30 January 2013

Hari pertama di SESERI

Pendaftaran Sekolah Berasrama Penuh seluruh negara pada 29 Januari 2013.
Kami bertolak dari rumah pada pukul 11 malam . 

Jalan raya lancar   . 
Tapi menjelang pagi hari bekerja esoknya jem panjang gila . Bermula dari Rawang menuju ke pusat bandar. Kereta bersusun berkilo-kilo meter boleh nampak  dari dalam  kereta kami.

Alternatif lain kami susur keluar menuju ke arah Kepong untuk ke SESERI. Pun jem juga.Temujanji  pada pukul 9 pagi tapi kami lewat tiba 20 minit kemudian. 
Namun sesi pendaftaran berjalan lancar.



 Ain Nadhirah bersama senior dari sekolah SMK Taman Tasik.
Terima kasih pada Aimi yang menunggu Ain dan menguruskan segala pendaftaran hari tu. Dari ambil nombor giliran, jumpa cikgu , letak warna rumah , tentukan dorm , tunjukkan kelas , pilihkan baju sekolah dan banyak lagi yang Aimi tolong.

 Dah dapat buku-buku penting.

 Pilih baju .

Ada 3 tshirt yang wajib beli ....kuning, ungu dan putih. 
Baju outing pula baju kurung batik warna ungu juga. 

 Mesin basuh ada disediakan .Tapi kena bayar RM 1 sekali guna. 
Bolehlah kalau nak basuh kain selimut , cadar, telekung  dan sebagainya nanti.

 Di kelas 4 Cattleya .

Semua nama kelas diambil dari nama orkid digunakan untuk 8 kelas .
Bila naik tingkatan 5 nanti mereka akan disaringkan mengikut keputusan peperiksaan akhir tahun.
Kelas 1-4 adalah yang mendapat markah tertinggi manakala 5-8 adalah bercampur .

Tempat dah dapat.  Sapa dulu boleh dok depan. 
Bertanda dengan kertas kuning. Maknanya tempat tu dah bertuan.

Baju outing . 
Tinggal nak pakai . Dah siap berjahit.

Semalam masa kami nak balik menangis juga si Ain ni. Bila anak nangis , mak pun apa lagi.

Bila lihat gambar-gambar yang dirakamkan ni nampak macam Ain gembira di sini . Ada kakak seniornya yang satu sekolah dari Taman Tasik .Tak adalah rasa sebatang kara.



Masa kena tinggal di SMK Taman Tasik  3 tahun dulu  tak nangis pun . Tapi sekarang  dia rasa jauh dari keluarga . Seumur hidup tak pernah berjauhan dengan keluarga sebelum ni walau pun tinggal di asrama .
Tapi sekolah tak jauh sangat dari rumah.
Boeh jumpa setiap hujung minggu.

Tapi sekarang di SESERI ....?

KL - Perak. 3-4 jam juga perjalanan
 dengan kereta. Kadang-kadang sampai 5 jam. Mana taknya asyik nak menyinggah .Pantang jumpa R& R. Lainlah naik bas ekspress 3 jam boleh sampai di Taiping .


Bukan senang nak sesuaikan diri ditempat baru. Ambil masa juga.
Harap-harap Ain kuat  selepas ini .




25 January 2013

Penyakut tudung berlubang ....boleh ke tajuk ni?



Hari ini baru dapat benda yang diidam-idamkan. Minta adik belikan di pasar sehari. Dah berminggu-minggu tunggu . Macam-macam hal pula. Tauke dia tak datang berniagalah.

Lawa pula tu . Ada kombinasi warna ungu , hijau ,  dan krim. Berkenanlah tu.
Pandai adik  akak  pilih warna.





22 January 2013

HCMC-apa yang anda perlu tahu .

Salah satu mercu tanda di Vietnam. Terletak berhampiran Pasar Ben Thanh.

 Nasib malang saya semasa di dalam Pasar Ben Thanh yang terkenal ini. 
Kalau tak masuk macam tak sah pula .

Percaya atau tidak .... saya telah di sepak oleh seorang peniaga wanita di sini.
Tapi tak kuat  pun , namun bila kaki naik ke punggung saya rasa nak marah juga.

