30 August 2014

Selamat Hari Merdeka





'Malaysia ......Di sini lahirnya Sebuah Cinta'

Selamat ulang tahun negaraku tercinta.
Semoga aman makmur sentiasa.
Rakyat bersatu padu harmoni sentiasa.
Di bawah satu panji-panji negara.








29 August 2014

Karipap @ Beard papa's

Ini kenangan 3 bulan dulu , semasa di Indonesia.
Sebelum berlepas pulang kami mengisi perut di sini . Cadang nak makan yang ringan-ringan saja sebab dalam flight nanti nak pekena nasi lemak atau beriani . Wah berangan ...sebab ada rupiah lagi. Tapi rugilah bila guna rupiah dalam penerbangan balik. Baik guna ringgit.



Beard Papa's ini terletak di Terminal 3 kami makan karipap dan minum sahaja. Sebelum ini , saya tak pernah ke   terminal 3. Rupa-rupanya di sini lebih selesa , luas dan  ada kiosk -kiosk yang menarik. Ruang solat yang selesa dan agak luas berbanding di terminal 2 yang saya pernah  singgah.




Ada tiga rasa karipapnya
 Sayur, daging  lada hitam , dan kentang pedas.

Selain karipap ada lagi pilihan makanan yang lain tapi dah lupa  sebabnya kami semua semua order karipap tapi inti yang berbeza.

Harga berbeza mengikut inti. Inti daging dan kentang Rp11,000  dan sayur Rp 10,000  saja. Namun menariknya inti sayur ialah campuran kobis dan su'un. Sedap. Sesiapa yang tak suka makan sayur pun pasti boleh makan karipap ini.  Tak cukup satu saya tambah order sementara nak menunggu masa berlepas.



Makan sebijik pun boleh kenyang sebab saiznya besar. Rasanya rangup dan panas memang membangkitkan selera. Mujur juga makan dengan puas di sini  rupa-rupanya nasi lemak dan beriani  dah habis bila peramugari /pramugara  sampai ke tempat kami di belakang.

Shauqi , si kecik saya yang duduk di depan dengan  suami saya dapatlah merasa.
Lepas makan terus  dia lena, Almaklumlah perut dah kenyang.

Sesiapa yang ke sini bolehlah makan sambil bersantai-santai sebelum berlepas pulang.

* gambar dari FB Isma.
   Thanks Isma.
    Lepas format habis semua gambar.






26 August 2014

Cuci habis

Tiba-tiba pagi  Jumaat lepas laptop saya tak boleh connect dengan internet. Dah puas digodek-godek tak jadi juga , di pendekkan cerita hantar kedailah akhirnya.  

Kena modified lain sebab dah kena virus katanya. Ok , tinggallah sekejap untuk  dia bikin baik semula.
Dah cakap ,  save semua document yang ada dalam tu. 

Banyak juga benda penting termasuk gambar umrah , gambar Surabaya, Jakarta -Bandung yang tak habis cerita lagi, gambar raya segalanyalah. 

Sekarang ni gambar-gamabar kenangan tu semua bukan pakai cuci  di kedai , pakai simpan di dalam laptop @ komputer saja.

Bukan gambar saja, benda-benda berkaitan data dan kerja pun ada dalam laptop juga.

Tup-tup tadi nak buka habis semua ilek...habis semua.
Call tak berangkat pula.



20 August 2014

Bila mesin basuh PENSONICS rosak


Aduhai, terseksanya badan bila mesin basuh tiba-tiba buat hal.
Nak pula baju nak basuh bukannya sikit-sikit . Menimbun jugalah. Mak , ayah , anak-anak lagi. Baju sekolah kena basuh hari-hari . Kan  teruk jika mesin tak berfungsi.

Mesin basuh kat rumah ni tiba-tiba saja   stop masa tengah isi air nak basuh. Berhenti macam tu saja. Tapi power masih ada menyala. Kalau lampu pun tak menyala masalah lagi besar mungkin motor dia rosak pula kan.

