30 September 2013

GA Butik Comel Collection



KLIK DI SINI  untuk menyertainya.

Jumlah hadiah besar , kena cuba nasib . Kalau nasib baik , mungkin rezeki milik kita.

Good Luck!!

29 September 2013

Bunga tak tahu nama.


Dah berbunga  sekarang. Cantik pula dengan warna yang light2 purple tu.


Tapi sayang tanam kat belakang rumah.

Kerja menanam pokok ini mak saya.
Dia rajin sungguh, bila tengok pokok bunga yang cantik-cantik mulalah nak bawa balik tanam di rumah.
Pokok yang ini pun dia dapat dari rumah kawannya di kampung.

Tapi tak tahu bunga ini nama apa?.







26 September 2013

Cerita di Masjid Istiqlal, Jakarta

Udah lama gak mampir di istiqlal. Sholat dulu.
Di dalam masjid Istiqlal.

Ruang solat, tidak ada sekatan  untuk jemaah lelaki dan wanita (kebanyakkan masjid dan musolla di sana bercampur. Kalau ruang kecil tentu tak selesa nak bersolat bercampur jantina).

Istiqlal ialah Masjid yang terbesar di Indonesia. Bila masuk ke dalam boleh tersesat di buatnya.

Pengalaman pertama singgah di sini pada tahun 2009 dulu.
Seperti kebiasaan jika singgah di masjid , tandaslah yang dicari dulu.

Mungkin saya tak nampak  tanda arah , saya menonong menuju ke tandas kaum pria.
Perjalanan yang lama di dalam bas juga salah satu sebab untuk cepat-cepat mencari tandas .
Tambahan pula saya membawa Shauqi anak kecil yang masa tu belum pun mencapai usia dua tahun untuk mandikannya sekali.

Saya tak perasan sehingga saya berkunjung pada kali kedua pada tahun berikutnya baru saya tahu saya sudah tersilap masuk tandas.

Tandasnya banyak , dari hujung ke hujungnya panjang jenuh nak kira. Tiada juga berselisih dengan orang lelaki keluar masuk. Jadi masa tu tiada keraguan teriap masuk .

Selesai apa yang patut baru kami menuju ke ruang solat pulat.

Perspective
Ruang legar .

Ini cerita tahun 2010 pula.
Sebelum bersolat , tabiat saya nak buka kain / seluar .
Saya pandang kiri kanan nampak macam tak ada orang di sebalik  tiang-tiang besar  di ruang legar seperti gambar di atas.

Ruang terbuka dan bercampur lelaki dan wanita menyukarkan saya. saya pun mencari tempat yang sesuai disebalik tiang besar yang banyak di situ.

Lalu saya pun mula nak melondeh , tiba-tiba mata saya terpandang nun dihujung sana ada pak gat sedang memerhati.

Nasib baik, belum terlondeh lagi  !!




Masjid istiqlal waktu ashar.
Tiang-tiang itu tidak selamat rupanya....

Ruang solatnya dibahagian atas. Kita kena mendaki tanga untuk menuju ke tempat bersolat yang luas.
Masjid ini juga tiada kipas angin , kerana masjid ini tiada pintu.Angin sejuk akan masuk dan terasa nyaman sebab ruang ini berada di tempat tinggi.

Kredit  gambar untuk wiranurmansyah.


24 September 2013

Terjebak dengan GA Kaki Berangan

Teka gambar , teka gambar.
Suka benar nak cari sampai dapat semua gambar yang tertera. Banyak weh , 12 keping semua .
Nak kena klik,klik untuk mengetahui jawapan sebenar.

Masa remeja dulu saya terjebak dengan teka logo  kereta. Sampai ingat semua jenis kereta hingga ke
 hari ini .

Masa tu 13 @  14 tahun manalah nak tahu sangat bab -bab kereta ini. Positifnya dari kerajinan meneka logo kereta tak secara langsung boleh kenal kereta-kereta antarabangsa .

Masa dulu selalu juga murah rezeki menang peraduan. Ada peraduan  menang hadiah pertama  percuma menginap di Hote di Johor Baharu  dalam Majalah Wanita. Tapi sayangnya ..tak dapat nak pergilah . Jauh sangat Perak - Johor. 

Teka bola dalam surat khabar menang RM 500. Besar dah zaman tu.
Menang alat komputer mainan. Kena pergi ambil sendiri di Ipoh . Ayah sewa teksi lagi masa tu.
Al Fatihah untuk ayah.. .16 tahun berlalu . Lama dah ayah pergi meninggalkan kami. 

Banyak lagi hadiah-hadiah kecil yang saya dapat. Hobi ini agaknya dibawa sampai sekarang.

