Pagi ini bersarapan dengan kuih bom dari ubi kayu. Saya tak pasti apa nama sebenar kuih ini. Kuih yang berasaskan ubu kayu yang direbus dan dilenyek , dicampurkan kelapa parut , gula dan garam. Kemudian dibulat-bulatkan . Celupkan ke dalam tepung beras dan digoreng seperti kita menggoreng "pisang goreng".
Kuih Getuk (google baru tau nama)
Sebelum itu , saya dah rebuskan ubi ini, kemudian salutkan dengan gula merah yang telah dimasak. Biarkan ubi bersalut gula likat-likat- pekat . Ada juga orang makan dengan air gula merah yang cair . Ikut selera la kan. Saya dah terbiasa dari kecik makan ubi yang pekat-likat dengan gula dah ...
Lebihan ubi yang separuh ini baru lah di buat kuih bom pula. Banyak juga walaupun dibeli RM 3 sahaja.
Disira dengan gula merah + santan masak sampai pekat.
Resepi ringkas , pakai agak-agak saja dalam periuk tapi rasa enak juga.
Sebenarnya macam-macam resepi boleh kita buat dengan ubi kayu yang mudah tumbuh ini. Bengkang, lepat, talam ubi , kerepek , Cakar ayam ...
Masa zaman Jepun dulu, ubi kayu lah yang jadi makanan utama selain pisang...mana nak dapat bekalan beras dengan mudah .Semua makanan dicatu . Selalu dengar arwah Tok bercerita susahnya nak makan zaman tu...
Terkenang pula zaman dulu.
* semua gambar google.