Dah buntu....kalau nak beli mesin baru macam boleh pakai lagi. Cari guanrente kad pun dah hilang masa mengemas nak raya  hari itu. Fikir punya fikir , pergi balik kedai elektrik yang beli dulu.

Waa...tauke tanya aada garenti kad tak?  Ah , jenuh nak cari pula. Last-last minta nombor telepon khidmat pelangan brand mesin basuh .

2, 3 hari jugalah basuh sendiri. Dah lah cuaca tak  berapa nak panas minggu ni. Lembap saja kain baju. Jemur dua hari baru ok sikit.

Saya call, esoknya sampailah En Azmi ke rumah.
Bila dia check boleh pula mesin jalan. Magik pula. Maklumlah tak basuh sehari dua kain baju.
Baliklah En Azmi tanpa perlu bersusah payah.Errr....dia tengok juga board, dan try test sekejap. Masa tu letak baju sehelai , dan proses membasuh berjaya sehingga selesai. Tapi akhirnya......

Malamnya , saya pun kumpullah baju nak basuh. Tup-tup 5 minit lepas tu , stop balik. Tak gerak dah. Jawabnya ambil balik kain baju basuh tangan ....huhuhuuu.

Terpaksa call balik En Azmi. Tadi masa balik kerja dia dah ada kat rumah. Rupa-rupanya getah dah longgar . Tak kuat nak putar mesin. maklumlah kerja keras hari-hari.

Nasib baik kos pun tak mahal dalam RM 50 saja mesin basuh boleh digunakan semula. Jimat duit mak bulan ni.

Bagi sesiapa yang menghadapi masalah yang sama tentang mesin basuh  jenama yang sama anda boleh call En Azmi 019 457 4307. Terutama orang di kawasan  utara - Prai , Perak , Kulim , dan Taiping.

Fuh ! Lega .


19 August 2014

Celak Arab oleh Herba Tihara



Hadiah GA dari blog Herba  Tihara telah selamat saya terima semalam.
Masa posmen hantar , kami tiada di rumah . Jadi hadiah ini saya kena ambil di pejabat pos.


Beberapa hari terlewat dari kekawan yang sama-sama menang . Surat dari pejabat pos dah kena air sebab saya tak perasan. Dah jatuh ke tanah . Tapi kalau dah rezeki kan...tak ke mana.

Minggu sebelumnya masing-masing dah tayang hadiah yang dimenangi dari HT.
Alhamdullillah rezeki selamat sampai ke tangan jua.
Terima kasih pada Herba Tihara yang murah hati .

Kepada sesiapa yang ingin mendapatkan barangan dari koleksi An Nisrin Collections boleh klik 
di facebook (an nisrin collections) kerana pelbagai barangan yang ada untuk anda pilih.
Boleh rambang mata tau..



15 August 2014

TAMAN SAFARI BOGOR, INDONESIA.



Sambung lagi kisah di Indonesia bagi menamatkan percutian dengan memori  indah untuk dikenang nanti.

Taman safari Bogor ini salah satu tempat yang menarik untuk dilawati jika kita ke Bandung. Jangan lepaskan peluang.Hidupan yang dilepas bebas di jalanan menjadikan satu tarikan kepada pelawat. 

Sepanjang jalan untuk ke Taman Safari terdapat penjual baby carrot untuk diberi kepada binatang-binatang yang menanti  untuk dihulurkan makanan.

Apabila kita melepasi tempat membeli tiket, tak lama kemudian kita akan melalui jalan yang terdapat kiri dan kanan dengan binatang yang tidak dikandang seperti  gambar di bawah ini.

Berkeliaran seladang. Masa ni tak berani buka tingkap.
seram tengok tanduk tajam.

Kuda belang.

Kuda belang , rusa, unta yang berani menghampiri kereta untuk disuap.
Kali ini tak nampak llama berkeliaran di disini. Sudah pupuskan ia?
Rindu pula nak tengok kelibatnya. Binatang yang berasal dari Amerika selatan ini dulu banyak di sini . Sekarang sekor pun tak nampak.

