22 February 2017

Klinik Pakar ENT Dr Sudha Taiping

Assalamualaikum
Nak bercerita pasal Shauqi dan Cakenit.


Ke Klinik Dr Sudha lagi hari ini , disebabkan Shauqi kata telinga kiri  dia berbunyi. . 
Cerita dulu klik SINI .
Dulu pun , 3,4 orang misi  pegang sebab meronta kuat. Tapi  kecil lagi masa  5 tahun ,
 sekarang 9 tahun . Lagi la kan...

Ahad lepas dah bawa ke hospital. Doktor bagi ubat makan, krim untuk sapu , dan 2 lagi ubat untuk makan termasuk satu untuk  antibiotik. Doktor kata ada nanah dalam telinga selepas dia teropong dengan alat tu. Balik makan ubat tapi   masih sakit lagi . 

Tadi , balik sekolah tak tunggu lagi kami pun bawa ke Klinik Pakar ENT.
Klinik ini beroperasi setiap hari kecuali hari Ahad dan cuti umum. Sabtu  buka separuh hari.
Isnin -Jumaat buka dari pukul 9.30 -5.00 petang.

Bila masuk bilik doktor , baru tahu rupanya Cakenit ada dalam telinga........dah siap bertelur lagi. Telur dia hitam maknanya baru lagi  kalau lama telur akan bertukar warna kepada putih  dan cakenit pun jadi hitam sebab dah makan darah.Tapi yang ni cakenit putih lagi..Boleh nampak bila doktor masukkan kamera  ke dalam telinga dan kita dapat  tengok di tv. 

Sungguh tak sangka ingat bernanah macam doktor hospital cakap. Kalau tunggu lagi , mesti tak boleh sentuh telinga dia.

Punya melalak walaupun dah besar, jenuh kena pegang 3,4 orang .Ini pengalaman ke dua bagi dia. Dia dah tahu doktor nak buat apa...huhu. 

Rupanya, hari ini ramai pula kanak-kanak yang senasib dengan Shauqi. Budak yang masuk awal dari Shauqi pun sama. Kemudian , ada lagi yang menunggu giliran nak masuk.
Hai, hai...


No 7, Jalan Tokong, 34000 Taiping 
No. Tel :058053466


11 February 2017

Trip to Krabi Dis 2016

.
Assalamualaikum

Sekarang nak kongsi cerita ke Krabi pula , walaupun kisah ke Tanah Suci Mekah dan Madinah tak berapa nak habis lagi. Semua manis, semua seronok . Rasa nak berulang ke sana lagi. Mudah-mudahan datang lah seru ke sana  YA Allah.....mudahkanlah.

 Satu pengalaman yang tak pernah berlaku dalam hidup saya  semasa di Mekah ialah saya bersolat di kaki lima kedai waktu solat zuhor. Tak sempat sampai ke Masjid. Ingat dan ...rupanya tidak. Masa azan pertama dengan qamat sekejap sangat. Tak macam di Madinah yang lebih lama jarak  azan antara keduanya.

Kenapa terlewat?  
Pasai pada hari tu, hari last-last  kami di Mekah, kami  ke Jaafar Ria kawasan bazar macam Chowrasta. Ada barang murah kata jemaah yang dah  pergi lebih awal dari kami. Apa lagi, tak senang duduk la ....Lepas makan pagi dalam pukul 9-10 pagi kami pun menunggu di lobi. Adalah muat dalam 2 van .....14 orang juga la ke sana menghabiskan sisa riyal yang ada.

Bersama hasil borongan.

Dapat la beli sebarang dua benda. Balik ke hotel dah dekat nak zuhur. Simpan barang terus ke Masjid.
 Suami dan anak dah pergi dulu. Kiri kanan dah nampak kedai dah tutup, tanda waktu solat dah nak masuk. Punya la laju berjalan, Tengah berjalan dah dengar azan , niat nak masuk masjid. Tapi tak sempat. Tengok orang dah berbaris bersaf-saf di tepi kaki lima kedai depan Safwa hingga ke Dataran Masjidil Haram. Tak lama lepas tu dah qamat. Teruslah lintas jalan pergi tumpang sejadah orang solat tang tu juga. Mahalnya pengalaman. Mungkin niat nak solat di Masjid tu 50-50 kut. Dalam hati dok kata tak dan  langsung solat di kaki lima.


