Buat Duit

Wednesday, March 18, 2015

Pendaftaran Ain di UTP

Dah berhari-hari tak updet blog. Sekali kita tinggal maka akan berhari-hari terbiar tanpa bersalah.......saya la tu.

Jadi hari , meh updet blog sebelum idea kering lagi.

Semalam 18 Mac , Ain puteri kedua saya mendaftar masuk ke UTP akhirnya.
 Temuduga awal telah pun dilalui pada  Februari sebelum keputusan SPM keluar  lagi.
Ceritanya di SINI.

Saya abadikan di sini untuk dijadikan kenangan di masa hadapan.



Ain melangkah ke Dewan Canselor untuk pendaftaran.
Kami sampai awal pagi .

Dewan Canselor dari tepi.

Di bahagian dalamnya.
Berkongsi dengan  library yang besar bertingkat-tingkat.. teruja mak aiih!

Pintu masuk ke  dalam dewan.



Budak kecik tu mesti ikut.

Kerusi kosong yang kelihatan di gambar untuk pelajar menunggu giliran mendaftar.

Pendaftaran berjalan lancar.
Pelajar akan bergerak ke satu bahagian ke bahagian yang lain dalam satu dewan sebab dewan ini sangat luas boleh menempatkan semua bahagian sekali dan akhirnya kunci bilik pun diterima  di sini.


Ibu bapa berada di tingkat atas dewan dan boleh melihat pergerakan anak-anak dari sini. 
Tapi gayat la pulak  berada tinggi di  tempat duduk atas ni.



Belum penuh ...ada ibu bapa yang tak larat panjat tangga 
hanya tunggu di bawah . Kerusi ada disediakan .

Sorang-sorang .


Saya sempat masuk ke dalam pusat sumber melihat-lihat.
Bertingkat-tingkat , ada disediakan tangga untuk mengambil buku  macam dalam movie orang putih.


 Library ...lut  sinar.
  Boleh nampak dari luar. 
Masa temuduga pun dibuat di Dewan ini tapi hari Sabtu , tak berpeluang nak masuk melawat.
Hari ini rezeki, sempatlah meround sekali dua.
Ramai juga ibu bapa yang menunggu anak menyelesaikan pendaftaran duduk -duduk di sini.
Melepas lelah barang sekejap.




Kereta Lumba  @ PETRONAS .


Mesin basuh disediakan tetapi berbayar RM3 sekali guna.


Dalam bilik ...nanti Ain susun .

Katil teman sebilik dah siap berkemas.

Ada meja , almari , wayar untuk internet disediakan  ....cucuk di dinding.


Ain akan berada  di sini selama setahun untuk foundation di sini. Sebelum menyambung keperingkat degree .

Hati mak berdebar-debar melepaskan anak ke sini.

Semoga perancangan akan berakhir dengan baik anakku.
Tiada apa yang diharapkan dari seorang ibu , semoga setiap anak beroleh kejayaan dunia akhirat.




Sunday, March 1, 2015

Hadiah dari Irfa

Half  moon dari Irfa



Minggu lepas  selamat terima.
Alhamdullillah , menang GA dari blog IRFA Tauke nasi Arab @  Mandy sedap.
Nak order  boleh contact Irfa.

Sebenarnya warna sebenar ialah coklat lembut  senang   nak match dengan  mana-mana baju.Warna ni senang nak masuk.

Terima kasih Irfa . semoga murah rezeki Irfa .