29 July 2015

Rezeki lagi

Sampul duit raya dari Ana Muslim, Kupon Zalora dan  FM dari Mesir..(bestnya).
Terima kasih  ya...


FM ...gambar tak sharp pulak.

Baru terima tadi di tempat kerja.....siapa gerangan yang baik hati itu?







20 July 2015

Pasar Pagi Hadyaai



Semat hari raya semua....masing-masing masih sibuk beraya ni.....semua masih senyop tak berupdet lagi blog memasing. 

Meh layan cerita Hadyai yang tak habis-habis lagi.

........................................................................................................................................................

Hari ini hari kedua kami di Hadyai, hari last dah. 
Kami bercadang nak ke  Pasar Pagi Hadyai sambil nak bersarapan sekali .
Kut-kut kat pasar-pasar ni murah sikit  berbanding makan di Restoren bagai.
Tapi tak dak maknanya..... sama ja harga lebih kurang . Tapi kami makan nasi putih berlauk daging, roti canai 10 keping( biasa dan spesial), air teh panas dan milo ais   untuk 11 orang.
Dah makan tu bayar sajalah...hihih.

Keychain dari benang bulu kambing ....4  for 100 baht. 
Beli di Pasar Malam masa keluar dinner.

Ni ...anak-anak suadara saya punya . Nasib baik  Shauqi tak terjebak sama.
Bukan apa , bila balik nanti benda-benda ini  ada yang duduk bawah katil , bawah kerusi ke... 

Ni pula  hotel kami menginap. Shot dari tempat parking kereta sementara tunggu suami dan abang ipar selesaikan urusan chekout.Hati-hati ya...jika anda turunkan tilam tapi biarkan tak letak balik ditempat asal, penalty you !! 500 baht kau...sayang oii ... banyak tu boleh beli t-shirt 5 helai lagi  .


Suami saya minta motor teksi ( pakai vest merah) tolong bawa ke Pasar Pagi.
Nanti bayar dalam 40-50 baht bila dah sampai.
Hujung tahun lepas , masa nak cari Hotel Kosit kami guna khidmat diorang juga lepas pusing 5-6 kali tak jumpa-jumpa hotel.



Ni ha ....teksi motor .
Pakcik ni bawa penumpang sekali sambil tunjuk jalan .


Dah sampai pasar pagi. Macam-macam ada jual  di sini. Kalau tak cukup duit , money charger pun ada di tingkat bawah bangunan tepi tangga untuk naik ke tingkat atas dari  sebelah kawasan parking kereta.

Ini buah laici ...besar dan ranum. 
120 baht sekilo. Lalu depan kedai makcik ini untuk naik ke tingkat atas. Deapn tu money charger.

Kekacang.

Dah sampai nak makan.
Di bahagian atas bangunan ini terbahagi dua bahagian  tempat makan kiri dan kanan.  Satu halal dan satu lagi non halal.

Makan nasi putih. 
Masakan macam lauk melayu kita juga.

Lepas makan  kami ronda-ronda dalam tu... tapi kedai-kedai barang terletak di bahagian bawah .


Sementara tunggu makanan sampai ....saya perhatikan jualan di bawah. 
Teropong harga dulu....hehehheh.

Shauqi ... dari atas.

Laici

Durian Siam

Buah naga

Mangga ..kami beli mangga hijau ni. Masa nak beli , dia bagi rasa ....manis ,sedap  ,lemak.
Isi dia warna oren. Tapi bila sampai rumah tak boleh makan lagi  , tak masak  keras pula tu. 
Kena tunggu seminggu baru boleh makan.

Abah borong mangga .




Masa ni dah penghujung di Hadyai sebelum bertolak balik ke Malaysia.



Nanti kita cerita-cerita lagi....























15 July 2015

Selamat Hari Raya







Selamat hari raya aidil fitri.
Ampun dan maaf salah dan silap yang sedar atau  tak disedari.
Siapalah saya , hambaNya  yang  tak sempurna.


14 July 2015

Ice Dome Hadyai.

Kunjungan ke Hadyai ini  ialah kunjungan kali ke 4, campur-campur lawatan  dengan keluarga dan juga  lawatan penanda aras dengan warga pendidik ke sana .


Sebelum  ronda-ronda Hadyai hari kedua, kami bersarapan dulu di Kedai Rohana berhampiran Hotel Kosit tempat kami menginap dulu ( bulan 12 tahun lepas). Apakah ? Setiap 6 bulan makan angin ke Thailand je....