Klik KAKI BERANGAN GA untuk menyertainya.








22 September 2013

Cake Sponge



Resepi dari PATYS KITCHEN.

Saya dah jatuh cinta dengan keenakan kek sponge ini.
Tekstur yang halus dan gebu memang memikat selera.

Kalau ikut resepi asal , ianya plain sahaja . 
Tapi kali ini saya buat ala-ala marble .
memang sekejap kek dah habis. 
Biasalah anak-anak kalau jumpa coklat laju sikit makannya.

Pertama kali dulu buat perasa oren.
Saya tuang oren sunquick saja.
Senang.

Senang sangat nak buat.
Cubalah.

Terima kasih pada Pn. Fatimah Jasmin yang berkongsi resepi.


21 September 2013

Minyak Zaiton dari Tanah Arab

Murah !


Minyak zaiton yang saya beli di pinggir masjid terapung , Jeddah.Satu tin kecik tu harganya  5 riyal.
Saya beli juga sebuku sabun jerawat  tapi lupa nama . Bagi anak pakai ,kut-kut nak hilang jerawat.



Jurujualnya wanita dan boleh berbahasa Indonesia.
Orang Indon kut yang terbabas kat situ.

Saya beli sabun hijau yang tepi dalam kotak.
Dia jual 3 ketul 10 riyal.



Makcik tu jaul kekacang dan kerepek juga.





Tak sempat nak bergambar , dah tunjuk barang jualan.
Mamat tu jual minyak wangi.
Sebotol 20 riyal.
 Bila orang tak mahu beli terus turun harga ke 5 riyal.


Jagung bakar.



Masjid Terapung Jeddah.

Mula-mula nak story pasal minyak zaitun saja. Tiba-tiba keluar gambar masa umrah pula.
Entahlah tiba-tiba , bila musim haji dah bermula teringat Mekah dan Madinah.Rindu pun ada.
Kenangan di Masjidil Haram dan Masjid Nabi datang semula.

Bilalah giliran saya pula?



20 September 2013

Kerongsang Sabah

Pemberian dari biras.
TQ to K.

Gembira hati bila dapat hadiah atau cenderahati dari seseorang.
Maknanya diri kita diingati.

Tak kisahlah yang kecil atau yang besar, yang mahal atau yang murah.
Tanda ingatan itu lebih berharga.




18 September 2013

XBOX

Tak tahulah ke mana hilangnya idea nak menulis. Asyik cari gambar tempek lepas tu buat ayat sebaris dua.Kemudian publish. 
Siap satu entry sehari.

Tak ada idea sungguh sekarang.
Nak pula bila berebut komputer dengan budak 2 orang ni.

Komputer depa dah tak boleh on.
Mula cari mak dia punya.



Hari ini keluar mencari benda faberet budak -budak sekarang. 
Sepupu-sepupu depa lama dah ada. Maka teringin juga nak satu pula.
Dah lama dok minta tapi kami tak layan.

Last-last abahnya berjanji sebelum terbang ke Chiangmai minggu lepas nak beli satu.
Beli dengan  bersyarat . Syarat sama-sama taulah ya.


Dapatlah sebiji. 
Tapi yang hanginnya bila dah balik rumah controler  tak ada pula.

Talipon balik kedai, dia kata lupa nak masukkan pula.
Hampeh betul. 



17 September 2013

15 September 2013

Selamat Hari Malaysia

Bercutilah hari ini sempena  ulangtahun Malaysia. Besar angkanya yang ke 50 tahun . Tapi  kalau tak hargai tak ada maknanya.

Semoga negara kita kekal merdeka, harmoni dan aman makmur selamanya.

Minggu ni anak-anak baik bercuti. Macam-macam nak makan.

Pagi-pagi tadi dah masak spageti, kemudian masak nasi untuk makan tengahari . Donat untuk makan petang dan buat lebih untuk bawa balik asrama.



Si kakak suka makan spageti, anak yang nombor dua tak suka . Semua jenis pasta, makaroni,, dan sebangsanya dengannya dia tak makan. Nasib baik ada donat bolehlah dia makan buat sarapan tadi.

Anak dara dok minta nak buat apam pokadot.
Buatlah tapi janji dapur mesti klear lepas masak.

Mak nak tunggu tengok saja anak-anak masuk dapur.





Layan tv saja .

Seharian di depan tv hari . Lepas satu, satu lagi movie nak tengok. semua best-best . Mak pun sekaki duduk dengan anak-anak.

Theatrical poster

Mula-mula layan Puss in  Boots , cerita karton . Lepas tu ada Cars dan last cerita Finding Nemo Astro 615.
Mak memang suka tengok karton pun.



Malam sambung lagi duduk depan tv.






