Buat Duit

Friday, November 27, 2015

Segmen Apakah Saya...?




Joint joint 

KLIK DI SINI UNTUK JOINT  GA  by  MK Collections


Ini Syarat - syaratnya.
Bermula 4 Dis 2015 sehingga 31 Disember 2015.

Caranya...

  1. Wajib Follow Blog Saya.... Fida Z Ein
  2. Kemudian Buat Satu Entri. Tajuknya : Segmen Apakah Saya...?
  3. Klik Entri Saya yang Bertajuk Lukisan Di Batang Pokok ? Ada ke...?
  4. Cari Gambar yang Saya Maksudkan. Pastikan Gambar Tersebut Adalah Betul.
  5. Salin (Copy) Gambar Tersebut Ke Dalam Entri dan Jangan Lupa Backlinks Ke Entri Ini.
  6. Salin (Copy) Gambar Tersebut Ke Dalam Entri yang Anda Buat dan Jangan Lupa Backlinks Ke Entri Ini Semula.
  7. Boleh Juga Menggunakan Banner Di Atas Bagi Menggantikan Gambar yang Saya Maksudkan.
  8. Hanya 10 Penyertaan Terawal Dengan Jawapan yang Betul Akan Mendapat Hadiah Cenderahati....
  9. Bermula 27 Nov 2015 sehingga 3 Dis 2015.





Thursday, November 26, 2015

Berkhatan

Mengambil peluang cuti sekolah , Shauqi kami khatankan pada Sabtu  hari pertama cuti  bermula. Biar cepat sembuh, nanti senang nak ke mana-mana .

Memula tu memanglah dia tak mahu, macam-macam alasan . Baru tujuh tahun . 
Kawan sekelasnya pun tak ada lagi yang berkhatan.
Tapi memandang dia pernah alegik  dan bengkak baiklah sunatkan saja.





Budak susah hati nak bersunat


Sorang dah selesai  (baju biru)  yang baju merah tu  belum.
Dah bersunat pun boleh tersenyum , kira ok lah tu.
Kawan satu sekolah , tapi Haziq dah tahun 3.


Shauqi kena nombor  6.. dekat pukul 12 tengahari jugalah giliran  dipanggil. sebelum tu , tak diam duduk .  Keluar masuk klinik , pergi kedai sebelah ...ada je dia buat kerja.
Kali ini , abah dan atok  masuk sekali ke dalam . Masa abang dia  bersunat dulu 
mak masuk teman kan.

Atok terlebih risau pula sampai tak lalu makan pagi. 
Sekadar minum teh secawan.



Hari ini hari ke 6 , Shauqi dah kembali aktif tapi tak boleh pakai seluar lagi.
Masih berpelekat setiap hari.






Saturday, November 21, 2015

Philips Steam Iron by Amway ( 2 )


Penantian hampir sebulan baru mendapat.
Wah....macam goreng pisang panas pula seterika  Amway ni.

Bukan saya tidak berfikir berkali-kali  sebelum membeli seterika yang harganya melebihi RM 1000 ini.  Berat juga hati ...nak bayar ribu-ribu untuk beli seterika . Padahal hal ada je benda yang sama tapi harga yang murah boleh dibeli.

Tapi....bulan September lepas ,  Amway memberi free gift untuk pembeli PHILIPS  IRON STEAM  ini. Hadiah  yang diberi yang berbaloi saya rasa iaitu iron board  yang super besar  dan bakul baju secara percumaaaaa.  

Harga hadiah itu  pun dah jangkau ratus-ratus  ringgit maka saya tak lepaskan peluang  beli satu set Iron Steam ini. Lepas ini, tak tahu bilalah pula Amway nak buat tawaran hebat sebegini.


Iron Steam
Masukkan air ke dalam body yang berwarna purple tu.
Guna air mineral lebih baik  bagi mengelakkan saluran wap berkeladak.


Shauqi sebagai model.
Board ini sangat besar ...Shauqi pun boleh berbaring  di atasnya.


Interprem lagi..

Jug air  ( diberi sekali) untuk isi air ke dalam seterika.


Nampak tak lampu biru tu ?
Itu tandanya ia telah sedia untuk digunakan.

Bila  saya dah cuba sendiri , alangkah senangnya mengosok pakaian  untuk sekeluarga. Baju sekolah anak -anak,  batik sutera  ( susahnya nak gosok sebelum ni) , baju kerja, tudung, baju melayu  untuk solat Jumaat  semua saya gosokkan.  Baju yang berbatu-batu pun boleh ,   tak perlu terbaikkan baju  macam sebelum ni.

Paling best , gosok sebelah ...sebelah lagi dah licin. Tak payah gosok lama -lama  macam gosok baju sutera  tu...sekali  gosok hilang habis kedut-kedutnya. Memang mudah kerja saya sungguh.


Berbaloi rasanya , walau pun ribu-ribu kena bayar.
Apa salahnya kan , yang nak buat kerja pun kita juga .
Dah cuba baru tahu .





