28 April 2013

Belajar buat sandwich pula


Hari tu belajar buat aiskrim, sekarang belajar buat sandwich pula.
Aktiviti yang dibuat dalam aktiviti kokurikulum Persatuan Puteri Islam minggu lepas.
Sekurang-kurangnya murid-murid ini tahu menyediakan makanan yang mudah dan berkhasiat.

Masing -masing ada kerja.

Dibahagikan mengikut kumpulan.


Tengah sibuk buat kerja.

Kreatif.


Dah siap, sedia dimakan..

Memang aktiviti yang disukai oleh murid-murid.
Lepas selesai  semua kerja boleh terus  makan.


26 April 2013

Kreatif

PRU 13 semakin hampir.
Bendera berbagai warna bergantung di mana-mana.

Namun kali ini dapat dikatakan betapa kreatifnya penyokong-penyokong parti membina replika  seperti kapal selam , meriam , cincin, beg tangan, patung-patung , helikopter , kapal dan sebagainya .

Meriah sungguh .

Mungkin ramai penyokong-penyokong muda yang tampil memberi sumbangan mereka kepada parti yang disokong. Dengan itu banyak hasil kreatif dapat dilihat.

Keadaan bendera yang banyak di kiri-kanan jalan juga kadang-kala ada yang menyekat pandangan pemandu di jalanraya. Misalnya di kawasan selekoh atau simpang.

Minta-minta jangan berlaku kemalangan akibat benda-benda macam ni.



25 April 2013

FMku bertambah

FM buah tangan dari Padang, Indonesia.


 FM tanda mata dari Krabi.

 Kek buah dari Hadyai.

 Rupa sebenar kek buah.

 Kek 3 warna .
Lembut dan gebu.
Ala-ala kek chiffon.

Kerepek labu.




23 April 2013

Terapi Al-Falah


Saya mencuba terapi Al-Falah ini Ahad lepas. Lepas balik dari Taiping terus ke tempat ini.
Saya terdengar juga orang  kata benda ini tak boleh dipercayai, tipu dan auta.

Tetapi rasa nak mencuba lebih kuat  menolak di dalam diri. Saya abaikan cakap-cakap orang.


Saya pergi bertiga dengan mak dan  adik ipar.
Mula-mula air putih bersih.

Di dalam kotak plastik itu ada tindak balas elektrik dan serbuk batu kristal.


Setengah jam = 10 ringgit.
Dalam 15 minit dah nampak perubahan air. 
Air berubah warna , berserdak keluar benda-benda kotor dari badan.

 30 minit . Suis dimatikan , dan kotak kuning diangkat kelihatan benda-benda seperti minyak hitam di situ.
Warna yang berbeza membawa maksud yang tidak sama.
Darah beku , angin, yang hitam tu ubat-ubat yang kita makan keluar melalui tapak kaki.
Percaya tak ?

Kebaikan ion Al Falah.

Ramai pula orang buat terapi  pada hari yang sama.

Kaki saya yang mencucuk terasa kurang . 

Apa ni? Sapa tahu ?


Kejadian hari Ahad lalu.
Di bandar Taiping.

Kebetulan hujan , saya tak turun dari kereta. 
Hanya Alia dan kawannya yang turun ke kedai membeli barang asrama.


Tiba-tiba , lalulah kumpulan (orang cina) yang membawa tandu melintasi kereta saya. 
Saya tak perasan . Walaupun mereka membunyikan gendang .

Bila mereka bergerak ke hadapan baru nampak.
Kalau tahu dari awal boleh bersedia  dan dapat ambil gambar lebih baik.


Mereka berhenti di hujung ( di situlah) dan masuk ke kedai gambar di situ.
Bila kami meninggalkan tempat ini, kumpulan itu masih berada di situ.

Masa  kecil-kecil dulu, kami pernah terperangkap di bandar Taiping , bila orang-orang cina berarak dengan membawa sayur, bakul , tandu ,dan berbagai-bagai lagi barang . Mereka diiringi dengan gendang dan alat muzik cina.

Kumpulan mereka ramai, malah lagi ramai dari apa yang saya lihat pada hari Ahad lepas.
Orang kata cina sayur.

Saya pun tak tahu  betul ke tidak?
Agaknya mereka mendoakan tanaman mereka menjadi  kut.