Mereka duduk ( macam dalam gambar) bila kita lalu di hadapan kedai mereka tapi tak singgah , disepaknya saya. Saya tak perasaan , ingat anak yang ikut di belakang yang cuit. Tapi bila dah jauh sikit baru  
Alia bagi  tahu. 
Geramnya.
Kurang ajar betul.


 Singgahlah di sini untuk membeli baju kurung siap dengan labuci. 
Ada kedai di sini yang menjual kurang daripada RM 50 tau!

Bukan itu saja , ada beg , kasut , jam tangan dan sebagainya.

Jangan tertipu dengan helah si pendayung sampan ni. 
Asyik berlakun penat dan lap peluh tak habis-habis. 
Tektik nak minta tip lebih .

 Berhati -hati memilih makanan. Jika pemandu pelancung anda bukan muslim mereka hanya tahu "Pork Free". Yang lain boleh makan.

Harga makanan mahal jika  pergi sendiri.
Jika dengan egen perlancungan murah sikit. Makan pun mewah.

 Peminta sedekah ramai.
Lepas diberi sedikit sumbangan boleh pula jalan elok.
Bukan yang ini , yang lain.

Pemanduan sebelah kiri ye. 

Pandai-pandailah menggunakan mata wang semasa membeli belah. 
Tawar separuh harga . Kalau berani tawar ,  tawar  lagi khaw-khaw. Kalau peniaga setuju, untunglah anda. Kalau tidak pergi kedai lain.

Mereka akan marah jika selepas ditawar tapi kita tak jadi beli.
Apa aku kesah. 

Tadah telinga saja. Tapi  kita tak faham sebutir pun apa yang dikata.

Cukuplah cerita di HCMC . 
Letih dah.

19 January 2013

Minggu terakhir di SMK Taman Tasik , Taiping.


    Lokasi : Halal Saigon, Vietnam.

Ya, benar. Minggu ini adalah minggu terakhir anakku Nurain Nadhirah berada di sekolahnya.Selepas tiga tahun berada di sini dengan pahit manisnya belajar, bertemu kawan baru dan membesar, dia akan berpindah sekolah  untuk kesinambungan pelajarannya jauh di kota besar.

Minggu lalu , setelah keputusan ke SBP diumumkan , dia antara pelajar yang berjaya  ditawarkan ke Sekolah Sains Seri Puteri, Kuala Lumpur.

Mana bisa , menolaknya. nanti tiada lagi peluang kedua. Walaupun jauh , reda sajalah. Nanti-nanti mungkin lagi jauh untuk menyambung pelajaran. Mana ada universiti belakang rumah. In Sya Allah. Semoga Ain akan berjaya ke situ suatu hari nanti.

Ramai juga , kawan-kawannya yang ditawarkan ke SBP tahun ini. Lebih 40 pelajar akan keluar ke sekolah baru. Namun hanya 10 orang saja pelajar perempuan yang terpilih pada intake pertama ini.

Lihatlah nisbah pelajar lelaki dan perempuan ini. Jauh bezanya . Jadi pelajar lelaki ambil peluang ini untuk terus maju ke hadapan.

Tentu Ain sedih nak tinggalkan  SMK Taman Tasik . Sekolah indah di kaki Taman Tasik Taiping. Di kaki Gunung Larut. Hawa nyaman selalu , sesekali berkabus. Semua itu akan jadi kenangan indah .

Ain , walau di mana pun kita berada  solat jangan tinggal, pegang agama sebagai teras kehidupan.
Tekat dalam hati untuk terus berjaya dan berjaya . Semoga Ain dilindungi Allah hendaknya walau di mana Ain berada.

Jarak yang jauh , mak dan abah tak dapat berkunjung selalu. Tak macam di Taman Tasik seperti sekarang. Tiap-tiap minggu boleh jumpa. Tapi kat sana keadaan yang sama sukar berulang. Tapi ingatan dan kasih sayang untuk Ain tak akan berkurang.

Semoga Ain akan berjaya mengejar kejayaan dunia dan akhirat.
Amin.

* tiba-tiba emo pula .... huhuhu..


18 January 2013

Hcmc- SURAU ANNUR

Selepas lawatan di Terowong Chu Chi dan makan tengahari di Restoren Shamsuddin kami dibawa bersolat zuhur  di Surau Annur. Surau ini menempatkan juga kelas agama bagi murid-murid Islam. Ada murid-murid di sini yang pernah belajar Maahad  di Terengganu dan Al Bulqari ,Kedah.


