31 July 2013

Nasi ayam Ramadhan


Lama tak masak  nasi ayam.
Minggu lepas bila berkumpul,  anak-anak  pun semua balik dari asrama, masak lah nasi ayam.

Takut tak cukup....tapi sedang elok saja habis masa waktu berbuka. 
Senang nak basuh periuk.

Sahur makan nasi goreng pula sebab tak ada lauk lain . 
Tinggal ayam goreng saja.
Mana nak layan budak-budak tu.

Jangan cari resepi di sini, memang tak ada.
Malu ah mau letak resepi!
Masak pakai boh saja.





30 July 2013

Hasil dari Kayu

Semua ini adalah hasil kerja sahabat suami .
Asalnya dia lelaki normal tetapi selepas berlaku kemalangan di tempat kerjanya dia berubah menjadi oarang kurang upaya. 

Selepas kemalangan kaki beliau terpaksa dimasukkan besi sehingga kini.
Cara berjalan sudah bertukar dan terpaksa memakai tongkat.
Akibat umur yang semakin meningkat mata pun semakin kelabu.

Sejak kemalangan itu , dia kehilangan pekerjaan.
Namun dia mendapat bantuan PERKESO . Namun taklah banyak. 
Setakat belanja dapur dua beranak saja. 
Dia dan ibunya.

Dia masih bujang mungkin sebab kecacatan dan taraf ekonomi yang tak menentu menyebabkan jodoh susah nak dapat.

Sekarang dia mengusahakan kayu-kayu untuk dijadikan barang-barang seperti dibawah.
Dia menjual kepada yang berhajat.

Tempat letak kunci .


Ada ukiran .

Rehal.






Penyidai baju.

Penyidai baju emak saya beli yang diletak dalam biliknya.
Ada lima kayu.

Selalu kita nampak 3 kayu saja  di kedai perabut.
Saiznya lebih besar daripada biasa.
Err....saya tak ukur pula tapi banyaklah boleh sidai kain dan baju.

Selain itu ada juga dibuat kotak letak batang joran. 
Benda ini boleh dibawa dalam kereta. 
Orang suka memancing memang sukalah.



Semoga rezekinya bertambah dengan usahanya ini.

29 July 2013

Tak perasan




Semasa di Masjid Nabawi melakukan umrah pada bulan  Mei dulu saya tak perasan pun ada benda ini di atas kubahnya.

Namun bila balik, dan beberapa kali di FB ini mewar-warkan cerita ini terdetik hati nak mengetahui cerita sebenar.

Mereka mengatakan ia merupakan mayat  penjahat yang mati di atas kubah Masjid Nabawi.

Ziarah terakhir sebelum ke Mekah .

Nun di atas kubah hijau kelihatan benda hitam.
Mungkin benda itulah yang dimaksudkan.

Cerita yang sebenar ialah , ia adalah pintu atau jendela yang digunakan untuk membersihkan 
kubah tersebut.



26 July 2013

Cenderahati dari jauh......Terima kasih Nekcik


Baru terima hadiah dari Nekcik.
Ada kopi susu Hanoi, FM dari Hong Kong dan  pemegang periuk panas yang comel.
Kopi tu dah rasa selepas berbuka semalam .

Pengumpul FM mesti suka bila dapat FM cantik ini. 

Terima kasih NEKCIK . Semoga Nekcik murah rezeki
dan dapat makan angin lagi.....eh!



25 July 2013

Ramadhan GA 1001 Resepi by Kak Ida

Minta tolong teman-teman , saudara-mara , adik beradik, anak-anak , suku-sakat.....dan semua yang membaca di sini tolong LIKE pada GA Ramadhan ini ye.

Photo: Ramadhan GA...

http://cempakabiru-nieda.blogspot.com/2013/07/kek-sponge-gebu-dan-give-away-ramadhan.html
 Klik Facebook 1001 Resepi Kak Ida

Bukan senang nak dapat hadiah menarik dari kak Ida .

