31 March 2017

Masjid Terapung Jeddah

Assalamualaikum

Lama tak menulis , tepu idea nak mengarang ....huhu.

Masa pun cepat sangat berlalu....esok dah 1 April. Tiga Bulan pertama  berlalu tanpa boleh ditahan-tahan. hujung-hujung nanti tenok bulan berganti tahun , kita duduk tang tu juga. Alahai...

Mai tengok gambar -gambar kenangan  semasa umrah Disember 2016 yag tak habis-habis lagi ni.
Kami singgah sebentar di Masjid Terapung dalam perjalan ke Jeddah. 

Memula mutawif kata  kita solat asar  di sini...tapi akhirnya terlebih masa dengan bergambar , makan-makan, bersantai-santai tal lama kemudian dah maghrib. Bersama ahli rombongan yang ramai , dengan tiga buah bas , bersesak di bilik air dengan jemaah dari negara-negara lain agak mengambil masa. Namun , ustaz kata kita  ada masa lagi...tak perlu terkejar-kejar jadi gunakan peluang yang ada.

Kelihatan ufuk bertukar warna ...cantik. Masyarakat Arab pun ramai beriadah bersama keluarga di sini. Ada yang makan dan berkelah ramai-ramai dengan keluarga. 

Jeddah dari pandangan dari Masjid Terapung

Terpikat pula dengan si kuning kereta pak arab ni...
 
Tiga sekawan berumrah bersama. Kawan dari sekolah menengah .
Sebenarnya berempat , seorang lagi kawan menjaga mertua  yang berkerusi roda tak dapatlah nak bersama selalu.

Jubah  belang menjadi trend di Tanah Arab.




Tiga beranak kami
mak, abah dan Aiman Wafi

Di tepi laut, angin segar bertiup ...nyaman sekali


Ketika baru sampai ...masih cerah

Abadikan sekeping

Cantiknya kejadiaan  di depan mata


Ramai beridah di sini bersama keluarga


Langit mula bertukar warna


Semakin hilang cahaya.



Selepas maghrib kami pun bergerak ke  Airport Jeddah . Masa semakin ke penghubung untuk meninggalkan bumi Arab ini. semoga ada kesempatan lagi  dan rezeki untuk hadir di sini.. Murahkanlah rezeki  YA ALLAH.




03 March 2017

PASAR MAHARAJ, KRABI

Assalamualaikum.

Pagi sebelum bertolak balik ke  Sadoa, kami sempat ronda-ronda   Krabi town . 
Kami ke Pasar Maharaj. Pasar ni boleh beli buah, dan sarapan terus di gerai halal dalam pasar.

Pintu utama Pasar Maharaj.
Pasar basah menjual ikan, udang , sotong , buah-buahan, beras siam, ....ehemm   babi pun ada.Tapi di bangunan yang terasing bahagian belakang bangunan utama.
Nak buat macam mana , itu makanan penting orang sana ....huhu



Ini  siput ke lokan ke apa namanya  ...saiz   sangatlah besar. 
Ada kut macam saiz gengam budak kecil. 
Rambang mata tengok makanan laut ni...

Kami lalu  di gerai sotong...besar - besar. Geram la pulak. Udah awak tu memmang suka sea food maka beli juga setengah kilo untuk masak dalam bilik. Almaklumlah periuk noxxa pun bawa melancong...hahaha.

Tengok sotong dia besar dan segar...sekilo dalam 120 baht je..
Kita pilih nak banyak mana dan  letak dalam raga biru , kemudian dia tolong cuci  dan bersihkan.
Senang banyak la....

 Kerang-kerangan.


Yang ni pun buat orang tergila bayang .
Punya la besar.




Sebenarnya , kami isi perut dulu sebelum ronda dalam pasar ni. Bagi kenyang baru seronok jalan-jalan. Ada pelbagai nasi dijual, nasi kerabu, nasi berlauk , nasi ayam, nasi goreng dan macam -macam jenis lagi nasi. NAsi putih pun ada , tinggal nak pilih lauk ikut selera amsing-masing sahaja pun boleh. Nasi yang siap berpaking 40 bath satu.

Air ..pilih-pilih . Memang kaw air teh  dia.

Breakfast time.
Teh dia memang terangkat . Tapi gelas kecil je pun 20 baht ya...

Roti canai dan teh panas memang kena sangat la.

Pilih ikut selera...40 baht satu .

Singgah juga beli beras dan pulut siam.
Memang jenuh la membeli geng kami beli bawa balik. 


Gerai ikan bilis, udang kering, belacan.
Pun membeli juga bawa balik.



Green Hotel , hotel yang kami menginap tahun lepas.
Datang kali ini namapak bunga bergantung di luar koridor hotel. Dulu kosong je,,
Hotel ni dekat dengan Pasar Maharaj. Dulu kami jalan kaki ke Pasar dari hotel.


Menarik kan pokok ni ?


 Sorang kakak dalam group kami ni, peminat bunga. Wajib singgah kalau ke sini.
Sekuntum 15 baht . Sekali ranting-ranting dia dapat  yang  dipotong pendek-pendek oleh mak cik kedai).Suka la dia ,balik boleh cucuk-cucuk tanam balik.


Kalau ke Krabi town boleh la singgah di pasar ni...beli buah yang murah macam anggor yang boleh dapat  dalam 8 ringgit  sekilo. Buah yang besar memang puas hati makan.

Kami bertolak balik dalam pukul 10-11 pagi juga....sebab masih ada semalam lagi menginap di Sadoa.

Dalam perjalanan singgah beli nanas madu  pulak...
pantang nampak ada yang teringin.
Boleh kupas dan letak asam makan dalam kereta..



Sebelum pagi-pagi esok nun baru nak melintas sempadan . 
Menginap di Sadoa  dulu
                                                   dengan harga 40 hinggit .. senyum lega la.



Baca di sini Krabi tahun lepas .