Buat Duit

Saturday, October 31, 2015

Fiesta Larut 2015

Hari ni  saya joint larian Fiesta Larut, antara program yang sedang berlangsung 
sehingga esok 1 November. 3 hari 3 malam. Meriah sungguh. 
Stesen radio tv pun ada.

Sesungguhnya dah lama tak berlari.
Jauh pula , 8 kilometer pusing satu pekan tu...
Bagi yang biasa kacang je...yang tak biasa macam akak ni...haih  sampai menitik peluh ketiak.

Ada banyak kategori A hingga G merangkumi kanak-kanak hingga lelaki dewasa.
Penyertaan akan diberi sijil dan sehelai baju.
Hari ini pekan Selama dibanjiri lautan manusia.
Larian ini adalah  salah satu program yang disusun selain  pelbagai program lain .

Ceramah Uztaz Don  pada malam Jumaat lepas.
Belon udara , konsert , senamrobik , pertandingan masakan , mewarna kanak-kanak   , aktiviti masyarakat membantu 1010  keluarga  dengan bantuan  barang dapur, 
cabutan bertuah hadiah  utama  kereta Saga .  ... dan banyak lagi . 

29Okt-1 Nov 2015

Yang mengambil bahagian...anak murid saya.


Dato Hamzah Zainuddin.


Respek sama makcik ni...pun berlari.


Cabutan bertuah hadiah kereta!

Siap siaga .




Pelepasan oleh Dato Menteri


Dapat juga sorang murid kami , Aina pemenang no 3 kategori peserta kanak-kanak .
Hadiah medal dan RM50..
Tahniah Aina.


Kenangan sebelum berlari wajib  ada.

Sekarang baru terasa, sakit kakiii oii....rasa nak pergi berurut la.
Keras betis peha...nak berjalan pun susah.
Haiyaa!!






Wednesday, October 28, 2015

Giveaway Irrayyan | Kalau Dah Jodoh

Giveaway Irayyan l Kalau dah jodoh, jerebu, elee mardhiana, ipu, irrayyan.com

jOM jOINT  Kalau ada rezeki , novel tu akan jadi milik kita....jeng,jeng
Give Away dari blog Irrayyan.


Friday, October 23, 2015

Kasut idaman dah sampai.

Tak sangka sungguh kasut yang saya tempah dengan ZALORA  sudah sampai di  muka pintu  sekelip mata.  Semalam baru oder , tengahari tadi dah dapat . Sepantas kilat ZALORA  memenuhi impian saya. 







Waaa...sukanya hati yang berkenan tiba di depan mata.
Simple saja ...but nice  kata kawan study saya . Terdapat dalam dua warna hitam  dan coklat.


Tapaknya  agak tinggi tapi rata , jadi kaki tak terasa  terbeban pun membawa 
tubuh yag berat  ni.....heheh.


Alhamdullillah.

Jadi jika sesiapa perlukan kasut , atau barangan lain ( semua ada )
kliklah ZALORA 
kerana ZALORA akan mencapai impan anda dengan segera.

Terima kasih ZALORA.








Wednesday, October 21, 2015

Women Shoes by ZALORA





Pening memikirkan kasut pilihan?
Jangan pening-pening , jangan susah hati.
Ayuh klik laman web ZALORA anda akan rambang mata membuat pilihan.
 Semua ada ...
kasut wanita, lelaki , kanak-kanak ada mengikut kesesuaian tempat dan acara.  Dari kasut bersantai , bersukan , travel hinggalah ke kasut ke pejabat.



Rambang mata .



Selain jam tangan yang sering dibeli berdasarkan personaliti si pemakai, kasut juga merupakan keperluan penting setiap individu yang juga harus dibeli bersesuaian dengan gaya seseorang individu tersebut. Wanita khususnya, koleksi kasut merupakan jenis item yang wajib ada dan biasanya setiap seorang wanita memiliki lebih daripada satu jenis kasut. Oleh yang demikian, sebelum anda membuat pembelian kasut, anda harus tahu terlebih dahulu apakah jenis kasut yang benar-benar bersesuaian dengan personality anda.

So which women shoes suit your personality?



Heels


Heels atau kasut tumit tinggi merupakan pilihan nombor satu ramai wanita. Bukan sahaja menjadikan si pemakai tampak lebih menyerlah, ia juga memberikan ketinggian yang ideal kepada sesiapa sahaja yang memakainya. Kasut jenis ini sesuai untuk digayakan dengan koleksi pakaian formal mahupun kasual anda. Namun, ia memberikan kesakitan pada kaki jika dipakai dalam tempoh masa yang lama. Oleh itu, jangan pakai heels jika anda ingin keluar berjalan selama sehari suntuk!



