21 February 2016

ISLANDS HOPPING DI PHUKET


Kami berisland hopping pada hari kedua sampai di Phuket. Esok pagi-pagi balik ke Krabi pula . Siapa nak tahu   cerita  sebelum ini BACA DI SINI .. baru faham

Semalam dah tempah pakej ...tapi akak  tak turun . Suami and  the geng saja yang cari pakej. Tapi mereka semua bincang di lobby hotel saja. Egen datang ke situ.  Sebenarnya , akak rasa kalau ambil pakej ke pulau dari Phuket adalah lebih mahal berbanding jika kita ambil dari Krabi. Sebabnya jarak ke pulau-pulau tu jauh dari sini .Kalau jarak dari Krabi dekat sikit.Sila tengok peta...itu pun tengok peta bila dah sampai phuket masa tunggu geng kereta yang terlepas jalan hari tu...

Pakej untuk sekepala RM128 , budak murah  sikit . Kami berlima beranak hampir RM600 ...huhuhu.
Kalau dari Krabi boleh dapat RM 40 kut...Itu pun melawat 3 buah pulau sahaja dengan makan tengahari di Pulau Phi Phi. Tak tahulah murah ke mahal. Katanya dah dikurangkan dari RM150. Lain kali kalau dari Krabi lebih baik ambil pakej di situ saja. Tak boleh  cakap lebih-lebih sebab tuan badan tak ada masa berbincang tu...


Kami diminta bersedia pukul 10 pagi sebab van nak datang ambil di hotel. Masa deal malamnya dengan harga tu , group kami tak kongsi dengan orang lain ...tup, tup bila van sampai kami dibahagi dua group dengan dua van. Satu group  kongsi dengan couple dari India ke mana entah. Satu lagi kongsi dengan Singaporean. Naik bot pun sama ....kongsi dengan group dari Goa , India. Singapore . Internasional la sangat.



Sebelum berlepas semua dah pakai jaket keselamatan.

Naik bot panjang ni . Boleh isi dalam 70 orang.



Ini couple yang datang satu van dengan kami.
Depan sekali group dari  Goa.


James Bond Island....ada jualan tapi tak beli pun


Tengok je ...


Pulau seketul yang dok impi nak tengok ...


Berkayak ...kami tak pergi . 
Tak masuk dalam pakej.


Ready to kayaking


Kami berlima.
Si Shauqi ready dengan baju mandi ...kata egen  boleh mandi rupanya tak ada pun .Bot tak berhenti tempat yang sesuai. last-last balik Krabi , mandi di Aonang pula esoknya.



Jeti berlepas.

James Bond Island 

Phang Nga @ James Bond Island. 
Abang yang baju kuning dan kakak tudung merah (suami isteri) group konvoi kami  . 
Datang berdua ...seat belakang kereta kosong.


Baik-baik ..tempias juga 


Gagah mak dan anak daki bukit ...orang panjat kita panjat.
Lain kali tak pasti boleh  datang ke tak lagi?

Makan tengahari di Phi-Phi.
Ketika kami sampai makanan dah sedia terhidang. 
Nasi pun ada yang tolong sendukkan.

Lepas makan , mula skodeng kawasan sekeliling. 
Suami dan abang baju kuning (gambar atas) sempat ke masjid di pulau itu.
Dari bot dah nampak menara masjid ....tapi berjalan kaki 20 minit juga nak sampai dari restoren terapung tu.

Surau ada di bahagaian atas restoren.

Mak dan anak  ...Izzat

Masih di James Bond lagi.
 Bot keluar masuk , sibuk sekali bawa penumpang keluar dan masuk.


Aiman dan Shauqi.

Tunggu nak makan ..lapar dah.

Kami makan di sini.


Pemandangan sekitar Phi-phi Island.
Lepas makan baru boleh skodeng ...hehehe

Berdesup..

Pulau apa tah....

Masa ni melepak tunggu group dari Goa tu berkayak. 
Buang masa betul...Nasib baik  bawa sandwich , boleh isi perut.
Kami dihidang   sirap  di sini ....

Tu yang leceh bila kita tak ambil pakej sama tapi naik bot yang sama.
Janji lain ...satu group tak campur group lain- lain konon.

Kami menunggu di sini.

Berselisih dengan bot-bot lain .


