31 October 2013

Shauqi and the gang melawat zoo Taiping


Tak sabar Shauqi mengira hari nak pergi rombongan sekolah.

Lawatan sehari ke Taiping melawat zoo Taiping, Muzium , berkelah  di taman Tasik Taiping yang indah dan melawat kilang membuat arang di Kuala Sepetang.

Seronok naik bas.
Zaman saya dulu  seronok dapat naik  kereta sebab jarang dapat naik  kenderaan itu.
Budak sekarang terbalik pula, peluang dapat naik bas yang ditunggu-tunggu.

Senang nak gerak pagi-pagi.
Bangun terus mandi .

Bukti dah sampai.

Rombongan murid Pra sekolah dan murid tahun 1, 2 dan 3.
Hujung minggu ini  murid Tahap 2 pula nak berombongan ke Pantai Timur.

Rombongan selamat sampai di sekolah pada pukul 4 .20 petang dengan selamat.



30 October 2013

Kapal korek


Kapal Korek 

3 hari berulang alik dari rumah ke Kamunting , teringat masa kecil dulu ada sebuah kapal korek bijih timah di lombong  tinggal di situ.

Boleh  nampak dari arah kiri menuju ke Pekan Kamunting. Namun sekarang tempat itu dah membangun tak ada lombong bijih lagi. Naik segala rumah dan bangunan.

Dulu , Kamunting tak ada apa .Nak berurusan dan membeli belah kena terus ke bandar Taiping. Sekarang ini  Kamunting lebih meriah dari Taiping pula.  Pukul 8malam  Taiping dah mati. Kedai-kedai dah tutup kecuali pasaraya besar. 

Tapi.................


Kamunting sampai 10 malam , kedai-kedai masih berniaga.
Mengikut sejarah dulu Taiping dan Kamunting ini tempat kongsi gelap Hai San dan Ghee  Hin.
Mungkin kesan dahulu kala menyebabkan peniaga menutup awal permis mereka.

Anak-anak tengok gambar sahajalah. 

Ketahuilah Kamunting merupakan pengeluar bijih timah dunia suatu masa dulu yang kini hanya tinggal nama sahaja.






29 October 2013

Pam Susu

Minggu ini ada Kursus Pedagogi Matematik di  Kamunting. 3 hari. Pergi pagi balik petang.
Kami diberitahu , murid Tahun 4 pada 2018 akan menduduki ujian KBAT iaitu ujian aras tinggi . IA lebih kepadaa menguji minda.

Semakin tinggi tinggi aras budak-budak sekarang.

Guru-guru mesti bersedia. Walaupun sesi persekolah dah semakin ke penghujung tapi kursus-kursus perlu dihadiri bermula pada awal bulan Oktober sehingga  pertengahan bulan November . Maknanya orang bercuti , cikgu tak cuti lagi. Sebenarnya macam tulah. Walau pun dalam semester break tapi kena pergi juga ke sekolah lebih-lebih lagi 2,3 minggu terakhir . Masa nilah meeting dah bermula.

Eh ! panjang pula mukadimah.




Sebenarnya saya nak bercerita  masa solat zuhur di surau tadi. Kisahnya , saya terdengar macam bunyi pam udara dalam aquarium.  Grrrrr......Grrrrrr.

Saya nampak sorang cikgu ni duduk mengadap ke dinding. Saya juga nampak charger , macam charger telepon di dinding (dia punya) . Dalam hati  saya ingat dia tengah charge telefon. Tapi rasa pelik sebab takkan ada bunyi pula.

Bila  saya dah solat , baru saya tahu cikgu muda ni sedang pam susu dia. Anak baru 9 bulan. Bila dah tengahari dah rasa tegang . Tak pam mesti sakit. Kursus pula sampai ke petang .

Tapi dengan ada kemudahan alat mengepam susu , memudahkan kerja. Susu boleh disimpan dan dibawa balik rumah . Boleh diberi  kepada anak tersayang dan tidak membazir. Sayangnya kalau susu ibu terpaksa dibuang .

