Buat Duit

Saturday, September 27, 2014

Fine Bone China

Hari  saya tersedar ada antara pinggan  mangkuk , cawan dan mug di dapur dibuat dari Fine Bone  .
Hati dah rasa was-was. Mug yang selalu digunakan memang sah-sah bercop Fine Bone.  Tak semua tapi 2 dah saya buang dalam tong sampah.


FINE BONE ialah dibuat dari serbuk tulang-tulang haiwan yang telah diproses untuk dijadikan peralatan di dapur. Mungkin haiwan-haiwan itu  tidak  disembelih atau pun yang paling ditakuti dibuat daripada tulang-tulang babi yang sah-sah haram kepada kita.

Selain beli sendiri ada saya dapat semasa hadiah hari guru dan sebagainya.

Saya kutip terus masuk tong sampah. Tapi ada juga porcelin yang tidak bercop. lagi teruk kita tidak tahu asal usul dan kandungan bahan di dalamnya. Saya rasa pengeluarnya tidak bertanggungjawab pula.


Saya pula suka minum dalam mug. Puas sikit minum kopi atau teh sambil duduk-duduk bersantai . Begitu juga suami saya, sambil layan tv  mesti ada kopi , atau teh  di sebelah. Dalam muglah selalunya . Takkanlah nak letak secawan kopi dalam cawan berlapik terasa formallah pula.


Jenuh nak bersamak .

Friday, September 26, 2014

GIVEWAY - SAYA NAK SIHAT

http://thehealthinspector.wordpress.com/

klik sini UNTUK JOINT dan lihat syarat-syaratnya.

Bestnya hadiah yang ditawarkan sangatlah lumayan. Memang lumayan kerana nilai hadiah itu adalah RM 1000 . Siapa yang nak tolak tuah kan? Untung-untung ia akan menjadi milik kita. Usaha sikit , kalau ada rezeki tak akan lari  hadiah-hadiah hebat itu.

Lengkapkan slogan: Saya nak sihat, saya selalu berdoa agar diberi kesihatan yang baik dalam hidup ini. Bila sihat semua kerja akan dapat dibuat dengan  sebaik mungkin.

Nak uruskan rumah tangga, menjalankan tugas yang hakiki ditempat kerja, sebagai ibu, dan  isteri , banyaknya tugas kita setiap hari. Selagi tak tidur kerja tak berhenti kan? Beramal ibadat pun perlu sihat juga.Barulah sempurna amalan kita.

Cuba bayangkan kalau badan tak sihat . Mampukah kita menjalankan semua kewajipan di atas. tentu sukarkan?

Jadi jaga kesihatan dengan  sebaik mungkin untuk diri sendiri dan orang yang tersayang.

Tag :
1. Yan Saflina
2.Sally Yatiey

JOM Joint ramai-ramai sebab hadiah hebat menanti anda.










Reming......dari Sungai Bayor ke Kalamazoo



Bangganya saya penulis berasal dari kampung saya.
KLIK sini untuk mengetahui lebih lanjut.

Saya terjumpa paparan ini di laman FB ,  rasa macam  tahu penulis dan keluarganya .
Namun saya percaya penulis buku ini  lahir lebih awal dari saya.

Dan  gambar kulit depan buku  ,  rumah kedai itu seperti pekan kecil Sungai Bayor saya.






Wednesday, September 24, 2014

PEKASAM DAGING


Gambar  GOOGLE ...

Beli pekasam daging tadi balik terus goreng buat makan tengah hari......terlajak lalu pula . Bertambah nasik la hari ini . Makan panas-panas  berselera betul.

Selalunya  ikan yang dibuat pekasam , daging jarang dengar pula.

Orang Perak ini pekasamlah yang femesnya. Macam  Terengganu ada keropok lekor, nasi dagang, dan kuih akok .

Tapi sikit sangat dalam satu  tipuware itu. Tak puas makan lah pula.

Eh ...tadi pun goreng seketul saja pun.



