Buat Duit

Saturday, June 28, 2014

Selamat Menyambut Ramadan.



Salam Ramadhan dan selamat menyambut puasa kepada muslimin dan muslimat.
Ampun dan maaf atas kekhilafan diri  kepada semua rakan-blogger yang singgah di sini .
Semoga Ramadhan membawa seribu rahmat kepada kita semua.



Friday, June 27, 2014

FM dari Cik Viva



FM Vietnam dari cik Viva selamat sampai ke tangan.
Maka bertambahlah jumlah FM  yang ada. 
Selain beli sendiri ketika makan angin , kawan-kawan dekat yang
 baik hati  dan  
ada juga kiriman dari rakan blogger .

Terima kasih Cik Viva.

Selamat menyambut Ramadan .
Rajin-rajin puasa tau !




Tuesday, June 24, 2014

HOTEL ARLYA, BANDUNG

Kami bermalam di Hotel Arlya yang terletak di pinggir  kota Bandung,
seharian berjalan selepas turun dari kapal terbang  dalam 4 petang baru jumpa hotel  untuk berehat dan mandi.  Walaupun kami dah mandi di masjid Cipaganti tapi tak puaslah . Tarik baju selai-selai dari bag kendian bawa masuk ke masjid untuk mandi.

Sah-sah Shauqi tak mandi-mandi lagi sebab masa kami berhenti di masjid Cipaganti  subuh tadi dia dok lena .

Hotel Arlya



King saiz.

Sofa .

Bila air yang luas dan bersih.
Bilik luas dengan bath tab sekali  tapi tak sempat nak berendam pun.


Dari tingkap bilik kami.

Kelihatan juga Pos pak gad.
Jalan  depan hotel berkongsi dengan orang yang tinggal di belakang hotel lalu lalang.


Bilik kami berhadapan dengan kawasan luas tempat buang sampah.
Petang-petang bampak kelibat manusia datang mengutip  benda-benda yang dibuang untuk dijual.

Sarapan pagi dengan menu soto madura.

Close up


Soto Madura yang berbeza dengan soto Malaysia. Kalau soto di Malaysia kita makan dengan nasi impit, kacang tanah goreng,soun goreng, bergedel dan berkuahkan sup. Namun soto madura ada nasi , tempe goreng kacang dan berkuahkan lemak dan ada jagung rebus juga.
Kerepok wajib ada. Kuah lemak itu yang memberi rasa pada soto madura ini.


Walau berbeza tapi sedap juga.....dan jagungnya manis sekali mungkin jagung baru.

Lepas sarapan kami ke Pasar Baru dan Kawah Putih.

Nantikan ceritanya ya!

Saturday, June 21, 2014

HOTEL MARVELOT, KAJANG.


Urusan temuduga Alia di UKM , Bangi semalam kami memilih menginap di Hotel Marvelot.



Nescafe ada juga

Rasmi dulu.

Shampoo+ bath




Katil bujang,tilam best.


Almari tidak disediakan, hanya gantung pakaian jimat ruang.

Bermalam di Hotel Marvelot , Kajang saya rasa sangat  berbaloi dengan harga dan suasana bilik hotel yang bersih dan servis yang baik. Terletak berhampiran jalan utama. Di hadapan hotel juga terdapat restoren, kedai serbanika , sederet dengan KWSP (sebagai mercu tanda) dan hanya 3 minit ke stesyen bas Kajang.

Harga bilik bermula dengan RM78 dengan bilik standard.

Kami memilih bilik family dengan harga RM128 dan deposit RM20. Kami check out 1.30 tengahari jadi depositnya  hangus. kalau keluar sebelum 12 harga hanya RM128 sahaja.Petugas memaklumkan awal tetapi kami ambil masa berehat dan bersolat sebelum bertolak balik.

Aircond elok, tv flat screen, air laju , wifi free dan ada disediakan komputer di lobby untuk tetamu, toiletories
juga diberi serta 2 paket nescafe juga dibekalkan. Namun tiada sarapan diberi.

Alamat:
No. 7, Jalan Hentian 3, Pusat Hentian Kajang, Jalan Reko, Selangor Darul Ehsan., Kajang, Kuala Lumpur, Malaysia.

Tel : 03-87407277


Wednesday, June 18, 2014

Rumah Strawberi

Tertunda-tunda nak masukkan cerita Indonesia lepas sehari ke sehari.. Tup-tup jadi berhari-hari.
Waaa...bulan 6 , bulan bercuti sungguh. 

Bermula berjalan ke Melaka kerana kenduri anak saudara, kendian berlepas ke Indonesia pula.
Orang dah mula buka sekolah , mak tambah cuti lagi sebab bawa anak temuduga kemasukkan ke universiti . Ambil ....seminggu sampai dua kali turun KL.

Esok sekali lagi jadi pengiring anakanda. Semoga mudahkan perjalanan kami  dan murahkanlah rezeki
 NUR ALIA ke menara gading. 
Amin.

Sambung lagi yuk....

Kami tiba di Rumah strawberi selepas lawatan ke Floating Market.
Masa ni perut dah kenyang sebab dah makan nasi timbel di Floating Market.