Dia beli online satu beg lengkap, pam susu, botol dan beg penyimpanan susu yang dah diperah.

Masa saya , ada anak kecil saya tak aad pengalaman sebegini.  walaupun shauqi menyusu badan selama 2 tahun.

 Mudahnya zaman sekarang.

25 October 2013

Minggu ini minggu kes bunuh.



Apa yang dapat dikata bila orang yang tersayang  telah pergi untuk selama - lamanya. Hancur luluh hati tak dapat dibayangkan lagi.

Malam tadi ada bersama , tidur sekali makan semeja. Tiba-tiba malam ini tiada berteman ....aduhai . Bantal dan selimut buat peneman pengubat rindu kut-kut masih ada bau orang yang tersayang.

Mak saya kata , kalau kita tunggu orang yang hidup pergi akhirnya dia akan kembali . Cepat atau lambat sahaja bezanya. Tapi kalau berpisah nyawa , akhirat kelaklah dapat berjumpa kalau diizinkanNya.

Sedih melihat kes bunuh pegawai bank yang mati ditembak semalam. Sungguh tragis sekali. Kenapalah dia yang terkena sedangkan ada lagi pegawai lain bersama. Sudah tersurat nyawanya setakat itu.

Apa perasaan si isteri bila ditanya " abang sayangkan saya tak?" tapi suami mendiamkan saja.

Ada lelaki yang sukar meluahkan perasaan hatinya . Tak semua suami yang sentiasa menunjukkan kasih sayang  dan romantik tapi jauh dihatinya mengasihi isteri kalau tak , takkan dia berpesan memandu elok-elok  untuk pulang ke rumah (masa tu hujan).

Biarlah semasa hayat hargailah pasangan masing-masing . 

Jika kita  atau dia  pergi dulu ,yang tinggal hanya kenangan untuk diingati oleh pasangan masing-masing.

AlFatihah.




 

24 October 2013

Sesat

Percubaan kali kedua ke Ipoh memandu sendiri hari ini .Dua-dua kali tersesat . Silap sikit saja terlepas lorong yang sepatutnya.dalam hujan dan nampak kabus di celah-celah bukit. Cantik sekali.


Nak pergi dengan cik abang , dia kena kursus pula. 3 hari pula. Tak boleh jadi . Kena kuatkan hati pergi sendiri.

Kali pertama  2 minggu lepas , nak masuk lorong depan pi konar belah kiri hala Padang Tembak. Nasib baik tanya orang jumpa balik jalan yang sebenar. Selamat sampai tempat yang nak dituju.

Masa balik pula terlajak masuk highway ke Kuala Lumpur padahal nak ke utara.  Nasib bail jumpa tanda arah Simpang Pulai. Selamat !

Hari ini ,di tempat pertama yang sesat  dulu  ......bila dah dekat tak pasti mana satu jalannya.  Kat situ ada 3 jalan rupanya . Bila pergi straight terus masuk bandaraya pula. Pusing-pusing jumpa Restoren Hadramaut nasi Arab. Hari tu dah pernah lalu dengan suami, mesti dah dekat tempat nak tuju. Rupanya kena ambil jalan yang tengah.  Kalau masuk kiri jumpa balik kedai makan  Padang Tembak tu.

Bawa slow-slow dah kena hon. Sapalah makcik bawa kereta terhenggeh-henggeh ni. Mana tak slow bawa ko pilot budak darjah 6.  Mata dok tengok jalan. Tak berani nak laju nanti terlepas pula.

Nasib baik 2 kali sesat 2 kali dapat jumpa Hospital .

Kali ketiga harap-harap tak sesat dah .




22 October 2013

21 October 2013

Kereta kontrol abang






Kereta abang no 1 dan abang no 2.

Mainan baru  anak-anak lelaki kat rumah ni.
Si abang yang mula beli kereta control ini.

Belilah nak. 
Mak tak kisah , guna duit sendiri. 
Duit raya, duit kocek ke sekolah , duit menang pertandingan Patanque (dapat nombor 2) semua dah dilaburkan untuk beli mainan ini.

