20 May 2013

Perjalanan Umrah Pertamaku.

Dalam menanti masa , masa itu makin hampir jua.
Dalam gembira menjadi tetamu Allah, ada hati bergetar.
Takut diuji dengan dosa-dosa sendiri.
Siapalah kita hambaMu yang lemah.

Seawal bulan Januari lagi, berita gembira ini dikhabarkan oleh suami untuk menuju ke sana.
Rupa-rupanya masa cepat berlalu .
Dan esok akan ku tinggalkan segala.
Mengabdikan diri kepada yang Esa.

Semoga kami suami isteri diberi kesihatan yang baik semasa di sana - Mekah dan Madinah.
Ampun dan  maaf kuhulurkan buat semua sanak saudara , kawan dan taulan dan semua teman-teman di alam maya atas salah silap dan  tutur kata yang menguris hati tanpa sedar.

Doakan kami juga dapat mengerjakan ibadat sebaik mungkin.
Selamat pergi dan selamat  kembali ke tanah air tercinta.





19 May 2013

Cerita sedih dan sadis di HCMC

Pagi ini baru tahu cerita tentang kisah 2 beranak tak dapat balik setelah bercuti  di HCMC melalui akhbar.

Nak tahu  detail lagi kisah tersebut boleh ke blog Mazidul. Menitis air mata melihat mereka berdua  Izan dan Maryam terkontang kanting di tempat orang. Boleh KLIK SINI untuk cerita  lebih jelas. Dan  DI SINI juga.



Sudah tentu pengalaman ini merupa pengalaman pahit bagi Pn. Izan dan anaknya. Mungkin juga merupakan  satu   fobia untuk terbang dengan AA selepas ini.

Semoga tidak berulang kisah sebegini selepas ini.


Rahsia hati

Dalam rasa suka dalam hati tetap bergetar.


Jari Berkedut


Jari berkedut.

Ain menyuakan tangannya sambil bertanya kenapa jari-jarinya cepat berkedut selepas mandi, atau selepas basuh baju dan sebagainya?

Mak kata : Ain mandi lama sangat. 

"Tak mak , sekarang ni menjadi-jadi pula jari berkedut - kedut walau pun sekejap saja main air" kata Ain.

Kenapa ya?
Harap-harap janganlah ada tanda-tanda yang tak baik  dari segi kesihatan  dirinya


.


18 May 2013

Habbatus Sauda




Saya tertarik cerita seorang anak tentang bapanya. 
Bapanya mengamalkan habbatus sauda sejak muda.
Sangat bertenaga . 
Tak pernah komplen sakit lutut dan sebagaimana orang tua-tua seusianya. Malah rajin bangun bertahajut dan dapat beribadat dengan sempurna.

Padahal bapa ni , cikgu pencen yang pernah mengajar saya masa saya di sekolah rendah lagi.. 
Anak murid ni pun dah masuk 4 siri , apa tah lagi cikgu pencen tadi.
Mungkin dah lebih 70 tahun.

Saya pun membeli sekotak Minsyam ini.
Habbatus sauda yang belum diproses seperti biji sawi.
Bagi saya lebih mudah dalam bentuk kapsul daripada yang serbuk.

Tapi betullah...terasa ringannya badan
dan bertenaga 












17 May 2013

Aktiviti hari guru

Murid Pra sedang buat persembahan.

Ini antara hadiah yang diterima dalm permainan guru vs murid.
Guru le menang ...dah nama pun hari guru.
Tapi saingan sangat sengit maklumlah budak-budak tu wakil daerah dalam Bola Tampar.
Terima kasih pada Cikgu Fazni PK Kokurikulum kami yang sponsor kipas tangan yang cantik tu. Tapi kasihan ,  kakinya terpeliut (ligemen pecah) di sambutan Hari Guru semalam masa lawan bola jaring.
Moga cepat sembuh.

Shauqi dan kawan-kawan.
Letih nyanyi , makan pula .

Kek sumbangan dari YB yang baru menang.
Timbalan Menteri Luar Negeri.
Terima kasih atas ingatan.

Hadiah  hari guru , tukar -tukar.
Dapat mangkuk ni. 
Suka boleh masuk oven , terus letak atas meja pun boleh.

Cikgu Pra Pn. Shuhaili  dan Kak Ila.

Sebahagian hadiah yang dapat semalam.
Terima kasih anak didik semua.




16 May 2013

Apam Indon untuk Hari Guru


Satu adunan dapat dua bekas  dan jadilah dua corak.
Senang sangat nak buat dan bahan pun mesti sedia ada di rumah.
Resepi dari blog Masam Manis .Klik sini untuk Resepi.

Berbelang-belang.



 Acuan 1 - yang belang-belang  di atas tadi.
Tersenyum pula.

 Acuan 2- berlayer-layer.

 Struktur dari acuan 2. 
Untuk melapiskannya kukus selapis-selapis sehingga masak.
Berbanding acuan 2 semua aduan dicampur serentak  sebelum dikukus.





14 May 2013

Minggu yang sibuk



Minggu peperiksaan.
Selamat berjuang!


Sibuk juga buat latihan Hari Guru.

Kredit to Cikgu Isma untuk foto.

13 May 2013

Cerita semalam


Pisang berangan .

Pisang berangan yang montok dan  manis.
Suami saya suka  beli pisang nak pula pisang berangan.


Makan sate je...kesukaan ibu.

Semalam sakit kepala .
Adakah tak tahan makan pisang berangan itu?
Orang kata pisang ni " berangin".
Satu badan keluar angin atas bawah.
Nasib baik bangun pagi dah lega.




11 May 2013

Selamat tinggal Samsung ku

Skrin pecah.

