25 May 2014

Echo Oat pula tak boleh makan.

Selepas Cudbury, oat enco pula diwar-war tak  boleh makan. Tersentap juga sebab ada 2 bungkus besar lagi stok kat rumah.

Rupa-rupanya , ada banyak keluaran dan brand oat-oat ni..

Ada yang keluaran Enco dan ada dari Twin Fish macam dalam gambar di bawah.

soy lechitin tak boleh makan ke ?
Mohon pencerahan.

Terima kasih.






24 May 2014

Penginapan di Tanjung Malim.

Temujanji Alia dengan Medsi pada hari Rabu, saya pun cepat-cepat servey hotel di kawasan sekitar UPSI.
Bila di google , banyak juga pilihan .  Tapi akhirnya suami saya yang bookingkan.Lega....

Tanjung Malim merupakan bandar universiti maka tak hairanlah banyak hotel di kawasan sekitarnya. Hotel-hotel bajet didirikan dalam bangunan kedai. Tak susah nak cari.

Saya tak pernah meneroka bandar Tanjung Malim sebelum ini , blur juga nak menentukan pilihan terbaik.

Memandangkan suami saya pergi awal sehari , dia dah tolong bookingkan hotel untuk kami bertiga . Hotel dengan 1 katil queen dan 1 single dengan bilik air di dalam ,tv dan aircond dengan harga RM 70 semalam dah cukup baik  buat tidur semalamam. Kami menginap di Hotel Tanjong.

Kebetulan pula , suami kena berkursus di Institut Aminuddin Baki , Genting selama seminggu. Nasib baik pada hari ujian , dia dapat pelepasan setengah hari. Dapatlah dia bawa kami ke UPSI pada pagi ujian Medsi tu.

Maka saya pun berdikarilah meneman anak ke sana.

Di sini saya senaraikan  nama hotel-hotel  yang terdapat di Tanjung Malim.

HOTEL CAHAYA -  05-4584331
HOTEL ANGGERIK -05-4599118
SAHARA INN- 05-4595999
HOTEL TWIN TOWER -05459889
TANJUNG MALIM BAJET HOTEL - 05-4594388
HOTEL BUNGA RAYA -054594388/ 05-4598815
SRI MALIM HOTEL -05-45999333
HOTEL TANJONG -0142614714 (UNCLE)

Hotel Tanjong terletak dekat stesyen bas Tanjung Malim.  Saya dan Alia ke sana dengan bas dari Kamunting. Jadi bila saya sampai  terus jalan kaki ke hotel . Tak perlu ambil teksi.

Sayang , gambar tak boleh masuk pula....grrrrr.








Medsi di UPSI

Hari  Rabu yang lepas , saya menemankan anak , Alia ke ujian berkomputer Medsi di UPSI. Sebelum ni saya tak pernah tahu  pun apa itu Medsi. Bila ada anak yang terlibat baru nak ambil tahu.

Medsi ialah ujian  inventori pemilihan pendidikan Malaysia untuk kemasukkan ke Program Pengajian Pendidikan Lepasan STPM atau setaraf di Institut Pengajian Tinggi Awam. Sebanyak 300 soalan berdasarkan minat dan keperibadian berkaitan  dengan bidang pendidikan akan ditanya dalam masa lebih kurang satu setengah jam.

Ini pengalaman pertama saya menjejakkan kaki ke Tanjung Malim. Sebelum bukan tak sampai , tapi setakat lalu saja.

Pusat ujiannya di UPSI lama , yang  masuk dari tokong Hindu dari pusat bandar.

Pagi tu , ramainya calon . Ada 13 bilik dan setiap bilik 25 orang calon sekali menduduki ujian. Alia di bilik pertama di blok Pentagon yang berwarna kuning. Ujian berlangsung 3 sesi. Wow ramainya calon . Ini satu pusat . ada lagi calon di utara ke UUM.

Perkara penting sebelum ujian iaah pastikan surat panggilan mesti diprint dari online dan dibawa bersama . jangan terlupa nanti tak boleh masuk ujian. Sekarang ni semua pakai online tak macam dulu - dulu. Kena selalu check tarikh penting sendiri takut terlepas .

Murahkanlah rezeki Nur Alia mudah-mudahan.






18 May 2014

Hadiah hari guru

Warga guru baru menyambut Hari guru pada 16 Mei yang lalu. Bagi memeriahkan suasana kami sesama guru ada buat pertukaran hadiah  sesama sendiri. Harga hadiah dah ditetapkan. Jadi carilah hadiah dalam linkungan harga yang dah dipersetujui . Balut elok-elok bawa mai sekolah , kemudian cabut nombor pula. 
Kotak hadiah  yang sama nombor dengan nombor yang kita cabut akan jadi hak milik kita.

