Buat Duit

Friday, November 28, 2014

Sehari di Penang

Isnin lepas (beberapa minggu yang lalu) saya ke Penang ikut rombongan sehari 
budak-budak Pra sekolah.
Bermula pukul 7.30 pagi bertolak dari sekolah dan  pukul 10.15 malam 
baru tiba di sekolah 
semula. 


Dalam masa sehari tu kami singgah di Aquarium Tuanku Abdul Rahman di Batu Maung.Memang dekat sangat dengan Jambatan kedua. Bila keluar dari jambatan  tak sampai 5 minit dah sampai di aquarium.  Masa sampai tu aqurium pun tak buka lagi. 

Waktu operasi bermula pukul 10 pagi -5 petang.
Harga tiket RM5 untuk dewasa, RM2 untuk kanak-kanak (7-12 tahun) dan Rm1.50 untuk rombongan sekolah. warga Emas dan OKU percuma.
Murah kan? Kalau nak banding dengan fasiliti di dalamnya sangatlah berbaloi.

Tol di Jambatan Sultan Abdul Halim

Lenggang .

Ahli rombongan.


Kawasan sekitar dihias dengan taman mini ...cantik dan bersih.

Ikan yang paling mahal....kelisa emas.

Kuda laut. Kenapa ia berbentuk panjang tah? Bentuk biasa pun ada di belakang .
Dah besar kuda laut ni , 3,4 tahun dulu besar kelinking budak saja.
Jangan ada yang ingat sebesar kuda di darat pula....

Depan giant akuarium. 
Dalam ni ada ikan yu.

Tulang betul ini.
Ikan paus yang terdapar di pantai yang diambil dan diproses dan dipamerkan.
Bangkai yang di jumpai di pantai Pulau Sayak pada tahun 2011.

Bayangkan betapa besarnya paus ini dengan saiz kanak-kanak pra .

Dari akuarium kami ke Bukir Bendera. 
Bukit Bendera pun dah lawa selepas direnovate.
Bukit Bendera berwajah baru.

Ini  model gerabak-gerabak lama yang pernah digunakan dulu.
Sekarang dah canggih beraircond bagai.

Lokasi baru.
Di sini ada kedai makan di atas , dan tempat jual servenior di paras dua. Bawah sekali  ada Owl Muzium.

Lebih tersusus dan bersih dari dulu.

Ramai pengunjung walaupun hari kerja.

Nak masuk ke situ , ikut  laluan owl besar di pintu masuk.


Di atas ni ada pagar berjaring , tempat kuncikan keylock .
Nak beli keylock dan tulis nama  ada disediakan di tepi tu. Tapi macam sama saja warna dan bentuknya dah beli tempat yang sama.
Dah macam kat obersea la pula.

Kat dataran  (100 plus )tu lah mangga kunci di pateri.

Train laju dan beraircond.

View dari puncak Bukit Bendera

Lagi view dari puncak

Lagi

Moscow?


Tak pasti rumah orang ke apa?

Dari  Bukit Bendera , kami ke Masjid Negeri untuk makan dan solat.
Kami makan nasi hujan panas  you... walau pun panas berdeting,
Sedapnya samapi tak cukup satu bertambah-tambah kami makan...
Tempah khas dari SINI . Sapa lagi Makcik kantinlah.
Untung ya ...alam maya memudahkan dan menghubungkan silatulrahim.

Dah kenyang perut kami ke Rumah P.Ramlee. 
Sayangnya ia ditutup untuk lawatan pada hari Isnin.




Jadilah dapat tengok rumah  P.Ramlee dari luar.

Pandangan dari luar.

Dari rumah P. Ramlee kami ke Taman Belia.
Bagi mandi budak-budak tu....

Kolam besar syoklah budak berendam.
Di Taman Belia ini sangat cantik dengan landskap dan banyak kemudahan yang disediakan .
Surau, tandas bersih  , trek jongging, kedai , kolam kanak-kanak dan kolam dewasa pun ada. Nak berkelah pun boleh.
Bunga dan pokok -pokok dijaga  dan ditrim.

