26 July 2014

Kad Raya JM dah sampai




Kad raya dari JM dah selamat diterima semalam. Menghapuskan kemarau kad raya sejak sekian lama.
Lama betul tak dapat kad raya sejak boleh hantar melalui alam maya sekarang ni.

Namun kad raya yang asli sebegini memang mengamit memori.
Kalau dulu-dulu boleh kumpul-kumpul gantung pada dinding atau pokok bunga. Tapi jika nan satu yang ini tak mungkin nak gantung pulak kan....

Terima kasih atas ingatan JM pada akak . JM raya di mana ? Balik Kedah ke?
Tak  lupa juga JM sisipkan duit raya pada Shauqi anak akak tu.

Dikesempatan ini juga saya mengucapkan selamat hari raya aidilfitri mohon ampun dan maaf di atas kekhilafan diri kepada semua teman blogger dan sahabat-sahabat yang singgah di sini.

Selamat Berhari raya dan bergembira bersama sanak keluarga dan orang tersayang.

Rasa-rasanya sehari dua ni tak sempat dah buka blog.

20 July 2014

Kuih raya untuk dijual

Tahun ini saya menjual kuih raya . Selepas bercuti lama dari meniaga biskut raya.
Ada 15 jenis biskut yang dijual. Ada pelbagai nama sampai tak ingat . Boleh macam tu?
Almond London, Tat nenas wajib ada. Selain itu ada Capino, Almond Roca , Casablaca, Nilam Sari, Jejari Oat,  Hati kama(Conflakes) itu yang ingat. Ada lagi tapi  lupa pula yang lain.Malas pula  nak bangun tengok nama -nama biskut ni .

Taukeh sebenar mak saudara, saya tolong jual saja sebab tu masa awal-awal tu tak berapa nak ingat nama biskut. Tertukar nama pun boleh jadi juga. Nasib baik sekarang dah ingat. kalau tak nanti orang nak yang lain dapat yang lain. 

Paling saya suka biskut tat nenaslah. Lembut , gebu , masam manis bersatu dalam mulut . Alahai sebekas tak cukup kalau macam ni. 

Mula-mula saya rasa almond roca . Tukang jual kena rasa dulu  baru tahu sedap ke tidak.
Tapi bila rasa semua , hati jadi keliru sebab semua rasa sedap pula.

Chocolate  Squre


Kuih bakar  @  kuih bangkit


Almond delight

Snow almond

Siap untuk dihantar kepada pelanggan.

Suji Brunei


Sweet Memories pun sedap .
Bersalut dengan kepingan badam.

Sapa  nak order angkat tangan.




17 July 2014

MH 17

Satu lagi berita sedih buat Malaysia bila pesawat kita terhempas .
Al Fatihah untuk semua mangsa nahas.



Doakan semoga Malaysia terlindung , aman dan sejahtera.



16 July 2014

KAWAH PUTIH


Sambung lagi cerita Indonesia.

Walaupun dah berkali-kali sampai di Bandung -Jakarta tapi ini adalah kali pertama saya sampai di sini.
Bukan apa sebelum ini, rombongan dengan bas, ramai yang tak mahu ke sini sebab terlalu lama dalam perjalanan dari Bandung sahaja ke sini hampir 3 jam.  Kenapa....? sebab takut masa nak  menyopping tak cukup la.



Gambar wajib.

Kami dah sampai petang lepas makan tengahari di Manjabal 2. Kami naik ke atas dari pintu masuk  Kawah Putih dengan kereta sendiri.
Kalau datang dengan bas , ada disediakan van untuk naik . Bayaran saya tak tahu pula jika menggunakan kenderaan mereka.

Jalan seperti kita nak naik Tangkuban Perahu. Oleh kerana dah petang ,cuaca berkabus  dan hujan rintik -rintik pula menyebabkan kami  sukar melihat kenderaan datang dari arah depan lalu Jodi supir kami menyalakan lampu Avanzanya. Begitulah kata Jodi kalau hari beransur petang , kabus banyak sekali.



Banyak sungguh gambar dia...asyik menyelit bila orang ambil gambar.




Bila tiba di atas , kereta ditinggalkan ( belakang KAWAH PUTIH trademak). Van yang disediakan yang berwarna oren untuk membawa penumpang yang memerlukan naik ke sini  . Ada banyak  van sedang menunggu penumpang. Masa kami tiba , serentak dengan rombongan para remaja Indon. Kelihatan mereka ramai di belakang tu.




Tunjuk arah.



Sebelum sampai di sini, kita kena menuruni anak tangga yang panjang . Ada arah naik dan turun , dua hala disediakan untuk memudahkan pengunjung.



Cantik !


Terowong Belanda dan Jodi.

Terowong Belanda ialah tempat menghukum pesalah di zaman Belanda. Mereka dikurung beberapa lama sehingga mati di situ. bau belerang sangat kuat  di sini. Kesan-kesannya sehingga jauh dari tasik. di bawa oleh air hujan atau pun tapak kaki pengunjung ke sini.

Yang putih-putih itu ialah belerang( sebenarnya warnanya adalah kuning) . Ia telah dibawa jauh ke kawasan atas bukit laluan sebelum sampai ke tasik di bahagian bawah.