Bila Alia sampai ke kereta, dia kata mesti mak dah ambil gambarkan?
Kamera kecil ni senang je nak bawa ke mana-mana.
Kamera baru  ceritanya di sini.






22 April 2013

kuih peneram



Kuih peneram yang berlubang empat macam ni susah nak jumpa sekarang ni.

Kuih peneram ni datang dari Johor, blogger NAD yang  bawa ke rumah hujung minggu yang lalu.

Ini fesyen dulu-dulu, zaman saya budak-budak .
Saiznya tentulah 2-3 kali ganda saiz dalam gambar tu.

Rasanya yang  manis , lemak dan gebu menjadikan kanak-kanak pun suka memakannya.
Jangankan kanak-kanak , kita yang dewasa ni pun suka.

Peneram zaman sekarang rata-ratanya dibuat bulat-bulat saja .


Imej google.


 Nama lain kuih ini juga dipanggil  kuih  telinga keling.

Pernah dengar tak?



21 April 2013

Baju baru


Tu diaaaaa......baju baru dah siap. 
Kain -kain cotton  Vietnam dan sehelai batik  crepe Terengganu.
Punyalah lama dihantar ke rumah tailor baru sekarang siap.
4 bulan menunggu you !


Bila kita serasi dengan tukang jahit dan baju-baju yang dijahit pun sedap
 dipakai , memang susah nak tukar tukang jahit  yang baru . 




19 April 2013

Senyum sekejap

Pagi -pagi  tadi  kena keluar juga untuk kerja yang tertunda.
Berhenti bubuh minyak kereta dulu.
Orang kata isi minyak kereta waktu pagi lebih ekonomik.

Di depan kereta saya , ada suami isteri  juga nak isi minyak di pam minyak untuk motor.
Naik motor  yang handle tinggi  berdua. 

Si isteri pegang  bendera . 
Masing-masing pakai baju  parti yang mereka sokong(Saya pun agak dari situlah ,takkan nak pergi makan angin bawa bendera kut?)

Si isteri pandang ke arah saya di belakang .
Senyum.
Saya pun balas senyum.

Terdetik dalam hati , sebab pakai tudung sama warnakah?

Fikir positif sajalah, sebab kita sama sebangsa dan seagama.

Lagi pun senyum satu sedekah.




Nasi Kerabu



Rezeki hari Jumaat, bila ada orang Kelantan jadi kawan kita , dapatlah merasa nasi kerabu Kelate .
Terima kasih Marini!

18 April 2013

Hari Anugerah SMK Taman Tasik Taiping


Tuan badan tak dapat pulang untuk Hari Anugerahnya. Mak yang jadi wakil dan Shauqi yang hadir .
Tak palah Ain kan .
Ada juga kawan-kawan Ain yang lain tak dapat turut serta juga . Hanya 74 dari 84 orang 
pelajar PMR ( 8A) yang ada tadi.
 Kan ramai kawan Ain dah pindah ke sekolah baru.

Selain anugerah untuk pelajar PMR, pelajar yang berjaya dalam SPM yang baru diumumkan juga turut menerima hadiah.


Ain jangan sedih tak dapat balik sebab sekolah tak bagi pelepasan.
Kebetulan minggu yang sama , sekolah  baru Ain ada program Perkampungan Menjawab peperiksaan di PWTC selama 3 hari. 

Hebat Ain, berkampung di PWTC. 
Bukan calang-calang tempat tu.

Mak pula masa dah tua baru merasa pijak PWTC . Tu pun masa nak konvo hari tu.
 Kalau tak , tak merasa jugalah.




Ini barisan koir  sebelum mak naik pentas dengan adik ambil hadiah untuk Ain.
Depa nyanyi 2 buah lagu .
Siap main keyboard oleh pelajar juga  . 
Mungkin pelajar Tingkatan 1 atau 2 , sebab kecil je saiz badannya.


Mak pun beratur juga dengan kawan-kawan Ain yang lain.
Shauqi pun beratur juga.  Bukan dia nak duduk sorang-sorang kat kerusi tu.


Abah tak dapat pergi , sebab sekolah abah pun ada Hari Anugerah juga.
Kebetulan betul  sama hari  pula.
Maklumlah esok , Perak cuti. 

Dulu Ain dah cuti masa 2 Februari dulukan? sekarang bagi peluang mak cuti pulalah.
Negeri Perak bercuti sempena Hari Keputeraan Sultan Perak pada 19 April.

