Assalamualaikum.
Ingat nak diam-diam , nanti nak suprise kan .... hihihi.
Sekarang asyik pandang kalender saja maklumlah cuti sekolah. Ada satu destinasi yang nak dituju.
Kami sekeluarga bercadang nak ke Chiangmai pada bulan 12 ini. Perjalanan kami masuk melalui Hadyai (berkereta ) dan dari Hadyai berlepas dengan kapalterbang pula .
Kami yang tinggal di utara , lebih baik terus ke Hadyai dan tambang AA juga lebih murah berbanding jika naik dari LCCT.
Mula-mula kami bercadang nak berkereta sahaja dari rumah ke Padang Besar. Kemudian tukar van Siam dan terus masuk dan dihantar ke depan hotel nanti .Dah booking hotelnya pun , Grand Plaza .....wah tempat strategik tu. Namun selepas suami saya balik dari Siam minggu lepas dia tukar rancangan pula.
Rancangan baru pula dibuat , naik bas dari Kamunting dengan bas Konsortium (betul ke ejaan ni?) . Kalau seorang dua berbaloi tapi kalau dah 8 orang .....macam harga kapalterbang pula.
Harga tiket sehala RM 50 dari Kamunting.....tapi bila baca blog Kairulizwan yang dah pergi ke Hadyai dengan bas , harga sama walaupun turun di KL. Kan beza jarak tu? Tapi harga sama . Mana aci .
Bila diperhatikan , bas nampak selesa dan yang penting terus sampai depan pintu hotel. Kepala rombongan nak bersantai -santai dalam bas takmo penat memandu jauh. Anak-anak mesti suka maklumlah peluang naik bas bukan selalu.
Tapi mak geram ....kena bayar mahal..... huhuhu.
29 November 2013
25 November 2013
Bersiaran semula ....
Assalamualaikum.
Lamanya cuti menulis di sini. Agak-agak orang dah lupa kut.
Bila lama tak jenguk blog password pun dah tak ingat . Ini ke NAYA. Nasib baik jumpa balik.
Macam balik rumah tapi hilang kunci , jawabnya tak boleh masuk rumah.
Blog kekawan pun tak menyinggah lagi. Bukan senang nak cover tu. Tapi akan saya susul pelan-pelan ok !
Untuk Nekcik , harap-harap kiriman barang-barang kecil dari saya dah selamat sampai. Susah hati juga masa saya pos tu, minggu Nekcik dah terbang bercuti ke obersea. Dek kerana tak baca blog saya tak tahu Nekcik tak ada di Malaysia.
Hingga ketemu lagi.

10 November 2013
Hari Kantin
Sebelum bermulanya kemuncak Hari Kantin, aktiviti senam berirama dulu.
Disertai oleh murid-murid, guru-guru malah ibu bapa juga.
Jualan dah dibuka.
Masa ini , para pelajar ada slot lagi di kantin tengah mendendar ceramah.
Ibu-ibu yang datang membeli dulu.
Saya ditugaskan menjual buah-buahan dan rojak.
Bila datang pembeli berkerumun sekali gus, gabra juga.
Mula tangan tak jumpa plastik nak masuk rojak .....hehhee.
Tapi rojak laku....meja paling cepat habis.
Tutup meja , cikgu sempat tarik nafas sekejap.
Yang penting ada untung untuk sekolah.
08 November 2013
Apa nak dikata
Assalamualaikum.
Semakin kalender 2013 bergerak ke penghujung tahun semakin kalut pula rasanya. Malu nak mengaku diri sibuk bak kata Dr Muhaya pakar motivasi terkenal itu, orang yang mengatakan tak cukup masa adalah orang yang tak pandai mengurus masa.
Mohon maaf kerana saya tak sempat jejak ke blog kawan-kawan semua.
Hingga bertemu lagi.

03 November 2013
Ikan siakap abah
Hari abah memancing di Sungai Petani. Katanya tempat selalu dah kecik-kecik ikannya. Haa.....sekali dia bawa balik hari ini 3 kilo katanya . Tak larat dah siang. Ikan besar tulang pun besar . Nak bagi putus tu memang hazab sikit. Sisik dia pun sebesar duit 20 sen pun ada . Merata terbang bila di sagat dengan penyagat sisik ikan. Kalau guna pisau alamatnya bila nak siap kerja.
Blur pula.
Shauqi tak larat nak angkat ikan besar.
Kes kena paksa ni.
Gambar dari Google
Ada paku-paku kecil .
Sangat kuat dan kerja menjadi cepat dan mudah.
Tapi berhati-hati kalau terpijak merana diri.
Cuma kata orang , ketagih memancing tu tak boleh tahan. Setiap minggu mesti cari siakap.
Nasib baik siakap!
02 November 2013
Subscribe to:
Posts (Atom)