Last sekali kami di bawa ke kawasan  ini. 
Ada temple .
Tapi kami tak masuk pun...layan minum jus .

Layan jus mangga  la...50 baht

Ada juga yang minum kopi kaw di gerai sebelah.
Pun 50 baht juga


Monkey. 
Ada gerai jualan juga .


Masjid di Phi-phi nampak dari bot lagi.
Tengah gambar tu....



Group kami 


Dari pukul 10 pagi  bertolak  dari hotel dekat 2 jam juga nak sampai ke jeti.
Perjalanan akan melalui jambatan  Sarasin yang menghubungan 
tanah besar Phanga dan Pulau Phuket 
Ada polis yang berkawal di checkpoint  di situ.
Sebelah jambatan keluar ke Krabi ada gerai jualan buah-buahan.
Jambatan ini serba putih ..cantik senibinanya.


Phuket terletak di tanah tinggi ...kita akan menuruni cerun semasa nak ke Patong .
Tapi ada jalan potong tanpa naik bukit ..kami balik  ke Krabi ikut jalan ini setelah  driver van Island hopping bawa jalan ikut jalan ini masa balik dari  pulau. 

Jadilah sekali ke Phuket . 
Kenangan seumur hidup.












20 February 2016

Apam Beras @ Nasi

Apam  Beras @  Nasi Nasi 

Resepi mudah dari FB.

Bahannya: 

1 cawan nasi
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
3/4 cawan gula
11/4 cawan air 
1 sudu teh mauripan
1 teh baking powder
Kelapa parut
* boleh warnakan ikut suka hati.

Caranya : 
Semua bahan dicampur dan blendkan sekali dengan pengisar (blender)
Masukkan ke dalam mangkuk dan tunggu hingga adunan naik sekali ganda.
Ikut resepi dia suruh tunggu dalam 3 jam, tapi jika nampak naik bolehlah terus kukus . Kalau tak nanti boleh bantat pula apam bila terlebih masa.
Kemudian boleh masukkan ke dalam acuan kecil atau yang besar .
Kukus selama lebih kurang 15 minit.
Hasilnya , lembut dan gebu sekali.
Hidangkan bersama kelapa parut.

Tips: Pastikan air mendidih dahulu sebelum masukkan adunan ke dalam periuk.
Tapi kalau guna pengukus elektrik tak ada masalah....tak payah tunggu mendidih  boleh terus on dan masukkan  acuan serentak.



19 February 2016

FIRST GIVEAWAY BY NADIA SYAMIMI

       

Syarat-syarat penyertaan
1. Follow blog Nadia
2. Follow insta shop ini  dan ini.
3.Buat satu entry bertajuk "First Giveaway By Nadia Syamimi" . Tempek banner kat atas tu dan back link kan ke entry ini.
4. Dah siap semua tu ? Tinggalkan link penyertaan anda di kotak komen hanya komen di entry ini sahaja! 


Giveaway ini bermula pada 14 February 2016 dan tamat pada 27 February 2016 . 

04 February 2016

Makanan di Thailand

Mencari makanan   halal di Thailand tidaklah susah. Tak perlulah nak bawa bekalan makanan dari Malaysia kecuali memang nak save bajet dan ahli rombongan ramai.

Jika ternampak masjid adalah penempatan Islam dan berhampirannya mesti ada kedai atau pun restoren  muslim. Tetapi satu saja yang susah nak jumpa jika anda dari Trang ke Hadyai.
Masa kami bertolak balik  ( dah tengahari sangat ) kami makan di restoren Rohana dekat Hotel Kosit
tempat kami menginap Disember ( 2014) dua 
 tahun lepas .
 Jadinya makan tenghari dah lanjut hampir 3 petang kut. Nasib makanan masih ada.....huhuhu.


Gambar bercampur-campur ...banyak pula gambar kali ini.  masalahnya dari satu kamera dan 3 handfon. Pening nak susun gambar.



Lokasi : Tapak Fosil 75 juta tahun 

Lelaki berbaju biru itu haji yang tolong kami start jumpa di masjid ( dari krabi ke krabi)
Carikan kedai/ restoren halal. tolong bawakan makenik (sorang ahli rombongan keretanya rosak), bawa ke masjid, unjukkan tempat fosil 75 juta tahun, and tunjukkan jalan shortcut  dari Krabi balik ke Hadyai. Dah macam saudara pula...