Gegar pula kamera baru mak ni!

Gambar tarian , persembahan kedua sebagai selingan.

Peneman mak @ bodygard

Dalam ni ada sijil, plak , buku dan duit  untuk Ain.


Ain jangan sedih-sedih tau. Ini adalah kejayaan manis yang dah Ain dapat.
Dah jadi hak Ain atas usaha gigih Ain dengan tunjuk ajar guru-guru Ain.

Tahun depan , ada lagi yang perlu Ain kejar.
Seandainya kita leka, takut-takut kejayaan yang sangat manis   seperti ini tidak berulang.
Namun mak selalu doakan buat semua anak-anak mak berjaya  dalam di dunia dan akhirat.

Amin.





17 April 2013

PROJEK AISKRIM MINGGU SAINS DAn MATEMATIK

Bahan-bahan utama.
Susu pekat, serbuk koko, ovelate, telur (tak nampak).

Meriahnya projek membuat aiskrim oleh murid-murid hari ini.
Senang je, semua bahan masuk pengisar . 5 minit siap.

Bukan sahaja perasa koko yang ada (koko wajib sebab budak-budak ni suka koko) tapi ada
 perasa jagung , nenas, dan vanila .

Murid-murid ini dibahagikan kepada beberapa kumpulan dengan seorang guru.


Juri-juri pun ada untuk ambil markah.


Esok markah akhir dengan presentation sekali.

Kumpulan mana yang menang ?
Tunggu.

Hadiah dah ada.

Nak resepi aiskrim ada DI SINI . KLIK AJE .






16 April 2013

Rancangan tak jadi

Merancang nak buat apam tapai  hari ni. Tapi nasi yang ditapai tak jadi pula...

Kenapa nak buat apam tapai , sedangkan apam lain pun boleh buat juga.? Berjenis-jenis apam ada kat Malaysia. Apam tapai juga idaman kalbu.

Bezanya , apam tapai rasa lagi lembut dan gebu. Betul-betul saya suka. Tapi leceh betul nak buatkannya. Kena ada tapai dulu berbanding apam salju yang boleh buat jika ada nasi sejuk.

Kena buat tapai nasi lagi lah nampaknya.

15 April 2013

Ais krim koko buatan sendiri

 Bahan : 
1 tin susu pekat, 1 tin air (tin susu tadi),1 sb ovelate,
 1 biji telur dan serbuk koko (milo + sebuk koko).

Caranya:
Semua bahan di atas masukkan ke dalam blender.
Tunggu sampai sebati dan masukkan ke dalam bekas yang sesuai.
Sejukkan .

Apa-apa rasa pun boleh ikut selera masing-masing.

 Satu adunan boleh muat  satu bekas aiskrim ini .

Belum beku lagi. 
Tak sabar nak rasa ais krim buatan sendiri..

* Projek minggu Sains dan Matematik.
Cikgu kena try dulu takut tak jadi atau kuantiti tak cukup untuk semua anak murid.


14 April 2013

Donat

Pagi tadi bersarapan dengan 2 jenis kuih . Memula buat goreng pisang.  Sambil goreng  pisang sambil uli tepung untuk dibuat donat.

Dalam pukul 10 pagi , tepung dah naik maka siapkan donat pula .

Dua-dua kuih habis pagi .

Donat pagi tadi.
Tak boleh tipu tarikh dah nampak :)

Donat untuk jiran. Dah 2 minggu tak berbalas.
Tak boleh jadi hari ni kena bagi balik bekas dia punya.

Acuan donat saiz kecil  .
Kredit to Google .

Saya terap guna acuan. 
Proses lebih cepat berbanding buat  dengan tangan .














13 April 2013

Jeli Kelapa


Gambar pertama  jeli kelapa dengan kamera baru .


Nyaman tekak  , bila jeli kelapa yang sejuk ditelan waktu-waktu panas  tengahari  begini.
1 = Rm 1.20.


Ada sedikit isi kelapa muda di bahagian atasnya.


* Ada  tarikh senang nak ingat tarikh beli kamera baru.
Peringatan untuk diri sendiri.




12 April 2013

Nikon CoolPix S2500

Benda dah lama mengidam baru dapat hari ini.  Niat nak menukar kamera baru dah diwar-warkan setahun dulu . Malas nak cari entry lama tu.

