelum ini dia di sekolah Tadika Islam Perak.
Tapi ..terpaksa tukar sekolah sebab dia buat hal pagi-pagi tak mahu pergi sekolah.

Tahun depan tak tahulah macam mana , sebab Fahim mungkin berpindah ke sekolah lain mengikut keluarga bertukar. Lagi pun dia dah naik tahun 1. Mesti tak sama dah.

Semoga bila besar nanti, tahulah Shauqi dia pernah bersahabat baik dengan Fahim anak Ustazah Shazila ni.



05 August 2013

Hadiah GA Cik Viva dah sampai.


Semalam dah sampai hadiah dari Cik Viva.
Key chain dan beg uncang dari Vietnam.

Akak suka Cik Viva . 
Uncang tu boleh isi  duit raya  ...heheh
Terima kasih Cik Viva

Akhir kata selamat berpuasa dan selamat menyambut hari raya tak lama lagi.
Ampun dan maaf kepada sahabat -sahabat di alam maya dan yang singgah di sini 
sepanjang kita ke udara.

Semoga raya tahun ini membawa keberkatan dan kegembiraan.




04 August 2013

Biskut Conflakes Madu

 Akhir -akhir Ramadan sekarang sibuknya kita dengan persiapan nak raya.
Nak buat kuih raya, nak kemas rumah dan membeli  untuk persiapan raya.

Pasar raya penuh dengan manusia membeli belah.
Bukan pasar raya saja yang penuh , jalan raya pun sesak juga.


Kuih ini baru kuih kedua yang buat sendiri. 
Nak banyak kena buat kalau beli berapa ketul yang dapat.
Biskut mudah dan cepat bolehlah buat.
Biskut yang cangih-cangih terpaksa  lupakan.

Bangun sahur terus sambung bakar kuih. 
Si Shauqi pula boleh terjaga awal terus tak tidur dan jadi pembantu dapur pula.

Atas meja ....dilarang tak dengar.


Kuih yang boleh campur dengan kesukaan masing-masing. Ada orang suka campur 
badam, kismis, bijan dan sebagainya.


Satu adunan (400gm conflakes) boleh muat satu tupperware besar ini.

Conflakes Madu

1 paket conflakes (400gm)
1/2  cawan gula halus
2 sudu mentega
1 cawan madu
kismis hitam (saya guna kismis kuning-tak berapa nampak dalam gambar)
mangkuk kertas  kecil

Caranya.
Panaskan mentega , madu dan gula sehingga larut.
Tuang ke dalam mangkuk yang berisi conflakes dan gaul rata.
Sudukan ke dalam mangkuk kertas yang tersedia.
Letak ceri sebagai hiasan.
Bakar dalam 10 minit supaya ia sebati.
Simpan dalam bekas kedap udara.