Buat Duit

Saturday, March 30, 2013

Jom joint GA dari blog Nina Az

Teruja tengok hadiah yang disediakan  oleh Nina untuk GAnya kali ini.Banyak gila weh !

Jom ramai-ramai jom lagi pun syarat penyertaan pun tak susah.



Ini antara beberapa hadiah yang disediakan. Ada lagi sampai 9 hadiah . Hooohoooo....banyak sungguh.
Gumbira.

Klik sini untuk terjah GA Nina Az.


Thursday, March 28, 2013

Beg Sarawak


Sebenarnya beg Sarawak ini diberi oleh mak saudara saya. 
Beg yang dibeli masa dia ke Sarawak dulu.

Dulu tu memang dah lama lebih 10 tahun dah tapi baru diberikan  baru-baru ni pada saya . 
Tapi tak tahu nak buat apa saya letakkan sebagai pasu pada orkid tu.
Sememangnya , pasu tembikar bunga tu pun dah pecah. 
Molek sangatlah beg sarawak ni jadi penggantinya.

Bila diperhatikan sesuai juga.




Wednesday, March 27, 2013

Tuesday, March 26, 2013

Lampu suluh


Asal nak bercamping Pengakap, mak kena beli  lampu suluh .
Tak beli dah ada dalam syarat barang kena bawa. Nanti kut kecemasan susah pula .

Start  dari abang sampai ke adik. Camping kat sekolah , camping sijil keris gangsa, Keris Emas ( Pengakap banyak peringkat Kerisnya) beli lampu suluh.

Bila balik mak simpan , tapi dapat kat adik (Shauqi) buat main pula dah.
Kali ini beli yang paling murah . Tak pakai bateri . Dah save dah kat situ. Cas kat soket je. Terang pulak tu.

Body kecil tak sampai sejengkal tapi power menyala.

Mintalah yang ni  tahan lama sikit.



Sunday, March 24, 2013

Musim kenduri dan doorgift

Cuti sekolah dah bermula . Semalam dan hari ini gantung periuk. Makan kenduri time.

Tapi budak-budak kat rumah ni bukan nak ikut semuanya. Dah besar-besar ni ada yang nak mengelak dah tak nak ikut mak.


Ini antara doorgift yang dapat masa makan kenduri.

Cantik. 
Boleh buat perhiasan atau letak keronsang, atau cincin.



Thursday, March 21, 2013

Buah apa tah?


Sebenarnya tidak tahu buah apa namanya. Buah atau sayur ? 
Rasa-rasanya macam spesis petola. 



Orang kata sedang masak  air dengan udang.
Masak  lemak boleh tak?

Isi di dalam lembut dan gebu. Lebih gebu dari petola.


Ada jiran yang baik hati yang bagi. 






Surat untuk Ain.


Tengahari tadi , bila sampai rumah nampak surat dah jatuh ke simen. Sapa pula yang bagi surat cinta nih?
Buka pintu kereta tak sempat masuk parking  terus  koyak sampul.

Surat  pertama dari Ain . 
Ain yang jauh . Ain yang sedang belajar di SESERI( SM Sain Seri Puteri), KL.
Ain yang rasa jauh tapi jarak , bukan ingatan mak pada Ain.
Pada kakak juga.

Ain ingat tak masa keputusan PMR keluar. 
Kita semua berada jauh di HCMC .  
Di Chu Chi . Boleh klik SINI.
Jauh dari tanah air,jauh dari sekolah Ain.
Hari tulah keputusan PMR diumumkan .
Macam mana kita tahu keputusan Ain?
Dari mesej kawan-kawan Ain yang mengucapkan tahniah.

Ain yang masih sesekali menangis  bila menelepon mak.
Ain yang suatu hari,
 bawa kawan jumpa kuanselor tapi Ain yang terlebih menangis dan terus minta bercakap dengan mak.


Tapi mak percaya , Ain sekarang ni dah ok sikit berbanding dulu.
Ain bukan tak pernah duduk asrama sebelum ni pun.
Ain budak hostel.
Cuma Ain terpaksa belajar jauh sikit dari mak, dari abah, mak tok dan adik beradik lain.Walau pun jauh kami tak lupakan Ain lah.