Pulau Phi Phi...lepas makan layan gambar pula.
Besar tempatnya ...sekali dengan penempatan penduduk muslim di sini rasanya.
 Bhagian belakang ada lagi rumah-rumah. Masjid kelihatan dari bot lagi.
Tapi bila sampai ke darat jauh juga nak ke situ dalam 20 minit berjalan kaki.


Makan tengahari di Pulau Phi-phi masa kami Island Hopping.
Pulau nikan ramai muslim dan ada sebuah masjid.
Katanya penduduk Islam di sini berhijrah dari Kepulauan Indonesia.
Di sini ada juga jualan cenderahati, tshirt , tandas disediakan .
Kami bersolat jamak di surau di restoren ini.
Rasanya macam rumah penduduk di sini kut...ada bilik-bilik, kain baju berlipat-lipat tempat kami solat tu.

Kuih tak tahu nama.
Rasanya macam talam berlauk.

Kami jumpa gerai makan halal di tepi jalan dari Phuket ke Krabi .
Walkie talkie sahut menyahut suruh cari kedai makan ...kelaparan dah.



Ini kedainya.
Ada jual pulut ayam, goreng pisang  berbijan (sedap), kopi, teh memang sedap ..kaw-kaw punya.


Gerai minuman..akak bertudung tu. Tak menang tangan melayan .

Goreng pisang berbijan. 
Rangup kup krap kup krap.
Seplastik 20 baht.

Kopi , teh pilihan hati.


Gerai pulut ayam.
Lain sikit pulut ayam Siam ni sebab ada macam bawang goreng dimakan sekali dengan isi ayam .

Kuih bentuknya bulat macam lompang tapi ada daun bawang dan serbuk udang rasanya kemudian curah sos pedas di atasnya .
Gambar terlebih silau...maaf.

Ini di restoren di Krabi.
Restoren baru buka 4 bulan.
Tuan Haji tengah tranlate untuk order.
Kami makan tomyam putih , dan telur dadar bersama nasi.
Air putih gratis.
240 baht.

Tomyam putih seafood....yang diorder oleh tuan Haji tadi.



Isi kupang dia gemoks sungguh.




Makanan kami tengahari tu sayur,tomyam , telur dadar hanya 
240 baht untuk makan  5 beranak.



Jangan lupa minum air buah-buahan di sana...pekat likat melekat.


Makanan tengahari di Hadyai  (restoren Rohana dekat dengan Hotel Kosit)
Nasi putih,  tumis kupang, sambal belacan dan ulam  60 baht.


Restoren Rohana ada juga sediakan sup.....mee, kewtiew, bihun.
50baht. Budak-budak ni tak nak sayur pula ...jadinya bihun sup kosong dan fish ball 2,3 ketul.
Harga tanpa sayur 40 baht sahaja.

Makcik ni masih ada menjual nasi kerabu dan daging panggang...
60 baht sepinggan 

Aiman dan Nasi kerabu tak boleh dipisahkan.

Di Krabi mencuba roti pisang...


Nasi  goreng kampung di Phuket.
Kedai hadapan masjid Nur Islam , Patong. 
50 baht.


Restoren ini ...depan masjid .
saya lupa nama restoren ini.

Kami  5 beranak naik tuktuk ke  kedai makan ini. dari hotel penginapan agak jauh nak berjalan kaki. Walaupun ada kereta sendiri tapi sayang nak tinggal parking punya pasal kami naik tuktuk pergi dan balik 400 baht (return).   Susah nak dapat parking , malam-malam memang happening depan hotel kami duduk ini. Depan tu pantai Patong. Meriah gilalah kawasan  ini bila malam.

Jangan tertipu tau ..mula-mula  depa nak 300 baht sehala.Tapi bila kami blahh   baru dia panggil balik. Dapat lah 200 baht. Masa balik kami naik tuktuk yang dipanggil oleh pekerja di restoren  halal tu. Pemandu yang ini muslim. jadi terus dia cakap 200baht.

Kedai ini terletak berhadapan masjid, ada satu lagi sebelah masjid .
Malam pertama kami dah merasa makanan di kedai Savanee, malam kedua  kami cuba di kedai lain pula.

Jadi nak kata susah nak cari makanan halal tu agak sifarlah.
Yang pening sediakan ongkos.