28 February 2014

Kenali buah/ sayuran dari nombor



Dari FB.
Sekadar berkongsi maklumat.

Korang perasan tak?
Kenapa setiap buah-buahan & sayur-sayuran dilekatkan pelekat seperti di dalam gambar.
Apa maksud nombor yang ada di pelekat itu?
Ni adalah perkara asas yang perlu korang tahu apabila membaca label :

1) Jika hanya ada 4 digit nombor pada PLU?
>>bermakna buah tersebut ditanam secara konvensional @ tradisional, dengan penggunaan racun serangga. So.. please make sure, buah-buahan atau sayuran dicuci bersih sebelum dimakan. 4 digit terakhir kod PLU hanyalah penerangan mengenai jenis buah atau sayur. Sebagai contoh, semua jenis pisang akan dilabelkan dengan kod 4011.

2) Jika ada 5 digit nombor pada kod PLU dan nombor itu bermula dengan “8?
>>ini bermakna produk itu adalah produk GMO, sudah diubah secara genetik (Genetically Modified Organisms). Sebagai contoh, pisang yang mempunyai kod 84011 adalah pisang GMO.

3) Jika ada 5 digit nombor pada kod PLU dan nombor bermula dengan “9?
>>itu bermakna produk itu ditanam secara organik (tanpa racun serangga dan bukan GMO) jadi ia lebih selamat dimakan.. Sebagai contoh pisang organik, kodnya adalah 94011.

27 February 2014

SAYA NAK BLOUSE CANTIK dan MURAH DARI MOMS MADNESS GARAGE

klik sini ke GA BLOG RARA
Klik sini untuk ke GA BLOG RARA

Wah hati saya sudah terpikat dengan hadiah -hadiah menarik dalam GA Rara kali pertama ini.
Terutama beg hitam hand made itu.

kenapa korg suka barang murah?
dan pengalaman manis dgn online shopping.


Kenapa nak bayar mahal kalau ada harga yang lebih murah dan kualiti barang yang sama ? Tentu tidakkan .
Mesti kita pilih barang baik tapi harga yang murah , dapatlah kita berjimat cermat . Mungkin duit yang lebih itu kita dapat berbelanja untuk membeli benda yang lain juga.

Opss.....saya tiada pengalaman membeli belah secara online lagi setakat ini. tapi mungkin untuk masa-masa depan  siapa tahu bila melihat tawaran harga yang murah dan barang menarik.


Hadiah yang ditawarkan.


Saya tag :
1.Nazaisma
2.Cik Viva






Pengukus baru

Ini gadget baru di dapur saya . Mengidam dah lama baru sekarang impian 
menjadi nyata.

Sekarang tak payah kukus dengan periuk kukus cap buaya dah walaupun itulah yang diguna bertahun- tahun pemberian ibu mertua  . Dah hampir 10 tahun.  Dia beli di Kelantan. Dia pun dah tak ada . 
Al Fatihah untuk mak mertua  Hajjah Sofiah bt Yusof yang disayangi .

Mak mertua saya suka berjalan . Best sangat kalau dia ada . Kalau makan angin dengan dia siap satu dua barang yang dibeli untuk anak cucu. Menantu pun dapat juga . 
Lekeh-lekeh sepasang kain 4 meter .

Dalam kereta kenyang makan  kuih muih. 
Nasi dan lauk pun ada juga untuk makan dalam perjalanan.

Time raya tok sah kira , berbaris cucu terima baju raya dari opah.
Ingat tak cucu-cucu opah semua?
Tapi kini semua jadi kenangan .

Food Steamer  Elektrik
.
Dalam kotak lagi.

Berbentuk oval tiga tingkat .


Jangan  lupa isi air.

Paras selamat air yang dibenarkan.


Tengah mengukus.
Ada  timer.

Apam gula hangus @ apam sengek.

Bawa sikit ke sekolah pagi tadi  , makan ramai -ramai. 
Ada yang kata rasa macam kek.
Bukan kek tapi apam je.....