Abang nombor 2 , duit tak banyak duit dapat  beli kereta kecil sikit .
Kecil pun kecillah.
Boleh lawan lumba dengan abang.

Abang janji nak kongsi dengan adik. Baik hati sungguh abang nombor 2 ni.

Tapi mana boleh......abang-abang dapat kereta sorang sebijik adik bungsu  pun nak juga.


Tengah pujuk adik bungsu ......... hihihi

Macam-macam mainan yang ada di pasaran.
Budak-budak sekarang mana tahu main jengket , main toi , main tuju kasut
  macam zaman mak-mak dia dulu.






20 October 2013

Naga

Naga bukan sebarang naga.
Naga datang dari utara,
Rasa manis tak terkira 
Eh ! sebiji saja tak cukup pula.



Buah naga nan sebiji yang diberi oleh adik yang ditanam sendiri.


Manis sungguh .

Letak dalam peti makan sejuk-sejuk ......best .

Sebenarnya buah naga ini mempunyai banyak khasiat terutama yang berwarna merah .

Kajian menunjukkan buah naga merah ini sangat baik untuk penghadaman dan peredaran darah.
Selain itu ia kaya dengan potosium , ferum, protien, serat , kalsium dan soduim berbanding buah-buah  lain yang diimport.

Selain itu ia juga dapat mencegah barah usus, mengurangkan kolestrol yang tinggi  dalam darah dan menurunkan kadar lemak dalam badan.


18 October 2013

SAGUN....pernah dengar?

Bila diminta dibuatkan   sagun oleh cucu , mak tok tak bisa menolaknya. Tarikan nenek dengan cucu semacam besi berani.  Setiap permintaan cucu tak akan dikecewakan.

Lagi pun setakat nak buatkan sagun apalah sangat.

sagun makanan saya zaman remaja dulu. Masa bersekolah rendah siap berjual lagi  pada kawan-kawan . Letak dalam plastik aiskrim atau pun dalam kelonsong kertas macam kacang putih . Sebungkus 10 sen.
Sedap lemak-lemak manis.

\
Tepung  beras wajib ada + kelapa parut (putih saja).

Goreng gareng tanpa minyak.

Dah siap  , angkat tambah gula dan garam secukup rasa.

Simpan dalam bekas kedap udara.

Tester pertama.

Siap !


14 October 2013

Selamat Hari RAya Aidil Adha



Selamat  menyambut hari raya aidil adha yang akan menjelang tak lama lagi.
Selain kita berkorban  esok, hari ini mungkin ada yang berpuasa sunat hari Arafah.
Besar pahalanya.

Ampun dan maaf kepada semua sahabat  salah dan silap dalam berbicara di alam maya ini.
Semoga semua bergembira bersama keluarga menyambut hari raya.



10 October 2013

Super Gam


Gam dalam bentuk cecair  ini memang super .
Tapi kena berhati-hati jika terkena tangan atau kulit sendiri. 
Boleh melekat !

Apabila cecair gam ini  terkena tangan @ jari amat sukar untuk menanggalkannya.
Basuh dengan air, atau minyak  masih tak berubah.
Namun ia sangat berkesan.

Misalnya ,  bebola kristal kipas angin ini tertanggal dek anak bujang main bola dalam rumah. Terkena sepakan maut darinya , jatuh pula sebelah.

Tapi dengan ada gam super ini elok saja dia dapat  melekat pada kedudukan asal.Padahal dalam  kedudukan berjuntai sebegitu.

Bagus juga , kalau tidak memang mak meletop dengan perangai anak sendiri !



Usaha terakhir  bila jari masih melekat dengan gam , saya kikis menggunaka pisau dan tarik pelan-pelan. 
Seperti menarik kulit   pula . 
Siap boleh nampak ira  kulit sendiri. 

Jadi  di lain masa kena berhati-hati.
Namun ia amat membantu.

09 October 2013

Ada berani?


Ini gambar lama.
Budak dalam gambar pun dah besar panjang.
Suara pun dah jadi suara jantan.

