28 April 2014

EPAL HIJAU

Bila dah  sakit saya cuba google cara alternatif untuk membuang batu dalam hempedu.
Dengan menggunakan epal hijau, garam epsom ( yang saya tak pernah dengar) dan minyak zaitun.

Saya jumpa petua dari Dr Hamid Arshad dari FBnya. saya letak di sini supaya saya tak lupa dan senang nak cari nanti.



Google


Petua dari Dr Hamid  Arshad.

Satu petua nak rawat batu karang dalam kilang hempedu ( Gall Bladder Stones)

Minum 4 gelas apple juice tiap2 hari selama 5 hari berturut2

Hari ke 6 jangan makan malam (dinner)

Pada pukul 6 petang makan satu sudu camca garam Epsom(magnesium sulphate) , beli dari farmasi.

Pukul 8 malam ulang makan garam epsom

Pukul 10 malam . Campurkan satu cawan (250 ml) Olive oil atau sesame oil dan setengah cawan juz lemon yg fresh (perah 3 biji lemon. 

Campur olive oil dengan juS lemon dan minum.

Insyaallah esok pagi buang air besar akan kelihatan batu2 karang keluar.

26 April 2014

Insuran

Hari ini saya nak bercerita pasal insuran. Minggu lepas saya dimasukkan ke wad Hospital Columbia- Asia , Taiping disebabkan gastrik dan batu karang di hempedu. Batu karang masih kecil dan tidak memerlukan pembedahan.

Saya masuk ke sini  sebab sakit , yang kedua sebab saya ada insuran . Bukan satu tapi dua.  Insuran pertama , Etiqa dan yang kedua Crescent (CIMB Aviva Takaful  Bhd) yang dibuat melalui Cuepac Care. Dengan harapan saya tak menghadapi masalah kewangan untuk membayar bil kelak sebab saya ada membeli insuran.

Namun apa yang mengecewakan semua tidak berguna semasa saya benar-benar memerlukan. Masing-masing menolak untuk bertanggungjawab dengan pelbagai alasan.

Alasan Etiqa sebab saya baru membeli polisi bermula pada Januari 2014.  Masih belum cukup tempoh 4 bulan atau 120 hari untuk digunakan. Bukankah semasa mula-mula nak tarik pelanggan dulu, agen menyebut polisi akan aktif apabila pelanggan membayar walaupun pada hari pertama ditimpa musibah? Atau silap saya yang tidak menyemak peraturan perjanjian? Bila dah sakit mana mungkin saya ingat apa yang tertulis.

Jadi saya menggunakan Cuepac Care pula yang disertai mulai 2008 . Sebelum ini saya tidak pernah lagi menggunakannya. Ini merupakan pengalaman pertama berurusan dengan pihak insurans. Walaupun dalam perjanjian insurans meliputi suami, isteri dan anak-anak.


Setelah 4 hari , akhirnya semua bil terpaksa dibayar sendiri dengan jumlah lebih  lima ribu ringgit. Saya sangat kecewa sebagai pemegang polisi insuran  yang mana tujuan utama membeli insuran adalah ketika kesusahan begini.

Jadi apa maknanya ada polisi tapi tak dapat digunakan?




24 April 2014

Rowachol


Pil minyak zaitun.

Saya dibekalkan dengan pil yang diperbuat daripada minyak zaitun selain ubat-ubatan moden.Memang terasa kuatnya bau  minyak zaiton dan terasa mint  semasa menelannya . Mungkin ada ditambah bersama.

Sebenarnya saya mengidap gastrik dan ada batu karang dalam pundi hempedu . Namun dalam ujian ultrasound tempohari ia boleh dikategori sebagai kecil dan tidak memerlukan pembedahan untuk mengeluarkannya. Proses pengubatan hanya dengan memakan ubat yang doktor beri sahaja. Antaranya Rowachol tersebut.

Memang nampak perubahan selepas memakan minyak zaiton ini . Terasa badan bertenaga dan angin dalam badan berkurang . Setakat ini tak ada kejadian salah makan yang menyebabkan   sakit ulu hati. Alhamdullillah dengan izin Allah.