Tepi tu punpecah juga.
Tak keluar apa satu pun dah . 
Gelap.

Penangan anak bungsu .
Hari tu dia dah pecahkan skrin komputer.
Hari ni , telefon pula.
Menangis tak berlagu maknya.




09 May 2013

BULAN REJAB



Dari FB.


Menarik untuk dikongsi.
Mari kita panjang-panjangkan.


                                                                                               

08 May 2013

RM 250 -Baucer buku.



Jangan harap nak borong alat tulis semata.
Wajib beli RM30  buku-buku daripada RM 50.
Rezeki anak .
Alhamdullillah.



07 May 2013

Kilat dan hujan.

Petang tadi hujan lebat dengan kilat dan guruh berdentum-dentum. Sampai peti suis utama jatuh sendiri kena tolat dengan kilat.

Kolam(tanah rendah) kat depan rumah dah naik air.

Nasib baik sempat tarik wayar-wayar penyambung modem . Kalau tak mesti terbakar lagi.

Sekarang ni pun satu peti  suis utama boleh on. Satu lagi dah tolak naik atas tapi semua alat elektrik dan lampu tak menyala.

Mesti ada yang tak kena ni.

Jangan sampai tak berkipas malam ini.


06 May 2013

6/5/2013 di SESERI




Harapkan cuti tapi tak cuti semalam.
Nasib baik ada Nadiah yang balik dari Johor  mengundi di Penang, boleh Ain tumpang  ke sekolahnya.

Tiket bas ? Dah habis bila terlewat beli.

Bertolak awal dari rumah ,pukul 1.30 tengahari dah sampai kat SESERI.
Terima kasih pada blogger NAD.




05 May 2013

Makan-makan


Bila ramai ada di rumah , mak pun rajin masak-masak.
Ada  roti garlic berkeju cicah dengan mushroom soup.


Resepi dari Ros Jintan Manis.
Bun Osaka Lembut.

Siakap pun ada juga.



PRU 13

Dari rumah dok aim nak ambil gambar masa beratur nak mengundi.
Sebagai kenangan .
Bukan senang 5 tahun sekali.

2008 saya bertugas dalam PRU 12.
Tahun ni pencen.

Tapi bila sampai  di sana orang lain tak ada.
Kami saja , saya dan emak.

Suami mengundi tempat lain.
Terus dapat  nombor dan saluran tempat mengundi.
Serah jari untuk letak warna biru.
Dapat borang undi.
Pangkah .
Masukkan  dalam peti .

Tak payah beratur lama-lama.
Masa tu baru pukul 10 ++ pagi.
Agaknya orang kampung keluar lagi awal.
Sekarang berdebar tunggu keputusan ............mengalahkan calon yang bertandinglah pulak.



04 May 2013

Jom mengundi

Jom keluar mengundi.



Ini bukan jari saya tapi jari kawan saya .
Dia dah siap mengundi .

Saya belum lagi.

Terima kasih Tini kongsi gambar.



Buku baru dari PWTC untuk Shauqi




Shauqi dapat buku yang Kak Ain beli di Pesta Buku di PWTC. Buku murah saja tapi buat Shauqi tersenyum.

Terima kasih Kak Ain.

03 May 2013

Akibat PRU 13

Minggu ini minggu bercuti semua anak-anak bersekolah  berasrama sempena PRU 13. Minggu berkumpul anak-beranak.

Semalam ke KL ambil Ain di Seri Puteri. Ain lambat ambil tiket bas. Bila nak beli dah habis. Penangan pilihanraya  semua orang nak balik kampung. Terasa macam cuti semester pula.

Memang pergi ambil dan balik .

Jalan lancar masa pergi tapi sesak sikit masa nak balik. Mungkin hujan lebat petang semalam sama . Itu pun masa sampai kat Tapah dah. Kalau lewat sikit mungkin teruk lagi sesaknya.

Masa menuju ke KL , singgah R&R Tapah , pun nampak budak-budak asrama pun singgah sama. Bas-bas sekolah SBP (Sek. Men . Sains Kubang Pasu dan SM Sains Tuanku Syed Putra , Perlis ) dah bertolak balik ke utara . Agaknya mereka bermula balik hari Khamis lagi sebab Jumaat dah cuti.

Beruntung  juga ada PRU minggu ni , kalau  tidak kena tunggu cuti sekolah bulan Mei ni baru dapat balik.










01 May 2013

Kagum

Semalam pergi mengaji.....ustaz Lateh bercerita tentang pengalamannya di Tanah suci dulu. Masa di sana dia jalan-jalan keliling kota Mekah. Sampailah dia di tanah perkuburan .

Dalam banyak-banyak kubur , terdapat satu yang ganjil. Kubur di padang pasir selalunya gersang  tapi yang satu ini tumbuh rumput  di sekeliling kuburnya.  Hidup rumput menghijau dengan subunya.

Dia menjadi hairan.

Rupa-rupanya kubur yang ganjil itu ialah kubur ibu susuan Nabi kita, Halimatun Sa'adiah.

Kagumnya saya tentang pentunjuk Allah yang satu ini.


1 Mei

Selamat hari Pekerja untuk semua  sempena 1 Mei.



Bercuti sehari sempena  1 Mei, boleh ke rilex-rilex macam ni?

Kalau suri rumah lagilah tak ada cutikan? Memanjang je ada kerja kena uruskan di rumah.

Sekejap  saja tahun 2013 dah masuk bulan 5 , dah hampir setengah tahun.

Cepatnya masa berlalu.

Sempena bercuti hari ini , selamat bercuti dan melalui hari ini sebaik mungkin.