25 February 2014

Sehari di Kuala Kangsar

Ke Kuala Kangsar le kite

Hari Sabtu minggu  lepas, kami empat beranak ke Kuala Kangsar.  Bertolak dari rumah dah malam selepas maghrib maka sampai  di sana terus tuju hotel.
Shauqi dah lena dalam perjalanan. 
Haish...budak enam tahun masih nak duduk beriba dengan mak di depan.

Tujuan kami ke KK untuk meneman  suami bertanding petanque di Kuala Kangsar.

Hotel dah booking sehari sebelum .  
Bilik dengan katil queen dan satu single. No breakfast dengan harga RM 115.

Suami nak duduk di Sungai Perak Resort yang  dekat dengan lokasi pertandingan tapi sebab kita yang   servey hotel  makanya  ikut kepala sayalah.

Bila dah malam , dia pun tak banyak cakap terus setuju saja.
Tapi bila masuk ke bilik pelek sikitlah saya rasa....katil single dengan queen di pisahkan dengan rak barang di tengah-tengah. kemudian ada tiang besar pula di tepi rak tu. Gambar tak ambil pula.

Bilik jadi sempit.
 Saya tak tahulah bilik ini saja yang sedemikian rupa sebab di dihujung atau semua biliknya sama.

Memandangkan kami tak lama  ,sampai pun dah hampir 11 malam . Pasrah sajalah. Bila tengok Sungai Perak Resort macam best pula... tulah tak nak dengar cakap suami lagi.


Single bed. 
 Dah lena budak tu.
Nampak tiang besar sipi-sipi dekat kaki suami saya tu....nak kena menyelit untuk ke katil sebelah sana.
Haru sungguh..

Katil besar
Banyak pula tempat letak barang.Bila dah banyak begit takut pula barang tertinggal.


Bilik air


Pemanas air.





Lokasi pertandingan Petanque di bawah Jambatan Sultan Abdul Jalil.


Awal pagi baru nak bermula acara.

Sungai Perak Resort berdekatan dengan lokasi pertandingan.
Kawasan pertandingan di belakang bangunan ini sahaja.

Selepas menghantar suami ke tempat pertandingan , kami pun merayau ke pasar sehari Kuala Kangsar.
Makcik tu turun kereta  nak ke pasar sehari KK.

Pasar sehari Kuala Kangsar


Tepi sungai .

Buah pisang kaki .
Ada yang RM 10 (besar) dan RM 8 (keci tapi tak ada biji) manis sekali.

Buah ciku. 
Susah nak jumpa buah ciku sekarang.

Gerai keropok dan kacang.

Pasar ini terletak di celah deretan kedai. Ada lorong dikkasnya menjual pakaian sahaja, lorong ikan dan barang basah , dan lorong kuih-muih.
 Ada juga saya terjumpa orang jual wang-wang lama.

Kalau Shauqi nampak mainan ni...nahas mak dia.

Orang dah mula ramai.
Sebelah kiri lorong untuk ke pasar sehari.

Bilik kami 201.




KTM
Cantik dan baru.
Sekali pandang macam masjid.


Banyak tempat menarik di KK tak dapat diterokai hanya setakat sampai di pasar sehari saja
dan bersarapan roti canai di kedai tepi sungai . Saya hanya berehat di bilik sambil baca novel sementara menunggu suami bermain petanque.

Kami check out pukul 12 tengahari.

Nama hotel dirahsiakan .






16 February 2014

Coklat Langkawi

Siapa sangka  hari  ini , saya dapat ole-ole dari Langkawi. Anak murid yang bagi , murid Tahun 1.  Semua kawan-kawan sekelas diberinya coklat Langkawi sepunjut sorang.

Dia yang nakal, yang buas, yang tak pandai membaca , yang selalu kena marah dengan saya tapi bila berjalan ada juga buah tangan untuk cikgu dan kawan-kawan. Ingatan untuk cikgu dan kawan-kawannya itulah yang buat saya tersentuh .

