Hari ini entry tentang cara nak buat bedak sejuk...
Siapa suka pakai bedak sejuk ?
Sebenarnya banyak khasiat bedak sejuk pada wajah. Nak elakkan jerawat pakailah bedak sejuk selalu. Tambahan pula bedak sejuk buatan sendiri lagi lah bagus .Bukan sahaja untuk wajah sahaja , Kalau demam campak pun boleh sapu bedak sejuk supaya parut campak hilang pada kulit.
Yang leceh ni jika proses nak buat bedak sejuk , kita kena tahan bau yang kuat dan busuk dari beras yang diperam. Bukan sehari dua tapi makan tahun juga . Bedak sejuk dibuat dari beras atau pulut. Kalau pulut lagilah baik impaknya kepada kulit wajah.
Lagi gebu dan licin tapi kena amalkan selalu.
Masa zaman kanak-kanak , saya selalu menitik bedak sejuk dengan tok .
Ralit ...dia jatuh sebiji-sebiji ke atas kain.
Semalam , mak tok buat dengan cucu- cucu dia (my daughter )pula. Si Shauqi pun rajin juga buat dengan kakak dia...
Memasing nak bawa bedak sejuk balik asrama.
Pakai malam-malam . Aih ... nak hilang parut jerawat katanya.
Mari kita tengok ....
Beras atau pulut yang sudah diperam (lama tau) . Beras di dalam balang ini dah lebih 2 tahun.
Kenapa nak buat bedak sejuk sendiri?
Nak dapat banyak dan bekalan akan tahan lama.
Murah dan menjimatkan
Dah tentu bedak kita bersih.
Beras peram lebih 2 tahun...Bau jangan tanya,.mengaum satu rumah .
Beras ini di tapis dan buang air .
Kisar dengan blender untuk hasil lebih halus.
Ambil daun pisang buat kelonsong . Pastikan lubang tidak terlalu besar supaya hasil bedaknya
comel-comel. Boleh guna pipping bag juga. Lagi senang dan tidak kotor tangan .
Mulakan menitik ke atas kain. Bila agak kering kutip bedak dan masukkan ke dalam
talam untuk dijemur.
Tips : Jangan jemur dari atas kain ini nanti susah , bedah akan melekat pada kain dan pecah.Bila pecah boleh je masukkan semula ke dalam adunan tapi proses kena berulang . Kan lambat nak habiskan kerja menitik bedak ni...?
Kumpul di dalam talam atau dulang besar.
Kemudian boleh dijemur kering bawah matahari.
Jika nak bedak berbau wangi ...campurkan hirisan bunga melur , ros dan pandan .
Bila sudah betul-betul kering masukkan ke dalam botol atau bekas yang bersih.
Siap untuk digunakan.
Beras yang digunakan , kami guna kan hanya separuh sahaja dari jumlah asal .
Itu pun dah dapat banyak.