Ini cerita  ke Krabi tak lama selepas balik dari umrah.
Kami pergi  berkonvoi dengan berkereta empat keluarga. 2 keluarga dah pergi tahun 2016 ( terus ke Phuket) kiranya tahun ni bawa kawan yang tak  ada pengalaman ke sana lagi.

Cerita kami ke Krabi dan Phuket  Ketik SINI .
Kali ini kami masuk melalui Wang Kelian berbanding kali pertama dulu masuk melalui Padang Besar.

Macam biasa , sebelum melintasi sempadan Thailand kena siapkan insuran kereta yang sudah kami buat semasa di Changlun. Bayaran tak mahal dalam RM 16 untuk sebuah kereta. Kena bawa geran kereta bersama. Salinan  geran pun diterima tapi pastikan owner yang betul. Bukan kereta sewa atau kereta pinjam. Kalau kereta pinjam kena bawa surat kebenaran tuan yang sebenar juga.

 Bila masuk pekan Changlun banyak iklan-iklan di tepi jalan  sebelah kiri tentang insuran masuk ke Thailand .  Tukar duit baht pun di sini . Masa tu pertukaran RM 10 dapat 7.80 baht. Sedih....

Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Menuju ke border Thai.

Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Di pintu masuk ke Thailand.
Masa ini hari nak balik ke Malaysia. Masa pergi tak sempat nak bergambar.

Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Pagi-pagi peniaga tak ready lagi.


Kenangan sekeping di Satun.
Suasana pagi setelah melepasi boarder.
Tempat bergambar ini ada di sebelah kanan kita masuk . 



Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Ini pun sama , kejadian masa nak balik. 
Banyak kedai dibuka berbanding masa masuk.
Masa kami masuk   dulu pada pukul 8.30pagi, kedai pun baru nak buka.



Kami melalui jalan kampung, potong sana, potong sini.
Tapi boss dah siap print google map.
Hahah.. no waze, waze sendiri ajo.
Bila waze sendiri ni ada juga tersesat ke kampung Siam , bila co-pilot silap  bagi arahan.


Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.

Rakyat Thai masih berkabung atas kemangkatan raja mereka. katanya sehingga  setahun.
Semua bangunan kerajaan , sekolah , pagar  dan sebagainya kelihatan kain hitam putih digantung.

Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Kain hitam putih di pagar bangunan kerajaan.

Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Sapa tahu buah apa tu?

Susah nak jumpa buah berangan ni. Kalau di Penang , area Chowrasta tu ada tapi di goreng oleh bangsa asing. Dah was-was nak makan pula.

Tak lepas peluang memang membeli sekilo untuk dibawa balik. Harga sekilo RM 26 atau  20 baht. Di sini kita boleh guna duit Malaysia jika baht sudah berkurangan.
Dalam kereta dah makan  sikit. Sisa kulit letak dalam plastik yang sama. Alih-alih si bujang pergi  buang masa berhenti di R&R. Dia ingat sampah...Alahai anak...melepas mak.

Bila ikut jalan darat, dengan 4 buah keluarga pula.....ada sorang  nak terkencing semua berhenti  semua masuk tandas. Tandas bersih .Selalunya kami berhenti di stesyen minyak. Saya perhatikan stesyen minyak cukup prasarana . Ada tandas, surau, kiosk jualan ( buah-buah segar yang dipotong, ayam goreng ala KFC) dan 7 Eleven.
7  E di Thailand sangat lah banyak,  senang nak cari.

Sekali berhenti macam-macam boleh buat, solat berehat sekejap, ke tandas dan jamu mata dalam 7E pun boleh. Macam R&R kita tapi tak lah besar sangat.



Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Surau

Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Singki di luar. Tandas di bahagian dalam.
tapi mangkuk tandas adaah berbeza dengan kita .Hanya mangkuk   tiada simen mengelilinginya.
Maaf tiada gambar pula.

Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Bersih


Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Barang lama...siapa berminat boleh beli.Pun ada di sini.


Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Keropok di 7E

Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Aksesori wanita ...dalam 7E lagi.

Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.

Aktiviti di Krabi ...apa lagi kalau tak berisland  hopping.



Nanti kita sambung lagi.
Daa..