Harap - harap kesihatan saya bertambah baik selepas ini.


22 April 2014

Habisss


Lunch terakhir sebelum discaj semalam.

Nak letak tajuk lunch terakhir takut .....harap-harap panjang umur lagi untuk lunch di lain kali.



Sebab dah nak balik , berselera pula .Licin makan berdua dengan Alia anak dara  saya.

17 April 2014

Majlis menjunjung Kasih dan jasa mu di kenang

 Biarlah saya abadikan berita pertukaran Guru Besar Pn. Hjh Aishah bt Mohd Hashim ke SK Kuak ,Grik dan kenaikkan pangkat PK1   Guru Besar En Ruslan b  Hamidon  ke sekolah baru. Tahniah kepada Cikgu Lan.

Diiringi puteri cilik 


Shauqi menabur bunga rampai

Di singgahsana 


Sebahagian warga RTBK


Ramainya jurugambar

Hadiah kenangan.


Ph. Hjh Aishah tak dapat menahan kesedihan. Apakan daya niat dihati masih ingin berbakti di RTBK namun jodoh  setakat ini sahaja.





Walau pun sekejap di sini hanya  setahun 2 bulan namun kelembutan dan timbang rasa beliau sangat kami rasai. Kasih sayang dan keperihatinan beliau kepada  kaki tangan sekolah menjadikan kami dapat memberi khidmat tanpa tekanan. Namun kerja masih dapat  berjalan lancar.

Esok , Jumaat 18 April 2014 hari terakhir beliau di RTBK. Namun dengan rasa berat hati kami terpaksa melepaskan Pn. Hjh Aishah  pergi. Semoga silatulrahim akan kekal sampai bila-bila.

Walau di mana beliau berada kami iringi dengan doa semoga sentiasa dilindungi Allah , diberi kesihatan yang baik dan berbahagia hendaknya.







05 April 2014

Van di Chiangmai

Hari ini saya nak bercerita tentang pengalaman kami semasa bercuti di Chiangmai dengan menggunakan van semasa di sana.

Kami ambil 2 buah van untuk 13 orang .
Cukup selesa , tak berhimpit-himpit dengan 2 buah van tersebut.
Kenapa kami ambil van dan  tak guna bas ?

Sebab utama ialah target kami nak ke Doi Poi iaitu tanah tinggi di Chaingmai hanya hanya boleh dilalui dengan van atau kereta atau motorsikal sahaja kerana jalan yang sempit dan berlekuk-lekuk.
Bas tak boleh sampai ke situ.

Pemandangan bandar Chiangmai  dari Doi Poi.



Ini adalah keadaan dalam van yang dihias cantik. Lengkap dengan tv LCD besar  di dalamnya.
Berebut anak-anak saya nak naik van cantik.

Sebuah van lagi tak berhias, mak naik yang tak berhias  tapi dah cukup ok.
Kebersihan sangatlah dijaga oleh pemandu kami.
Setiap kali nak mula perjalanan memang bersih . Tiada lagi tinggalan plastik  semalam atau pasir , habuk dan sebagainya di dalam van.

Shauqi dan mak tok.

Sampai ke atas berhias.

Di hadapan bilik hotel di Mei Sai. 
Sejukkkkkkk sangat.

Bermalam Mei sai , tak payah pasang aircond sejuk yang semulajadi.
Tak cukup  selimut . Tidur berhimpit-himpit pun tak dapat menahan sejuknya. Dahlah binaan katil daripada batu macam karton Flinstones.

Patutlah , saya lihat pemandu kami siap bawa baju tebal  sebagai tambahan semasa nak bertolak ke  Mei sai dari Chiangmai. Padahal baju sejuk dah pakai dibadan.


Jalan raya di Siam yang luas dan lebar serta lurus  memang best.
Perjalanan lancar, smooth saja dalam van.

Sekadar berkongsi pengalaman  di tempat orang.