Terima kasih.

24 July 2013

Sambal kicap saja


Sejak kebelakangan ini, suka benar buat sambal kicap cicah ikan bakar.

Selera dah bertukar gamaknya.
Kecur air liur , jika terpandang  ikan bakar dengan air asam juga.




Dah gemuk

Ini pokok kucai.

Sedang berbunga. Dua kuntum pula.

Hari ini , yang kudup itu dah mekar.

Puncanya , selepas ubahsuai DAPUR KABINET  tempohari , kayu fiber yang rosak terpaksa dibuang dan digantikan dengan marmar dan batu .

Selepas  kabinet siap , boleh tengok DI SINI.

Kayu itu dah dikecah-kecahkan dan diletak dalam pasu-pasu tanaman ini.
Maka lihatlah kucai yang hidup mati tak mahu tanpa baja dan bunga-bunga kurus pun 
bertukar menjadi sihat dan gemuk. 




23 July 2013

Cempaka Biru di bloglist Kak Ida 1001 Resepi

Wow .....terkejut saya blog kecil saya ada di sidebar Kak Ida. Hohoho...gembiranya.
Mana tak gembira kalau dah dapat menumpang di blog 1001 Resepi yang owsome. Kalau macam
ni tidur pun boleh tersenyum wahai Kak Ida .

Patutlah stastitik mencanak naik pada hari ini . Rupa-rupanya menumpang tuah Kak Ida.

Bacaan Statistik hari ini 23/7/2013

Paparan halaman hari ini
1,005
Paparan halaman semalam
716
Paparan halaman bulan lepas
11,947
Sejarah paparan halaman sepanjang masa
162,164

Pertama kali dalam sehari paparan halaman meningkat lebih 1000  sejak blog ini lahir pada tahun 2010.
Syukur.
Alhamdullillah.

Sebenarnya bacaan stastistik ini merupakan terapi minda bagi semua blogger begitu juga dengan  saya.

Terima kasih Kak Ida.




22 July 2013

Lasagna dah masak!


Terasa nak makan lasagna pula bulan-bulan puasa ni. Nak buat tak pandai maka beli 
sajalah kaedsah terbaik.

Lasagna jenama ini ada dua jenis intinya.
Saya pilih yang berdaging .
Satu lagi telur kut. 
Oh ! dah lupa.


Rupa setelah dikeluarkan dari kotak.
Boleh terus masuk mikrowave.
Bakar lebih kurang 6 minit  dah masak.

Tapi .......jika menggunakan oven keluarkan dahulu dari bekas plastik ini. 
Letak di atas dulang pembakar, bekas kaca yang tahan panas atau sebagainya.


Bila dibuka tudungnya, inilah rupanya lasagna daging.

Dah sedia untuk dimakan.

Rasanya sedap .
 Terasa keju dan dagingnya yang mantap.

Tapi janganlah bayangkan tinggi macam gambar cover depannya.

Nipis je.
Nipis-nipis ni pun dapatlah merasa ramai-ramai .

Bolehlah melepas kempunan nak merasa.







Kek Sponge Gebu dan Give away Ramadhan 1001 Resepi by Kak Ida



Klik  DI SINI UNTUK JOINT.

Teringin melihat hadiah hebat dari kak Ida , maka saya pun memulakan langkah untuk mencuba juga. Jika ada rezeki adalah hadiah di atas untuk dimenangi.

Mula-mula terasa malunya nak joint. Apa yang nak dimasak pun tak ada idea.
Akhirnya....mak belasah sajalah.


Petang nak berbuka puasa, elektrik pula tak ada. Nasib baik lauk-pauk dah siap masak.
Tapi nasi terpaksa masak dengan dapur gas.....nasib baik elok tak berkerak.

Bila dah selalu masak nasi pakai tekan itulah akibatnya.
Padahal zaman mak-mak dulu masak nasik dapur kayu saja pun.