 
Makanan disuap dari Avanza kami.


Cutenya

Nampak tak sapa di sana?



Kuda belang pun menunggu giliran

Nah ambik ! 
Tak berani nak pegang lama-lama carrot tu. Dah la kecik , nanti sekali jari pun kena ngap...

Selain binatang liar ada juga burung-burung untuk kita lihat.

Cantiknya saya..




Boleh bergambar dengan singa ni juga . Bukan patung , singa betul tau ni.
Kena beli tiket 10,000 rupiah sorang di kuanter.
Singa pun tak berapa nak layan dah
asyik dok kena libas dengan penjaga dia.

Cheetah ni dah tak mau layan orang dah. 
Letih gamaknya. Dari pagi dok posing sampai ke petang .
Masa ni memang dah petang sangat kami sampai. Tak lama kemudian binatang ni pun dah dibawa keluar.




Baby zoo. Pintu masuk untuk tengok burung-burung , kelawar , dan kanggaroo.

Kena berani , kalau takut -takut nanti kena cakar dengan burung tu pula.
Free ye....kalau nak bergambar.



Kanggaroo pun ada. First time tengok kanggaroo  depan mata sendiri.
Yang bestnya  boleh tengok dia bawa anak dalam kantungnya.

Nak  naik gajah kena panjat tangga dulu.
Tiket 15 rupiah sorang . Boleh beli di kaunter di  sebelah tangga tu.

Shauqi nak naik gajah tapi takut.
Gajah ni akan bawa round dalam 5-8 minit. Jadilah buat lepas hajat nak naik gajah.

Mak tak naik gajah , mak pas Shauqi pada cikgu Isma dan cikgu Nisah.
Mak tukang ambil gambar sajalah.

Jadilah usap sikit-sikit gajah ooiii!

Kalau nak naik lama ada lagi di bahagian lain  tapi tiketnya 150 ,000 rupiah seorang.Yang ni dalam sejam juga dia bawa ronda sekitar Taman Safari.


Kedai servenior.
Nampak gaya FM pun dah naik harga dari 15 ribu (dulu)ke 45 ribu sekarang.
mak tak belilah mahal sangat.


Pengumpul gelas .
Wajib beli  la.
Nak datang bila pula kan?
Satu set ni berapa Nisah ? Lupa la pula.


Selepas penat meneroka Safari, boleh juga singgah makan di sini. 
Tapi kami tak makan pun . Kesuntukan masa.


Percaya tak hanya kami yang naik keretapi ni.
Nyaris-nyaris tak dapat naik sebab dah nak tutup dah petang sangat.
Yang ni tiket percuma .

Dengan berkeretapi kami melalui gua yang ada dinosour,
tulang-tulang dinosour, sekumpulan orang batu  dapat kami lihat.
Patung aja pun.


Berkeretapi aktiviti terakhir kami di sini.
Hari pun beransur gelap , lalu kami pun bergerak mencari Jody untuk bertolak ke Jakarta dan bermalam di sana pula.
Wah....esok hari terakhir kami di Indonesia.











10 August 2014

Masjid Attaawun, Puncak.

Boleh sambung cerita berlibur di Indonesia lagi ?
Cerita bulan Jun lepas , tak habis-habis lagi.

Walau pun , dah sampai dulu tapi  setiap kali ceritanya berbeza dan auranya tetap tak sama.
Jadi sebagai kenang-kenangan maka perlulah diabadikan di sini sekali lagi.

Kalau anda ke Bandung dan ingin  Taman Safari Bogor , eloklah anda bermalam di Puncak. Selain menjimatkan masa , anda akan dapat merasai nkmatnya bermalam dalam hawa sejuk yang mengasyikkan. Tu dia aihh ayat!  Percutian terdahulu kami bermalam di Suria Indah Hotel. Tak payah pasang kipas , sejuk mak aii....