Dah puas mandi dan berendam  masa balik singgah Padang Kota dulu minum petang (makan roti dan minum air kotak je pung )  sambil tengok orang main wau.


Last sekali kami singgah di Kedai Jeruk Madu Pak Ali dan solat maghrib di situ . Ada surau di bahagian belakang kedai tempat parking bas yang luas. 





Sunday, November 23, 2014

ROTI


Dulang pertama.

Dulang kedua

Tak sempat dulang kedua keluar oven , yang pertama dah habis dulu.
Laku roti mak hari ini.....hihihi


Teringin meroti pula hari ni..... sebab ada  mushrom sup lebih . 

300 gm Tepung roti + tepung gandum sikit
2 sudu besar marjerin
2  sudu besar gula
 1 biji telur
2 sudu besar susu tepung 
1/2 paket  mauripan
1/2 sudu kecil garam halus.
50 ml air 
1 sudu besar bread softener


Campur semua dalam bread maker atau uli sendiri pun boleh.

Kalau terlebih air campur saja tepung  gandum sedikit 
sehingga adunan tak melekat di tangan .
Bentuk boleh dibuat mengikut kreativiti dan nak letak inti pun boleh.
Inti kacang merah , sardin atau apa-apa saja. 
Atau nak nak siram dengan  butterscotch.

Biar mesin  uli hingga sebati.
 Chef boleh pergi mandi dulu.




Thursday, November 20, 2014

ABC & Pasembor di Padang Kota


ABC Padang Kota


Saya memang pengemar ABC - Ais Batu Campur atau ais kacang.  ABC padang Kota ini ada  letak buah kabung tapi sebiji saja.....tak puas nak gigit. 

Kalau ke Batu Ferringgi jangan lupa cuba ABC di sana. Lagi best dengan campuran kacang merah, kacang tanah , buah kabung, buah pala yang banyak dan susu yang lemak .ABC Penang saja yang ada buah kabung. tempat lain tak pernah saya jumpa lagi. 

Kami singgah di sini sebab ada yang nak bungkus pasembor Padang Kota bawa balik .
Jangan tak tau, sepinggan boleh cecah Rm 30 atau lebih lagi  kalau pakai ambik apa 
yang ada di  depan mata.
Pasembor ke , rojak sotong ke,  Bai ni kata sama saja.


Rambang mata dak?

Ada banyak pilihan , ketam , sotong , kentang rebus, fish cake , fish ball, dan keluarganya (sama yang Yong Tau Foo ) punya.

 RM 25 mesti punya.


Mula-mula minta dia bubuh nak RM10 tapi dia suruh ambik sendiri pula.Cikgu Suhaili orang yang pertama pilih kena RM21, yang kedua RM 16 . Tu tak ambik ketam lagi .Kalau ambik ketam lagi lah mahal. Jadi berhati-hatilah  jika  nak makan pasembor.Pilihan mesti berhemah  ....hihiihii.
Tapi sapa  memang mengidam pasemboq Penang belasah sajalah . 

Makan di sini bestlah mengadap laut  ada angin yang bertiup ....sepinggan pasembor pun tak terasa sedar-sedar tinggal kuah.


**Gambar pasembor  dari google. 


Wednesday, November 19, 2014

Nasi Kerabu Biru


Eh! ada  ke nasi kelabu warna lain?

Namun  nasi kerabu memang sinonim dengan warna biru. kalau makan pun rasa best saja. Warna memang memainkan peranana penting dalam menarik selera kan? 
Kalau  lauk warna suram-suram bawah tudung saji , tengok pun tak tertarik. 
Padahal sedap je...

Ini gerai orang Kelantan di kelana Jaya. Sapa dok area tu mesti dah pernah singgah.
Laku kedai dia . Ada juga nasi dagang dan nasi berlauk .
Tapi pagi tu  saya makan nasi kerabu  dan suami makan nasi dagang.
Shauqi makan nasi dengan ayam goreng.


Ini cerita awal bulan hari tu masa kami ke sana.
Tapi orang Kelantan dan Terengganu letak tang mana pun mesti boleh hidup.
Berniaga nasi macam ni pun masyuk banyak.