Lama betul  ambil masa berfikir nak beli  kamera . Nak beli yang besar ke atau yang kecil.
Dok banding harga lagi .

Sambil tengok harga kamera ,  kat kedai mana yang harganya mampu milik.




Saya pilih yang ini  yang mempunyai  12 MG .  Ada warna merah juga . Tapi saya terberkenan yang warna light  gold ini.

Dah lama aim , mujur tak ada orang ambil dulu.






11 April 2013

Cantik tarikh !



Dah nak mengundi pada 5/5/13 .

Meh semak tempat mengundi anda.

Senanglah , cuma masukkan nombor kad pengenalan saja.

Selamat mencuba!

Klik  DI SINI.




08 April 2013

Bismillah Cendol , Taiping.


Semangkuk RM 2 .

Pertama kali mencuba cendol Bismillah yang famous kat Taiping. Kedai cendol ini pernah masuk tv. Itu pun , Alia , anak  yang sekolah kat Taiping yang tunjuk jalan.

Selain cendol , ada juga laksa dan pasembor.

Hari itu, kami order cendol dan pasembor. Laksa tak cuba  pula.

Tapi yang bestnya memang kedai cendol 1 Malaysia. Ramai pelanggan tak putus-putus termasuk cina dan India. Meja sebelah kami , apek ni tengah makan cendol dan laksa.




Pasembor.


Dari depan.
Kedainya taklah besar tapi pelanggan tak putus-putus.

Kami bayar RM 14 untuk 3 mangkuk cendol kacang merah, 2 pasembor  makan di situ  serta 1 cendol dan 1 pasembor dibungkus untuk dibawa balik.


*Kredit untuk Google untuk semua gambar .




07 April 2013

Batu Kristal Gunung Keriang.


Batu kristal ( Imej dari google)

Hanya baru-baru ini saja terperasan kasiat batu kristal yang dibeli di kaki Gunung Keriang , Alor Setar , Kedah .

Belinya dah lama  . Tapi masih tak digunakan. Masih yersimpan di dalam almari bersama-sama dengan kertas surat khabar . Baru-baru ini saja , kami letakkan dalam tempayan di bilik mandi.

Batu kristal itu hanya RM 5 sahaja harganya. Tidaklah seperti di dalam gambar di atas yang siap dibersihkan dan dihias. Bentuknya  ,  sebesar buah betik yang beratnya  sekilo lebih kurang.

Dijual dengan berbagai saiz , ada yang besar dan ada yang kecil . Yang kecil lagilah murah.Dilonggokkan di atas meja

Tujuannya pun nak letakkan di dalam tempat air mandi seperti yang diberitahu oleh jurujualnya  untuk khasiat    kesihatan .

Aneh sungguh batu kristal ini. Selalunya air pili terasa hangat jika waktu tengahari dek bahang matahari.Namun apabila diletakkan batu ini, air yang terendam terasa sejuk dan nyaman sekali.

Mungkin ini salah satu kelebihannya.


03 April 2013

Taman Tasik Taiping

Shauqi model tetap maknya.

Masa ni awal pagi, orang tak ramai lagi. Kalau petang , memang penuh kat sini. Duduk-duduk sambil tengok tasik.

Pokok tua yang dah berkurun  umurnya.

Ada hati nak hulur  kaki dalam tasik!

Lokasi pengantin mengambil gambar kenangan.

Nak suruh Shauqi berdiri tepi pokok tua ni untuk perbandingan besarnya pokok ini, tak maunya dia. 
Takut! 
Besarnya pokok ini 2,3,4 pemeluk orang dewasa.


Nun di belakang , kelihatan Hotel Flemington yang  mengadap tasik.

Daunnya dah menyapu air.

Kat sini jelas sikit , Hotel Flemingtonnya.

Malu nak tayang. Sampah bertaburan.


Di belakangnya ialah Bukit Larut.
Jalan ke Bukit Larut adalah melalui hadapan Hotel Flemington. 
Satu lagi jalan masuk ialah melalui jalan penjara Taiping.

Ini hanya sebahagian sahaja Taman Tasik . Ada lagi kawasannya  yang luas. Tempat berkelah , tempat jogging dan beriadah, kawasan taman permainan kanak-kanak, perahu itik ( perahu ke ?) yang boleh kayuh dalam tasik dan zoo Taiping pun terletak di sini.


Taman Tasik yang selalu mendamaikan.