Sunday, November 15, 2015

7 warna pasir di Tanah Arab

Cenderahati dari adik ipar yang dibeli semasa dia bekerja di Dubai beberapa tahun dulu. 
Menariknya frame ini adalah gabungan 7 warna pasir yang berbeza warna yang diambil dari tujuh daerah di UAE .

1
Pasir Putih  dari kota Ras Al Khaimah.
Terletak di pesisir barat daya teluk Persia. Kota ini terkenal sebagai salah satu produk simen terbesar di wilayah UAE dan termasuk salah satu perusahaan penghasil ceramik terbesar di dunia, dikenal juga dengan RAK Ceramics.


2
Pasir Coklat  dari kota Sharjah
 Secara sejarah merupakan salah satu kota terkaya dimana pemukiman sudah ada sejak lebih dari 5000 tahun yang lalu. Kota ini merupakan satu-satunya yang memiliki tanah di teluk Parsi dan Oman. UNESCO bahkan memberikan penghargaan Cultural capital of the Arab world pada tahun 1998 kerana kota ini terkenal dengan keragaman budaya di wilayah arab. Satu-satunya kota di Emirat yang melarang penjualan, konsumsi dan kepemilikan alkohol. 

3
Pasir Merah dari kota Abu Dhabi
 Terletak di utara timur teluk Parsi. Merupakan pusat pemerintahan 
UAE dan tempat tinggal bagi kerajaan Emirat.
Tahun 2009 tercatat suhu udara terpanas di kota ini mencapai 48 derajat celcius.

4
Pasir Hijau  dari kota Dubai
Terletak di sebelah selatan teluk Parsi. Diperkirakan kota ini menghasilkan 240.000 barrel 
minyak per hari namun dalam 20 tahun, diperkirakan cadangan minyak akan habis kerana selama ini telah berkurang secara signifikan. Dubai kota kedua yang paling mahal . Dubai memiliki gedung tertinggi di dunia, Burj Khalifa (828 M).

5
Pasir Abu-Abu  dari kota Ajman
Terletak sepanjang teluk Parsi  dan merupakan kota terkecil di wilayah UAE. Pembangunan di kota ini sedang berkembang dalam beberapa tahun terakhir dan salah satu di UAE yang menawarkan 100% kepemilikan atas real estate bagi investor dengan warga negara apa saja. 

6
 Pasir Krim dari kota Umm Al Quwain
Dulunya dikenali  dengan nama Umm al Quwwayn yang dapat diertikan Ibu dengan dua kekuatan (mothers of two powers). Berjarak 20 minit dari kota Ajman dengan kenderaan. Di sekitar kota ini terdapat oasis alam, Falaj al – Mu’alla yang letaknya 50km disebelah timur . 

7
 Pasir Hitam  dari kota Fujairah
Satu-satunya kota yang terletak di teluk Oman pada bagian timur dan termasuk kota di mana hampir sepenuhnya adalah pegunungan. Sebagai kota terbesar ke lima di UAE , Fujairah memiliki hujan yang lebih tinggi .

Warna pasir yang berbeza mengikut daerah


Boleh kita gerak-gerakkan pasir  tu.
Nampak tak 7  warna  berbeza?


Kedudukan pasir dah berubah bila dipusing-pusingka frame .



Unta panjat bukit pula ....hehehe



7 unta  dengan 7 bukit pasir .


Kredit to :KOMPASIANA

Saturday, November 14, 2015

FM dari JM dah selamat tiba

2 ketul FM

Mula-mula koyak sampul nampak 2 ketul FM ni...satu dari Korea , satu lagi dari Gunung Bromo , Surabaya.



FM Bromo dan Korea.

Nasib baik juga , jengok ke dalam nampak satu kertas di dalam sampul . Ingat ada satu  lagi FM...gelak kuat . Rupa-rupa ada surat cinta dari JM..Haaa...nasib baik kan..mujur tak masuk tong sampah dengan pembalut plastiknya .
Cermat sungguh si JM ni balut FM dengan plastik yang ada biji-biji tu. 
Apa nak panggil benda alah tu? 
Tak tahu la pula mak ni... aihh.


Macam -macam ada..antarabangsa la sangat...

Lalu mak terus lekat pada dinding peti sejuk bersama FM antarabangsa yang lain. 
Chewahh..
Macam-macam ada ...Arab, Korea , Filipina, Mesir Indonesia, Singapore , Dubai, Gold Coast, Indonesia ,Vietnam , Thailand, Kemboja....selain dari FM dalam negara.

Tak semua FM tu  dibeli sendiri, yang antarabangsa sangat tu kiriman hadiah dari teman-teman blogger yang baik hati. 

Terima kasih kepada semua teman yang pernah mengirim FM tersebut .....Nekcik, Anies, 
SS , DJ , CV, Mulan , JM , Chempaka ( sekarang tak dengar cerita sunyi dari dunia blogger atau mak yang tak baca), teman-teman  sekolah, dan juga yang di beli oleh cik abang sendiri. Dan...ada yang mengirim lebih dari sekali  berserta hadiah-hadiah lain yang istimewa dari luar negara macam pen disney Jepun dari JM , tanda buku Jepun dari blogger  nazaisma, kain pengangkat periuk dari nekcik ( Korea kut) lupalah pula  nekcik  beli di mana. 