Monday, September 22, 2014

Cenderahati dari sahabat


Tanda buku dan key chain


Buka sekolah , ada hadiah pula tanda mata dari kawan-kawan yang pergi bercuti.
Tanda buku dari Isma ( kawan yang  sama ke Bandung -Jakarta bulan 6 lepas). Cerita ADA DI SINI.

Tanda buku yang dibeli dari Osaka semasa dia bercuti ke sana pada musim cuti sekolah lepas.
Bila balik dia teringin pula nak ke Nagoya. Wah .... dah jatuh cinta sangat dengan Jepun si Isma ni.

Key Chain pula , di beri oleh Yati teman sebilik guru.
Tak hilang dah kunci bila letak kat sini. Besar dan warna pun terang . Dari jauh pun dah nampak.
Dia tempah pada adik iparnya. 
Bila kreatif macam-macam boleh buat bagi   tangan orang berseni.
Selain letak tanda  nombor kereta , letak nama pun boleh.

Kalau nak ke pusat servis kereta senang , tak payah letak tanda dah , tahu yang mana kita punya.

Terima kasih atas ingatan kalian.








Saturday, September 20, 2014

Segmen: kenapa kesihatan itu penting? by Cik Aann



KLIK SINI untuk ke page GA Cik Aann

Kenapa kesihatan itu penting ?

Kesihatan adalah lebih penting dari nilai wang ringgit.

Kenapa?


Bila kita sakit sahaja kita akan menghargai betapa diri yang sihat walafiat tak akan dapat di samakan dengan nilai wang ringgit.

Bila kita sihat , kita  dapat membuat semua kerja atau kegemaran yang disukai. Melancong, memasak,bersukan , bekerja dan beribadat pun dapat dilakukan dengan sempurna.


Menariknya hadiah yang ditawarkan oleh Cik Aann.




Kalau nak beli sendiri terbang juga 3,4 keping $$$ .

Memang bercadang nak beli  nak bawa ke kelas sebab mesti tak tumpah bila masuk dalam beg.
Tapi ......kalau dapat free lagi bestttt !


Teman untuk ditag:
1.Yumida Huda
2. Diana Rashid
3. Dr Shikin

Meh ramai-ramai kita joint Ga Cik Aann.








Friday, September 19, 2014

Pelajar baru



Secara rasminya saya kembali menjadi  pelajar di USM pada awal  6 September lalu iaitu seminggu selepas anak saya  , Alia mendaftar di UUM sebagai mahasiswi baru . Jauh di sudut hati jika tarikh pendaftaran saya dan anak saya jatuh pada hari yang sama , saya tak akan mendaftar dan akan melepaskan tawaran ini dengan hati yang lapang . 

Saya tak akan melepaskan peluang menghantar anak sulung ke menara gading yang akan di kenang sepanjang hayatnya malah akan menjadi kenangan manis kami berdua , ibu dan bapanya.

Namun   ketentuan telah ditetapkan berselang seminggu jadi  masa pendaftaran  tak bertemu akhirnya.

Risau juga saya sekarang   jika keadaan tidak mengizinkan , pelajaran terkandas di tengah jalan walaupun masa yang ditetapkan hanya 2 tahun berbanding 4 tahun semasa degree dahulu. Maklumlah mak yang nak belajar ni adalah mahasitua....huhuhu.

 Doa saya diberi kekuatan , kesihatan yang baik dan sentiasa bersemangat  tinggi untuk menghabiskan pengajian hingga ke hujungnya.




Tuesday, September 16, 2014

Majalah AISYAH dari Anies



Selamat tiba di tangan semalam. Mula-mula blurr juga , sapa yang hantar .
Koyak-koyak dengan rakus pembalutnya , baru terjumpa nota kecik dari ANIES.

Best juga ya majalah ini.
Taklah berat kepala nak baca tapi mesej sampai kepada pembaca .

Terima kasih kepada Anies yang menganjurkan Mini Ga tempoh hari dan mengirimkan majalah comel ini untuk akak.




Monday, September 15, 2014

Biru Mataku




Anak dan ibu

Meow

Mata biru you ....


Anak kacuk , ibu kucing kampung , bapa kucing siam.
Anak dia ikut warna bulu bapa. 
Gebusss.