Flats & Sandals


Flats atau pumps pula juga sesuai dipakai oleh wanita yang tampil ringkas dan selesa. Ia sesuai dipakai dengan apa jua jenis pakaian dan menjadikan si pemakai tampak sweet.


Sneakers


Dan bagi anda yang ingin keselesaan yang berpanjangan terutama sekali ketika ‘travel’, pemakaian sneakers merupakan pilihan yang paling ideal! Ia boleh dipadankan dengan pemakaian jeans atau maxi skirts.



 Saya suka sandal ini .
 Mesti selesa bila memakainya.
Tak sabar nak memilikinya.


                                                             Kenapa pilih Zalora?

·         30  DAYS FREE RETURNS
·         CASH ON DELIVERY
·         FREE DELIVERY ABOVE RM75
·         REKAAN TERBARU , MENARIK DAN FASIONISTA
·         CASH  ON DELIVERY

Jika anda bernasib baik, anda akan diberi potongan harga yang menarik.
Jangan tunggu lama-lama. Buat pilihan di Zalora hanya sekali sentuhan ,   semudah A, B,C kasut pilihan anda akan sampai ke rumah anda tanpa membuang masa dijalanraya, beratur membuat bayaran dikaunter, berpeluh mencari parking dan berbagai lagi kemungkinan.
Yang penting sediakan ringgit mencukupi.


Ya dok?







Tuesday, October 20, 2015

Pau Mudah

Pau 

Mari mengepau hari ni...

Tadi sampai-sampai rumah mak tok  (my  mum) ajak buat pau.   Dia nak mengguli sorang-sorang tak pandai nak guna  Bread meaker . Ha...uli guna BM senang , kita tunggu tengok je....dia yang dok goleek-golek sampai tepung sebati dan tak melekit di tangan.

Nak buat pau , pastikan mauripan mencukupi ....jangan kurang berlebih tak apa. Ini petua mak tok. Baru pau kembang , gebu elok.
Adunan tepung jangan dibiarkan lama seperti nak  buat donat.

Bila adunan tadi dah siap diadun , terus boleh masukkan inti (kami guna inti kelapa manis) .
Ikut suka nak letak inti apa pun boleh....inti kacang merah, bilis , daging  boleh aje.

Mari tengok resepi.

1 kilo tepung gandum @ tepung pau( lagi putih gebu pau nanti)
2 sudu minyak masak
2 sudu susu pekat
sedikit garam
1 paket mauripan


Caranya :
1. Campur semua bahan dalam BM sehingga semua sebati dan  tepung tidak  melekat di tangan.
2. Buat doh kecil-kecil dan masukkan inti kesukaan.
3. Susun dalam pengukus .
4. Kukus dalam masa lebih kurang 10 minit .
 Jangan lebih masa  mengukus  nanti pau tak cantik pula.
5.Tekan permukaan pau dengan jari , jika ia tak terkesan tandanya pau dah masak.

Sukatan  tepung kami hari ini , dalam lebih kurang 1/2 kilo jadi kami masukkan separuh mauripan sahaja.

Selamat menjamu selera !


* Resepi bonda takut terlupa, nanti senang nak cari.
* Kami hanya buat separuh tepung (1/2 kilo) tapi hasilnya dalam 30 biji.
Sukatan  tepung kami hari ini , dalam lebih kurang 1/2 kilo jadi kami masukkan separuh paket            mauripan      sahaja.




Saturday, October 3, 2015

Takwim/Kalendar Peperiksaan Awam Tahun 2015


Sila klik pada nama peperiksaan untuk melihat jadual waktu terperinci peperiksaan berkenaan. Pautan jadual waktu untuk setiap peperiksaan akan ditambah dari masa ke masa.
Peperiksaan
Kaedah
Tarikh
Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU)Bertulis
8 - 11 Jun 2015
Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR)Bertulis
8 - 10 September 2015
Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3)
Pelbagai Instrumen
Geografi: 21 Jun - 3 Julai 2015
Sejarah: 5 - 16 Julai 2015
Lisan

Bertutur: 4 - 28 Ogos 2015
Mendengar (BM): 11 Ogos 2015
Mendengar (BI): 12 Ogos 2015
Bertulis
12, 13 & 15 Oktober 2015
Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)Lisan
27 - 30 Julai 2015 dan
3 - 6 Ogos 2015
Bertulis
19 - 21 Oktober 2015 dan
26 - 27 Oktober 2015
Pentaksiran Pendidikan Asas Vokasional (PAV)Bertulis 
12, 13 & 15 Oktober 2015
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)Bertulis 
2 November - 8 Disember 2015
Nota: Tarikh-tarikh Peperiksaan Awam 2015 di atas adalah tertakluk kepada pindaan Lembaga Peperiksaan Kementerian Pendidikan Malaysia.