14 August 2015

Durian Siam di Masjid Tengah , Prik , Sadao dan pulut mangga

Sambung sikit lagi cerita pergi Siam .

Sambung baca  Hadyai di SINI.

Dari Pasar pagi sebelum bertolak balik , abang ipar ( anak-anak suka sangat makan durian) membeli  sebiji durian untuk makan-makan. Siap dikopek diisi dalam plastik . Isi yang tak lembik ...jadi elok saja bila kami singgah makan di masjid daerah Sadoa ini.

Masjid ini selesa , bersih , cukup kelengkapan . Tandas , bilik air nak mandi pun selesa.  Dua kali singgah memang saya ambil kesempatan mandi di sini.

Hadyai - BACA INI JUGA

Bismillah.

Sebenarnya  bukan nak berkelah durian di sini tapi pada awalnya nak cari tandas.
Jadi masa , eloklah dah berhenti luruskan pinggang semua...makan durian terus.


Masjid tengah , Kampung Prik, Daerah Sadao, Shongkla.

Selesa sangat ada disediakan meja untuk berehat.....banyak meja kerusi 
diletak di bawah pokok.

Kalau bawa bekal nak  makan  di sini   pun  boleh.

Bersih dan redup.

Terpelihara  kebersihannya.


Banyak....boleh pilih nak duduk di mana.

Kami berkelah durian saja di sini.


Lokasi terakhir sebelum sampai sempadan, kami singgah membeli beras wangi dan pulut susu di kedai orang Melayu Pattani ini.Di kedai ini banyak kerepek, keropok , kacang potong, kacang tumbuk...selalu takut nak beli takut tak halal. Di sini orang muslim yang buat. Apa lagi , penuhkan bakul le...

Selesai urusan kami pun bertolak menuju ke sempadan Malaysia.
Jalan raya  lurus dan besar   , masa ini perjalan lancar tapi bila nak masuk sempadan ....jem teruk.
3 jam bergerak macam semut.
Kereta nak keluar dari Siam , dengan lori treller punyalah banyak.


Jem....jem.

Nasib baik , tepi-tepi jalan ini banyak kedai makan .
Masa tu dah pukul 3-4 petang. Ada yang tak makan nasi lagi.
Ada yang keluar masuk kedai membungkus makanan.  

Masa ini saya keluar tapau pulut mangga Alamak mahalnya kedai ini....dah la santan tak cukup sebungkus. Bayar dengan ringgit Malaysia dia naikkan harga mentang-mentang duit kita rendah. 
Dah la hujan , sanggup turun kereta tapi .....harga mahal.

Tapi kedai yang depan sikit ok je....kat  sini kami beli pulut ayam dan tambah lagi pulut mangga.

Satu polestrin dia letak sebiji mangga ...

Penuh perut dengan pulut mangga anak-beranak.

Akhirnya ....tamatlah episod ke Hadyai kali ini. 


Jumpa lagi.






09 August 2015

Di hujung jari

Ini kisah si Adam, murid di sekolah saya.
Budak ni selalu mengantuk di dalam kelas.
Mulalah cikgu nak jadi detektif penyiasat.
Cikgu pun bersoal jawab.....rupanya dia bangun awal teman maknya hantar kuih jualan ke  kedai.
Naik motor tukang pegang raga kuih.
Lepas hantar kuih, balik mandi -mandi siap  nak pergi sekolah pula.

Cikgu tanya lagi ...
Mak buat kuih apa?
Adam kata kuih kacang hijau (cucur kacang @ kuih kasturi).
Budak ni nama kuih pun tak berapa tahu lagi.


Ada kuih apom gula hangus.....sedap , gebu , lembut .
Dah rasa .
Nanti boleh order buat makan-makan.

Ada kuih popia ayam...kata Adam .
Macam mana tanya cikgu lagi?
Macam best je, macam sedap je..

Adam pun mula start demo dengan gaya sekali...
Tapi mahai sikit kuih ni Adam beritahu ...seketui 50 sen.

Pandai mak Adam buat , kata cikgu.

Mak belajar kat Youtube cikgu kata Adam.

Itu lah , hari ini pun cikgu belajar buat nasi hujan panas untuk makan tengahari dengan resepi dari FB.

Tapi Shauqi kata nasi warna -warni.

Gambar ?
Tak dan ....dah habis .



 




03 August 2015

Khasiat air kosong.

AIR KOSONG


Air kosong, penting untuk badan. 
Kita disarankan supaya minum air secukupnya sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.
Kenapa ia sangat penting kepada tubuh badan kita ?
Kenapa kita sering dingatkan oleh guru dan ibu bapa supaya minum air banyak-banyak ? Khasnya air masak.

Air sumber oksigen, dan membantu badan jadi cergas .
Kalau kurang air otak jadi lembab. Nak belajar pun susah nak terima .
Asyik mengantuk.....apa yang cikgu ajar susah nak masuk ke  minda.

Saya sering berkempen   kepada murid-murid saya supaya bawa bekal air ke sekolah.
Tak perlu susah -susah bawa air teh , milo atau sebagainya cuma air masak. 
Dapat juga menjimatkan wang belanja.

Cuba bandingkan dengan murid di SKJC , mereka membawa bekal botol yang besar untuk sehari ke sekolah. Boleh habis pula tu!

Kan, kanak-kanak aktif berlari . 
Air keluar melalui peluh, air kencing dan sebagainya. Jadi kita kena gantikan  semula.

Tinggalkan minuman manis  , bergas  yang tidak berkhasiat.
Segelas kita minum air gas,  badan kita terpaksa dibersihkan dengan 14 tong air beralkali  supaya kembali neutral.

Jom ibu-ibu isikan air  untuk bekalan  anak-anak kita ke sekolah.









01 August 2015

RUMAH HAZIQ TERBAKAR

Haziq Azizi murid Tahun 3 (9 Tahun)

Gambar diambil sehari selepas kejadian.
Baju , seluar, kasut ehsan dari sanak saudara. Buku teks dan latihan semua turut terbakar. 
Mereka ada 4 beradik. Anak yang sulung nasib baik tinggal di asrama.

Semua habis terbakar kecuali ruang dapur yang didirikan dari batu.
Ayahnya terbakar 22% dibadan telah dibawa ke Hospital  Raja Permaisuri Bainun, Ipoh. Kes teruk terus dihantar ke sana  dari Hospital Taiping. Ayahnya agak kritikal mungkin menyelamatkan anak-anak dan barang-barang berharga. Masa kejadian ibunya tiada di rumah kerana bekerja kilang  di Kulim.

Kejadian berlaku lebih kurang pukul 1 pagi.



Maaf la...senget.

Ini yang tinggal....rumah yang dari kayu semua jadi debu.


Gambar dari  group wassup.


Sekolah aad membuat kutipan derma kilat dan sumbangan kain baju . Semoga dapat membantu keluarga Haziq.

Bertabahlah .
Setiap berlaku mungkin ada penyebabnya.
 Mungkin Allah akan gantikan sesuatu yang lebih baik dari yang telah hilang. 
Allah Maha Berkuasa.