Imam Surau Annur. 
Bersama beliau ada juga ketua kampung .
Mereka mengalu-alukan  kedatangan kami, saudara-saudara Islam ke surau mereka.

Sungguh tak disangka , kami dijamu  dengan kuih baulu dan sebotol air mineral setiap seorang. Walaupun hanya air mineral kami sungguh rasa tersentuh dengan  layanan mereka.


Surau ini terletak jauh dari jalan besar. Kalau tak biasa memang tak jumpa.
Di situ ada perkampungan Islam.
Tukang jahit pun ada yang  mengoffer diri.

Ada blogger-blogger lain yang pernah ke sini dan membuat entry tentang surau ini. 
Sememangnya mereka memerlukan  bantuan kita untuk membangunkan agama  Islam di sana.




HCMC - Muzium Perang.

 Basiroh , selepas memborong telekung kami dibawa ke Muzium Perang.

Nak jadi cerita, bila kami keluar dari kedai , sorang dari group (suami kawan saya ) dah tiada.
Siisteri dah susah hati. Kami semua pun tertanya-tanya ke mana perginya Haji Fauzi ni?

Tapi bila kami sampai di Muzium Perang , dari jauh kami dah nampak dia dah ada di pintu masuk muzium. Lega!

Rupa-rupanya, masa kami semua masuk ke dalam  kedai, dia menunggu di luar saja. 
Namun , bila dia jengok ke dalam kedai dia tak nampak group kami.
Bas  kami pun tak nampak.Rupanya, bas tak boleh parking kat situ sebab jalan sempit.

Logiknya, kedai Hajah Basiroh ni kurus dan tinggi(rata2 semua bangunan di Vietnam macam tu) kami semua sedang berada di tingkat atas memilih telekung. Jadi dia tak nampak.Dia INGAT KAMI DAH TINGGALKAN DIA. 

Dia pun pergi sendiri ke muzium dengan menumpang motorsikal orang Vietnam. Kalau nak jalan kaki jauh juga. Nasib baib jumpa baik.

Muzium Perang Vietnam.
Ada tiga tingkat . Tak naik habis . Dah penat. 
Ada disediakan tangga dan juga lif.
Mempamerkan gambar perang , senjata yang digunakan, manusia yang cacat akibat perang dan sebagainya.


 Di luar bangunan muzium -jet-jet pejuang.
 Cacat akibat perang kesan bahan kimia dari letusan bom.

Kereta kebal.

Serpihan bom. 
Boleh lihat dan sentuh. 

Mati . 
Berkecai badan.


Asyik berlaga dengan orang putih. 
Ramai sungguh mereka kat sini.

Anak-anak dilahirkan cacat.

Baby yang cacat diawet.


Nasib baik Hj Fauzi dapat jumpa balik dengan group kami.
Berpeluh juga ketua rombongan.

Semoga negara kita aman sentosa selamanya.
Lahir selepas merdeka , tak pernah merasa peritnya peperangan . 
Dan tak ingin melaluinya.








16 January 2013

HCMC - Kenangan yang tak dapat dilupakan.



Sebaik menjejak kami di bumi Veitnam , kena siap botol mineral untuk masuk tandas di  lapangan terbang Antarabangsa Tan Son Nhat. Biasalah tandas kering tanpa air. Kita yang biasa mewah air rasa tak syoklah nak pakai lap-lap saja.Nanti was-was nak solat pula. Keluar dari flight terus rasa nak terkucil .

Ingat , sapa yang nak ke  Vietnam  siaplah botol mineral kosong   semasa di lapangan terbang di sana.

Satu lagi , kenangan kami di sana ialah tiada tempat khas  untuk solat. Makanya , pandai-pandai sendirilah cari tempat sesuai. Masa balik , flight kami dalam pukul 8 malam tapi delay . Dahlah punya awal kami dah sampai  kat airport . Solat zuhur + asar dan maghrib + Isyak kena buat di sini.

Masalah timbul bila nak ambil air sembahyang. Air hanya ada di singki saja. Itu pun ada 4 pili. Cleaner Vietnam ni sangat menjaga tandasnya supaya tak basah . Bila tengok kami masuk dan basahkan lantai , apa lagi membebel-bebel kat kami. Terpaksa nak buat macam mana. Macam darurat pula.