Namun kali ini kami tak bermalam di Puncak , perjalanan kami terus dari Kota Bandung. Ada kerugian di situ. Perjalanan sangat sesak , jem teruk maka bila kami tiba di Taman Safari dah petang sangat. 

Sebelum tiba di Safari kami bersolat zuhur dan jamak sekali di masjid Attaawun. Sekeliling masjid berkabus. Nak ambil air sembahyang pun airnya sejuk macam air ais.

Masjid ini istimewaan selain dikelilingi dengan pemandangan yang cantik,  cara nak masuk ke dalam masjid lain sikit caranya. Pengunjung perlu meletakkan sepatu di tempat yang disediakan dan bila nak balik nanti kita bolehlah bersedekah seikhlas hati kepada orang yang menjaga kasut tersebut. Bila kita simpan kasut di situ kita akan diberi nombor macam selalu kita simpan barang di pasar raya tu....

Wang tersebut pun akan digunakan untuk masjid juga.  Selepas itu kita kena melalui laluan berair seperti dalam gambar. Secara tak langsung kaki kita pun dah bersihkan.

Kalau anda lalu di sini  dari Bandung ke Puncak   wajib singgah dan alami kelainannya.Mesti tak rugi.



Tangga utama ke ruang solat.
Lalu dalam air sebelum pijak tangga untuk masuk ke masjid.

Tengok....budak ni dah main air. 
Seluar dah basah .
Airnya dari sungai kecil di sebelah masjid.

Close up.


Sungai ori atau buatan tak pasti  tapi mengasyikkan sekali melihat pemandangan 
sebegini.



Berkabus walaupun dah masuk zuhur pada waktu ini.

Di dalam masjid juga ada kedai kecil untuk pengunjung membeli ubat-ubatan, berus gigi , dan barang keperluan yang lain.


Sebelah belakang ada ramai orang sebenarnya. 
Macam bukan masjid pula.  Ada yang duduk-duduk, ada yang bergambar , seperti tempat berwisata bukan macam tempat beribadat pula ....macam-macamlah.

Klik cerita lama Masjid Altaawun Jun 2011 .
dan cerita lama Indonesia 2010.
Bermalam di Suria Indah KLIK DI SINI









08 August 2014

Riang Ria Raya di sekolah

Setelah tibanya Syawal , inilah masa yang ditunggu-tunggu  oleh murid-murid . guru-guru pun sama teruja menanti sambutan Aidil fitri di sekolah.

Semua berpakaian baru hari raya, dari tudung hingga ke sepatu baru ke sekolah. Budak-budak sekarang tudung pun cantik-cantik mengikut fesyen semasa.

Banyaknya makanan disediakan sehingga tak sempat nak merasa semua sebab perut dah penuh sangat walau pun ambil serba sedikit saja.

Dari lemang dan rendang , sate dan nasi impit serba kuah lontongnya, cendol yang marveles, laksa dan bihun, buah-buahan manggis , rambutan dan pulasan .....semua ada. Itu tak masuk pencuci mulut , ais krim dan kuih -muih. Memang tak larat nak merasa semua sekali.



Meh layan gambar.


Backdrop  disediakan  oleh Ustazah Ain.


Potong-potong



Bihun dan laksa.
Memang tak habis , bungkus untuk murid-murid bawa balik.



Laksa.



Kuih raya yang dibawa oleh murid-murid.




Kaunter sate by Cikgu Nisah.


Makan time.


Pop Yeh Yeh


Rambutan , manggis dan pulasan.


Meja cendol -santan, gula merah , gula merah, cincau .


Cendol .
Tahun lepas ABC tahun ni cendol pula.





Kaunter cendol.


Saya nak makan.


Persembahan murid menyanyikan  lagu raya


Warga SK RTBK .


Berbahagialah kita yang hidup aman damai di bumi tercinta . Mewah rezeki segala. Alhamdullillah.
Namun kita tak lupa kepada saudara seagama   jauh di sana.