Percaya atau tidak sebelum mendaftar anak di SESERI ,KL kami ke Langkawi dulu.
Balik Isnin malamnya , tukar beg dan berehat sebentar dalam pukul 11 malam pecut ke KL pula.
Padahnya berhenti tidur di R&R sampai 3 kali.
Nasib baik berjalan malam , kereta tak sesak berbanding di waktu siangnya yang sesak teruk sampai tak boleh masuk di R&R Tapah.Maklumlah cuti panjang.
Sabtu , minggu cuti Thaipusam kami ke Langkawi bersama rombongan Hari Keluarga SEKUGA (SMK KUBU GAJAH) . Seramai 23 keluarga berkonvoi beramai-ramai ke sana. Meriah.
Bila masuk ke jeti Kuala Perlis , orang punyalah ramai. Tempat parking penuh dari jalan masuk ke jeti lagi. Sistem pengurusan di terminal ini yang tidak sistematik menyebabkan keadaan bertambah tidak selesa. Penumpang yang nak masuk ke feri dan penumpang keluar menggunakan laluan yang sama.
Amat sesak sekali.
Sudahlah banyak kotak pinggan mangkuk dari Idaman Suri dan Haji Ismail Group (lumrah orang membeli ) yang hendak ditolak serta beg pakaian dan anak-anak kecil yang hendak dijaga.Laluan sempit amat menyukarkan.
Penuh dengan manusia di Jeti Kuala Perlis ke Langkawi.
Delay pula. Kalah naik kapal terbang.
Terjumpa dengan ex-RTBK di sini. Ustaz Yusof .
Anak dia berbaju merah duduk sebelah Shauqi.
Tapi bila sampai di seberang tak jumpa-jumpa lagi..
Sampai di hotel penginapan , terus menuju ke pantai Cenang. Cari makan. Perut dah lapar.
Pekena mee udang belakang Hotel Langkura Baron ini.
Semangkuk ni RM 6.Sikit tak puas makan tapi sedap.
Selain mee udang ada roti kepit daging (apa nama tah?)
Jualan dari lori saja.
Tukang masak tu yang botak kat belakang.
Pemandangan dari bilik kami di tingkat 1. Masalah di hotel ini tekanan air rendah waktu puncak .
Bilik di bawah tiada masalah air , tapi yang duduk tingkat 2 dan 3 meranalah tunggu air.
Nasib baik dia sediakan pili air disediakan banyak di depan bilik di bawah. Boleh tumpang ambil air sembahyang Maghrib .
Bilik kami .
2 katil kelamin.
Kereta sewa kami. RM60 sehari.
Rupa tak lawa tapi aircond berfungsi baik. Tak ada masalah bagi saya asal boleh gerak.
Cat dah kena resdung.
No hal lah .
Ada juga minuman disediakan dalam bilik.
Tv.
Pantai Cenang tempat tumpuan pelancong antarabangsa .Eropah, Korea , Jepun. Macam-macam ada.
Sekali tengok macam senario di Hadyai pula. Waktu malam sangat happening.
Makanan tentulah mahal di sini . Maklumlah tumpuan dunia.