Ada rahsianya....rahsianya  cik abang saya  tak nak naik kapal terbang dah sejak dua menjak ni. Makanya kita makan angin jalan daratlah. Sedih.. ..maknya dah rindu nak terbang di awan biru.
Bila agaknya rezeki tu datang semula.

JM jangan heran...inilah sebabnya. Asyik Hadyai sejak dua menjak ni.

Jom sarapan dulu. Isi perut kenyang-kenyang dulu sebelum jalan-jalan.


Nasi kerabu daging bakar. Sepinggang RM 6.
Isi perut kenyang-kenyang sebelum agenda jalan-jalan .

Makcik si penjual nasi kerabu .

Ulam-ulaman nasi kerabu .

Chiangmai nut

Kacang ni ada di jual terutama  di tempat tumpuan pelancong. 
Depan restoren Salma  pun ada.
Macam kacang sepat tapi kecil  dan nipis.
 penjual letak sepiring  kecil di  meja  kami, boleh rasa. tapi masa mula-mula tu tak teringin nak makan. 

Agak lama lepas tu  , terasa nak ambil gambar pula  . 
Masa nak acu kamera , dia datang tanya nak beli tak? 
Bila saya kata tak , terus dia ambil piring kacang tu. Gambar  tak sempat nak snap pun.


Ice Dome  Hadyai

Bayaran  masuk sebanyak 300 bath seorang, kanak -kanak 12 tahun 
ke bawah harganya 200 bath sahaja.

Harga termasuk sewa sarung tangan dan jaket .  Boots pelbagai fesyen boleh disewa asing  dengan caj 100 bath. Stokin juga ada dijual sebagai ganti , jika anda hanya memakai selipar. 
Keadaan di dalam sejuk , tak tahan kaki tangan nanti. Lebih baik bawa baju sejuk sendiri. Boleh pakai 2 lapis. 

Ice Dome baru dibuka semula selepas renovation pada bulan 12 tahun lepas. Masa kami datang Disember lalu, masih ditutup.

Ambil tempat dulu sebelum masuk ke dalam.



Penerangan dalam Bahasa Malaysia ....dialek  Kelantan.
Ada 4 musim  mengikut tema di dalamnya.

Sejuk.

Gelongsor ais



Ini bunga betul....jangan tak percaya. Mula-mula tengok ingat bunga plastik.



Di luar  Ice Dome ada sikit di tanam dengan bunga orkid.






Dari  Ice Dome , kami sepakat nak naik ke  Hadyai Cable Car. Di atas puncak sana boleh melihat pemandanga keseluruhan bandar Hadyai. Nampak hotel Lee Gardens berada di tengah-tengah bandar. Jadi tak hairanlah kawasan itu menjadi tumpuan para pelancong.
Untuk ke sana kita kena naik dengan bas dengan bayaran RM 2 dewasa dan rm1 untuk kanak-kanak.

Beli tiket...jangan hilangkan tiket  sebab masa balik nanti pemandu akan kumpul  balik tiket yang sama untuk turun ke bawah .

Naik dengan bas ini.

.
kalau boleh semua dia nak sumbat dengan penumpang.

Ruang terbuka kiri kanan bas.

Masa nak naik...tinggi.

Pemandanga  dari atas .

Tak ada menarik mana  di atas...tak ada boleh buat apa pun . Nak makan tak ada tempat makan yang halal. Tapi setakat Rm 2 harga  nak naik ke atas tu apa salahnya. lagi pun kami menunggu suami saya pergi tambah aksesori kereta . Bolehlah membuang masa di sini.
Malangnya juga  Cable Car pun sedang di baik pulih .

Masa nak balik tunggu di bawah pokok tu.

Masa mula sampai di atas , kita akan di ambil gambar ala-ala di Langkawi . Turun saja bas ada ada jurugambar menanti untuk ambil gambar kita.
Kami tak beli gambar (dah diframekan) sorang-sorang yang erharga RM 12 satu , tapi kami beli gambar beramai-ramai.. Untung sikit semua  ada gambar.