Janji masak sedap dan bersih.





Monday, November 17, 2014

Eiffel Tower keychain dari CV


Tanda hati dari CV sempena GA  dia baru balik dari Paris.
Dah jejak kaki ke sana harus bawa balik cenderamata.
Yang  bestnya  CV ni, sekali menang GA dia , tapi  berkali-kali dapat hadiah darinya.
Akak doakan CV dimurahkan rezeki dan dapat terbang lagi melihat dunia....chewahhh!





Saturday, November 15, 2014

Tarian Bollywood pula

Sibuk ibu-ibu mencari baju Bollywood bila cikgu Pra Shauqi kata nak buat tarian Bollywood sempena Hari Anugerah.

Masa  suntuk nak mecari maka dapatlah  sehelai baju untuk Shauqi pakai ala-ala Bollywood.



Shauqi dan Adam( kanan).
Tahun depan berpisah  sekolah.

Berlima .
Muka murid Tahun 1 tahun depan .

Dengan cikgu Shuhaili siap dengan baju Bollywood juga.
Beratus juga  sepasang ....

Kak Ila and the gang

Sesekali tukar selera Bollywood pula.




Monday, November 10, 2014

Konvo Shauqi

Shauqi menerima plaq dari guru Besar. 
Tahun depan masuk Tahun 1.

.
Shauqi ang the gang.

Semua dah cukup 6 tahun . Tahun depan pindah kelas masuk tahun 1 pula,

Persembahan Shauqi dan kawan-kawan menarikan tarian dabus.
Tarian Negeri Perak.

Sebelum naik pentas, candid dulu.

Majlis konvo untuk semua Prasekolah di Zon Selama . Murid-murid yang terlibat terdiri ialah yang berumur 6 tahun sahaja walau pun di kelas  pra ada murid yang berumur 4 dan 5 tahun. 
Bila cukup 6 tahun baru tiba giliran mereka juga.







Friday, November 7, 2014

Lori MILO datang

Tiba -tiba terdengar bunyi  lori  masuk, jengok ke bawah  nampaklah lori  MILO   .
Wah ! terujanya  rasa dapat minum MILO free hari ini.

Terkenang masa zaman sekolah dulu , bila lori sampai beratur panjang nak minum Milo sejuk yang sedap. Punyalah lama menunggu air milo dibancuh.
 Tapi ... yang ini tak sampai 30 minit siap semua dapat minum . 
Cepat sungguh.

Mana tak cepat murid di sini pun taklah ramai  mana.

Murid Pra dulu   di depan .

Shauqi ang the gang.

Tq cikgu Radziah.

 Ustaz Azlan  dan Ustazah Ain

Dah habis minum.


Minum free mesti best .


Nak minum free lagi tunggu tahun depan.





Tuesday, November 4, 2014

Strawbery field hotel, PJ

              Bertolak dari rumah agak awal lepas solat Jumaat  ke Kelana Jaya minggu lepas urusan anak sulung - Alia. Tapi masa yang betul-betul bergerak masuk highway  dari Kamunting dah  pukul 6 petang. Last-last sampai di sana lepas sesat tak jumpa jalan ke Kelana Jaya kami tidur di PJ saja. Mana taknya dah hampir 1.30 pagi.  Badan dah penat nak minta tilam.


Kami tidur di Strawbery Field di PJ sebelah Bank Islam. Nasib dapat hotel baru. Dapat bilik twin bed. Bilik family dah habis. Tapi oklah Rm 118 semalam. Kalau mahal rugi juga sebab dah masuk lewat. Kalau family room tambah RM 10 lagi.

Bilik kami .

Ada khas untuk OKU. Bagusnya....!

Akhirnya , satu tilam bawa turun bawah.

Lukisan semata .

LCD tak sempat tengok pun. 

Ada juga....bersih . 
Kata bilik baru kan?

Depan hotel ada basikal besi.
Gambar di  pagi hari waktu nak chekout.

No breakfast tapi ada potongan harga untuk lunch.
Tak sempat ambil kami ke tempat lain.