11 June 2016

Masjid di Pulau Phayee- Masjid Phayee Darulsalam di bumi Siam

Terkebil-kebil  mata depan PC ...tak reti nak tulis apa. Gambar dah masuk lama tapi tak publish dek kesuntukan masa.

Cerita ke Phuket-Krabi  hujung tahun lepas....Haa kan dah lama . 
Tapi kenangan kalau tak mahu hilang biarlah kita blogkan ...ye dok?

Meh kita mulakan..

Batu seketul yang menjadi trademark ini memang menjadi ingauan sejak sebelum bertolak lagi. Nampak macam rare sangat .Kalau pergi tu naklah bergambar puas-puas.


Batu seketul di belakang tu.
Budak kecik tu nak mandi ...tapi  tak sesuai pulak di situ.

Dari sini kami di bawa untuk makan tengahari di Pulau Phayee .  Ceritanya ada di blogkan dulu.
Kalau terlupa  boleh Baca di sini

Menariknya pulau yang kami singgah ini , bukan sahaja ada restoren muslim  untuk menjamu selera tetapi menariknya di sini merupakan penempatan orang Islam yang khabarnya datang dari kepulauan Indonesia dan terus  menetap di sini. Sayangnya mereka tidak pandai berbahasa Melayu tetapi boleh  berbahasa Inggeris . Mungkin pulau ini merupakan tempat tumpuan pelancong singgah.

Di sini juga ada sebuah masjid yang boleh nampak dari atas bot lagi. Dari kejauhan sudah nampak kubah besar kuning berkilauan di panah cahaya matahari.
Teruja nak singgah nak tengok dengan mata sendiri.
Tapi jauh nak menapak ...dalam 20-30 minit dari restoren kami makan tadi.


Nampak tak , nampak tak ?

Dalam dok orang mencari rupa-rupanya ...

Suami saya , shauqi (harus ikut bapa dia)  dan abang dalam group kami dah pergi berjalan kaki  ke sana selepas solat zuhur di restoren. dah alang sampai tu, wajib ziarah la kan.

Semua gambar ini adalah dari telefon suami saya...mereka pergi diam-diam . Jenuh mencari mana hilang , sekali Shauqi pulak tu. Mak dah risau ni ..

Meh kita tengok gambar


Papan tanda ...Phanyee Darulsalam Mosque.


Dua tingkat


Menara

Besar juga dan bersih.

Pintu utama

Kubur

Ruang solat.

Mimbar.
Abang baju kuning tengah buat lawatan...

Dari tingkat atas masjid .
Kelihatan  bumbung rumah penduduk di sini.

Warga kampung Panyee.

Sukanya bila sesama muslim dapat berjumpa.

Kalau dilihat dari senibina masjid ini, perkembangan Islam masih kuat .Jurujual cenderamata juga menutup aurat . Raut wajah ada iras Arab pula sekali pandang. 
Lawo laa..

Selain menjamu selera , boleh juga membeli cenderamata . Ada tshirt, keychain, baju-baju maxi batik yang macam dari Indon tu, topi, keychain dan sebagainya yang dijual di sini. Surau kecil di bahagaian atas disediakan untuk yang nak bersolat.
Tandas pun ada  jadi boleh melepaskan hajat sebelum meneruskan lawatan seterusnya ke pulau-pulau lain.




10 June 2016

Berakhir sudah


Salam Ramadan  semua ...wah punya lama tak update blog.Hampir 3 bulan, Hari berganti hari, Masa berlalu begitu cepat. nak menulis pun rasa dah tumpul idea.

Meh sambung cerita...


Rabu yang lalu berakhirlah untuk  peperiksaan terakhir bagi pengajian sarjana di USM,  Research pun dah sudah , viva dah lepas , exam dah habis...lega sungguh.

Alhamdullilah sepanjang berulak alik tiada masalah terjadi .Jauh juga perjalanan ...kereta rosak ke, tayar  pancit ke, kena clam tayar di USM ke...RM 50 juga tu kena bayar bila silap parking.
balik malam sorang-sorong  semua dah lalui . 
Tinggal tunggu keputusan exam.
 Harap-harap berjaya.

Di bawah ini gambar kenangan kami (sebahagian ahli kelas) selepas  exam.
sebelum keluar dewan kami dah bersalam dan berpelukan. Sedih pulak nak berpisah. Padahal bila time kuliah dan toturial macam malas jeee.. jangan tiru perangai mak ye ....hihi.

Mengenali teman-teman sekelas adalah pengalaman penuh bermakna.
Semoga persahabatan akan terjalin untuk selamanya.


Setengah lagi  dah balik .
Kebetulan  nak bergambar , tak rancang pun


Adakah ada di antaranya akan menyambung ke fasa seterusnya?

Untuk teman-teman teruskan perjuangan .

Biarkan kenangan itu abadi di sini.