Ini pula pemandangan di tempat parking hotel kami menginap....OMG semua kereta Malaysia yang banyak di sini



Parking hotel, semua kereta dari Malaysia tau.
Rasanya , yang bangunan berwarna biru ialah Hotel Lee Gardens.
Selalunya Lee Gardens menjadi penanda , sebab  terletak dilokasi strategik  di tempat tumpuan pelancong.






11 July 2015

Kiriman blogger

Tahun lepas dapat sekeping kad raya dari JM dan duit raya juga untuk Shauqi.
Thanks JM  .

Tahun ini dapat 2 keping ...bagus-bagus ada perubahan positif......hihihi.
 Tahun depan kut dapat 3 keping pula.


Tak sangka semalam dapat dua sampul misteri......jeng,jeng,jeng.
Satu sampul  berwarna merah dan satu lagi putih.

Sampul merah tu dah tahu dari siapa sebab baru baca blog  yang ini  tayang kad raya sebelum diposkan kepada penerima. Kalau macam tu tak boleh kata misteri. Misteri Nusantara boleh?

Macam mana tak terperasan, sebelum tu dah nampak DJ tayang kad raya di blog Wanderlust DJ.

Istimewanya kad DJ ini printed dengan gambar sendiri (ala-ala nak menakluk dunia tu!) sedang melihat peta .

Terima kasih DJ atas ingatan itu dan tak lupa juga duit raya untuk Shauqi.

Nampak duit lebih besar dari kad raya...

Ini pula kad raya  dari SS .
Terperesan juga , SS ini akan lekatkan alamat dan nama penerima dengan stiker yang kemas bertaip.
Tak main la tulis tangan . Tak gitu SS?

Terima kasih SS.  
Semoga hari raya tahun ini memberi kegembiraan berganda untuk SS ye.
Blog SS  yang boleh buat kita tersenyum  tapi boleh juga menitik air mata bila SS goreng tang part cerita  duka nestapa .

Abaikan yang lain tu...fokus kad raya SS je...

Terakhir diterima minggu ini pula kiriman dari Nekcik.
Ada tat nenas, FM Korea ( Nekcik baru balik Korea dan Jepun), dan ada acar buah.
Surat Nekcik comel sekali, ditulis dengan kertas berkepala koala.

Tak sangka , nak dapat kiriman dari Nekcik pula tahun ini....Terima kasih Nekcik.
Sedap sungguh tat nenas  nekcik tu , pertama kali tengok masa Nekcik tayang gambar tat nenas tahun lepas kut . Rupanya tahun ini dapat merasa hasil tangan dari Nekcik.. Rezeki tu...

Nekcik ini , pemurah orangnya dulu masa balik Korea  (dulu-dulu ) dah dapat buah tangan darinya. Tahun ini dapat lagi.....moga-moga  selalulah Nekcik dapat balik kampung lagi selepas ini .


Dari Nekcik ...FM Seoul Tower, tat nenas dan acar.

Terjah Nekcik  yang balik dari Jepun pula.
Ops...satu lagi acar buah Nekcik  acar Western sebab dalamnya ada buah prun, dan  kiwi (yang saya rasa) . Sedap , makan time sahur . Tat ....dah habis , tak sempat raya .....hahaha

Alhamdullillah , perkenalan di alam maya juga memberi makna dalam persahabatan.
Semoga ukhwah yang terjalin terus kekal hendaknya.
 Amin.




01 July 2015

Bila Lesen Memandu Hilang

Baru-baru ini saya tersedar lesen memandu saya hilang. Tapi selepas beberapa hari benda tu hilang.....pada hal saya dah memandu berulang kali ke USM  setiap minggu,untuk ke tempat kerja setiap hari, ke pasar , ambil anak di sekolah , mengaji ....dan macam-macam kerjalah  bila jadi driver  ni.

Tapi yang untungnya, kad pengenalan , dan  kad bank  selamat di dalam dompet yang satu lagi .Kalau kad pengenalan hilang terbang RM 100 . Kalau hilang juga  lagi gelabah nak mencari.

Rupa-rupanya kehilangan lesen tak perlu buat laporan polis pun tak apa.
Yang pentingnya , terus ke JPJ untuk membuat yang baru.

Pastikan kita bawa satu salinan kad pengenalan dan wang untuk bayaran RM20. Proses di JPJ  Kulim tempohari tak lama, dalam 15 minit dah siap.

Tapi ....saya bayar RM 30 untuk memperbaharui lesen yang akan tamat tempoh bulan Ogos nanti.