Bila dah beranak dua, tak nampak pun si kucing Siam.
Tinggallah mak dok bela anak.

Tadi dah nampak , ada kucing jantan baru dok kerising kat mak kucing.
Lepas pantang ke belum?
Dia nak mula dah.

Sebenarnya kucing ni selalu datang rumah minta nasi.
Tak tahu sapa punya.

Bertuan ke tidak , saya pun tak tahu.
Bila dah ada anak comel dua ekor seronok pula anak-anak saya buat main.

Rumah kami pun dah jadi rumah dia ,
Menetap di situ sehingga anak dia menjadi dewasa.







Sunday, September 14, 2014

Musim kenduri




Bila musim  cuti sekolah bermula bermakna musim kenduri dah tiba.Buah tangan kenduri  semalam. Kenduri Nadia dan Nizam anak sepupu  ayah saya.


Kotak empat segi berisi empat biji   biskut arab dengan empat warna berbeza, Botol bulat berisi gula-gula khas untuk kanak-kanak rasanya sebab Shauqi yang dapat.


Wednesday, September 10, 2014

Tunda ?

Ada yang nak merdeka esok ? Belum lagi nampaknya anak-anak muridku calon UPSR 2014 nak gantung beg kerana Kertas Sains UPSR kena tunda pada 30 September.

Lama tu , lepas cuti  seminggu baru merdeka betul-betul.

Mula-mula terbaca respon di FB yang mengatakan kena kertas sains (jadual asal esok) ditunda  ke tarikh baru , macam tak percaya.

Namun bila terbaca dari sumber yang dipercayai , itulah hakikat sebenarnya.


Kesian pada calon-calon UPSR yang terlibat.
Semoga tak patah semangat.

Tuesday, September 9, 2014

Nasi gomak dari Utara


  1. wah dah dekat tu dengan kampung saya..
    padang besar time-time perayaan jangan haraplah nak dapat beli barang murah...harga tahap cekit darah
    next time kalau ada rezeki ke sana lagi..jangan lupa merasa pulut ayam dengan nasik gomak..sedap tu
    kalau ke bukit kayu hitam...cuba merasa daging bakar, antara yang pames kat sana :)
Komen dari Mrs  Smile tentang entry PADANG BESAR tempohari.

Tepung gomak   tahulah tapi nasi gomak  tak tahu pula. Tak pernah dengar pun. Banyaknya pilihan makanan di Malaysia sampai tak pernah jumpa. 

Bila nampak dari jauh rupanya macam pulut ayam pun ada.

Bila di google-google terjumpalah perihal nasi gomak DI SINI.

Nasi gomak @ nasi kunyit


.
Close up


Nantilah jika ada rezeki ke utara bolehlah mencuba makanan ini pula.


Gambar dari blog FB.

Wednesday, September 3, 2014

Padang Besar

Entah kali ni , perjalanan ke utara rasa hati berbunga-bunga.
Rasa gembira sebab utama anak  nak daftar di UUM, sebab kedua sebab nak berjalan ke Padang Besar.
Hohoo....Padang Besar je pun, tapi mak suka.

Kami bertolak awal sehari dan bermalam di Jitra sebelum hari daftar pada 1 September.
Cari hotel  dulu, memang tak booking . Kalau booking memang tak jadi selalunya. Kat Jitra banyak sikit hotelnya , tapi  nasib baik  lepas kami booking dah full pula.

Maklumlah cuti Hari Merdeka kemudian bertemu pun dengan pendaftaran IPTA .
Memang ramailah orang sekalian alam.

Sebenarnya , ada banyak juga hotel , hotel bajet  , motel dan homestay.
Banyak dan boleh google.
Memang dah google pun, tapi suami saya pesen nak terjah je.
Dia pesen berhenti tang mana duduk tang situlah. Baik tak payah mak sibuk-sibuk , mak ikutkan saja.


Pemandangan sepanjang jalan ke Kedah.
Pokok padi dah dituai. Perjalanan ke Kedah ni rasa syok la....mungkin sebab banyak pokok kayu dan sawah padi kut. Rasa damainya la hai...