2 minggu lepas pun mak turun ke KL semata-mata nak outing dan jumpa Ain.

Tapi esok Ain dah nak balik.
Cuti seminggu. Hati mak dah berbunga-bunga . Anak-anak mak nak berkumpul semula.

Mak tahu mungkin Ain tak sempat baca entry ni.
Tiba-tiba Ain telefon pula malam ni. Oh! tak dak prep rupanya sebab esok nak bercuti.
Wah, lamanya surat Ain ni. Rupanya surat ni dah lama ,   minggu kedua selepas Ain daftar  di sana. Hari ni baru sampai rumah.


Mak doakan Ain kuat semangat untuk terus belajar dan berjauhan dengan mak.




Wednesday, March 20, 2013

ABC merah menyala


Saya suka minum ABC. Nak pula yang ada macam-macam rencah di dalamnya. 
Ada kacang , lengkong, buah pala (yang panjang-panjang), kacang merah ,kalau kat Penang mesti dia bubuh  buah kabung . 
Kenal tak buah kabung ? 
Meh nak tunjuk
.

.
.
.
.
Buah kabung.
Banyak kat Pasar Chowrasta.


Bila gigit rasa kenyal-kenyal . 
Bila bersatu dengan rasa  manis dan lemak susu , gula merah, dan bahan-bahan yang lain ...wah sedapnya.
Tambahan pula tengah-tengah hari panas macam sekarang.

Sebenarnya , saya nak cerita tentang ABC yang saya minum dulu( gambar di atas). 
Pewarna merah tu memang dia tuang terus dari botol pencelup merah. 
Depa ni tak masak air gula dulu . 
Pakai tuang saja.
Bila kita minum , tu dia aih....merah menyala jadinya.









Tuesday, March 19, 2013

Ladang Jagung



 Dulu tempat ni diwar-warkan sebagai ladang kambing boer terbesar di Asia Tenggara. Memang luas pun .
Tapi projek kambing tak jadi. Yang tinggal sekarang kandang-kandang kambing.

Ladang kambing dah jadi ladang jagung sekarang ni.
Kawasan ni cantik saujana mata memandang.
Tepi jalan .

Nun di sana boleh nampak kandang kambing dari jalan besar.



Lagi kandang kambing.

Pokok jagung tengah naik.
Nampak tak ??

Jual tepi jalan.


Musim jagung tengah dituai. 
Orang sini jenuh makan jagung hari-hari.




Monday, March 18, 2013

Jagung Rebus

Baru nak rebus.

Minggu ni hari-hari makan jagung.

Hujung minggu lalu, ayah mertua singgah rumah bawa jagung 10 tongkol.

Rebus juga.

Jagung baru manis sungguh.

Semalam adik singgah rumah pun beli jagung juga.

Tadi suami balik dari Taiping , pun beli jagung l sebungkus lagi.

Dah masak.

Tengoklah biji-biji jagungnya, rapat dan besar-besar.

Tak muat nak rebus 10 tongkol serentak.

10 tonggol  10 ringgit.

Ladung jagung tengah bermusim.


Saturday, March 16, 2013

Mee Rebus Special Pak Tam

                                                                            RM 7.


Bila Aiman Wafi yang mengorder untuk mak ( mak tunggu kat meja saja) , jadilah mee rebus special untuk mak santap.
Kalau saya yang order sendiri , saya lebih suka yang biasa saja (RM 4.50).

Tak ada beza antara keduanya pun  cuma dia letak cucur (nipis dan rangup) ke dalam mee rebus special .

Kami makan masa singgah di R&R Ulu Bernam hala selatan . Kalau R & R Tapah hala ke  Utara.





Pra sekolah Shauqi.

Tiba-tiba tahun ni Shauqi tak mahu ke Tadika Islam , asyik buat perangai pagi-pagi nak ke sekolah. 
Terus bawa Shauqi daftar Pra sekolah RTBK.


Bila masuk lambat , uniform pun lambat dapat.
Pakailah dulu tshirt putih dengan seluar biru.
Baju ni pun baru siap 2 hari lepas.

Shauqi dan sahabat baiknya. 
Fahim dan Hanan(menyorok belakang abangnya).

Mesti tunggu Fahim sampai baru nak ke kelas sama-sama.