Tapi bila orang tengok gambar ni,  ada yang tak percaya rimau betul atau  patung rimau .
Bila saya kata rimau betullah.
Tapi tak percaya pula.

Terserah !

08 October 2013

1st GIVEAWAY BY MISS FLUFFY





Meh kita joint GA dari Miss Fluffy. Dari entry kosong tak berupdet baik kita isi dengan penyertaan ini (sayalah tu). Kalau ada rezeki boleh dapat hadiah-hadiah menarik yang disediakan.

Banyak juga hadiah tu !!
Tarikh tutup ) Oktober 2013. Ada masa lagi  .....



Klik  1st GA MISS FLUFFY dan lihat syarat-syarat penyertaan.


Selama mencuba.

06 October 2013

Serawa pisang


Petang-petang rasa nak makan serawa pisang.

Pisang depan rumah yang berbuah setahun sekali.
Punyalah  lama nak tunggu  makan pisang pokok sendiri.

Bila pula dia nak berbuah?
Tunggu 2014 pulalah.

05 October 2013

Menang GA Sumi Jelly


Dan peneka terhampir adalah
TAHNIAH!!!Nieda………..
Dia peneka yang paling hampir….. RM98.55


Jawapan sebenar ialah RM 108.30.


Alhamdullillah.



03 October 2013

Shauqi dan Bomba


Shauqi in action.


Mula-mula Kak Ila suruh Shauqi pergi padam api tapi tapi Shauqi tak mahu  .


Shauqi tunggu arahan pakcik Leman Bomba.

Tapi Kak Ila suruh juga. Sebenarnya bukan tak mahu tapi maluuuuu...nasib baik kak Ila tolak Shauqi masuk gelanggang , bolehlah mak tempek gambar Shauqi in action kat blog hari ini.

Hari ini ada loceng kecemasan di sekolah. Oh ....rupa-rupanya ada kebakaran.

Sebenarnya ada latihan kebakaran di sekolah. Mana tahu jika berlaku kebakaran sebenar (minta dijauhkan) murid-murid tahu untuk menyelamatkan diri.

Maka loceng yang panjang pun berbunyi.Murid-murid dah menuju ke dataran kejat sekolah beratur ikut kelas. Nanti cikgu nak tengok cukup ke tak cukup bilangan murid-murid ini.

Pasukan Bomba datang memberi penerangan tentang kebakaran dan menunjukkan alat pemadam api dan cara-cara menggunakannya.



Tapi .....acara yang ditunggu-tunggu ialah ........


Ahli Bomba buat api , kita padam api ....


Maraknya api.



Kak Ila pun nak tunjuk berani juga.


Bila disembur dengan alat pemadam api yang mengandungi serbuk putih seperti tepung  habis semua kena tempiasnya....


Sehari bersama Bomba serba sedikit murid-murid ini tahu apa tindakan yang betul jika berdepan dengan situasi sebenar.

Kredit gambar to Makcik Nor .

01 October 2013

Bila sampai masa

Terkejut tengahari semalam , bila anak lelaki balik dari sekolah menengahnya.
Buka-buka pintu dia bagi tahu ada orang mati di depan sekolahnya. Sekolah menengah ini dekat dengan rumah saya.

Saya pun baru balik dari kerja.

Sapa ? kata saya.
Ayah Izzah ( bekas anak murid saya di RTBK).

Laa.....tak sangka . Padahal masa balik tadi saya potong motor dia yang dia nak pergi ambil anak balik sekolah (Izzah tu la).

Kata dia , bila sampai depan sekolah menengah anaknya dia sempat tongkat motor dan mungkin terus jatuh ke bawah.

Arwah bekas NYDP PIBG sekolah kami. Tahun ini dia melepaskan jawatan tetapi masih lagi menjadi AJK PIBG .

Rupa-rupanya hari ini  sepatutnya dia berjumpa doktor untuk rawatan jantungnya.

Al Fatihah untuk En Zulkipli b Judin.
 Semoga dia diletakkan bersama golongan orang yang beriman.