Bila kami sampai , kami lihat ada orang tengah makan di tempat disediakan. Tempatnya menarik sekali dengan susunan  lanskap dan dekorasinya.   Ada mussola turut  disediakan.

 
Tangga naik menuju kebun strawberi. 
Ada pakej memetik strawberi dan makan tengahari  di sini.

Ada seorang pekerjanya akan menyambut kita di situ untuk pakej-pakej yang disediakan. 
Kami tak ambil pun pakej sebab dah makan  sebelum ke sini.


Boleh merasa jus strawberi juga di sini.
Tapi kami tak minum pun ....huhuhuh.


Model wajib.


Buahnya boleh dikira.
Tak berapa meriah . Lagi meriah di Cameron Highland tapi kami terpegun cara mereka membangunkan tempat ini kepada pelancong dengan cara tersendiri.



Nampak sebijik.
Sempat lagi posing.
Pintunya bermangga kami tak boleh masuk kecuali kami ambil pakej petik dan makan.
No,no,no.... perut dah penuh.

Dah nak turun.
Kami tak lama kat sini. Lepas tengok kebun kami pun menerukan perjalanan ke tempat penginapan.


Ada jualan berupa buah-buah strawberi....beg, keychain, tapi kami tak beli pun.

Bahagian bawah disediakan meja untuk makan-makan.


Kawasan ini memang kawasan nursery. 
Setiap rumah ada saja pokok-pokok ditanam buat jualan.
Cuaca yang sejuk dan nyaman sesuai untuk pokok-pokok ini hidup.
Gamaknya ini merupakan sumber pendapatan utama penduduk di sini.


Kan ....ini lagi.

Kami meneruskan ke hotel.
Dah petang masa ni.

Layan gambar ....

Rumah-rumah di sebalik pokok.


Kedai .


Banglo sapa la tu?



Jika anda dari Floating market , anda boleh singgah makan di Kampung Daun  jika anda belum makan di  Floating Market.
Dekat sangat .

 Anda juga akan jumpa kampung Gajah. Sila google sebab kami tak singgah juga.

bersambung.......

Thursday, June 12, 2014

Indonesia 2014 di Floating Market dan Nasi Timbel

Sambung lagi cerita di Indonesia.


Lawatan di Floating Market masih di hari pertama selepas tangkuban Parahu dan terus dari Masjid Cipaganti selepas subuh tadi.

Floating Market ini terletak dalam daerah Lembang . Dekat dengan Resto Kampung Daun, Kampung Gajah dan Kebun Strawberi.

Namun konsep  Floating Market di sini sangatlah jauh bezanya dengan Floating Market di Hadyai mahu pun di Bangkok. Tiada satu pun orang berjualan di dalam perahu seperti di Siam nun.
Ada pun sebuah replika perahu dengan buah-buahan plastik saja.

Ketika sampai di sini sudah tengahari.

Kami diberi kopun untuk ditukar denagn minuman pilihan seperti milo, coppucino dan minuman sejuk. Minta saja staff di situ akan melayan anda. Kopun ini dibayar sebagai tiket masuk tapi dapat ditukar dengan minuman pula dah kira baguslah .

Mula-mula masuk jumpa ini dulu 


Pintu masuk

Di dalam bangunan ini kita dapat menukar kopun dengan minuman kesukaan.

Ini dia.....milo saya.




Deretan  keladi ke kiambang  menyambut tetamu......mak tak tahu.


Pemandangan  sangatlah cantik.


Kami makan nasi tembel di sini.
Ada kerusi /meja di sediakan di luar tapi kami pilih makan di dalam restoren.

Indah 

pemandangan cantik memikat hati.

Budak kecik ni pantang nampak kamera  - Shauqi dan teacher Isma

with teacher Anisah

Apa tah ? 

Susah hati nak makan apalah tengahari ni?

Makan time.


Nasi timbel Isma punya.
Isma ambil udang pepes, sayur soun, dan begedel serta air mineral.

Di sini jika set lengkap nasi timbel berharga Rp 40000.
tapi kami ambil ikut selera masing-masing.
Ada yang kurang dari Rp 40000 dan ada yang hampir Rp80000.

Nasi timbel paling mahal. 
Rp77000  teacher Anisah punya.
Semua dia nak rasa..... hahahah.
Kerabu mushroom (sedap) yang putih tu, sayur kangkung, tempe goreng, begedel, dan  pais ikan dalam daun pisang.


Saya punya Rp 55000 dengan air mineral.
Sayur, bergedel dan daging ( 4 segi). Daging tu sangatlah sedapnya rasa macam rendang tok pula.

Close up nasi yang mahal tu....
Nasi nya special sikit berbanding nasi kosong yang saya ambil.
Di dalam nasi ini ada cili, daun apa pun tak tahu dan udang halus yang warna putih di bungkus sekali.

Nasi cik abang saya punya.
Ayam goreng , sayur , salad dan sambal.
minuman teh o panas.
Rp 54000.