Berbuka dengan hero-hero kesayangan .
Kalau tak ada anak-anak ni tak meriah masa berbuka.

Kakak-kakak  mereka ni duduk asrama. Tak berpeluang nak berbuka bersama keluarga .
Tunggu cuti baru dapat balik rumah.


Abang Aiman  , kalau makan memang syok.
Apa mak masak semua sedap.
Orang tengah berselera.

Lambat sungguh adik makan .
Orang lain dah habis , dia tak habis lagi makan nasi.

Amboi.... Shauqi sempat lagi tu.
Peace!

Abang Izat ni, dah pandai nak jaga badan ke apa? 
Bersahur dah tak mahu makan nasi.
Makan roti dengan milo saja.
Hai .....anak bujang mak.


Sabtu lepas, buat kek Sponge untuk anak-anak yang di asrama sebagai buah tangan 
untuk mereka makan bersama kawan-kawan selepas berbuka.

Pertama kali buat resepi ini.
Mudah dan kek jadi elok.
Dari blog PATYS KITCHEN.

Saya letak  sunquick supaya ada rasa oren sikit dan warna pun nampak menyerlah.

Semua barang dah ada .
Buttercup( dicairkan ) pun hanya guna 70 gm saja.

Blend telur dan gula.

Kek dah siap.
Gold colour.
Gebu  dan sangat puas hati.

Kek dah naik 

Kek masih lembut walaupun dah dua hari dibuat.

Sesiapa yang nak mencuba bolehlah ke Patys Kichen untuk melihat resepinya.
Kek yang mudah , resepi tak renyah dan 5 minit boleh siap masuk oven.
Tak percaya cubalah.


Terima kasih Kak Ida yang anjurkan GA ini.




21 July 2013

AIR SOYA.



Dulu zaman budak-budak tak suka minum air soya. Bagi free pun tak minum. Sekarang pantang jumpa tak tolak punya.

Minggu lepas , mak tok ada beli kacang soya . Bercadang nak buat air soya masa berbuka.

Sebenarnya , sikit saja kacang soya yang diperlukan untuk dapat satu jag air soya segar.

Bila buat sendiri puaslah minum anak beranak.


18 July 2013

Ada aku kisah !

Mercedes yang kopak. 

Kalau di Malaysia , mesti berkilat dijaga tapi di Tanah Arab tak ada orang kisah pun. 



17 July 2013

Nasi Ulam dan Setoi

Nasi ulam Kak Chah.

Masa ada tok dulu , memang selalu buat dalam buat puasa. 
2,3 kali juga dapat makan dalam masa sebulan tu.
Tapi sekarang cucu dia  ni , tak terbuat pula.



Buah Setoi

Dapat nasi ulam dari Kak Chah. Kak Chah ni pemurah sungguh.
Setiap tahun sampai saja nasi ulam ke rumah kami masa bulan puasa ni.

Dia bagi juga buah setoi Siam ni.
Buah dia lebih besar berbanding buah setoi kita.






16 July 2013

Burung apakah ini?

 Burung ini cantik dengan warna biru bulunya.
Saya suka tengok burung ni tapi susah nak tengok  sekarang ni. 
Selalu dia terbang di kawasan sawah padi.

Dah mati .

Balik dari sekolah minggu lepas , kami disambut  dengan seekor burung cantik yang
 dah mati di depan rumah.
Dah nampak semut  mula menghurung badannya.
Baru lagi mungkin sebab semut  tak banyak lagi.


Sampai setakat ini saja nyawamu.


Burung apakah ini?

Burung pekaka @ Burung Raja Undang.
Betulkah?






15 July 2013

Cara nak buat telur masin ..


Telur itik.

Sebenarnya nak buat telur masin senang sahaja.
Saya suka buat menggunakan telur itik sebab lebih besar dan dah terbiasa makan telur masin telur itik sejak dulu-dulu lagi. 

