29 November 2013

Mahalnya !

Assalamualaikum.

Ingat nak diam-diam , nanti nak suprise kan ....  hihihi.

Sekarang asyik pandang kalender saja maklumlah cuti sekolah. Ada satu destinasi yang nak dituju.

Kami sekeluarga bercadang nak ke Chiangmai  pada bulan 12 ini. Perjalanan kami masuk  melalui Hadyai (berkereta ) dan dari Hadyai berlepas dengan kapalterbang pula  .

Kami yang tinggal di  utara , lebih baik terus ke Hadyai dan tambang AA juga lebih murah berbanding jika naik dari LCCT.


Mula-mula kami bercadang nak berkereta sahaja dari rumah ke Padang Besar. Kemudian tukar van Siam dan terus masuk dan dihantar ke depan hotel nanti .Dah booking hotelnya pun , Grand Plaza .....wah tempat strategik tu. Namun selepas suami saya balik dari Siam minggu lepas dia tukar rancangan pula.

Rancangan baru pula dibuat  , naik bas dari Kamunting dengan bas Konsortium (betul ke ejaan ni?) . Kalau seorang dua berbaloi tapi kalau dah 8 orang .....macam harga kapalterbang pula.

Harga tiket sehala RM 50 dari Kamunting.....tapi bila baca blog  Kairulizwan yang dah pergi ke Hadyai dengan bas , harga sama walaupun  turun di KL. Kan beza jarak tu?  Tapi harga sama . Mana aci .

Bila diperhatikan , bas nampak selesa  dan yang penting terus sampai depan pintu hotel. Kepala rombongan nak bersantai -santai dalam bas takmo penat memandu jauh. Anak-anak mesti suka maklumlah peluang naik bas bukan selalu.

Tapi mak geram ....kena bayar mahal..... huhuhu.





25 November 2013

Bersiaran semula ....

Assalamualaikum.

Lamanya cuti menulis di sini. Agak-agak orang dah lupa kut.
Bila lama tak jenguk blog password pun dah tak ingat . Ini ke NAYA. Nasib baik jumpa balik.
Macam balik rumah tapi hilang kunci , jawabnya tak boleh masuk rumah.

Blog kekawan pun tak menyinggah lagi. Bukan senang nak cover tu. Tapi akan saya susul pelan-pelan ok !

Untuk Nekcik , harap-harap kiriman barang-barang kecil dari saya  dah selamat sampai. Susah hati juga  masa saya pos tu, minggu Nekcik dah terbang bercuti ke obersea. Dek kerana tak baca blog saya tak tahu Nekcik tak ada di Malaysia.


Hingga ketemu lagi.

10 November 2013

Hari Kantin


Sebelum bermulanya kemuncak Hari Kantin, aktiviti senam berirama dulu.
Disertai oleh murid-murid, guru-guru malah ibu bapa juga.



Jualan dah dibuka.

Masa ini , para pelajar ada slot  lagi di kantin tengah mendendar ceramah.
Ibu-ibu yang datang membeli dulu.

Saya ditugaskan menjual buah-buahan dan rojak.
Bila datang pembeli berkerumun sekali gus, gabra juga.
Mula tangan tak jumpa plastik nak masuk rojak .....hehhee.
Tapi rojak laku....meja paling cepat habis.

Tutup meja , cikgu sempat tarik nafas sekejap.
 Yang penting ada untung untuk sekolah.



08 November 2013

Apa nak dikata

Assalamualaikum.

Semakin kalender 2013  bergerak ke penghujung tahun semakin kalut pula rasanya. Malu nak mengaku diri sibuk bak kata Dr Muhaya pakar motivasi terkenal itu, orang yang mengatakan tak cukup masa adalah orang yang tak pandai mengurus masa.

Mohon maaf kerana saya tak sempat jejak ke blog kawan-kawan semua.

Hingga bertemu lagi.




03 November 2013

Ikan siakap abah



Hari abah memancing di Sungai Petani. Katanya tempat selalu dah kecik-kecik ikannya. Haa.....sekali dia bawa balik hari ini 3 kilo katanya . Tak larat dah siang. Ikan besar tulang pun besar  . Nak bagi putus tu memang hazab sikit.  Sisik dia pun sebesar duit 20 sen pun ada . Merata terbang bila di sagat dengan penyagat sisik ikan. Kalau guna pisau alamatnya bila nak siap kerja.

Blur pula.

Shauqi tak larat nak angkat ikan besar.
Kes kena paksa ni.

Gambar dari Google

Ada paku-paku kecil .
Sangat kuat dan kerja menjadi cepat dan mudah.
Tapi berhati-hati kalau terpijak merana diri.

Sebenarnya , tukang pancing tak makan pun siakap. Kalau masak tengok ja....entahlah dah jemu kut.
Cuma kata orang , ketagih memancing tu tak boleh tahan. Setiap minggu mesti cari siakap.

Nasib baik siakap!



02 November 2013

Durian


urian dari anak murid. Murid Tahun 4 itu membawa kotak berisi beberapa biji buah durian untuk guru-gurunya.

Lalu apa lagi .............makan durianlah jawapnya.