10 September 2013

Mas Cotek

Mas cotek.

Asalnya diberi jiran sebelah rumah .
Kecil saja batangnya.
Tapi sekarang dah subur pula.


Mas cotek , banyaknya khasiat yang kita tak tahu rupanya khasnya untuk kaum wanita..
Antaranya , menghilangkan keputihan ,mengurangkan tahap kolestrol,
menghilangkan letih dan lesu badan, merapatkan peranakan dan melancarkan peredaran haid.




Demam UPSR

Walaupun katanya Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR)impaknya besar dalam kehidupan hari ini.  Ibu bapa moden hari sangat menunjukkan keprihatinan bagi  anak-anak mereka untuk berjaya.

Persediaan awal seperti menghantar tuisyen , kelas tambahan dan sebagainya diberi untuk anak-anak yang menduduki peperiksaan. Bukan ibu bapa saja yang kalut , guru-guru yang mengajar Tahun 6 pun sibuk melibat gandakan usaha.

Anak-anak masuk dewan peperiksaan , mak bapa yang susah hati .

Bila dah dekat nak exam , macam-macam cara dibuat untuk meredakan deman UPSR. Ada ibu bapa mampu bawa anak bermlam di hotel   supaya bila masuk dewan anak akan tenang dan dapat menjawab
dengan baik.


Masa zaman  saya bersekolah dulu, time nak periksa tok tak lupa berpuasa setiap hari exam diadakan.
Menjadi cucu sulung dan tinggal serumah tentulah diberi perhatian . Tiada cucu lain kecuali kami dua beradik.
Ayah pula anak tunggal. Jadi siapa lagi yang nak disayang.

Kini amalan itu dah jadi rutin  untuk saya setiap kali anak-anak menduduki peperiksaan.
Mudah-mudahan doa orang berpuasa dimakbulkan Allah.




09 September 2013

Majlis Mohon Restu UPSR 2013

Diberi peralatan menulis  seorang satu set.

Calon-calon UPSR 2013

Mohon restu guru-guru.

Mendengar taklimat 

Semoga semua anak didik beroleh kejayaan yang cemerlang.

Selesai dah sehari untuk hari . Esok pula berjuang .





08 September 2013

KAYUHAN MERDEKA DI RTBK


Program sekolah sempena menyambut Hari Kemerdekaan lepas.
Bersemangat murid-murid bawa basikal sendiri ke sekolah.
Walaupun selalu ke sekolah naik motor atau kereta yang dihantar oleh ibu bapa.

Kayuh keliling kampung  tak masuk jalan raya tapi ada saja cikgu bersama memantau.

Kesian,  bila dah mula mengayuh ada sorang rantai basikal terjatuh pula.
Tapi bila dibetulkan boleh joint juga.

Basikal Danial ni paling meriah dengan bendera.


Sekejap saja masa berlalu . 
Sekarang dah masuk bulan September , dah nak sampai ke penghujung tahun.
Rasa macam baru saja  di tahun 2013 .

Tanda -tanda umur dunia semakin tuakah ?







Combat





Adik dapat mainan combat yang abang belikan.
Bertuah ada abang dan kakak. Semua ingat kat adik di rumah.

Selalu dapat peluk dan cium.



05 September 2013

Terjebak.



Terkena angin novel pula....maka blongging pun menjadi slow.

Walaupun cerita ini sudah keluar kat tv tapi saya tak sempat  tengok.

Bila terbaca buku ini, tak boleh berhenti pula. Asyik nak baca terus , terus dan terus sehingga tamat.




04 September 2013

Seruling ajaib


Bukan kotak tisu yang nak dikatakan tapi seruling dari Sabah itu.

Bila ada anak lelaki , lain yang dia berkenan nak beli masa pergi  makan angin atau ada benda pelik di kedai.

Masa ke Sabah beberapa tahun dulu, abang-abang Shauqi ini nak benda ini.  Masa tu Shauqi kecil lagi baru 10 bulan. Tak pandai nak minta apa-apa lagi.

Terjumpa benda ini di Pasar Nabalu.

Tak mahal pun  , satu RM 2.

Tapi yang menariknya bila ditiup berbunyi sebiji macam bunyi burung.
Pandai sungguh orang yang menghasilkan benda kreatif ini.

Saya simpan elok-elok takut hilang . Sekarang ini dia orang jumpa balik.
Bila ditiup macam ada burung dalam rumah pula.






03 September 2013

Minyak dah naik.

Tak tahu , pagi selepas tengok surat khabar baru tahu.
Teruk betul.
Tak peka perkembangan semasa.
Kalau tahu mesti pergi isi minyak penuh-penuh.

Lepas ini bila isi minyak 50 ringgit berapa bar agaknya?