25 November 2017

Jadual Minggu Persekolahan 2018



Jadual persekolahan tahun 2018 dah ada .
Bagi yang nak merancang percutian   untuk tahun 2018 boleh lah tengok di sini.

Sekejap sahaja  masa berjalan , tahun baru bakal menjelma.Umur kita semakin bertambah ....huhuhu.

 Selamat bercuti di  hujung tahun 2017.
Manfaatkan masa yang ada.
26 Nov 2017.

08 November 2017

Postcard From NZ





Assalamualaikum.

Hari ini terima poskad jauh dari New Zealand..
Siapa lagi , kalau bukan dari blogger Mazuriah . 
Wah terbang jauh ke negara kiwi pula si Mazu ni.
Semakin lama semakin jauh berjalan  ya Mazu?



Rezeki jangan ditolak . selagi sihat dan ada pitih terbanglah ke mana pun untuk melihat bumi ciptaan  Ilahi. Setiap negara mesti ada yang istimewa dan tersendirikan?

Terima kasih Mazu atas ingatan . Walaupun jauh masih teringat pada akak di malaysia. 
Terharu weh!

Dulu dah dapat hadiah FM dari Mazu. Bukan FM sahaja tapi macam-macam yang diposnya.
Thank you Mazu!


Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Ada rezeki sampailah nanti...doakan.



Foto Hasnidar Ramly Hasnidar.
Hobitton




Semoga murah rezeki Mazu dan dapat mengembara ke seluruh dunia.
In Sya Allah.

Ini cerita dulu tentang 
Hadiah dari Mazu  yang berbagai.


Nak kenal Mazu boleh 
Klik Mazuriah's World dengan cerita dia makan angin.