Buat Duit

Sunday, June 30, 2013

Homemade Coklat

Anak sulung saya pengemar coklat. Boleh dipanggil hantu coklat.
Namun yang baiknya, dia berusaha buat homemade sendiri.


Baru dikeluarkan dari acuannya.
kecil-kecil dapat banyak.

Ini rupa acuan coklatnya bentuk empat segi seperti gambar di atas..
Sekeping acuan dalam RM 3.90.
Boleh dapat 40+ biji coklat.

Acuan ini pula bentuk bunga .
Cantik tapi besar, dapat tak banyak. 

Bila dapat sikit kerana saiz coklat yang besar , anak-anak saya ini cairkan 
balik coklat dan masukkan ke dalam 
acuan 4 segi yabg mula-mula tadi.
Punya nak dapat banyak coklat sangup buat kerja dua kali.
Bertuah betul budak-budak ni!


Coklat yang digunakan ialah jenama Beryl's.
Rasanya memang dah sedia sedap tak perlu tambah apa-apa lagi.

Sangat mudah untuk membuat coklat ini sendiri di rumah.
Hanya larutkan coklat secara bath stim.

Kemudian masukkan ke dalam acuan yang disukai.
Sejukkan dan sedia untuk dimakan.

Boleh guna badam, kacang, kismis, hazel atau apa-apa yang disukai.
Boleh juga campur dengan coklat putih bagi memberi warna yang berbeza.

Dan ia disahkan halal.




Thursday, June 27, 2013

Dah siap ...

Inilah rupa baru kabinet setelah ditukar warna. 
Dari warna cerah ke warna serba hitam.




Kena buka kedai baliklah lepas ni  ...hihihi.




Wednesday, June 26, 2013

Kita Tukar Ini Kali

Bila arkitek rumah buat perancangan tak betul, inilah jadinya.( Arkitek tak lain tak bukan cik puan rumahlah.)
Dapur yang ini  satu saja, tak ada istilah dapur kering atau basah.
Di sinilah memasak siang malam pun.

Maka bila meja kabinetnya dari kayu adalah tidak sesuai sama sekali.
Di situlah nak ketuk-ketuk segala.

Bila kayu dah rosak , air dah masuk maka lama-lama rongak jadinya.
Sekarang kabinet dapur dalam proses menukar ke pada jubin sepenuhnya.


Warna asal.

Dah rosak .

Tukar warna hitam pula.

Cuti memasak 2,3 hari  bila dapur sedang dibaik pulih.


Monday, June 24, 2013

Kesian budak ni!



Bukan jawapan yang diberikan
                                                          sekadar menyalin balik soalan.....

Sunday, June 23, 2013

Malam Nisfu Saaban.

Inilah doa yang dibaca pada malam NISFU SYAABAN :
"Ya Allah, apabila Engkau mencatat namaku sebagai orang yang celaka, Engkau catat di dalam buku catatan celaka, maka padamlah dan catatlah dalam buku catatan orang yang berbahagia dan apabila Engkau mencatatkan namaku sebagai orang yang berbahagia, di dalam buku catatan bahagia, maka tetapkanlah. Maka sesungguhnya Engkau telah berfirman di dalam Kitab-Mu yang mulia. Allah menghapus dosa-dosa yang Dia kehendaki dan menetapkan apa-apa yang Dia kehendaki dan disisi-Nya ada kitab yang mulia (Kitab Al-Quran) Al-Hadis."
Kredit to ROSSACALLA

Thursday, June 20, 2013

Umrah 6 - Ladang unta tepi Highway

Cerita hari ini tentang ziarah kedua kami semasa di sana. 
Dalam perjalanan melawat , kami di bawa melawat ke Jabal Thur, Jabar Nur, Jabal Rahmah (semua jabal , jabal bermaksud bukit), Mina , Muzdalifah , Muzium , dan  Ladang Unta.

Jabal Rahmah , tempat pertemuan Nabi Adam dan Hawa selepas terpisah.
Pertemuan lebih seratus tahun berlaku di sini.
Mustajabnya berdoa untuk bertemu jodoh dan semoga kasih sayang suami isteri berkekalan.

Jabal Thur.
Dari sini kami melihat kelibat 4 orang lelaki sedang mendaki bukit tersebut.


Dalam perjalanan kami melalui Mina.
Kelihatan khemah-khemah putih bagi jemaah haji tinggal di musim haji.
Sekarang ni tak berpenghunilah.



Bas yang membawa kami ke Masjidil Haram dari hotel 
 setiap waktu untuk solat fardu.

Kelihatan di atas bukit tempat kediaman raja-raja dan pembesar negara memasa mereka di Mina.

Setelah itu kami tiba di ladang Unta yang terletak tepi jalan besar . 
Sebab tu saya kata di tepi Highway.