Ada lagi...maaf kalau saya tak tersebut  nama yang lain di sini.
Saya sangat hargainya semua.. kalau nak beli sendiri tak sampai lagi ke  ceruk benua semua tu .
Semua  FM tu menjadi koleksi kesayangan saya.


Sayang teman blogger semua ..sesungguhnya  walaupun tak pernah bersua 
muka tetapi terasa erat persahabatan disanubari . 
Semoga ukhwah berkekalan hendaknya .




Thursday, November 12, 2015

Shauqi nak terbang - Flying Fox

Cerita Flying Fox setahun dulu  klik 2014


Minggu lepas , sekolah kami mengadakan perkhemahan unit beruniform, 
Dalam tu ada pengisian untuk 2 hari ...satu  yang jadi fovarite ialah flying Fox.
Apa lagi budak  Shauqi ni  ...sukanya dia boleh tumpang sekaki.  
Tahun lepas dah cuba tahun ini nak try juga.
Dua kali  pula tu...



Tapi dalam ramai-ramai ni , ada juga  yang gayat , menangis , menjerit dan ambil masa nak berlepas dari tingkat 3 bangunan sekolah kami tu. Ada yang kena pujuk, kena bagi semangat  untuk terjun.
Budak lelaki pun ada penakutnya. Bila tengok orangnya dia lah  hero dalam kelas tapi time nak terjun dari tempat tinggi mengigil juga.


Get ready dengan peralatan ...topi , tali pinggang.



Terbang  dari tingkat 2 ke bawah.

Terpaksa pujuk , orang last sekali terjun.
Muka dah pucat.
Kawan di bawah riuh memberi semangat .
Sekurang-kurangnya ini adalah pengalaman untuk dia.
Kalau di luar kena bayar ...yang free ni kena cuba walau pun sekali.


Yang montel pun lepas.


Tinggi

Persiapan sebelum terbang. Kena lengkap  pakai peralatan untuk keselamatan.




Nun dihujung sana tempat mendarat.

Ini tahun kedua Flying Fox diadakan  di sekolah kami dengan kerjasama Unit Kokurikum Negeri.
Terima kasih  .



Sunday, November 8, 2015

Bedak Sejuk

Hari ini entry tentang cara nak buat bedak sejuk... 
Siapa suka pakai bedak sejuk ? 
Sebenarnya banyak khasiat bedak sejuk pada wajah. Nak elakkan  jerawat pakailah bedak sejuk selalu. Tambahan pula bedak sejuk buatan sendiri lagi lah bagus .Bukan sahaja untuk wajah sahaja , Kalau demam campak pun boleh  sapu bedak sejuk  supaya parut campak hilang pada kulit.

Yang leceh ni  jika proses nak buat bedak sejuk , kita kena tahan bau yang kuat dan busuk dari beras yang diperam. Bukan sehari dua tapi makan tahun juga  .  Bedak sejuk dibuat dari beras atau pulut. Kalau pulut lagilah baik impaknya kepada kulit wajah. 
Lagi gebu dan licin  tapi kena amalkan selalu. 

Masa zaman kanak-kanak , saya selalu menitik bedak sejuk dengan tok .
Ralit ...dia jatuh sebiji-sebiji ke atas kain.
Semalam ,  mak tok  buat dengan cucu- cucu  dia (my daughter )pula. Si Shauqi pun rajin juga buat dengan kakak dia...
Memasing nak bawa bedak sejuk  balik asrama. 
Pakai malam-malam . Aih ... nak hilang parut jerawat katanya.



Mari kita tengok ....


Beras atau pulut yang sudah diperam (lama tau) . Beras di dalam balang ini dah lebih 2 tahun.

Kenapa nak buat bedak sejuk sendiri?
Nak  dapat banyak  dan bekalan akan tahan lama.
Murah dan menjimatkan 
Dah tentu bedak kita bersih.


Beras peram lebih 2 tahun...Bau jangan tanya,.mengaum satu rumah .
Beras ini di tapis dan buang air .
Kisar dengan blender untuk hasil lebih halus.



Ambil daun pisang buat kelonsong . Pastikan lubang tidak terlalu besar supaya hasil bedaknya
 comel-comel. Boleh guna pipping bag juga. Lagi senang dan tidak kotor tangan .


Mulakan menitik ke atas kain. Bila agak kering kutip bedak dan masukkan ke dalam 
talam untuk dijemur. 
Tips : Jangan jemur dari atas kain ini nanti susah , bedah akan melekat pada kain dan pecah.Bila pecah boleh je masukkan semula ke dalam adunan tapi proses kena berulang . Kan lambat nak habiskan kerja menitik bedak ni...?


Kumpul di dalam talam atau dulang besar.
Kemudian boleh dijemur kering bawah matahari.

Jika nak  bedak berbau wangi ...campurkan hirisan bunga melur , ros  dan pandan .

Bila sudah betul-betul kering masukkan ke dalam botol atau bekas yang bersih.
Siap untuk digunakan.

Beras yang digunakan , kami guna kan hanya separuh sahaja  dari jumlah asal . 
Itu pun dah  dapat banyak.