Tapi kalau tak ada telur  itik , boleh saja  guna telur ayam.

Bahan utama:
10 biji telur itik
1 cawan penuh garam kasar
6 cawan air panas (utk buat air garam)
Boleh tengok dalam gambar ,air hanya separuh besen sahaja tapi bila kita masukkan
 ke dalam balang air akan penuh ke atas.

Caranya:
Mula-mula basuh dulu telur ayam bersih-bersih supaya nanti telur masin tak busuk.
Kacau garam kasar dengan air panas.
Biar sejuk air garam baru di masukkan ke dalam bekas telur.
Simpan sehingga 2 minggu baru boleh rebus.
Lagi lama lagi masin.

Tapi ikut resepi mak saya ini , tak masin sangat. 


Selamat mencuba.





14 July 2013

Modal sepelengat kuih lapis sahaja

Saya bercadang nak buat kuih koci Sabtu lepas, tapi suami minta buatkan kuih lapis. Jadi saya buatkan sepelengat kecil  kuih lapis berbelang putih , hijau dan merah.

Bila dah masak teringat pada Kak Chah yang selalu menghantar makanan ke rumah kami. Baru-baru ini dia hantar gulai daging, pengat pisang dan pulut.

 Bestnya makan pengat pisang campur pulut ini. Macam orang makan serawa durian dengan pulut juga lebih kurang.

Sebekas kuih saya hantar ke rumahnya beserta  sambal tumis petai dengan udang  untuk mereka berbuka. Kena pergi dengan kereta atau dengan motor. Kalau nak berjalan jauh juga.

Di rumah Kak Chah, dia balas dengan seikat bubur lambuk, 2 biji kelapa muda,  2,3 batang keladi yang belum dimasak dan saya petik limau kasturi seplastik.

Begitulah kalau ke rumah dia , tak pulang dengan tangan kosong. Kadang-kadang malu juga , modal sikit saja (kuih lapis secoet je pun) tapi macam-macam yang dia bagi.

Sepiring lagi , bagi jiran sebelah .Dia balas dengan agar-agar pandan pula.

Hari tu banyaklah makanan kami  untuk berbuka.



13 July 2013

Cikenet @ kutu babi

Alhamdullillah Shauqi tak mengadu sakit lagi telinga dia selepas cikenet dah dikeluarkan hari Isnin lepas . Cerita dia ADA DI SINI.

Bekas dia  gigit pun berhari-hari nak hilang. Nak-nak yang tertinggal kaki ke gigi ke . Memang konfem demam kalau benda ni naik bertapa kat badan kita.

Puas saya mengoogle gambar tentang cikenet tapi tak keluar. Rupa-rupanya ada yang tak kenal binatang kecil ini rupanya. Orang kampung mesti tau punya. Masa kecil-kecil dulu, selalu tengok kat badan lembu yang tok ki saya   bela.

Binatang kecik ini selalu ada pada badan  lembu ,kucing (kucing kampung, kalau kucing siam  yang selalu dijaga konpem tak ada). Ayam, atau kambing .

Macam manalah Shauqi boleh kena ni? Bukan ada kucing pun kat rumah.
Agaknya dia ikut maktok bakar daun kayu , kat depan rumah kut.

Bila saya taip kutu babi baru keluar imejnya. sah , babi memang banyak kutu kat badannya.


Kurus lagi.


Bila dah kenyang hisap darah.


Saiznya berbanding kepala mancis.

Ada  jumpa , kutu babi bertelur dalam telinga manuasia dalam youtube. Lagi gelinya nak tengok.


Minta maaf kalau anda geli nak baca entry ini.

Imej google saja.


11 July 2013

Saya juga

Bila saya ke blog Irfa  hari ini , dia bercerita tentang  blog Tecer Hani. Saya pun terjah  KE SITU juga.

