29 May 2015

Ubi kayu

Pagi ini bersarapan dengan kuih bom dari ubi kayu. Saya tak pasti apa nama sebenar kuih ini. Kuih yang berasaskan ubu kayu yang direbus dan dilenyek , dicampurkan kelapa parut , gula dan garam. Kemudian dibulat-bulatkan . Celupkan ke dalam tepung beras dan digoreng seperti kita menggoreng  "pisang goreng".


 Kuih Getuk  (google baru tau nama)

Sebelum itu , saya dah rebuskan ubi ini, kemudian salutkan dengan   gula merah  yang telah dimasak. Biarkan ubi bersalut gula likat-likat- pekat .  Ada juga orang  makan dengan air gula merah yang cair . Ikut selera la kan. Saya dah terbiasa dari kecik makan ubi yang pekat-likat dengan gula dah ...

Lebihan ubi yang separuh ini baru lah di buat kuih bom pula. Banyak juga walaupun dibeli RM 3 sahaja.



Disira dengan gula merah + santan  masak  sampai pekat.

Resepi ringkas , pakai agak-agak saja dalam periuk tapi rasa enak juga.

Sebenarnya macam-macam resepi boleh kita buat dengan ubi kayu yang mudah tumbuh ini. Bengkang, lepat, talam ubi , kerepek , Cakar ayam ...

Masa zaman Jepun dulu, ubi kayu lah yang jadi makanan utama selain pisang...mana nak dapat bekalan beras dengan mudah .Semua makanan dicatu . Selalu dengar arwah Tok bercerita susahnya nak makan zaman tu...

Terkenang pula zaman dulu.

* semua gambar  google.


28 May 2015

Terima kasih SS!!


Kiriman tanda hati dari SS kalau bukan Schda Sein  blogger terkenal dari selatan.
Poskad  Korea  dengan stem keluaran  sendiri , keychain  dari Singapura dan FM dari Bandung.
Wah  ...semua hadiah adalah kategori  antarabangsa.

Terima kasih SS lain kali boleh bagi lagi....ahaks  .





23 May 2015

Renew Pasport

Cerita tanpa gambar....
Entah mana silap , nak transfer gambar dari  telepon ke lappy tak boleh.

Sekarang ni malas nak bawa kamera  , guna  smartphone kan lebih mudah...tapi akhirnya makan diri semua gambar bersemadi di situ lah jawabnya.

Minggu lepas , Ahad bawa Shauqi ke Imigresen Kulim untuk renew pasport yang nak habis tempoh  . Walaupun tamat bulan Oktober tapi  bersiap sedialah enam bulan sebelum habis edah pastikan cepat-cepat buat nanti kena tinggal....heheheh.

Untuk renew paspot anak yang berumur 12 tahun ke bawah ( Shauqi berumur 7 tahun) pastikan anda bawa surat lahir original, papspot lama dan wang RM 100 .Salinan surat lahir dan gambar tak perlu bawa. Mudah kerja......yang bestnya tak perlu isi borang macam dulu lagi.
Harga lebih murah , tahun pun bertambah.

Kadar Baru Passport Malaysia Antarabangsa

KategoriKadar Bayaran
Pemohon yang berumur 13 tahun hingga 59 tahunRM200
Pemohon yang berumur 60 tahun ke atasRM100
Pemohon yang berumur 12 tahun ke bawahRM100
Jemaah HajiRM100
Orang Kelainan Upaya (OKU)Percuma

Sebarang keterangan atau maklumat lanjut sila layari Portal Rasmi Jabatan Imigresen Malaysia di pautan: http://www.imi.gov.my


Kami sampai di situ pukul 8.30 pagi beratur untuk ambil nombor. Orang punyalah ramai...dapat nombor 1127 ( baca 127). Bila dapat nombor , dia maklumkan lagi 3 jam. Pi la mana-mana dulu....dia kata.

Sedia maklum bila  hari Ahad ,  Imigresen Kulim menjadi tumpuan orang sejauh  dari Pulau Pinang, Perak dan sekitarnya. Maklumlah di negeri ini hari cuti , jadi sesuailah nak berurusan. Tapi..........yang tak syoknya  pukul 5 petang baru urusan kami  selesai.  Baru dapat pegang pasport baru dengan wajah baru.

Lama sungguh.