Bukanlah coklat mahal pun , coklat Roka campur-campur dengan coklat bar yang kecil-kecil tu tapi pemberian untuk cikgu yang baru nak masuk 2 bulan mengajar di kelasnya amat bermakna.

Sayang pula gambar tak boleh nak upload dari kamera ke komputer. Kenapa eh?



Roka di google.



15 February 2014

Terkesan di hati

Sejak kebelakang ini  bukan saya tak buka blog. Hari-hari buka , kadang-kadang 4,5 kali sehari tapi rasa tak ada apa yang istimewa nak bercerita.

Saya juga rajin melawat blog-blog meanarik yang lain. Tambah-tambah yang cerita makan angin. Melayan gambar cantik teman-teman bercuti dalam dan luar negara melapangkan dada. Saya pun tumpang suka dapat melihat tempat-tempat narik yang dilawati.

Tadi saya melawat ke blog Kak Jun bercerita di Alam Barzakh. Hati kecil sangat tersentuh . Takut dengan dosa-dosa sendiri. Macam mana time kita pula semasa  menghadapi sakratulmaut nanti. Bukan saya nak menakutkan sesiapa tapi mati   itu pasti.






10 February 2014

Awan



Imej dari blog Nira

Pagi tadi , dalam perjalanan ke  tempat kerja nampak awan yang cantik bersisik dan cahaya matahari sedikit memerah  macam cahaya lampu suluh . Mula -mula sikit pandang kali kedua dah merebak lebih besar. Tak kala sunrise mula bercahaya indahnya terasa.










06 February 2014

Intan Berlian Mega GA 2014



Nak joint KLIK DI SINI

Sukar dilepas GA 2014 yang menyediakan hadiah yang banyak dan meriah.
Kalau tak percaya boleh KLIK DI SINI.
Syarat-syarat @ Cara Penyertaan :-

1) Blogger yang menetap di Malaysia / mempunyai alamat di Malaysia
2) Buat Entry bertajuk "IntaNBerliaN Mega Giveaway 2014"
3) Letak banner IntaNBerliaN Mega Giveaway 2014 dalam entry
4) Letak link sponsor dalam entry
 5) Hantar link entry u all ke kotak komen entry ini
 6) Nak lagi senang, copy je entry ni.. (",)

TARIKH TUTUP : 16 FEBRUARI 2014


Masih ada masa  jangan bertangguh lagi  !! (Sambil pegang corong pembesar suara).






03 February 2014

ROTI CANAI HOME MADE

Teringat masa kecik-kecik dulu bersarapan pagi dengan roti canai buat sendiri.
Nenek yang buatkan. Masa dia uli pun tak sedar sedar-sedar nak makan saja.
Tapi tak ada kuah dal cuma cicah dengan kuah masak lemak balen-balen semalam atau cicah gula .

Ini projek roti canai dengan mak tok .Dia jadi kepala chef.
Uli pakai Bread maker jadi tak teruk sangat , tau-tau dah elok jadi doh.

Kami buat sekilo tepung dapat dalam  20 keping kecik-kecik. tapi agak tebal dari  kedai.

Bahan utama  guna tepung gandum sekilo , gula , marjerin , air , garam dan telur sebiji. Semua masuk dalam BM ... chef tunggu saja hingga jadi doh.

Dah siap ketul-ketulkan bulat-bulat dan letak minyak di atas setiap satu ketulan kecil tu.
Perap sekejap.

Ambil satu doh tarik jadikan nipis . Jangan sampai terkoyak . Minyak sebagai pelincir.
kemudian temukan hujung ke hujung dan buat seperti sanggul siput seperti gambar di atas.

Bila nak goreng tekan-tekan sanggul siput tadi jadi leper  dan goreng dengan minyak sedikit.

Chef kecik tengah goreng roti canai.

Dah siap ....makan dengan kuah dal.

Bertahun tak makan roti buat sendiri .....