Cleaner ni siap berdiri sebelah saya  masa saya ambil wuduk dengan mulut dok pot pet marahkan saya. Gasak kaulah......aku tak faham dia kata apa.

Berbeza sungguh dengan negara kita. Nak bersolat boleh di mana saja. Shopping Mall, airport, surau , masjid lagilah  berlambak.



Berjemaah di ruang legar tapi kat sini orang tak lalu.Tersorok sikit.


Bangunan yang tinggi dan kurus.
Bangunan ini di hadapan hote kami. Sambil tunggu bas , sempatlah melihat senario kiri kanan hotel.

Sebelah kiri hotel kami ini ,ada sekeluarga  yang tinggal di kaki lima kedai. 
Berniaga gerai kecil menjual makanan. Di situ berniaga di situ juga tempat tidur mereka.
Pagi-pagi anak-anak kecil mereka dah bangun . Main-main tepi jalan raya tu. Kadang -kadang tanpa seluar pun.

 Motor kenderaan utama.
Wanita di sana , walaupun bawa motor tapi berkasut tinggi 4-5 inci ala-ala peragawati .
Rata-rata gadis-gadis di sana memang suka berhigh heel.
Memakai mask (berbagai corak)juga wajib .  Sekali pandang macam bra anak dara sunti. 
Di Malaysia waktu  dilanda penyakit saja tapi di sana sepanjang masa.


Tempat wajib pergi  , Pasar BenThanh .
Kalau pandai tawar menawar membeli di sini ok saja. Tapi mesti tawar 50-70 % dari harga yang disebut. 
Tiada tanda harga susah sikit.


Senario biasa.

 Cantik tersusun. Tak beli pun.

Nak beli kasut tapi saiz kecil. 
Saiz paling besar di sana pun tak boleh pakai.
Tapi  kaki mak saiz 6 je pun. 
Kaki orang Vietnam memang kecil molek sungguh !!!








14 January 2013

AIR ASIA FREE SEAT



Promosi AA free seat bikin hati tak keruan. 
Bila dah dapat , masuk waiting room  .  Seminit , dua minit , sepuluh minit Tunggu lagi. Bila dapat terus tekan -tekan . Dapat harga tiket cantik pula .

Last-last bila nama   akhir dah   abis masuk, tekan continue ......unactive time. Macam nak nangis la la tu juga. Bukan tekan nama sorang dua tapi lapan orang. Rasa sia-sia saja masa aku dok booking tiket ini.

Ini yang buat tidur tak lena. 

haishh.......kena cuba booking lagi ni. 

Kena ketuk

 Tak pasal-pasal duit nak terbang ujung-ujung bulan. Kereta kemek pula.....alahai.

Kenalah ketuk balik bagi nampak cantik macam sedia kala. Kereta nak pakai lama. Kalau nak ganti baru tu lain cerita.

Masa undur kereta , terlanggar belakang kereta cik abang. Mujur kereta dia tak kemek juga. Kalau dua-dua kemek  lagi kes naya.

Lagi naya , kalau mak kena tanggung kos segala..........




10 January 2013

HCMC - Baju kurung dan pasar malam Vietnam

Sebenarnya ada lagi cerita di HCMC yang masih berbaki. Namun kekangan masa membuatkan sambungan entry itu terbantut begitu saja.

Bercerita tentang shopping di Vietnam. Banyak kedai menjual  baju kurung siap.Siap jahit dengan labuci lagi. Bukan labuci sikit-sikit , penuh kat dada  atau bawah baju dan tangan  .  Kalau kat Malaysia upah jahit labuci pun dah berapa ringgit? Di sana kita boleh dapat semua sekali bawah RM 50 sahaja. Mana kita tak rambang mata.

Majoriti kedai ada menjual baju kurung dan  telekung termasuk di pasar malam juga. Namun blaus wanita kurang menjadi minat saya berbanding di Bandung atau Jakarta. Fesyen di sana lebih menarik untuk muslimah. Lagi pun harganya jauh lebih murah.


Kedai kain Hajah Basiroh di bahagian atas kedai.

Semasa di sana , kami dibawa ke kedai Hajah Basiroh . Kedai yang sempit tapi penuh dengan kain baju  dan telekung. Rata -rata bangunan di sana kurus dan tinggi.