Walaupun adalah cerita sedih tapi saya seronok membaca dengan gaya bahasa yang ringkas dan bermakna.

Saya pun ingin tahu siapkah Ja yang sedang sakit itu, berapa umurnya dan dia sakit apa?

Saya tengah nak mengkhatam kisahnya di SINI.

Dalam kita bergembira ada insan yang sedang bersedih hiba.

Selamat berpuasa semua.

10 July 2013

Telur masin dan Sambal ketuk


Telur masin buat sendiri.

2 minggu buat , dah boleh makan.
Yang warna oren kuningnya tanda dah jadi elok masinnya.

Sambal ketuk resepi Wahida.

Bolehlah  dijadikan sebagai satu menu baru untuk berbuka atau bersahur.








09 July 2013

Kuih Koci Hijau Berinti Kelapa Merah

Panjangnya tajuk!
Mentang-mentang bulan puasa tayang kuih pula.


Kuih koci  kuih kegemaran saya.
Bukan saja kuih koci, kuih yang berasaskan tepung pulut memang saya suka.
Contohnya buah melaka.
Mesti buat terutama untuk juadah berbuka puasa.


Biasa kita makan koci inti kelapa dengan gula merah.
Tapi hari ini rasa nak makan inti warna merah pula.
Jadi kita guna gula putih masak dengan kelapa parut. .

Jangan lupa letak sikit garam supaya terasa lemak.
Kalau gula merah tak payah tambah garam dah.


Selalu orang bungkus kuih koci bentuk tiga segi.....tapi saya bungkus macam ini  saja. 
Cara ini cepat sikit.  Hanya lipat-lipat saja.

Satu lagi petua orang tua, jika guna daun pisang jangan jemur di panas matahari untuk melembutkan daunnya   
tapi layur atas api sahaja bagi mengelakkan kuih koci kita  tidak melekat pada daun.

Tapi suami saya tak suka makan kuih koci yang lembik ini. 
Jadi , saya buatkan juga kuih ketayap berintikan kelapa merah ini.


Selamat berpuasa.







Salam Ramadan

Syukur bertemu lagi Ramadan sekali lagi. Bulan mengumpul pahala.

Anak-anak pun seronok , nak  berpuasa. Nikmat semasa berbuka sangat seronok bagi budak-budak tu. Apa yang nak dimakan akan dilayan .Ikutkan saja apa kehendak mereka. Yang belilah ....yang masuk ikut menu mak pula.

Tahun ni nak cuba latih Shauqi berpuasa sebab ikut sejarah, abang-abangnya 5 tahun dah start puasa.

Ini fadilat setiap  malam berpuasa di bulan Ramadan.

Fadilat Berpuasa di Bulan Ramadan

Malam pertama
Dosanya keluar seperti ia baru dilahirkan oleh ibu.

Malam kedua
Dosanya diampuni, begitu juga dosa kedua ibu bapanya jika keduanya itu orang mukmin.

Malam ketiga
Dipanggil oleh malaikat dari bawah Arasy dengan seruan 'mulailah kamu beramal sebab Allah telah mengampuni dosamu yang telah lalu '.

Malam keempat
Pahalanya sama seperti orang yang membaca Kitab Taurat, Injil, Zabur dan Al-Quran.

Malam kelima
Pahala seperti orang yang solat di Masjid al Haram di Mekah, Masjid an Nabawi di Madinah dan Masjid al Aqsa di Palestin.

Malam keenam
Seperti pahala orang yang tawaf di Baitullah, batu-batu serta pasir turut sama memohonkan ampun baginya.

Malam ketujuh
Seperti orang yang hidup pada zaman Nabi Musa dan membantunya hingga dapatmengalahkan Fir'aun dan Haman.

Malam kelapan
Diberi oleh Allah segala apa yang pernah diberikan kepada Nabi Ibrahim.

Malam kesembilan
Seperti pahala beribadat kepada Allah yang dilakukan oleh Nabi Muhammad S.A.W

Malam kesepuluh
Dikurniakan oleh Allah kebaikan di dunia dan akhirat.

