Buat Duit

Sunday, September 27, 2015

Kek Coklat kukus Moist

Belum terlewat rasanya untuk mengucapkan selamat Hari raya Aidil Adha untuk rakan taulan. Di hari  dan bulan baik ini  ampun dan maaf dipinta jika terlanjur kata terlebih bicara di alam maya ini. Selalunya raya haji , tidaklah saya beraya sakan ...raya puasa pun begitu. hanya buat persiapan untuk anak-anak . Walaupun beraya dalam cuti sekolah, raya kedua saya dah bergegas ke USM kuliah masih berjalan  seperti biasa.

Bila semua anak-anak berkumpul , macam-macam permintaan pula yang nak dimakan. Ada yang minta Congo Bar. Yang ni orangnya tak sampai rumah lagi, request dah sampai dulu....hehehe. Ada yang nak makan piza,..last-last sebelum masing-masing  balik  ke sarang masing-masing nak buat kek coklat pula.

Sekarang mak tak selak buku resepi dah ... mak  google je... mula -mula baca resepi dari blog ini CIK MATAHARIKU kemudian tengok juga resepi dari Blog Cikgu Suraya ini.

Kek Coklat Kukus menjadi.. 

Shauqi tunggu nak potong je..

Seketul  masuk dalam pinggan

Resepi di bawah C&P dari blog Cikgu Suraya. Terima kasih berkongsi resepi.

Bahan untuk kek coklat.

Bahan A
· 1 cawan serbuk koko ( tak kisah jenama apa pun ) 
· 1 cawan gula pasir 
· 1 cawan susu cair 
· 1 cawan minyak masak 
· 1/2 cawan susu pekat 
Bahan B 
· 11/2 cawan tepung gandum 
· 1 sudu teh bikarbonat 
· 1 sudu teh baking powder 
· 1 sudu teh esen vanilla 
· 3 biji telur (suhu bilik) 


Cara-cara 
1. Masak Bahan A dalam periuk sampai sebati. Api kecil. Sejukkan. 
2. Pukul telur sampai betul2 kembang (lebih kurang 5 minit ++) kemudian masukkan bahagian A. 
3. Masuk esen vanilla. Pukul sampai sebati. 
4. Masuk bahagian B sedikit demi sedikit. (seelok2nya tepung, bikarbonat dan baking powder diayak bersama terlebih dahulu). kacau sebati selama 5 minit ++ 
5. Masukkan adunan dalam loyang dan ikat dengan beg plastik. Boleh juga pakai kertas foil. Papepun pastikan wap air tak boleh masuk dalam adunan. 

6. kukus selama 1 jam 10 minit dengan api yang sederhana. (pastikan air kukusan telah mendidih terlebih dahulu..). Jangan buka penutup kukus sampai cukup masa 
7. angkat ... tunggu sejuk baru boleh potong. kalau rajin boleh letak topping.. 


BAHAN UNTUK TOPPING (
ganache)

Bahan:
300 gm coklat masakan ~ dipotong kecil
1 sudu besar susu pekat
1/2 cawan susu cair
2 sudu besar butter
1/4 cawan air panas 

Cara: 
Panaskan susu cair dan susu pekat dgn kaedah double boiler. 
Masukkan coklat masakan dan kacau hingga ianya cair. 
Padamkan api dan masukkan butter. Kacau lg hingga cair. 
Curahkan 1/2 dr ganache atas kek yg masih panas tadi hingga menutupi keseluruhan kek. 
Biarkan lebih kurang 15 - 30 min supaya ganache tadi meresap ke dalam kek. 
Panaskan kembali lebihan ganache td (kaedah double boiler) dan masukkan air panas. 
Kacau sehingga sebati dan curahkan ke atas kek tadi. 
Bila kek dan ganache dah sejuk, bolehlah dimasukkan ke dalam peti ais. 
Boleh juga dinikmati ketika suam2 panas.. 
* mmg agak banyak ganache yg dihasilkan sbb nak kena siram 2x atas kek tu nanti utk menghasilkan kek yg super duper moist 


Walau pun pertama kali buat cara kukus alhamdullilah menjadi. Sedap pula tu. 
Amboi...masuk lift tekan sendiri.






Saturday, September 12, 2015

Philips Steam Iron by Amway

Tak kenal maka tak cinta.
Saya telah diperkenalkan dengan seterika yang penuh kuasa  baru - baru ini .
Walaupun saya sudah tahu kewujudannya hampir setahun lalu setelah  seorang kawan membeli tapi masa itu   hati masih  belum terbuka memilikinya.

Hadiah Bulan September  
dengan Philips Steam Iron by Amway.



Ia sangat bermakna bagi wanita dan suri rumah  apa tah lagi yang tiada pembantu rumah.
Ia sangat membantu menyelesaikan tugas mengosok pakaian kerja dan pakaian anak-anak sekolah.

Bukan  itu saja , seterika ini  amat menjimatkan masa  dan  pastinya selamat.
Katakan anda terlupa meninggalkan di atas kain yang sedang digosok dan pergi
menjawab telefon tanpa menutup suiz....jangan risau kain anda tidak akan terbakar atau rosak.

Percayalah!!!


Tunjuk cara dari wakil amway....Pn Norliza.

Sutera...nak letak batu pun senang ..just letak dan tekapkan dengan seterika .
 Selepas 5 saat dah terlekat kuat di kain.


Seterika ini juga tiada aras laras kepanasan seperti seterika yang biasa yang lain.....1,2,3,4 mengikut suhu kepanasan. Ia berfungsi secara automatik mengikut kesesuaian kain tebal atau nipis , sutera, jeans, kapas dan sebagainya.


Anda tidak perlu mengosok kedua-dua belah pakaian , gosok di satu bahagian ,  bahagian sebelah lagi akan licin secara automatik.

Bulan ini , ada tawaran menarik  sebab tu saya war-warkan di sini supaya semua kita dapat merasa keajaiban seterika ini. Hanya bulan ini....jadi jangan terlepas peluang 3 in 1 ini.

Jika anda membeli dalam bulan September  anda akan menerima 2 barang lain secara percuma iaitu bakul pakaian dan iron board yang besar .


Jika berminat boleh wassup saya 01110661486 atau  email cempaka_1002@yahoo.com

Jangan lepaskan peluang ini !!