Tak padang kamera , jual mahal pula.


Bersama kak Ila, pembantu pra. 
Dah macam cikgu juga serba boleh.



Thursday, March 14, 2013

Sikat seringgit

 Percaya atau tidak harga sikat rambut di atas hanya seringgit satu.
Saya beli dua jenis sikat , jadi saya hanya bayar RM 2 saja.

Namun yang untungnya , set sikat yang warna coklat ni mempunyai sehingga 6 bentuk sikat. 
Sikat ini saya beli untuk anak lelaki . Sesuailah untuk mereka berdua , Izzat dan Wafi.




Kadang-kadang tak bersikat budak-budak ni. 
Itu yang mak beli banyak-banyak ni.

Beli kat pasar sehari, gerai barang seringgit. Kalau pandai pilih  boleh tahan lama jangka hayatnya.

Bukan setakat jual sikat , barang dapur  pun ada macam pisau, penapis teh , penapis minyak , penapis cokodok (contoh je),pembuka tin, gunting (beli dah lama masih tajam sampai sekarang ), penyepit baju.....banyak lagilah.


*Bila dah seringgit , kadang-kadang ambil barang beringit-ingit pula.



Dah khatam

Aiman Wafi dan adiknya Shauqi

Alhamdullillah 2 minggu lepas , malam Jumaat Aiman Wafi dah khatam Quran.
Syukur, Aiman mengikut jejak abang dan kakak-kakaknya.

Namun walau dah khatam tak bermakna kita terus tak buka quran lagi.




Majlis Tilawah Al Quran 2013 


Wednesday, March 13, 2013

Hampeh betul

Roti ditebuk tikus.

Kalau dah tak ada rezeki kita , memang tak dapatlah nak merasa.

Beli roti  di stesen keretapi Ipoh (kedai nyonya) untuk  makan dalam perjalanan ke KL hari tu.
Berhati-hati lain kali kalau nak membeli . Perhatikan betul-betul takut terbeli yang  kena tobek lagi.

Lepas makan 2 keping baru nampak plastik dah berlubang. 

Tak berani nak makan . Tinggal saja atas keretapi.


Monday, March 11, 2013

Secret Recepi

Turkish Indulgance

Kopi free

 Shauqi dan Kak Ain dia.

Sepotong kek kongsi pkat rasa.


Outing dengan Ain , hari tu lepak sambil makan kek SR.
Tertunai hasrat di hati nak rasa kek yang penuh kacang-kacang.
Sepotong RM 10++.
Tapi dapat minuman   free dengan pembelian sepotong kek di sini. 
Dari jam 3-6 petang saja dapat minum teh atau kopi free. 
Air lain kena bayar.




Magic Pan dari Idaman Suri.

Teringat pula bila Magic Pan yang murah di Idaman Suri tapi tak beli masa ke Langkawi tempohari. Menyesal pula ....asyik teringat -ingat.


Jadi , pesan pada adik yang ke Langkawi hujung minggu lalu. 
Tapi yang menjadi idaman hati dah habis . Dapatlah yang kecil sikit dalam RM 43 .

Saiznya 30x22inci .
Muatlah nak panggang ikan dan bakar  bengkang atau kek di dalamnya.








Walaupun kita boleh bakar kedua-dua belah penutup tetapi untuk tahan lama Magic Pan ini  bakar di satu bahagian sahaja.





Saturday, March 9, 2013

Keretapi @ ETS dari Ipoh ke KL


Semalam , Sabtu 9 Mac kami  KL dengan berkeretapi bertiga beranak  dari Ipoh . Kami tinggalkan kereta di stesen keretapi Ipoh .Tiba di KL  naik teksi pula ke SESERI untuk berjumpa Ain dan terus bawa dia keluar.  Tak jauh pun outing , Parkson  kat depan  sekolah tu saja. Minggu ini  budak-budak Seseri boleh outing.


Seronoknya Shauqi dapat naik keretapi. Pertama kali dalam hidup. Mak pun suka juga. Kali terakhir mak naik keretapi masa mak umur 11 tahun . Naik dari Parit Buntar ke Ipoh . Mak tok bawa pergi makan kenduri. Bestnya masa tu keretapi lalu di tengah-tengah Tasik Merah.