Malam kesebelas
Bersih dari segala dosa seperti baru dilahirkan dari kandungan ibu.

Malam kedua belas
Muka bercahaya di hari Kiamat.

Malam ketiga belas
Datang di hari Kiamat dengan keadaan aman dari segi kejahatan.

Malam keempat belas
Disaksikan oleh malaikat jika telah melaksanakan solat tarawih maka pada hari kiamat ia akan dibebaskan oleh Allah dari segala mudarat.

Malam kelima belas
Diminta ampun oleh para malaikat yang memikul Arasy dan kerusi.

Malam keenam belas
Dibebaskan dari api neraka dan dapat masuk syurga.

Malam ketujuh belas
Diberi pahala seperti pahala para nabi.

Malam kelapan belas
Diseru oleh para malaikat bahawa Allah telah redha kepadamu dan kepada orang tuamu.

Malam kesembilan belas
Diangkat darjatnya ke dalam syurga firdaus.


Malam kedua puluh
Diberi pahala para syuhada dan solihin.

Malam dua puluh satu
Dibina rumahnya dari nur di dalam syurga.

Malam ke dua puluh dua
Di hari Kiamat ia akan datang dengan aman dari segala kesusahan dan dugaan.

Malam kedua puluh tiga
Dibangunkan sebuah kota untuknya di syurga.

Malam kedua puluh empat
Pahala seperti dua puluh empat permohonan dikabulkan.

Malam kedua puluh lima
Dihapuskan dari seksa kubur.

Malam kedua puluh enam
Pahalanya diangkat selama empat puluh tahun.

Malam kedua puluh tujuh
Dapat melintasi sirat dengan laju bagaikan kilat menyambar.

Malam kedua puluh lapan
Allah mengangkat dengan seribu darjat.

Malam kedua puluh sembilan
Seperti pahala seribu haji yang mabrur.

Malam ketiga puluh
Dipersilakan oleh Allah makan buah-buahan syurga dan mandi dengan air salsabil serta minum dari telaga Kausar.


Semoga puasa kita diterima hendaknya.


* Nekcik , saya dah bagi email di entry sebelum ini.


08 July 2013

Klinik Pakar Telinga, Hidung dan Tekak Dr Sudha, Taiping

Semalam bawa Shauqi untuk rawatan telinga sebab ada cakenit dah masuk dalam telinga dia. Walaupun dah buat rawatan tapi masih nampak binatang tu  masih ada di dalam telinga Shauqi. Nak tarik sendiri tak boleh .

Pergi hospital pun mereka tak berani nak keluarkan sebab takut kena gegendang telinga bila dia meronta-ronta. Mereka hanya bagi ubat titis saja.

Walaupun Shauqi dah tak demam dan boleh pergi sekolah macam biasa tapi masih rasa  sakit bila tersentuh telinganya.

Jadi untuk lebih baik pergi jumpa pakar .

Doktor Sudha masukkan kamera dan nampak di skrin tv. Geli-geleman nampak binatang tu dengan telur-telur dia sekali dah ada dalam telinga . Masa ini Shauqi dah kena kepit sebab dia dah mula menangis dan meronta-ronta.

Bila tengok di skrin tv, nampak cakenit tu dah putih dah mati  tapi nak tunggu dia jatuh sendiri tak tahu bila.

Kemudian bila dah nampak kedudukan cakenit , doktor masukkan air dengan alatannya yang panjang. Pam air ke dalam telinga. Boleh nampak telur-telur tu keluar di dalam besen yang ditadah .

Selepas tu baru nampak doktor ambil penyepit untuk keluarkan cakenit tadi. Saya tak perasan bila cakenit dah keluar sebab asyik kepit Shauqi yang super power meronta.

Chek sekali lagi telinga Shauqi, nampak di skrin semua dah keluar dan bersih.