Kredit gambar kepada teman-teman saya Isma dan Anisah.
Ada gambar yang saya ambil dari mereka.

Kenyang sungguh makan nasi timbel. Mkalumlah pagi tadi hanya makan kuih-muih  saja buat lapik perut. 
Itu pun makan dalam kereta. Bila dah makan di sini kami tak singgah di Kampung Daun untuk lunch , kami terus ke Kebun Strawberi pula.

Kalau kami tak makan memang kami singgah di Restoren Kampung Daun. 
Restoren ini pun best  juga , suasana hijaunya dengan makan di dalam  pondok mencipta kelainan.

Kalau anda lalu di sini , anda boleh juga  singgah di Kampung Gajah. 


Lepas ini , kami ke Kebun Strawberi pula.
Nantikan sambungannya ya!





Wednesday, June 11, 2014

Indonesia 2014 di Tangkuban Perahu

Perjalanan ke Jakarta dan Bandung bermula pada 2 - 8 Jun lalu. Berlepas dari KLIA 2 , jadi ini merupakan pengalaman pertama  menggunakan lapangan terbang baru. Kami pergi berenam. Kami 3 beranak dan  3 kawan saya Isma, Anisah dan Azaziah.

Pergi dengan 2 bag , balik berbeg-beg.

Penerbangan  pukul 10.20 malam sedikit merugikan masa tetapi sebab nak tiket murah hentam sajalah labu! Sampai di sana 12 malam dan terus menuju ke Bandung. Kami  dijemput oleh Jodi dengan Avanza.

Sebelum hari nak terbang , kami dah singgah sebentar di KLIA 2. Maklumlah tempat baru .Nnati senang sikit  dah tahu serba sikit tempat-tempat penting .

Bila mata terpandang  ketika susur masuk ke situ ....wah hebatnya airport baru. Kami singgah sekejap dengan berkereta sebelum meneruskan perjalanan ke Melaka  untuk majlis kenduri anak saudara . Ceritanya ada  DI SINI.

Untuk parking tak ada masalah luas dan selamat . Yang tak selamatnya duit untuk bayar parking.
Sejam pertama RM 4, RM 3 untuk jam seterusnya dan kalau sehari caj  RM 50 . Itu yang tahannya. Kalau dah travel berhari-hari kempis poket jugalah.  Rasa-rasanya tak ada tempat parking macam kat LCCT dulu yang lebih murah dan tempat terbuka. Nak tak nak kena juga bayar  juga sebab tiada pilihan lain. Jadi lepas kenduri terus balik ke Perak dan esoknya naik bas ke sana .

Jom  sambung cerita di Indon pula.

Lokasi pertama yang kami singgah.

Perjalanan 3 jam dari Jakarta ke Bandung dan akan terus memulakan  lawatan  esoknya ...perghhhh. Kami berhenti solat subuh , mandi dan bersiap di Masjid Besar Cipaganti. Shauqi yang terus lena sampai tengahari tak mandi-mandilah jawapnya .  Masjid ini sederet dengan banglo-banglo besar kiri dan kanannya.

Bila dah pagi, kami nak cari sarapan pula . Aduh susah bangat sebab kedai belum dibuka . Yang ada hanya kereta sorong biru  atau kedai kecik-kecik tak berapa berani kami nak singgah . 
Jodi  cakap pagi-pagi sarapan popular bubur ayam  dan  nasi kuning.... memang itu saja yang kami nampak. Tapi , bukan pilihan kut .

Bila kami ternampak orang ramai  berkerumun di sini , suami saya cadangkan kami berhenti . 
Banyak sekali kuih-muih dijual dan semua sedap-sedap. Ada yag tak pernah kita tengok ...biasalahkan tempat orang, makanan pun berbeza.

Kenyanglah kami makan kuih -muih pagi tu dengan air mineral saja di dalam kereta  . Apam senyum dan  krim puff yang sangat-sangat lembut . Kalau apam  dia  memang lembut dan gebu. Nasi kuning tu...berlaukkan telur dadar . Rasanya kuning hanya diletakkan pewarna atau warna kunyit saja. 

Banyak kuih sampai rambang mata.

Tengah pilih kuih.

Rambo...kedai pun tutup lagi.
Perjalanan ke Tangkuban Parahu.

Kawah

Kami di tempat wajib.
Sabar ja tunggu giliran.

Photo
Kredit to Isma

Dari menara tinjau

Kami ....lagi


Sapa teringin nak naik kuda , di sini pun ada.

Kali ini ,penjual di situ tak  push kita untuk membeli barangan mereka  berbanding kedatangan sebelum-sebelum ini. 

Tapi ada barang yang boleh dibeli dengan harga yang masuk akal contohnya beg isi telekung yang bercorak batik. Kat Bandung tak ada ya....corak biasa adalah.

Di atas mahal sikit , kalau di bawah (sebelum naik ) boleh beli keychain    
Tangkuban Parahu 5 @ 6 papan Rp 100000.

Selepas Tangkuban Parahu kami singgah di Floating market.
Nantilah saya coretkan pengalaman di enrty yang lain. Ini pun dah rasa panjang.