Hari pertama di Krabi.
Kalau nak suasana happening , anda boleh mencari hotel di sekitar Aonang yang lebih meriah.
Perjalanan kami dipermudahkan ada saja orang yang menolong.
Memalam kami tiba , untuk mencari hotel ada perempuan Thai yang kami jumpa di stesen minyak yang membantu tunjuk arah sehingga ke hotel. Dia baru balik kerja , masih beruniform lagi.
Sekali lagi kami dipermudahkan , kami jumpa Haji semasa berhenti di masjid di Krabi semasa solat zuhur (dalam perjalan ke Phuket) menolong kami tunjukkan kedai makan halal ( dah lapar ni ) dan bawa kami ronda Aonang, tunjukkan muzium fossil (75 juta tahun) dan tunggu kami selepas balik dari Phuket untuk tolong baiki kereta sahabat kami yang rosak. Dia menghantar sehingga kami bertolak balik ke Hadyai pada malamnya. Kami berpisah di jalan besar sebelum berpisah di persimpangan . Dia pula bergerak menuju ke rumah nya.
Sekali lagi kami dipermudahkan , kami jumpa Haji semasa berhenti di masjid di Krabi semasa solat zuhur (dalam perjalan ke Phuket) menolong kami tunjukkan kedai makan halal ( dah lapar ni ) dan bawa kami ronda Aonang, tunjukkan muzium fossil (75 juta tahun) dan tunggu kami selepas balik dari Phuket untuk tolong baiki kereta sahabat kami yang rosak. Dia menghantar sehingga kami bertolak balik ke Hadyai pada malamnya. Kami berpisah di jalan besar sebelum berpisah di persimpangan . Dia pula bergerak menuju ke rumah nya.
Alhamdullillah...segalanya dipermudahkan.
Beza masa dari pintu masuk sempadan ke Krabi.
Kami mengikuti jalan dari Padang Besar -Hadyai- Trang - Krabi. Memandangkan kami berkonvoi 4 buah kereta (4 keluarga) kami kerap berhenti untuk urusan makan , solat, tandas dan juga minyak kereta. Maka pada hari pertama kami tiba di Krabi hampir pukul 11 malam.
Tu dia aihh...
Kami menginap di Green House Hotel setibanya di Krabi. Malam tersebut hanya transit sahaja sebelum bertolak ke Phuket pada esok paginya . namun apa berlaku adalah sebaliknya walaupun semua bersedia bergerak, tetapi sebuah kereta dari rombongan kami tidak boleh bergerak.
Ambil masa menunggu , lewat juga kami bertolak ke Phuket pada hari tu.Haaa... sudahh....tunggu punya tunggu , ingat dia tak boleh undur rupanya gear tak boleh masuk. Kami yang lain pun patah balik ke hotel. Terpaksa buat solusi baru...menunggu lama juga sebelum kata putus diambil.
Tunggu makanik sampai dan sebagainya.
Namun ada hikmahnya juga , sempatlah kami melawat ke pasar pagi di Krabi yang terletak dekat dengan hotel Green House tu. Boleh jalan kaki ke situ tak sampai 5 minit .
Kami bersarapan pun di situ juga sambil jamu mata melihat jualan dan melihat orang Siam membeli belah barang dapur.
Makenik Nissan nak tunggu barang dari Bangkok pula...
Akhirnya , kami tinggal kereta di hotel , kami terus bergerak ke Phuket .
Makan ribu juga kalau nak baiki kerosakan ...huhu.
Namun ...setelah balik dari Phuket kereta dapat bergerak semula hanya ganti minyak gear yang dah kering.
Kus semangat. selamat ribu-ribu.
Green House Hotel , Krabi
Berada di tengah simpang. Ada dua pintu masuk ke hotel sebelah kanan dan kiri.Di sebelah kanan hanya ada hutan dan berbukit. Sebelah kiri ada shoplot dah Maharaj Market.
Bilik airnya..cukup semua ada.
Tapi sayang , gambar bilik tak ambil sebab lampunya sangatlah malap.
Dah sampai pun tengah malam , tak nak kecoh-kecoh .
Badan pun letih...zzzz
Wifi pun ada ..berdesup ke dalam bilik.
Suasana pagi dari bilik kami.
Untuk ke pasar pagi kita cross bangunan di depan tu ...ada lorong kecil terus nampak pasar pagi di Maharaj Market.
*Google
Masjid ... kami berhenti solat zuhur dan makan tengahari di sini sebelum menuju ke Karbi.
Lama lagi ooo...lebih 4 jam nak sampai.
Ada kedai makanan halal di tepi masjid.
Jumpa masjid , ada lah penempatan muslim.
Adalah kedai makan halal.
Kedai makan muslim yang berwarna peach.
Kawasan ini setelah 40 minit kita masuk ke sempadan dari Padang Besar .
.......................................................................................
Sambung balik ....di Krabi
Buah-buahan
Besar-besar cendawan ni...sekilo 150 baht.
Teringin ...beli 1/2 kilo. Sedap msak gulai lemak cili padi campur udang .
Akhirnya busuk je... buang saja la jawabnya.
Geram... anggur sekilo 8o baht
Buah epal hijau ,merah
Delima sebji 15 baht...manis .
Delima tanpa biji dijual 80 baht satu .
Delima
Carnation
Teratai masih belum berkembang (berbungkus)
Labu ..sayur-mayur
Kekwa kuning , putih
Teratai belum berkembang (berbungkus)
Ros ..wangi
Dalam pasar ...ikan , sotong, udang kering...murah.
Sempat juga beli di gerai makcik muslim di gerai sebelah.
Tawar menawar guna kalkulatur saja.
Maharaj Market ada juga kedai jual tshirt, selipar, tudung, jubah (kedai muslim).
Bolehlah beli selipar untuk ke Island hopping di sini.
Harga .....Tawar jangan tak tawar.
Ini di kedai depan market
Kedai jual barang-barang perkakas kuih -muih.
Dia dah berkenan.
Pinggan mangkuk..cuci mata sementara tunggu kereta yang rosak tadi .
Mak-mak meronda , anak-anak tunggu di hotel dengan bapak-bapak.
Eh...cantik pula mangkuk bunga biru tu.
Banyak patung di bina di lampu isyarat.
Untuk ke Green House Hotel ada patung gorilla sebagai tanda jalan.
Jalan yang luas dan lurus ...selesa nak memandu.
Krabi ke PHuket ...lupa dah?
Walkie talkie sangat membantu
Menunggu sebuah kereta yang tersilap arah..Masa ini nak mencari hotel di Phuket.
Kami berada di jalan Kathu.
Masih menunggu ....
Dari 4 buah kereta dari Malaysia dah jadi 3. Satu terpaksa tinggal di Krabi .
Nasib baik semua ahli rombongan boleh bergerak sekali. Dalam perjalanan kami berhubung dengan walkie talkie ...senang nak minta berhenti ke tandas ke , minyak habis ke .
**Nanti sambung cerita di Phuket pula.
Jangan jemu ye...