Masa ini awal lagi, orang tak ramai . Kami pun puas posing dulu.
Ada jejantas untuk ke sebarang. Tapi kami tak perlu naik jejantas pun keretapi sebelah sini untuk ke KL.


Atas jejantas.

 
Bangunan stesen keretapi Ipoh. Senibina dari zaman orang putih lagi.
Tandasnya bersih dan kena bayar 30 sen.

Luas dan selesa. Boleh letak bag lagi kat bawah.

Cafe @ kantin . 
Masa pergi kami berada di bahagian D . Dekatlah dengan cafe ni. 
Asyik terbau aroma kopi yang harum dari sini.



Ada juga tempat letak barang atau makanan.
Macam dalam kapalterbang pula. 
Bila nak sampai ada pekerja datang kutip sampah bawa plastik besar.
Sebiji macam dalam Air Asia.
Pramugari / pramugara yang cun dan manis memakai uniform warna kuning , warna KTM. . 

Masa masih awal , kami pekena dulu teh di cafe di stesyen ini sambil baca surat khabar. Mana taknya , sampai  di situ pukul 9 pagi , tiket pukul 11 pagi baru bertolak. 

Bersedia untuk bertolak.

Harga tiket terbahagi kepada 2 jenis . Waktu puncak macam kami naik (bertolak pukul 11 pagi) berharga RM 35 untuk dewasa. Untuk kanak-kanak RM 22. Kalau waktu biasa macam pukul 9 pagi hanya RM 25 sahaja untuk dewasa tapi kami terlepas . Masa kami sampai , keretapi baru saja bertolak 5 minit lalu.

Tapi waktunya tak punture . Misalnya  waktu kami  balik dari KL ke Ipoh hari yang sama  tiket jam 6.05 petang. Jam 6. 28 petang baru bergerak. Sampai Ipoh 8.55 malam.

Puas hati sehari ke KL jumpa anak dan dapat meluangkan masa bersama-sama.
Nanti boleh pergi lagi ke sana untuk outing dengan Ain.
Bestkan Ain?


* Berbaloi jika pergi tak ramai dengan keretapi ini. Kalau bawa satu gerabak parah juga poket.
Jika ramai lebih ekonomik dengan berkereta sendiri. Namun , driver @ abah boleh berehat sekejap semasa dalam keretapi bergerak.



Friday, March 8, 2013

Tersilap pula.


Tersilap ambil pula semalam , nak beli yang rasa lemon tapi terambil yang rasa mangga pula.
samapai rumah , buka plastik dan  rasa baru tahu bukan yang diidamkan.

Mata mak dah kelabu agaknya.

Wednesday, March 6, 2013

Motor Besar Shauqi

sebenarnya dah lama abah mengidam nak beli motor besar untuk Shauqi. Tapi tak ada rezeki sehingga kami balik dari Langkawi hari tu. 

Sebelum ni bila berjumpa motor besar mainan kanak-kanak ni tak kena harga denga poket dan susah nak bawa balik dek kerana kereta penuh dan sebagainya.

Namun bila abah memandu pulang dari  jalan lain  (dari masa datang dulu), hati mak pun terdetik mungkin abah nak singgah pekan Changloon sebelum bertolak balik rumah .Padahal malam tu juga kami akan ke KL mendaftar Ain di Seri Puteri .Cerita SESERI ada di sini.

Hari tu, abah tak tengok harga motor besar di sini murah berbanding di tempat sendiri.




 Macam-macam pesen.

Pilih satu yang ada offer harga.
Rezeki shauqi. 



Dah menang gula-gula dapat duit lagi.

Ini kenangan kami semasa bercuti di Langkawi bulan Februari lepas.

Kelihatan anak-anak gembira mengutip gula-gula.
Yang tak sangkanya , Shauqi dapat kumpul gula-gula terbanyak dan dapat RM 15 sebagai hadiah tempat pertama.

RM 15 baginya besar dah nilainyabagi budak tadika.


Kutip  dik , kutip dik.

Tak tinggal satu pun. Kutip sampai licin.


Tengah kira berapa dapat dengan abang-abangnya.


Gula-gula dah dapat , dapat hadiah lagi

Kaum kerabat