Memang satu pengalaman baru bagi saya yang tak pernah kena cakenit tambah-tambah lagi masuk ke dalam telinga . Tempat yang susah nak cabut keluar benda tu. Kalau orang tua-tua dulu bubuh air tembakau saja dah lega. Kami pun dah buat ikut cara orang lama ini.

Binatang ni , kalau kena kat kaki pun sakit dan lenguh . Inikan pula kena kat budak 5 tahun.

Kesian Shauqi...







06 July 2013

Puasa belum lagi tukang jahit dah tutup tempahan

Memang benar, sejak sebulan lepas tukang jahit sudah tidak menrima tempahan baju raya.

Saya ada 2,3 orang yang selalu saya upah jahit baju , baju kurung, blaus, kurung Pahang dan juga jubah.
Terbaru saya hantar untuk jahit maxi. Itu pun dah dekat sebulan tapi masih tak siap lagi. Tak palah bukan keperluan sangat pun.

Berita terbaru , tukang jahit yang saya hantar kain tu dah tak terim kain lagi dah.

Kena cari baju siaplah pula.

04 July 2013

Menara Abraj Al Bait, Arab Saudi.


Menara Abraj Al Bait  merupakan bangunan  tertinggi di Arab saudi, 
malah salah satu yang tertinggi di dunia.

Di sinilah terletaknya Safa Tower atau menara jam yang tinggi itu  .

Menjadi impian saya bila menjejak kaki ke kota Mekah, di sinilah salah satu tempat yang akan saya lawati.
Pabila kita berdiri di bawahnya dan memandang ke atas (menara jam) seolah-olah kita berdiri di bawah kaki gergasi.

Sangat besar dan gah senibinanya dengan 4 muka jam yang menjadi penunjuk masa khasnya waktu solat 
yang boleh dilihat  dari seluruh kota Mekah.

Namun hanya beberapa hari terakhir di sana baru saya berkesempatan menjejak kaki di sana.
Dek kerana pada hari itu, selipar suami saya hilang.

Bila kami keluar di gate 10 untuk pulang selepas selesai membuat umrah, kami menuju tempat letak kasut di luar masjid namun yang ada hanya karung kasut saya sahaja. 

Kebetulan selepas itu kami terserempak dengan kenalan suami saya, Cikgu Razak dari Taiping yang juga hilang kasut.
Maka berkaki ayamlah mereka berdua ke Safa Tower mencari selipar baru.
"Kalau sorang-sorang malu juga aku nak menapak", kata cikgu Razak.

Menara Abraj ini mempunyai berbagai kedai dan hotel di dalamnya bagi menampung para jemaah yang semakin bertambah setiap tahun.

Nampak macam eksklusif , tapi terdapat kedai 3 riyal di dalamnya. Semua barang dijual dengan harga 
3 riyal.Pandai-pandailah pilih apa yang berkenan.

Beli selipar 3 riyal.


Semua 3 riyal di sini.

Yang ini bukan 3 riyal ye....ada juga di sini.

Lepas penat berjalan , isi perut dulu .

Bayar bang ...

Safa Tower.
Kerdilnya aku di bawahmu.

Pintu masuk ke sana.

Sebenarnya , hotel kami arah lain .Menara ini arah lain. 
Sesiapa yang tinggal di hotel berhampiran menara ini selalulah dapat masuk ke sini  selepas selesai solat dari Masjidil haram.

Kami pula bila selesai solat terus menuju ke jalan besar menunggu bas   yang pihak hotel sediakan untuk balik ke hotel penginapan.

Suami saya pula bukan jenis nak merayau dan bershopping sangat. Kalau tak kerana selipar dia hilang mungkin impian saya nak ke sana tak berjaya.

Sebelum berangkat pulang sempatlah 2,3 kali ke situ cuci mata.
Jadilah melepas hajat. 
Bukan senang nak pergi pula.