Tahun ini saya dapat kotak yang tersangat ringan . Macam tak ada isi. Rasa tak sabar nak buka tang tu juga. Tapi sabar , balik rumah baru buka.

Bila buka , saya tengok kotak microphone sekali dengan guaranty card pun ada lagi. 
Siap dengan resit beli . 

Memang tak ada isi kosong . 

Sungguh.

Tapi ada RM 35 ....sebenarnya hadiah yang patut beli RM 25 sahaja. Saya dah untung RM 10 ...hihiihi.

Jadi semalam saya pun gigihlah pergi beli barang dengan duit hadiah yang saya dapat tu.

Saya beli penyidai tuala dari kayu . Dapat pula RM 30. 
Masih untung RM 5.

Berbaloi juga dapat duit tunai, boleh beli hadiah ikut pilihan hati sendiri.

Ini lah rupanya....









16 May 2014

FM Bromo

FM Bromo

FM Bromo dari DJ dah selamat sampai ke tangan.

                                               Terima kasih pada DJ  dari Blog wanderlustdj

12 May 2014

Pisau seramik kah?

1

2

3

Hadiah dari anak-anak yang diterima semalam.
Tak sangka anak-anak berkongsi duit  untuk membeli hadiah untuk  emak.

Pisau ini ada 3 warna pilihan . Warna merah , hijau (macam dalam gambar ) dan ungu.



Terima kasih anak-anak mak yang disayangi semua.
Mak terharu ...








09 May 2014

Happy Hour GA by Dr Shikin

 photo 1015027-nickelodeon-teams-usps-spongebob-mailpants2_zps5900f26f.jpg

Klik sini untuk joint GA dr.shikin zainal

Sila ke page beliau untuk melihat syarat-syarat penyertaan.

Paling menarik hadiah yang istimewa brand Tupperware yang disediakan.

Wow best , akak suka.



Hadiah:
Berupa barangan dari Tupperware Brands (Tapwe original tau..)


(Pemenang akan dipilih berdasarkan cabutan bertuah oleh saya sendiri)
Tarikh penting:

MULA 7 Mei 2014 [ UPDATE ]
TAMAT 13 Mei 2014, jam11.59 malam.
UMUM PEMENANG 14 Mei 2014

04 May 2014

Roti lembut

 
Ada inti kacang merah  dan ada yang kosong. 
Roti kosong makan dengan sup cendawan.



lembut sampai ke patang.

Rupa-rupanya ada sahabat yang datang ke Cempaka Biru cari resepi . Resepi pun taklah banyaak pun .

Tapi resepi ni memang best la.

Nak try KLIK SINI . 
Saya selalu ambil resepi roti dari Blog Izah Daut . Kebiasaannya tak akan menghampakan.

Kini saya teringin nak mecuba roti sarang labah-labah.



Nampak macam best aje.

Terima kasih kepada Izah  yang sudi berkongsi resepi .




Ramadan dah dekat

Saya kongsikan ilmu dari FB kawan saya , semoga boleh memberi manfaat untuk semua.

22 Ramadhan : hari jum'at
29 Ramadhan : hari jum'at
Yang tidak banyak diketahui orang bahwa Ramadhan
tahun ini akan kita lewati dengan 5 hari jum'at, yang tidak
terulang kecuali setiap 20 tahun.
Ramadhan yang akan segera datang ini akan menjadi Ramadhan
dengan waktu siang terpanjang selama 33 tahun ke belakang.
Hal ini berarti Ramadhan kali ini memberi kesempatan bagi kita utk
memperoleh pahala lebih besar dalam 33 tahun...
Yaa Allah sampaikanlah kami pada bulan Ramadhan,,,
jangan jadikan kami kehilangannya.. Allahumma aamiin..
allahumma balighna ramadhon.

01 May 2014

ECG

Hadyai Disember 2013.

Perjalanan ke Chiangmai nyaris-nyaris tak tercapai  hujung tahun lepas.
Tengok muka pun sendu je.
Masa ni, nyaris-nyaris patah balik Malaysia.

Sebelum tarikh bertolak ,saya diserang gastrik  tapi Doktor  A kata serangan jantung . Manalah hati tak takut . 
Perasaan berbelah bahagi nak ke luar negara. Jauh pula tu , kalau jadi apa-apa susah.
Tapi sepanjang saya di sana tiada sakit jantung dan tiada gastrik pun. 


Alhamdullillah. Percutian berjalan lancar.

Bila balik , saya buat sekali lagi ECG  dan Doktor Siva  sahkan  tiada penyakit berkaitan jantung.
Mungkin masa sakit tu, terdapat kekeliruan dalam bacaan data ECG.