Kalau highway kita penuh dengan pokok-pokok tapi di sana tempat berladang unta pula. 
Ada banyak ladang-ladang di tepi jalan ini.Ladang unta yang kami singgah ini agak meriah sebab bilangan unta yang banyak dan besar-besar.

kami diberitahu unta jantan terpaksa diasingkan dengan kumpulan unta betina disebabkan tenaganya yang luar biasa yang boleh sekali kahwin (cakap berlapik)dengan 25 ekor unta betina dalam satu -satu masa.


Dengan makcik serombongan

Nak juga buat kenangan.
Susu yang ditutup dengan kain. Anak unta tu , tak boleh minum susu 
ikut suka hati dia.

Susu unta ini , untuk dijual.

Memang laku susu unta.

Sebotol 5 riyal .
Botol yang kuning tu air kencing unta.


Beli juga nak rasa....sedap .
Rasa macam susu kotak Magnolia.

Makcik ni minum habis sebotol.
Esoknya demam.
Kalau badan tak tahan itulah kesan dari minum susu unta.
Ada yang demam atau sakit perut.

Dah minum baru bagi tau!
Nasib baik saya tak apa-apa. 
Tapi tak habis pun sebotol setakat nak rasa saja.

Sedang perah susu .

Perah lagi

Gosok-gosok .
Ada isi tu......


Pengalaman di ladang unta ,sesuatu yang menarik bagi kita yang sesekali dapat melihatnya.





Wednesday, June 19, 2013

Sumsungku boleh guna balik


Nasib baik hidup balik dia walau dah pecah dan bercalar balar...

Ingat dah tak boleh guna dah .

Cerita samsung pecah ada  DI SINI.






Antara yang saya jumpa di sana

Teka dari mana wanita ini berasal?

Saya suka menegur jemaah yang bersolat di sebelah kiri atau kanan saya. Peluang berkenalan saudara seagama yang datang dari seluruh dunia membuatkan saya sedikit teruja.

Bila dah habis solat, mulalah saya nak menegur. Sekali pandang Mak Arab ni datang dari negara  mana pula? kata hati saya.

Where you came from? 

"Malaysia". kata dia. Saya ingat dia tanya saya datang Malaysia ke?

Ha?

Malaysia ke?

Ho , Gua Muse (Gua Musang).

Lalu kami pun ketawa bersama-sama dengan makcik sebelah tu sekali.
Mati-mati saya ingat Mak Arab.

Rupa-rupanya , makcik ni mak ayah dia orang Pakistan yang datang menetap di Kelantan sehingga sekarang.




Orang Malaysia + Pakistan

Yang ini pula datang dari India .
Bawa anak-anak sekali.

Anak-anak dari Pakistan meneman ibu bersolat.
Sebelah kanan saya ada jemaah dari  Jakarta ,Indonesia  yang saya tak ambil gambarnya.
Datang hanya seminggu tapi bayarnya mahal . 
Agaknya orang berada dari segi penampilan  sedikit vouge.


Bersama kenalan dari Surabaya selepas sama-sama keluar dari Raudah di Masjid Nabawi.
Sempat lagi tu!

Saya juga sempat berkenalan dengan orang Malaysia yang datang sendiri dengan tidak menggunakan  travel agensi. Orang Terengganu.

Sorang lagi  Suzie , orang Kedah tapi tinggal dan bekerja di KL yang saya ajak bersolat sunat jenazah bersama-sama. 

Hari terakhir saya berkenalan dengan otang Yala, Thailand semasa solat Subuh di kaki bukit Marwah dalam Masjidil Haram.

Namun saya kurang pasti , warga Eropah atau orang putih sebab bila dah pakai ihram atau jubah dah nampak macam orang Arab pula.


Itulah keistimewaan di Tanah Haram yang menghimpunkan umat Islam dari seluruh dunia.
Berbagai warna kulit dalam satu agama.


Tuesday, June 18, 2013

Umrah 5 - Hari Terakhir di Madinah (Pasar Kurma dan ziarah selamat tinggal)

Rombongan kami akan bertolak pukul 2 petang pada hari Sabtu, 25 Mei 2013. Sebelah pagi sudah diingatkan supaya membuat ziarah selamat tinggal di Masjid Nabawi. bagi yang uzur cukuplah setakat berdoa di hadapan Makam nabi yang berkubah hijau.

Sebelum berangkat ke Madinah , sebelah pagi saya berjalan mencari kurma  bagi menambah sikit lagi buah tangan untuk dibawa balik ke Malaysia.

Mula-mula tak berhajat pun nak ke Pasar Kurma, setakat nak beli di kedai berhampiran hotel sahaja.
Tapi bila ke situ, kedai tak buka lagi, apa lagi kaki terus berjalan sehingga ternampak pasar kurma yang dah dekat sangat. 