Berkabus. Sesekali terasa macam berada di dunia lain. Airnya berwarna hijau lembut tak beralun.

Laluan menuju ke Kawah Putih. Jauh juga nak menapak  .

Laluan naik dan turun .

Dah sampai  ke kawah selepas termengah-mengah jalan kaki.....huhuhu.

Gambar dalam gambar.

Berduo...bukan senang nak ajak bergambar cik abang tu...


Budak kecik ni lagi...peace.


Cantik sungguh pemandangan di sini.

Tak rugi pengalaman menjejak kaki di sini. Indah sungguh ciptaan Ilahi yang wajar dihayati.

Nasib tak baik sungguh , belum puas nak mengfoto bateri habis . Apa daa...

Untung  datang dengan kawan-kawan dapat pinjam foto dari mereka. Terima kasih kepada  blogger Isma .







09 July 2014

FM dah sampai



Kiriman dari Jari Manis selamat sampai semalam . FM dari Cambodia dan pen cantik dari USJ.
Alhamdullillah dah sampai ke tangan. FM pun  dah melekat dengan geng-geng dia di peti sejuk.
Tengs kepada JM.

Tunggu lama pun lamalah ....janji sampai dok gitu ?

08 July 2014

Pasar Baru



Bercinta nak keluar entry baru  aih !
Dah lama dok dalam draf   gambar-gambar ini . Nak menaip mak aaiii......

Tulis la sat sementara nak masuk dapur pula lepas ni.


Berkunjung ke Indonesia kali ini , hanya 2 jam di Pasar Baru untuk membeli belah.
Tak beli , nanti  apa pula kan .  Dah sampai mesti sambar apa yang patut. Mangga 2 pula pun lebih kurang juga. Sekejap saja sebab hari last , dah balik . Takut tertinggal kapal terbang pula.

Setakat 2 jam , memang kelam kabut membeli . Bila jumpa pilih-pilih bungkus terus.
Di sini kami beli telekung, kain pasang, batik indon,  dan sikit barang -barang lain.

FM juga beli di tangga depan masa menunggu supir . 
Tempat lain susah nak jumpa.

Dapatlah 6 keping  FM yang jenis getah (dalam sekeping ada 6 FM) Rph 100000.
Mula-mula dia memang tak bagi sampai 6, tapi dah pernah beli dulu makanya minta enam jugalah.

Pasar Baru - beli kain batik ela .
Untuk buat kameja suami. 
Kenapa beli? Sebab tak berkedut ...jangan tak tahu tak payah seterika pun tak apa.
Sebelum memilih  kasi duduk dulu ci abang tu.
Biar dia tak merungut menunggu lama.


Beli kerepek dan pisang keju .
rupa-rupanya di sini pun ada amplang macam kat Sabah tapi bentuknya macam kerepok lekor panjang-panjang. Sedap pula terasa isi ikannya. Ada yang biasa dan ada yang pedas (sangat pedas).


PENGAMER 

Masa memilih kudap-kudapnya datanglah pengamer ni .
saya okey saja ....nyanyilah lama-lama pun.



Dari Pasar Baru kami meneruskan perjalanan untuk ke Kawah Putih pula.
Lama juga menunggu si Jodi supir kami sampai ambil kami semula. Macet sangat.
Masa menunggu Jodi di atas tangga Pasar Baru nampak buah salak yang besar mengancam. tapi tak terbeli...kalau rasa nak beli , beli terus jangan tunggu nak beli tempat lain akhir langsung tak jumpa.

Masa kami di tangga ni juga , ada penjual beg sandang (boleh buat beg sekolah anak ) dah fasih bercakap melayu Kelantan. Confuse sekejap  dia ni orang Kelate ko orang Indon?  mesti orang Kelate  ramai ke Bandung bershopping sebab dia kata belajar dengan pelancong saja sudah pandai .

Bersama Jodi supir kami. Orang Padang dan pemegang ijazah .
Makan tengahari di Restoren Manjabal 2 . 
Sedap dan murah . 
Kami  makan nasi Timbel.

Menu



Macam nak tambah jer....

Jus oren yang kaw.

Sambal + ulam.

Di restoren ini ada musala   ( majoriti kedai makan di Indonesia  ada di sediakan surau ) kami  solat dulu sementara makanan siap .

Selain itu kawasannya cantik dan bersih .  Ada juga tempat makan bersila ala-ala Jepun disediakan.  Tapi kami makan di bahagian atas saja .

Menghijau........


Dah.....jom masak.












04 July 2014

PERGINYA BIDUANITA NEGARA

Al -Fatihah.

Seperti tidak percaya bila membaca berita tentang Biduanita Negara Datuk Sharifah Aini yang telah meninggal dunia di Pusat Rawatan Pakar Damansara awal pagi tadi.

Sesungguhnya kita dipinjamkan  roh olehNya. Maka kembalilah kita bila dipanggil
semula.Sakit adalah penyebab kematian kerana nyawa kita setakat itu sahaja.

Dan kini lagu-lagunya akan menjadi nastolgia.Suaranya yang lemak merdu akan dirindui oleh peminat-peminatnya.

Semoga Datuk  Sharifah Aini berada  dengan orang-orang yang beriman.