Kedai kain Hajah Basiroh ini  2 tingkat. Masa kami sampai  ada juga pembeli dari Malaysia yang sedang memilih kain telekung.

Sempoinya toke kedai hanya duduk bersila menunggu pelanggan membuat bayaran.
Anak-anak saja yang melayan kami . Telekung di sini boleh dibeli dari harga RM 30 hingga RM 90. Selesalah pakai  telekung Vietnam. Sejuk kainnya. Manakala dibelakang hajah ,  ibunya sakit terbaring di atas katil  tapi ada sorang  yang menjaganya.


Ini sahabat saya  Zatul.
 Di  sebelahnya  bertudung pink orang Taiping yang secara kebetulan bertemu
 di pasar malam Vietnam. Datang beli barang niaga.

Tengoklah di belakang mereka , penuh dengan  baju kurung , jubah dan tudung-tudung. Tudung Fareeda pun ada dijual di sana. Tudung Half moon dengan manik-manik bersilau pun ada. Yang penting murah , malah jauh lebih murah dari harga di sini.

 Penuh dengan beg. Pelbagai fesyen dan warna.


Ini Cikgu Ana, kawan saya.
Apa ke benda tah?Tapi cantik sangat. Tanglung kah itu Ana ?


Dari kamera Ana juga . Saya tumpang cedok juga .
Terima kasih daun keladi......nanti-nanti nak lagi.


Pilih, pilih  di gerai alas meja.


Segala jenis siput  semua ada. Tinggal nak sedut je.
Anda berani?


Siput, kerang dan ketam.


Barang kraf


Kraf Vietnam.

Kenapalah tak beli satu buat kenangan benda-benda comel ini.
Bila tengok gambar ini teringin pula kotak hiasan tu.

Haishhhh.

Kredit gambar untuk  Ana dan Zatul.







not 50 Malaysia

hari ini dengan not 50 sekejap saja bole.habis. Tengahari  tadi baru tukar not 50. Beli lauk, bayar buku anak  beli  Jabatan (wajib beli). 

Kalau tak wajib ada yang tak nak beli. Diari tahun lepas pun tak abis tulis lagi.



08 January 2013

Malam di HCMC

Suasana malam di HCMC sangatlah happening. Semakin malam semakin meriah. Semakin ramai orang di  jalanan. Tambahan pula masa kami berada di sana dekat dengan sambutan Krismas day. 

Banyak perhiasan , lampu dan pokok-pokok krismas menghiasi landskap kota itu.
Dengan SALE yang nampak kedebom mengumpan pelanggan.

Aktiviti kami, sebelah malam adalah wajib keluar untuk cuci mata di pasar malam Vietnam. 
Apa lagi yang boleh dibuat di sini memalam kalau bukan ke sinikan?

Dua malam mencari kasut sukan untuk anak-anak.


Mak pilih ,  Abah tukang tawar.... hihihi

 Teksi Vietnam  VINASUN....yang boleh dipercayai

Penat ikut mak meronda....baru kau tahu.
Anak-anak yang lain dah balik hotel.

Depan hotel kami . 
Tunggu bas bawa pergi makan malam.


Singgah di TAKA PLAZA. Kat sini dapat beli baju kurung dalam RM 45 .
 Siap manik lagi. Kami semua pakat beli kat satu kedai orang Melayu Champa kat sini . 
Untung besar dia malam tu.
Ada juga yang beli jubah di sini.

Kedai dia di paras satu tak jauh dari pintu masuk sebeah kanan.
Dia juga berniaga di pasar malam.

Tapi berhati-hati jika berbadan gempal  kain tak boleh nak zip.
 Terpaksa datang tukar pula esoknya.
Maklumlah orang Vietnamkan kecil molek.

Sempat lagi tu , FM , keychain  dijualnya.



Dari Taka Plaza tunggu bas nak balik hotel.
Masuk bilik simpan barang keluar lagi  ke pasar malam.

Kawan saya Ana tengah belek apa tah? Ke berlakon je Ana... ni heheh

Ana dengan kak Noriah.
Dua beradik ni.

Best juga keluar memalam ni. 
Pernah keluar berdua dengan Alia , anak sulung saya. Abahnya nak tengok bola. Lambat sangat , mak keluar dulu . Nasib baik jumpa kat sana , kalau tak melepas kasut Adidas mak.
Mak pun nak juga sepasang.
Hahahah.