Bila dah dapat bilik , kami berehat sekejap selepas makan dan solat kami pun bertolak ke Padang Besar. 
Punyalah excited Shauqi  nak pergi Padang Besar. Dia ingat Padang Besar tu padang besar 
tempat nak main bola.
Berulang-ulang menyebut nak pergi Padang Besar, Padang Besar. Haih...budak ni!


Perjalanan ke Padang Besar kiri kanan menjamu mata  dengan pandangan padang yang luas.

Pokok tebu.
Kiri kanan sepanjang perjalanan adalah kawasan  ladang tebu.
Perlis memang sesuai dengan tebu sebab suhu yang sangat  panas 40.1 C. 



Mesti jumpa kalau  lalu kat sini.

Dah sampai.

Mak aiii, punyalah ramai orang . Kereta parking hingga ke bulatan yang nak masuk ke komplek  utama membeli belah  . 

Masjid ke surau pun ada .Kami tak masuk pun sebab dah selesai sebelum bertolak tadi.


Pintu masuk ke sini sangat lah banyak. Jangan susah-susah . Kut mana pun boleh masuk.
Kalau nak menyopping di kedai sekitar komplek ini pun boleh juga sebab banyak deretan kedai di sekelilingnya. Lagi selesa tak berasak-asak dengan orang ramai.

Makanan dan jajan.

Beg

Beg lagi

Tapi ....mahal lah baik beli kat tempat sendiri boleh dapat 20-25 ringgit .
Kat sini paling murah pun 45 ringgit.

Sesak dengan orang ramai.

 Saya taklah bershopping  sangat.  Bila hari cuti dan pelanggan pun ramai bukan masa yang sesuai nak tawar menawar di sini. Tak layan punya. Harga memang mahal masa ni.

Saya sekadar nak cuci mata. Lagi pun tak jauh dah dari hotel kami .

Saya  sekadar beli beras nasi dagang sekilo RM 8. Masa ni dah hujung-hujung nak balik  dan saya tak tawar pun dah letih berjalan . Di Hadyai (tahun lepas) RM 4  tapi tak beli. 

Saya beli tikar sebidang (tikar siam yang 2 keping) dengan harga RM28,  2 helai seluar basahan untuk anak-anak bujang dan sedikit makanan dan buah gajus. 

Eh ! satu lagi  saya beli .
Pulut mangga  ........supaya saya tak kempunan dan kena datang lagi di lain kali.








Monday, September 1, 2014

1 September @ UUM

Syukur  alhamdullillah anak sulung saya dah selamat mendaftar di UUM  hari ini , 1 September.  Semoga langkahnya lebih cemerlang untuk masa depan In Sya Allah. Itu doa mak dan abah untuk Alia dan juga untuk semua anak-anak . Itulah juga harapan ibu bapa di luar sana.

Ini juga sebagai hadiah teristimewa sempena hari ulang tahun saya yang jatuh pada 31 Ogos .
Alia kata , mak suka tak alia dapat masuk  U ni?
Suka .
 Apa yang tak suka pula.

Agaknya , mak ni tak tunjukkan betapa gembira dan sukanya bila anak dapat tawaran ke universiti.  Tak kanlah mak nak lompat-lompat bintang kut ! Mak suka dan bangga dengan Alia. Lagi pun Alia anak sulung. Semoga nanti akan menjadi contoh kepada adik-adik pula.

Dah dapat kunci bilik.


Sebilik dengan orang Johor.
Merah mata si bapa masa bersalam nak balik.
Jauh nak tinggalkan anak di utara.
Namun untuk menuntut ilmu terpaksa diharungi juga.



Kami.
semakin sunyi di rumah . Dari 5 beradik dah tinggal 2 orang Aiman dan Shauqi
 yang jadi penghibur hati.


Sebelum kami tinggalkan UUM , ambil gambar dulu sebagai kenangan.
Sebelah tu ada sekeluarga lagi  bergambar.
Tak dapatlah nak ambil gambar kat logo UUM.
Tak palah lain kali.....

Semoga kakak  terus berjaya di sini . 
Di sinilah langkah baru bermula....
Chaiyuk kakak.




* ku rakamkan ini untuk Aliaku