Sebenarnya lokasi Pasar kurma adalah bertentangan  dengan hotel kami. saya kena melintas jalan untuk ke menuju ke sana.Namun dari hotel laluannya adalah selari sehingga terjumpa jambatan di tengah jalan raya di situ.



    Kurma Ambar , kurma yang bersaiz besar .
60 riyal sekilo.

Kurma Nabi, 80 riyal sekilo. 
Saya beli Ambar, buah tin dan buah kelempung (buah yang ada biji kecil-kecil di dalamnya).
Kat Malaysia , buah  ni banyak hidup ditepi sungai , buahnya  jatuh ke dalam sungai saja.

Suasana dalam kedai kurma. 
Harganya kurang banyak kalau nak banding dengan di Ladang Kurma.

Kawasan berdoa di hadapan Makam Nabi di bahagian luar.
Sedih dan hiba rasa hati. 
Bila pula peluang dijemput ke sini semula.


Selepas buat ziarah terakhir , saya ke sini untuk wakafkan Alquran.
Penjual tu yang akan hantar AlQuran yang diwakafkan ke dalam masjid.
Kalau nak cari tempat wakaf lokasinya di depan masjid Nabawi.
Berhadapan dengan jam besar.Macam dalam entry saya DI SINI.

Tujuan saya , supaya sesiapa yang berhajat nanti senang nak cari.
Sedangkan saya , sehingga dah dekat nak ke Mekah baru terjumpa tempatnya.Nasib baik sempat. Kalau tidak terkilan juga rasa hati..



Pusing belakang dari tempat wakaf tadi, tu dia.....jualan lungguk 
harga adalah sangat murah.Kedai-kedai pun ada .
Tapi memilih yang lungguk itu pun tak habis pusing sampai ke hujung jalan sana.

Baju, jubah, kopiah , macam-macam ada .

 

Masa tunggu bas untuk bertolak ke Mekah sampai baru terasa nak ambil gambar ruang menunggu hotel.
Pak gad muda tu , comellah pula.

Bahagian kiri ada tempat order minuman.
  
Dalam perjalanan nanti rombongan akan berniat  umrah di Bir Ali.
Bagi saya , dalam keuzuran terasa sedih pula. Datang perasaan kenapalah tak makan ubat bagi delay period aku ni.

Rombongan lain semua masuk masjid untuk bersolat sunat dan berniat...saya hanya menunggu di luar .

Deretan bas  membawa jemaah .

Saya menunggu di sini.
Panas tak tahu nak kata tapi berangin.Rasa berbahang muka.

Masing-masing bersiap dengan pakaian ihram.

Dari tempat saya berdiri kelihatan bukit yang tandus berbatu-batu. 


Tunjuk arah.

Dah siap . 
Menuju ke bas yang menunggu untuk ke Mekah menunaikan umrah pertama.



 Kami sampai di Mekah sebelum Asar. Tapi solat  dah dijamak asar dan zuhur dalam perjalanan.
Singgah makan sekali . Apa lagi , kami dijamu nasi Arab lagi dengan lauk ayam setengah ekor sorang satu.

Dah tunjuk tak puas hati- nasi Arab.

Ini gambar nasi Arab yang mula-mula kami makan dalam perjalan ke Madinah dulu.
Nasi Arab yang kedua ni pun lebih kurang samalah juga. Tapi di sini ada dua lauk, ayam dan daging kambing.

Dah sampai  Mekah
Bilik hotel kami berdua suami isteri .


Bolehlah buat sidai-sidai baju....hehehe.


Peti sejuk

Dari bilik hotel.

Di kejauhan nampak Menara jam - Safa Tower.
Kelihatan kelabu disebabkan debu persekitarannya .Bangunan masjid dalam pembinaan.
Bukan kawasan masjid sahaja yang diruntuhkan tetapi banyak bangunan sehingga beberapa ratus kilometer dari masjid juga sedang diruntuhkan juga.


Dari bilik hotel kami- bangunan sedang dibina.

Sisi yang sama.

Ini juga dari tingkat 3 hotel kami menginap.


Rombongan kami , memulakan umrah pertama selepas waktu Isyak .Mereka dibantu oleh seorang Mutawif dari Indonesia.
Saya hanya berehat di dalam bilik sahaja.
Pukul berapa suami balik pun tak sedar , dah lena.

Letih juga menempuh perjalanan jauh dari Madinah ke Mekah.
Allah Maha Penyayang diberinya cuti maka dapatlah berehat dulu sebelum pulun
 mencukupkan umrah sehingga 7 kali.

Esoknya baru tahu dia balik ke bilik dah hampir pukul 2 pagi.


Belum habis lagi cerita umrah. Ini baru 1/3 gambar dari jumlah semua.
Bila nak habis ni ??